Monday, 4 February 2008

Tensionnya keje ari nie..

Hari ini badanku rasa lesu dan letih semacam.. namun masih ku kuatkan semangat ke universiti.. dalam kesejukan dan kebekuan pagi.. ku rentasi dataran george square.. ku lalui setiap sudut laluan kaki lima menuju ke department cis seperti hari-hari biasa.. pagi ini kak haizan bawa nasi lemak utk ku.. bagus juga sebab aku pun tak berselera nak makan.. lauk yang ada pun hanyalah lauk semalam.. nak masak pagi tadi malas pula.. apatah lagi pakwe awal lagi dah pergi kerja.. syukur.. masih ada juga orang ingat kat aku..

Dalam pukul 1.00ptg aku dah mula rasa letih sangat dan mengantuk.. mengenangkan kerja pukul 3.. aku buat keputusan untuk balik ke rumah.. asalnya nak pergi beli roti kat greg.. namun akhirnya aku melangkah menuju ke bus stop utk balik ke rumah.. dapat juga ku lelapkan mata dalam 30 minit.. cukup untuk membuatkan aku segar sedikit..

Hari ini aku masuk awal.. seperti selalu aku kerap juga datang awal.. dan selalunya juga aku akan pulang awal seawal 5.30ptg.. namun hari ini aku terkejut.. aku masuk tepat pukul 2.35ptg.. dan lagi 5minit ke pukul 5.45ptg aku sudah keluar.. lagipun kebiasaan aku dibenarkan untuk keluar 15 minit awal.. sudah berbulan begitu.. entah mengapa saat aku sampai ke pintu menuju ke lif.. aku ditegur oleh John.. katanya aku tak boleh lagi balik awal selagi belum pukul 6.00ptg.. terkedu aku memandang wajah John.. selalunya dialah yang suruh aku balik awal.. 5.45 ptg dia dah suruh aku balik.. katanya bos dia selalu tanya tentang waktu aku sampai dan waktu aku balik.. seingat aku.. aku datang dan balik seperti biasa.. hanya jika aku datang awal.. maka aku akan balik awal.. namun waktu 3 jam itu tetap tidak berubah.. tension betul aku selepas itu.. kadang2 aku datang awal juga.. namun aku balik lewat.. nie sekarang.. datang awal pun kena balik lewat tepat pukul 6.00ptg.. kalau begitulah.. mulai esok aku akan masuk tepat pukul 3ptg.. aku dah tak nak datang awal lagi.. buang masa je.. ingatkan kalau tidak berkira dengan masa maka mereka akan flexible dengan aku.. tapi entah mengapa hari ini.. aku ditegur hanya kerana aku keluar 20minit awal dari pukul 6.00ptg.. sedangkan aku sampai tadi pun 25 minit awal dari pukul 3.00ptg..

arghhhhhh tensionnyaa.. dalam perjalanan balik naik bas aku masih terus memikirkan peristiwa tadi.. sudah hampir 4 bulan aku bekerja di situ mengapa baru sekarang isu balik awal ini dipersoalkan.. bukannya aku tak siapkan kerja aku.. malah semua kerja aku siapkan seperti biasa.. kadang aku jadi orang terakhir yang keluar dari bangunan tu.. tutup semua lampu... set fire alarm.. buang sampah siap2... entahlah.. aku dah mula takde mood nak kerja di situ... hati aku dah mula rasa tidak selesa.. dan aku mula fikir untuk bekerja ditempat lain.. tengoklah.. esok aku nak ke HR uni strathclyde.. ada kerja kosong clenear.. kadang fikir bagus juga kerja cleaner di uni tempat aku belajar.. at least lepas kerja aku boleh terus study di department..

orang berbudi kita berbahasa.. namun kini aku sudah mula rasa tension.. tapi bila fikir semula.. aku hanya ditegur kerana keluar awal.. bukan kerana kerja aku.. kadang tak larat sebenarnya buat semua.. kerana hampir semua kerja bersih di floor tu aku yang buat sorang2.. dari bersihkan meja.. vakum.. mop lantai.. bersihkan toilet.. bersihkan kitchen.. buffing.. semua aku buat sorang2 dalam masa 3 jam.. kalau orang lain.. atau mat saleh mesti tak nak buat sorang ye.. entahlah.. ku harap aku masih ada kesabaran utk hari esok.. tengoklah esok bagaimana.. jika keadaan berterusan begitu.. aku nekad untuk berhenti kerja.. takpelah.. rezeki Allah yang tentukan.. dan Allah jua yang memberi.. aku hanya mampu berusaha dan akhirnya aku bertawakal atas apa yang telah aku usahakan

2 comments:

yyg said...

Mama sabar22 ya, rezeki tu ditgn tuhan.Mungkin Boss John tegur John,sebab tu John terpaksa tegur kut. X pa la mama lupakan hmmm. Lagi pun Mama keja part time je situ, Yyg doakan moga tuhan luaskan lagi rezeki mama dpt rezeki yg lagi lebih baik drp itu .Amin. Esok hari jadi yyg tau mama.Yyg nak mama mood ceria & bertenaga satu hari, klu boleh hari22 lagi bagus.Mama kena senyum2 satu hari tau.Itu la hadiah yg paling istimewa drp yyg utk mama. Yyg amat yakin usaha mama selama ini x kan sia22 kebahgian & kejayaan sedang melambai mama di pintu kejayaan & kegemilangan . Mama kena bangun kuatkan azam, usaha & terus berusaha bersungguh22.Mama yyg pasti berjaya.Mama pasti boleh. Yes!! mama yyg andai confrim boleh.Moahsss mama cygggg.Jgn lupa wish yyg tau.

iina said...

Yyg Happy betday.. selamat hari jadi ke 5tahun.. p cekolah elok2.. mama luv u

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin