Tuesday, 12 February 2008

Seorang perempuan tua dan bas

Sebenarnya semalam dalam perjalanan pulang.. aku bertemu dengan seorang perempuan tua.. selepas sahaja aku menaiki bas pulang dari kerja.. lebih kurang 2 bus stop selepas bus stop yang ku tunggu.. naiklah perempuan tua itu.. kebetulan ketika itu aku berdiri di hadapan bas kerana tempat duduk penuh.. terus perempuan tua itu senyum.. dia tegur aku.. dan aku hanya sekadar senyum sahaja.. ceritanya bermula pada minggu lepas..

Selepas waktu kerja aku menaiki bas 66.. tak salah aku hari tersebut adalah hari rabu atau khamis yang lepas.. naiklah perempuan tua ini dengan berjalan menggunakan tongkat.. terkial-kial.. mulanya dia berjalan terus tapi ditegur oleh pemandu bas menanyakan tambang.. perempuan tua ini tidak perasan agaknya perlu membayar tambang.. selalunya orang tua di sini menggunakan kad concession.. dan biasanya dengan menunjukkan kad berkenaan mereka akan dibenarkan naik tanpa perlu membayar tambang bas.. entah bagaimana perempuan tua ini tidak punya kad berkenaan.. maka terpaksalah beliau membayar dengan duit siling.. maka beliau diminta oleh pemandu bas untuk membayar tambang 1 pound.. aku terdengar dia mengatakan hendak turun di calder street.. maka terkial-kial lagi ku lihat dia hendak meletakkan tongkatnya.. dan terkial-kial lagi mencari duit siling..

Malangnya duit silingnya tidak cukup.. maka beliau terpaksa menoleh ke belakang untuk menanyakan orang disekeliling utk mendapatkan duit siling 1 pound.. aku kebetulan masa itu hendak mengeluarkan duit berkenaan.. tapi memandangkan aku duduk di tempat duduk 3 dari depan.. seorang gadis keturunan black.. aku tidak pasti negara mana.. yang kebetulan duduk di tempat duduk hadapan.. memberikannya duit siling berkenaan.. aku terdengar perempuan tua itu berkata.. it really embrassing.. sambil menggelengkan kepalanya dan ditambah diperli lagi oleh pemandu bas mengatakan malu je suruh orang lain bayarkan tambang.. sungguh kurang ajar pemandu bas berkenaan... saat itu hatiku sungguh geram melihatkan perbuatan pemandu bas berkenaan.. dahlah perempuan tua yang berjalan dengan tongkat.. perlahan sungguh langkahnya.. malah diperli lagi oleh pemandu.. kebanyakkan penumpang ketika itu mengeluh dan berkata.. kenapa pemandu itu tida biarkan sahaja perempuan itu naik tanpa tambang.. nama pun perempuan tua.. dengan langkah yang perlahan perempuan tua itu terus duduk disebelahku.. sambil berkata terima kasih.. aku hanya senyum kembali.. berulang kali dia ucapkan terima kasih padaku.. mungkin dia ingat aku yang beri duit tersebut sedangkan gadis yang memberikan duit berkenaan telah pun turun tidak lama selepas perempuan itu naik..

entah macamana semalam.. aku berjumpa kembali perempuan tua itu di dalam bas no 5.. dari jauh perempuan itu senyum padaku sambil menyebut "you the one who give me the 1pound".. aku hanya senyum sahaja.. malas nak berkata apa-apa.. entah bagaimana.. tiba-tiba perempuan itu menghulurkan duit siling 1 pound padaku.. dia paksa juga aku terima duit itu.. mulanya aku tolak duit berkenaan.. tapi dia paksa juga aku terima.. akhirnya aku terpaksa bersuara.. " no.. it's not me who give you the 1 pound.. it's the other girl".. barulah selepas itu perempuan tua itu berhenti dari memaksaku.. mungkin dia percaya dan mungkin tidak.. mungkin dia rasa aku sahaja berikan alasan berkenaan untuk tidak menerima duit tersebut.. namun hakikatnya memang bukan aku yang berikan duit berkenaan..

Namun peristiwa itu sentiasa terbekas dalam hatiku.. apatah lagi melihat orang tua begitu.. membuatkan aku teringat mak dan arwah nenek ku.. bagaimanalah jika mereka diperlakukan sebegitu ... sayu hatiku memikirkannya..namun itulah peristiwa yang takkan aku lupa.. seorang perempuan tua dengan tongkatnya.. aku takkan lupa wajahnya yang sentiasa senyum walaupun telah diperli dan diherdik oleh pemandu bas yang kurang ajar..

Itulah manusia.. di bumi asing ini macam-macam perangai orang yang kita temui.. ada yang ramah mesra dan baik hati.. namun ada juga yang kurang ajar dan jahat.. kena pandailah menilai.. namun.. kalau nak diikutkan dari segi keselamatan.. aku rasa lebih selamat di sini.. alhamdullilah belum lagi aku temui manusia yang jahat dan berniat jahat pada ku disini.. bawa beg tangan ke bandar pun belum pernah lagi aku diragut atau dirompak.. cuba bawa beg tangan ke KL.. macam-macam peeristiwa yang kita dengar.. dan tiap kali aku ke KL aku pasti xkan bawak beg tangan yang besar.. hanya muat-muat untuk aku kepit dengan kuat diketiak ku.. jika tidak.. siaplah jadi mangsa ragut penunggang motor..

Namun.. peristiwa berjumpa dengan perempuan tua itu membuatkan aku menilai sifat manusia.. dan membuatkan hati aku semakin rindu dengan kampung halaman.. dan semakin rindu dengan mak.. takpelah sabarlah hati.. tak lama lagi aku akan balik insyallah

3 comments:

yana said...

ko plan blk lama ke? nnt kalau sempat, jumpa la aku. Mai rumah aku. Tgk byk menda dh berubah kat rumah tu. :) semlm aku dpt news yg adik aku kene retrench dari ofis dia. the whole ofis plak tu. haru sungguh! aku tgh penin paler ni. yg peliknya, dok p ngadu kat aku dulu, yg kat wife dia x cite plak. aku rasa bkn apa tu, saja kasi hints since aku ni banker terhormat dia. fenin2 being the eldest in the family. kekdg teringat kata2 kwn aku yg dh selamat berlabuh ke salford januari lps, yg juga anak sulung -> "kdg2 kita kena jd seorg anak yg selfish to the family!" :) masalahnya aku ni boleh ka berubah perangai jd lagu tu utk seketika!

iina said...

insyallah lepas review aku ingat nak balik maybe dalam 3 minggu.. settlekan urusan adik dan keluarga.. dan urusan bank macam2 ler yana.. disamping aku nak run aku ye pilot study kat sekolah..

hujung tahun nie aku balik lagi.. insyallah tahun nie aku puasa dan raya kat mesia.. sebab nak collect data dalam 2 bulan.. disamping adik ipar aku nak kwin lepas raya..

sure aku lepak ye rumah ko.. sebab balik 3mggu tu aku balik sorang.. leh aku ajak ko p merewang hehehe.. aku nak shopping sakan balik nie.. ko temankan aku je

iina said...

memanglah yana jadi anak tua walau kat mana berada tanggungjawab adalah tanggungjawab.. bukanlah selfish tapi sebab bila dah berada jauh dari keluarga.. takde apa yang mampu kita buat.. dan diorang pun faham yang kita jauh.. tak dapat nak buat apa-apa.. macam kes aku..

tapi apa pun aku sentiasa doakan yang terbaik.. sebab tu aku nak balik lepas review nie.. nak settlekan mana yang patut.. lagipun aku percaya.. setiap yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.. apa pun dugaan dan cabaran insyallah ada solution pada cabaran itu.. aku teringat kata seorang kakak kat sini.. Allah akan sentiasa uji kita.. tapi ujian yang dia berikan.. adalah mengikut kemampuan kita.. dia takkan uji kita kalau kita tidak mampu menghadapi ujian tersebut.. percayalah.. setiap ujian dan dugaan itu.. allah tujukan pada kita atas dasar kita boleh hadapinya..

dalam mengkaji dan mencari ilmu di peringkat PhD nie.. kita menjadi manusia yang muhasabah diri.. lebih rendah diri betapa luasnya ilmu.. betapa tingginya nilai pengetahuan.. dan juga membuatkan kita lebih percaya dan kuat keimanan pada Allah.. mental fizikal dan emosi semuanya perlu kuat.. namun aku sentiasa bersikap positif.. aku taknak fikir yang negatif.. kalau agak-agak rasa putus asa.. aku selalu fikir yang positif balik.. ingat allah. ingat mak n ayah.. ingat tujuan asal aku.. insyallah.. kita boleh go thru semua tu

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin