Sunday, 3 February 2008

Kuatkan semangatmu..

Hari ini.. aku termenung sejenak memikirkan kata-kata seorang sahabat.. hampir putus asa dalam menempuhi alam perjuangan PhD.. namun tempoh masa masih jauh lagi .. masa yang singkat terlalu awal untuk meramalkan masa depan.. lagipun kita seharusnya percaya.. rezeki.. takdir dan ketentuan semuanya di tangan Allah s.w.t.

Seperti rentetan ku sebelum ini.. hujan emas di negara orang.. sememangnya dugaan dan cabaran untuk hidup di luar negara adalah tidak sama dan berbeza dengan situasi di Malaysia.. sudah hampir 30++ kita membina hidup di Malaysia.. tidak pernah berhijrah ke negara lain.. sudah tentu perjalanan dan keselesaan hidup juga berubah.. namun.. kita kena kuat semangat.. dimana bumi dipijak.. situlah langit dijunjung..

Sebenarnya kita tidak keseorangan.. setiap individu.. punya masalah tersendiri.. punya dugaan dan cabaran yang berlainan.. namun apa juga yang dihadapi.. kuatkanlah semangatmu.. usah putus asa.. usah kecewa dan usah juga patah arah..

buat semua sahabatku.. percayalah.. selagi kita bergelar sahabat.. kita akan terus menyokong satu sama lain.. biarlah apa juga kata insan lain.. cabaran dan dugaan harus kita hadapi.. terus cekal dan tabah hati.. jangan pandang rendah diri sendiri.. jika orang lain memandang tinggi dan mengharap kita membawa pulang kejayaan.. usahalah ... insyallah setiap usaha itu tidak akan sia-sia.. percayalah dan sentiasa fikirkan yang positif.. usah dilayan fikiran negatif.. usah dibuai rasa lemah semangat dan bosan serta buntu itu.. kuatkan semangatmu...

buat semua sahabat yang sedang menjalani dugaan Phd.. mashi.. sidi.. rusdi.. kak ramlah.. ashardi.. amri.. che soh.. modi.. aslina.. kak haizan.. ann.. shima.. mas.. kuatkan semangat.. percaya diri sendiri.. dan yakin pada diri.. insyallah.. semoga Allah permudahkan laluan perjalanan study kalian.. dan semoga Allah juga permudahkan semua urusan kita.. aminn...

3 comments:

yyg said...

Mama kuat semgt hmmm.Yyg percaya mama pasti berjaya harungi semua cabaran tersebut.Mama idola yyg pasti kuat & cekal hati. Sesuatu kejayaan tidak akan dtg dgn mudah tanpa harungi semua liku2 dugaan.Teguhkan pendirian mama serta kuatkan azam mama.Mama pasti boleh,yakin boleh confrim boleh.Kejayaan pasti milik mama yyg 1000% percaya pd mama.Moahss mama yyg cyg sgt mama

yyg said...

Surah Al Insyirah
(Doa lapangkan Hati)
Surah ke – 94

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
dan Kamipun telah menurunkan bebanmu darimu,

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu,

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain,

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Ertinya: Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),
Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,
Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.


* Caranya:

* Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan

* Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan
dada

yyg said...

Moga Tuhan lapangkan dada mama serta bersemgt kembali.Amin
Youtube surah Al-Insyirah.


http://www.youtube.com/watch?v=aiQ7YYLnnAQ&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=UrGSWzGxrTQ

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin