Friday, 29 February 2008

Mana lebih penting.. duit atau..

Tadi tengahari.. kak haizan ajak aku makan tengahari.. dia tapau nasi lemak.. dan aku tak bawa pun bekal.. mengenangkan nak temankan kak haizan makan.. aku ajak dia makan di cafe costa tingkat bawah groundfloor livingstone tower.. dah setahun department aku kat building tu.. tapi aku sendiri tak pernah jejak kaki dan makan kat cafe tu pun.. sejak dapat tahu yang ayam yang dijual disitu adalah halal.. apa lagi aku panjangkan kaki untuk melangkah masuk ke costa..

Malangnya mediteranean chicken wrap.. dah abis.. so aku pun sekadar order vegetable soup dan capucino.. cukuplah.. sambil temankan kak haizan makan.. oklah cafe costa tu.. kecik je.. taklah sebesar cafe Todd yang biasa kami makan, lebih luas dan lebih banyak variety makanannya.. sambil makan-makan tu biasalah kalau dah melepak dengan kak haizan tu.. macam-macamlah cerita yang keluar.. tadi kami berbual pasal ada sesetengah orang yang lebih utamakan benda material yang nampak daripada makan minum.. sanggup ikat perut.. control makan.. beli makanan pun cukup2 je untuk makan anak beranak.. tapi sanggup pula belanje tinggi untuk beli benda yang lain.. keretalah rumahlah.. harta benda lah.. tapi bila kena bab makan.. control abis.. tapi bila kena benda material.. beg ke.. kasut ke.. baju ke.. tudung ke.. kereta ke.. sanggup berabis-abisan..

Kami bukan bercerita mengenai keluarga di glasgow nie.. tapi termasuk jugalah rakan-rakan yang kami kenali di malaysia.. terbuka jugalah cerita pasal perangai student yang kami ajar di malaysia.. kalau bab-bab beli buku.. walaupun rm50.. pun berkira.. tapi bila kena topup handphone kadang seminggu atau sebulan rm50 tu takde apa.. selalu aku perli student aku.. kalau saya suruh beli buku teks.. ada je alasan xde duit ler.. tapi kalau kena topup handphone tu.. rm50 tu cam air je.. bayar je terus.. teringat satu cerita seorang kakak yang berniaga gerai makanan di medan makan tg malim.. aku adalah pelanggan setia kak tu.. baik sarapan ke tengahari ke malam ke.. selalu aku ke gerai kakak tu.. selesa sebab dia juga perempuan.. dan aku juga sering makan sorang-sorang.. memang rapat dengan kakak tu.. kadang lama juga duduk di gerai dia sambil borak2.. teringat satu cerita dia tentang perangai student nie.. student nie kalau datang makan bihun goreng di gerai kakak nie.. mesti akan suruh buat separuh je.. kalau 1 pinggan penuh biasa akak tu jual rm2.50.. kalau setengah dah bape kan.. pulak tu minta letak macam-macam udang ler sotong ler.. ayam ler.. makan bukan main jimat lagik budak2 nie.. tapi bila beli tudung dan kain baju.. tg malim nie memang banyak kedai jual kain dan tudung.. beli tudung yang mahal-mahal.. rm60.. rm70.. yang manik2.. yang batu2 penuh.. ada lak duit.. tapi bila bab makan.. mak oiii berjimat abiss.. kadang tergelak juga bila teringat dengar cerita kakak tu..

Tapi memang ada orang yang begitu.. kadang hanya melihat benda yang material.. takde kereta nak ada kereta.. takde hp canggih nak yang canggih.. ada 3g ler.. ada video cam ler.. walhal.. features tu semua tak pakai.. dulu masa ajar subjek berkenaan dengan voice recognition untuk master student.. pernah juga aku bangkitkan isu ini.. semasa mengajar kelas multimedia pun selalu aku timbulkan isu teknologi.. trend dan pengaruhnya kepada golongan remaja.. selalu student akulah jadi mangsa.. kadang aku cerita.. bagaimana pengaruh media memain peranan penting dalam meletakkan trend dan fashion dalam kehidupan manusia.. kebanyakkan orang akan beli sesuatu apabila ia menjadi trend dan isu terkini.. tanpa mempertimbangkan kegunaan dan manafaat dia.. yang penting itu adalah yang latest.. canggih.. dan modern.. kadang duit gaji tak cukup pun.. tapi kerana benda yang dikejar itu adalah sesuatu yang canggih.. trend.. sanggup ikat perut semata-mata kerana benda material..

Memang hakikatnya remaja zaman sekarang ini begitu.. kadang baru sahaja bekerja.. dah mula beli kereta.. mula buat loan itu dan ini.. beli yang canggih2.. macam-macamlah.. tak kira hutang yang kena bayar bulan2.. dulu semasa aku mula bekerja.. 2 tahun selepas aku bekerja.. barulah aku beli kereta.. itupun.. berjimat sikit-sikit.. barulah mula nak buat loan.. siap kira lagi.. berapa interest.. berapa lama nak kena bayar.. lagi cepat abis bayar lagi bagus.. sekarang ini tengoklah.. loan kereta pun boleh buat sampai 10 tahun.. deposit pun bg tak sampai seribu.. aku dulu beli kereta.. deposit hampir 6k.. bulan2 hampir rm700.. mampu beli kereta wira je zaman tu.. dengan interest 6.3.. 7 tahun loan.. itupun nak tggu abis bayar 7 tahun itu.. rasanya.. macam berzaman nak abis.. bila interest kereta turun.. dalam tahun 2002.. ramai kawan yang buat loan semula.. bayar kereta bulanan yang lebih murah.. tapi.. tempoh tahun kena bayar bertambahlah.. aku buat keputusan untuk tidak refinance kereta aku.. biarlah.. rate lama.. bayar tinggi.. yang pasti.. tempoh kena bayar itu tidak lama.. dah abis pun loan kereta aku.. kereta itu pun.. ayah dan mak yang pakai.. dah tak risau pasal hutang2.. hanya tinggal hutang rumah sahaja.. itu pun aku hanya sekadar buat loan selama 15 tahun.. membayarnya.. memanglah banyak.. rm1K++ tapi.. sebelum umur aku 50 tahun.. loan rumah dah selesai dibayar..

Kadang bila difikirkan semula.. trend dan pemikiran manusia ini dah banyak berubah.. memang ramai yang memandang benda material.. benda yang boleh nampak.. mungkin ada banyak faktor.. pinjaman yang mudah nak dibuat.. teknologi yang berkembang pesat.. pengaruh media dan rakan-rakan.. sikap persaingan yang berlumba-lumba.. tapi bagi aku.. mungkin bila umur diperingkat 30an dan berkeluarga.. aku lebih memikirkan investment dan masa depan.. memanglah nak kereta yang canggih.. nak rumah yang canggih.. nak macam-macam.. sejak perkahwinan kami masuk tahun ke 5.. sekarang dah 8 tahun kami berkahwin.. aku selalu pesan dengan pakwe... kita beli barang bila ada duit cash.. ina tak nak hutang-hutang nie.. ada duit kita beli.. takde duit.. nak beli kumpul.. tak yah nak susahkan diri nak beli barang hutang-hutang nie.. senang.. dapat barang takde hutang yang kena bayar.. lainlah kalau beli benda yang sememangnya beratus ribu.. seperti kereta dan rumah .. memang tidak dapat dielakkan untuk berhutang..

Biarlah.. apa pun.. yang penting kita tahu menguruskan hidup masing-masing.. wanita dan perempuannya terutamanya.. walau dah berkahwin sekali pun.. biarlah berkerjaya.. biarlah tahu bawa kereta.. biarlah mampu berdikari.. kerana kadang kita tidak tahu masa depan.. tak tahu apa yang terjadi..

2 comments:

azra said...

ayah pun selalu pesan-beli bila perlu, ada duit..jgn amalkan berhutang..jgn'biar papa,asal bergaya'..x kemana senangnyer, kalo susah hati kan...
baru tau costa tu ader fod halal, nnt nk gi arr..=)

iina said...

akak pun baru tahu costa tu halal.. bukan setakat costa tu je.. kat cafe tood tu pun ayam dia halal sebenarnya.. beef dia je yang tak halal..
Baguslah azra.. beringat semasa usia muda.. tapi kalau nak bergaya boleh gak sekali sekala.. jangan tak bergaya langsung hehehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin