Tuesday 26 February 2008

Mencari idea

Hari ini saban hari memikirkan.. dan mencari idea untuk mendapatkan cara untuk menghasilkan prototype baru.. semalam George mention dia nak aku bangunkan aplikasi dimana guru boleh gunakan tools berkenaan untuk menghasilkan bahan bantu mengajarnya sendiri dengan menggunakan objek 3D dalam bentuk persekitaran VR.. kira macam kena buat software baru ler.. sealiran dengan perisian powerpoint.. cikgu boleh decide nak guna features apa.. dan simulasi yang bagaimana yang mereka rasakan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran..

terfikir banyak perkara yang perlu aku cari.. bahasa pengaturcaraan.. terfikir nak gunakan Java programming.. nak guna flash.. nak guna matlab.. nak gunakan VRML language.. nak gunakan ISA internet space assembler.. database lagi.. entahlah.. study ISA je tadi pun aku dah pening.. belum lagi tahu sama ada boleh diintergrasikan dengan Java.. kena buat programming ke aku nie.. bukan apa nak mula semunya dari awal.. bukanlah perkara yang mudah.. tapi tak mustahilkan.. design system nak kena buat semula.. framework kena buat balik..

Tapi bila disenaraikan pro n con.. sama ada nak teruskan dengan aplikasi yang siap dibangunkan atau aku perlu juga bangunkan prototype baru.. dua-dua ada kelebihan dan kelemahan.. jika aku proceed dengen GeoVEL.. penilaian dan pengukuran adalah lebih menjuruskan pada usability study.. dengan kekuatan dalam methodologi penilaian kajian.. sama ada quantitaive dan qualitative.. jika aku proceed dengan prorotype yang baru.. penilaian itu bukan lagi elemen utama.. tapi proses pembangunan menjadi elemen utama.. penghasilan prototype.. pembinaan design dan storyboard... proses pembangunan yang akan melibatkan banyak pengaturcaraan..

entahlah.. nanti ku fikirkan

1 comment:

Anonymous said...

Mama sbr22 ya hadapi ujian cabaran, Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.Insyallah mama bakal dpt yg terbaik.Amin . Mama amalkan ayat seribu dinar hari2.Kegagalan itu pembuka pintu ke arah kejayaan .Teruskan berusaha mama.Yyg cyg mama moahssss


Lirik Lagu Pembakar Semangat..

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh.


Anda Hilang Tumpuan?

Kekadang bila kita baca buku, menulis, sedang berada di dalam kelas atau ketika sedang mengulangkaji pelajaran, kita selalu hilang tumpuan. Jika ini selalu berlaku pada Anda, gunakan 3 tips asas ni untuk mengurangkannya.

1. Berhenti seketika.
Keluar dan ambil angin, lihat persekitaran dan biar rasa damai muncul di minda Anda. Luangkan masa 10 minit untuk berehat seketika dari apa jua yang Anda kerjakan.

Cara lain, dengar muzik atau berbual ringan dengan rakan-rakan, tapi saya kurang mencadangkan cara ini sebab ia 'menggoda' Anda supaya lalai dan ia sedikit mengganggu bagi sesetengah orang.

2. Tenangkan diri.
Ini memakan masa 5 minit sahaja. Tarik nafas, tahan dalam 3 saat lalu lepaskan. Selepas itu, cari tempat yang tenang, tutup mata dan jangan ingat apa-apa selama 5 minit.

Tenangkan diri setenang yang mungkin. Jika diiringi zikir, itu lebih baik!

Kita selalu hilang tumpuan sebab banyak perkara yang kita fikir ketika sedang membaca, mengulangkaji pelajaran atau menulis artikel.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin