Wednesday 20 February 2008

Cabaran Study

Cabaran.. setiap insan akan menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidupnya.. baik dimana kita berada.. di malaysia ke.. di UK.. atau dinegara lain.. Namun cabaran peringkat PhD ini memang amat terasa.. apatah lagi terpaksa di selang selikan dengan tanggungjawab terhadap keluarga.. diri sendiri.. tanahair.. kepada Allah.. pada kerajaan yang membelanjakan ratusan ribu untuk menghantar kita belajar di luar negara

Hakikatnya.. study di peringkat PhD ini bukanla seperti study semasa kita berada di zaman ijazah pertama.. degree dahulu.. hanya perlu menghadiri lecture.. ambik nota.. baca buku.. buat assignment.. presentation.. jawab exam.. dan selesai exam.. cuti.. dan tunggu semester baru bermula... kadang difikirkan semula.. lebih seronok study masa degree dulu.. maklumlah zaman bujang dan anak dara.. komitmen takde sangat.. masih ada ruang nak enjoy dan berjalan-jalan.. namun apabila menjelajahi dan mengorak langkah melanjutkan pelajaran di peringkat PhD ini.. laluan kehidupan menjadi berbeza.. gaya pembelajaran terpaksa diubah.. gaya hidup juga terpaksa disesuaikan dengan situasi.. ada komitmen yang perlu dipenuhi.. ada hati juga yang perlu diambil berat.. ada keluarga yang perlu difikirkan.. ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.. pada masa yang sama.. terpaksa bekerja demi untuk mendapat sedikit keselesaan hidup.. tapi pada masa yang sama bebanan keletihan dan study terpaksa diimbangkan..

memang benar.. kadang kita teralpa seketika dari tanggungjawab yang sepatutnya kita buat.. tapikan kita ini manusia... hanya mailakat sahaja yang tidak pernah melakukan dosa.. tapi ini bukan bermakna kita jadikan ia alasan untuk tidak bertanggungjawab dan berterusan alpa dan mengabaikan.. memanglah kadang kita terlupa untuk study seketika.. aku pun begitu juga.. tak mampu nak concentrate study sepenuh masa.. kita ada benda lain yang kadang perlu kita ambil berat juga.. biasalah mood study ini.. meliputi juga mood kita untuk meneruskan hidup sehari.. adakala.. seharian mencari ilham untuk menulis dan membaca.. kadang rasa hanya membuang masa mengadap bacaan yang entah beratus kali dibaca.. kadang memandang PC di department.. hanya satu pandangan kosong yang tidak ada makna.. kadang kerap juga tertanya diri apa sebenarnya yang aku buat ini.. bukan tak nak buat kerja tapi kadang.. disaat fikiran menjadi buntu.. satu apa kerja pun tak mampu dibuat.. so lebih baik diisi dengan melakukan sesuatu yang lain..

Hari ini semasa kerja.. terasa penat sekali.. disaat tengah ada mood untuk menulis ini.. aku terpaksa berhenti kerana perlu bekerja.. semasa kerja menvakum lantai pun.. ilham untuk menulis mencurah-curah datang.. namun kerana yang dipegang adalah mop dan hover.. tidak mampulah aku taipkan bait ayat dan kata-kata yang terlintas tadi.. namun bila balik ke rumah pula.. keletihan pula melanda diri.. tak larat pula nak melakukan penulisan.. tapi aku yakin.. dimana ada jalan di situ ada kemahuan.. insyallah.. aku akan dapat selesaikannya .. aku yakin aku dapat menghadapi dan menyiapkan report aku esok insyallah..

Itulah cabaran.. baru setahun study namun sudah terasa hebat sungguh dugaan yang melanda.. bermula dengan huru hara keluarga yang terpaksa aku hadapi.. bersama dengan ketidak tenangan hati yang sekian lama aku simpan.. insyallah.. semoga Allah permudahkan urusan study kita semua.. semoga Allah jua beri kita kekuatan untuk menghadapi semua dugaan.. aminn

1 comment:

chinta said...

mudah2an Allah bantu dlm segala hal..moga dipermudahkan urusan..aminn

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin