Saturday, 26 February 2011

Semoga semuanya baik-baik sahaja


Aku menaiki sebuah perahu yang kecil. Perahu itu hanya muat untuk 2 orang sahaja. Aku menoleh ke belakang.. Terlihat yang bersama aku adalah sahabat baik aku..

Perahu yang kami naiki berada di tengah laut. Sebenarnya jaraknya tidaklah jauh sangat dengan tepi pantai. Kelihatan begitu ramai manusia sedang bermandi manda di tepi pantai.

Tiba-tiba perahu kecil yang kami naiki bergerak dengan laju. Aku hampir hilang imbangan tetapi ajaibnya perahu yang kami naiki itu mampu mengelak setiap manusia yang sedang mandi manda. Akhirnya perahu yang kami naiki sampai ke tepi pantai dan berhenti dengan perlahan. Aku dan sahabat aku menarik nafas lega..


Terus aku terjaga dari mimpi itu..

Dia yang ada dalam mimpi aku telah aku kenali sejak di ijazah pertama lagi.. Pernah tinggal menyewa bersama ketika bujang.. Kini masing-masing sudah berumah tangga dan bekerja di tempat yang sama di tanahair. Cuma bezanya.. Aku di sini dan dia di ChristChurch NZ sana..

Mimpi itu aku alami 3 tahun yang lepas ketika aku mula bermastautin di sini. Makna mimpi ini?? Aku dah lama dapat tafsirannya.. cuma aku tidak mahu huraikan di sini.. Cukuplah.. Semoga Allah permudahkan segala usaha dan perjuangan yang sedang kami lalui.. InsyAllah..

Doa buat sahabat aku di Christchurch semoga sentiasa dilindungi Allah.. mendengar berita tentang gempa bumi di Christchurch sudah cukup membuatkan aku risau tentang keadaan dia di sana.. Apatah lagi dia kini sedang dalam pantang bersalin anak kedua.. Perkahabaran terkini yang aku dapat dia selamat dan dalam keadaan yang baik.. Alhamdullilah..

InsyAllah semoga kita semua juga dilindungi Allah dari segala bencana.. Dipermudahkan urusan seharian dan kehidupan.. Hadapi hidup dengan semangat yang kuat dan jitu hendaknya..

Keep your dreams alive.
Understand to achieve anything requires faith and belief in yourself,
vision, hard work, determination, and dedication.
Remember all things are possible for those who believe.

-Gail Devers-

You block your dream when you allow your fear to grow bigger than your faith.
-Mary Manin Morrissey -

Faith is believing in things when common sense tells you not to
-George Seaton -

The opposite of love is not hate, it's indifference.
The opposite of art is not ugliness, it's indifference.
The opposite of faith is not heresy, it's indifference.
And the opposite of life is not death, it's indifference.

-Elie Wiesel-

11 comments:

aNIe said...

Andainya baik makna mimpi tu...semoga segalanya dipermudahkan iina...

Akak pin doakan yg terbaik untuk iina dan kawan2...

kak Erna said...

assalam iina..alhamdulillah..kawan iina dan keluarganya selamat..
amiin..semoga semua kita juga dilindungi dari bencana..

Mak Su said...

maksu hrp iina dan sahabat baik2 saja ya

take care

Uncle Lee said...

Hi Iina, for a moment I thought you went in a canoe on one of those lakes.
A dream.....
Love your beautiful sayings below......
You keep well, iina.
We had snow like crazy last night, now all white outside.
Going to snow again too.

Lee.

iina said...

Kak Anie

InsyAllah kak.. terima kasih ye.. Amin

Kak Erna

Thanks ye kak.. InsyAllah amin..

Mak Su

Thanks ye ;)

Uncle Lee

;).. just a dream

Wow.. keep warm yeah.. another 2 month to go I guess?? then spring on it's way ;)

Zaitun said...

Syukur kawan iina selamat,harap semuanya baik2.

azza_irah said...

semoga kak iina juga baik baik di sana..
jaga diri..jaga peribadi..
moga cemerlang sebagai insan.. :))

Ku Tak Sempurna said...

pinjam perahu ajaib ko tu. hihihi. ko tak reti berenang eh :P


.
.


semoga en pakwe baik2. eh. semoga ko dan en pakwe baik2

:D

iina said...

Kak Zai

Thanks kak ;)

Azza

InsyAllah.. aminn.. thanks ye

KTS

semoga semua baik2 ye.. termasuklah ko pun baik2 juga ;)

fatt said...

salam iina,
lama dah rasanya tak blogwalking sejak kebizian melanda diri...
lupa nak tanya haritu camne khabar kwn iina kat chch...tp lepas bc entry ni baru tahu..alhamdulillah semuanya baik..

kwn i yg duduk kat queenstown ckp dorg tak rasa sikit pun gegaran tu, mgkin sebab garisan altitud beza sedikit jadi gegaran tu tak sampai...tp kali ni yg paling dahsyat kan wlpun skala ritcher yg direkod adalah kecil berbanding yg sebelum ni...wallahualam..kuasa Allah. sama2 kita menginsafi kekuasaan-Nya...

iina said...

Fatt

Buat masa nie kawan aku tuh duk rumah kawan lain.. ari tuh duk umah sorg kwn nie.. dia dah pindah now.. so tak tahu kat mana dia skrg.. tapi ada sorang kawan kat dunedin nak turun Cch.. nak jumpa kwn baik aku tuh.. dia yg selalu update pasal kwn baik aku tuh.. Aku doa dari jauh jek semoga semuanya baik2 sahaja.. InsyAllah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin