Menghampiri pukul 12.45 tengahari.. (Rutin setiap hari Selasa dan Khamis)
Aku mula bergegas keluar dari bangunan Livingstone Tower..
Jalan kaki sederhana cepat ke bangunan James Weir..
Naik lif ke tingkat 4.. Cari bilik 409..
Jam menunjukkan pukul 12.55tghari..
Masih ada pelajar dalam kelas itu..
Tak lama pensyarah penyelia pun sampai..
Biasanya aku mesti sembang dengan dia.. Kadang pasal cuti hujung minggu.. Kadang pasal progress study.. Kadang pasal urusan kerja dalam masa terdekat ini..
Selama 3 bulan ini kena ikut kelas dia.. Biasalah... menuntut ilmu tak boleh malu.. walaupun kelas itu kelas pelajar' undergraduate'..
Kuliah bermula... Semua cerita pasal 'coding program' yang sedang aku 'run'.. Kebanyakan isu yang di 'highlight' berkenaan proses terperinci setiap 'function' atau teknik yang digunakan.. Boleh dipelajari sendiri.. tapi menghadiri kuliah begini lebih jelas ilmunya kerana menuntut dari seorang guru.. Nak-nak pulak penyelia sendiri.. memang takde peluang nak berangan-angan atau nak main-main..
Tapi.. bila masuk bab nak proses coding dalam kelas... Aduhhh... tetiba jek mata mengantuk.. Kalau proses dalam PC di CIS tuh segar bugar jugalah mata.. Terasa nikmat kejap nak tidur dalam kelas hehehehe... Puas jugalah menahan mata nie... Dahlah duduk baris kedua dari depan..
Kuliah sejam TAMAT.. sejam jek pun... bukan lama.. tapi mata masih mengantuk giler..
Berjalan kaki ke CIS semula.. Setting sikit program pada 'system'..
RESTART PC..
Semua coding tak boleh display......
Yang boleh run seminggu nie.. semua tak boleh display..
Aduhai.. Mesti ada setting yang tak kena nie..
Ok.. re-setting balik pada asal...
RESTART PC..
Pun tak boleh juga.. huhuhuhu.. berikanlah hambamu ini kesabaran yang jitu...
Kepala yang mengantuk semakin mengantuk...
Take 5... Buka blog..
Dengar lagu..
Tarik Nafas..
Makan 3 biji limau atas meja...
Taip entri nie..
Demi untuk mencari sedikit ketenangan jiwa hehehehe... Sambil jampi-jampi.. sat gik nak betulkan setting dan harap boleh run balik.. huhuhu..
Tetiba lagu tak kedengaran.. Aikk.. 'Browser' problem ke??
Takpe.. Ambik nafas lagik...
Mahu tutup semua browser dan RESTART balik PC..
Kejap lagik mahu pecah kepala settlekan semua problem nie..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
11 years ago
9 comments:
Jom makan aiskrimm... :D
I amsterdam
Jom.. jom.. kepala I dah berasap2 nie... tensen...
aku hanya mampu mengirim doa utk pelajar itu yg sedang berjuang bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasannya.. semoga dia berjaya! Ameen.
:)
Meh kak Zai belanja Baskin Robbin.
Kak Zai selalu ngantuk kalau kuliah agama kalau tengok movie tahan pula sampai jauh malam.
Dah lama tak buat coding.. lately cuma buat coding template blog sendiri dan kawan2 je.. tapinya bila tengok coding dotnet trus kecil anak mata.. tapi klu dah terjebak.. memang susah nak lepaskan diri..
iina.. selamat bertarung menyelesaikan masalah anda.. mesti akan ada cara dan jalannya.. jangan berputus asa.. (-_-)y
bestkan jadi student.. nak jadik student jugak..
semoga berjaya..
mengantuk ada kalanya memang tak boleh nak kawal..
macam akak hari ni..memang mengantuk gila..bahasa budak2 sekarang he he..
konon waktu rehat nak tidur kejap..
tak pulak dia mau tidur..
harap2 masalah ina dah jumpa jalan penyelesaian nya..
Tiny
InsyAllah.. pelajar itu akan terus berjuang hingga ke tenaga yang terakhir dan hingga kelopak mata dah tak larat nak bukak.. hehehe.. semalam balik mata aku dah merah2 mengadap skrin dr pg smpi nak isyak huhuhu.. InsyAllah.. yakin boleh
Kak Zai
Wah best tuh.. terbayang2 nak makan smoothie.. stok aiskrim dah nak abis.. nak kena p beli nieh ;)
Tuhlah kan kak.. benda2 yg menarik seronok mata memang tak ngantuk jek hehehe ;)
Emy
Biasalah.. kalau tak settle coding nie.. kadang sampai tidur pun mimpi sambung buat code.. kadang rasa taknak berhenti tapi isyarat tenaga badan dah kata kena stop.. krg sakit.. susah pulak..
I rasa jadi student masa undergrad lagik best.. masa master pun I enjoy gak.. bila time level nie.. stress dia berpanjangan selama 4thn lebih.. itu lebih tak larat.. ;)
Kak Erna
Problem semalam dah settle... Alhamdullilah.. hari nie nak settle problem lain lak dan mulakan coding baru.. Doakan saya ye kak.. InsyAllah..
Ooo problem dah setel dah ek. Aiskrim dah dapek ko bolum.
adui..memang poning bolaja ni kan? Weekend ni kakpaun nak masuk kelas balik. Kelas fotografi hehe..
Kak Pah
Bolum laei lah.. balik kang den nak makan smoothie.. lotak aiskrim.. vogurt dan susu.. marvellous kak..
Selamat berfotografi ye kak.. leh ambik gbr lawa2.. ;)
Post a Comment