Saturday, 2 October 2010

Terima kasih daun keladi..

Tadi aku duk compile balik gambar-gambar semasa di tanahair..

Ternampak beberapa keping gambar sahabat-sahabat yang sempat aku kunjungi..

Dari tak pernah bersua muka.. kita sering saling bertukar komen.. gurau senda.. gelak ketawa mengata..

Akhirnya.. Aku jumpa juga empunya diri..

So entri kali ini khusus untuk kawan-kawan blog aku..

Cuma terasa ralat tak sempat nak bergambar dengan Kak Erna yang sanggup datang KLIA malam sebelum terbang ke UK.. Dah akak balik baru pakwe tanya mengapa tak ambil gambar dengan dia.. Dah lepas baru teringat bukan apa masa tuh duk sibuk beratur nak masuk bagasi ke kaunter check-in ;) InsyAllah kak.. next time ye..

Pada satu tengahari tuh.. seperti telah dijanjikan dipaksa (opps..hehehe) aku kena pergi umah kawan sejati aku.. sebab sekotak kuih raya yang sepatutnya dia pos pada hari aku nak terbang ke malaysia.. terbantut.. Idak kotak sampai sini.. Puan dia.. sampai malaysia..

Pusing-pusing jugalah cari rumah dia di Alam Damai itu.. Sesat jugalah kejap.. kejap jek.. hehehe..

Wah teerkejut.. dulu datang takde pak guard.. Kali nie datang siap ada pak guard.. Siap buat soalan cepu emas lagi.."Rumah no bape incik??" Pakwe aku jawablah.. lepas tuh dia leh tanya pulak nama jalan... amboi.. nasib baik masa tuh aku duk tengok alamat dia kat iphone aku.. Berjayalah menjawabnya.. Nasib baik dia tak tanya pulak rumah warna apa.. wakakakah.. idak sure aku suruh minah tuh jemput aku depan pak guard tuh ;)

My beloved fren; Tiny with her kids..

Lepak punya lepak aku kena tunggu pulak 2 lagi kawan yang nak datang..

Akhirnya.. Setelah melepak berjam-jam..
Sempat lagi layan tengok episod terakhir 'Ular Emas'
Hehehe

Datanglah jiran rumah no 1..

  Tokma tersayang ;)

Kemudian tak lama sampailah sorang lagi..

Kak Long aka Maiza

Selepas itu malam harinya aku sekali lagi dipaksa melepak..
Panggilan bertalu-talu aku terima..
Nak tak nak kenalah pergi..
Pusing-pusing jugalah mencari jalan..

Teliti papan tanda ini betul-betul..
Kemanakah arah tujuan kami??
Ye kami ke kampung baru ye..
"Cari masjid jamek kampung baru.." Pesanan sorang kawan aku tuh..

Nak tahu diorang sebenarnya nak bawa aku p mana????
Kat sini tempatnya tau..
Mentang-mentanglah aku dah lama tak pakai benda nie...
Selipar jepun..
Nasib juga seliparnya cantik..
Tapi sayangnya..
Sepasang pun diorg tuh tak sudi belikan untuk aku ;(


Tak.. Tak.. Minta maaf..
Diorang tak ajak pun pergi beli makan selipar..
Setelah berpusing-pusing menaiki kereta aku..
Dengan budak bertiga itu di belakang bonet tempat duduk..
Akhirnya kami singgah ke sini
Kedai Kak Som

Alhamdullilah..
Kenyanglah kami berdua dibelanja oleh mereka berdua..
Siapakah mereka berdua itu??
Sila teka sendiri dari mereka bertiga ini ok..
 Janji happy kan kan kan..
Agak-agak yang mana KTS?? Yang Mana Juliet??
Jumpa diorang baru aku tau nama sebenar diorang tau..
Cukup ayu nama diorang sebenarnya..


Hujung minggu pulak...
Jeng.. Jeng.. Jeng...
Kekonon nak buat suprise..
Dari jelebu.. ke Bandar Baru Bangi fasa 3..
Aku menjejak kasih..
Dengan penuh debaran..
Aku sempatlah baca Bismillah dulu sebelum masuk rumah dia..

Masuk-masuk jek.. Dia tenung aku
Lama-lama..
Renung-renung..

Akhirnya soalan yang keluar dari mulut dia..
"Bilo lak ko balik"

Wakakakah..
Aku terus tergelak..
Dia dah tau dah..

 Bersama Kak Pah..
Boss besar Tadika Aulad ;)

Gambar berempat rakan-rakan blogger sejati..
Tokma, Tiny, Aku dan Kak Pah

Sebenarnya ramai lagi nak pergi jumpa..
Cam Kak Anie (minta maaf ye kak).. tapi tak sempat kerana kesuntukan masa..

InsyAllah ada umur yang panjang..
Peluang dan masa terluang..
Pastinya kita berjumpa lagi..

Pada semua rakan yang sudi menjemput datang ke rumah.. ke restauran.. ke kedai selipar..
Terima kasih daun keladi..
Ada rezeki lebih..
Boleh belanja lagi..
dan boleh ajak lagi ye...

11 comments:

KTS said...

chop!!!!


.
.
.

.
.

gmbr awek 3 org tu slh caption

.
.


mana ada kts atau juliet pun kat situ.. dorang tu commmmooootttt sgt.. bebudak 3 org dlm gambar tu kurang comot


hihihi


pasni g makan sup selipar plak eh :P

iina said...

KTS

wakakakah.. aku dah touch-up bg kurg comot wakakakah idak lagik comot.. sup selipar??? wah222.. ok boleh aku nak makan di selayang tau.. selayang.. ;)

ibundo said...

err... tak terkomen. haha sebenarnya gembira sangat dapat jumpa ko. kalau tau ko nak datang boleh gaklah kakpah sediokan mee kari kahkah...
tiny cukuplah berahsia. dia kato ado orang nak datang tapi tak boleh cakap sapo. haha.. terkantoi gak ko kan?
KTS, bilo kau nak makan donat samo kakpah...

iina said...

Kak Pah

Takpe kak.. sok2 den dtg laei.. musti den khabar kat kak.. hehehe.. next time takdo doh kantoi kan ;)

Acik Erna said...

iina..haah la kan..camana boleh tak teringat nak bergambar,..bukan apa..iina pun sibok nak chek in kan..akak nasib baik tu..dapat jumpa iina..lagi pun en.abang akak tu tak kisah..dia rajin antar akak kemana pun..terima kasih iina..

iina said...

Kak Erna

Tulah kak.. dah lepas tu baru teringat.. Baguskan cik abg akak.. senang bawak p mana2 pun ;) InsyAllah kak ada peluang kita jmpa lagi kan

julietchun said...

apsal ko tak cakap nak selipar tuh? aku kan tgh nebes tem tu :P

Wehhh, gambar den sangatlah clear, kang ada yg terpikat susah plak,hiksss.

Err...kim salam kat cik zaidi ye :P

Kaktiny said...

aku senyum senyum.. hepi hepi je baca entri nih.. hihihi...

tawon depan kita atur openhouse lagik yer.. hihihi...

iina said...

Juliet

Hahahhaa.. yelah kot ada yang nak teka sapa ko musti dia takleh nak teka hehehe.. aku pun nebes gak nak minta kat ko time tuh.. lgik pun bila masa aku nak pakai?? hehehe.. InsyAllah nnti aku bgtau pakwe aku ;)

Tiny

InsyAllah.. thn depan ko kena dtg pulak openhouse aku ;)

badakbiru said...

nnt kite jumpa gak ek kak..:)

iina said...

BB

Dik insyAllah.. will do dear.. oneday ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin