Thursday, 30 September 2010

Demam raya atau demam rindu??

Salam..

Semenjak tiba dari tanahair.. Suhu di Glasgow yang cukup sejuk menyambut aku.. Beberapa hari yang lepas suhu mula jatuh di bawah takat beku di awal pagi.. Badan dah mula mengigil-gigil menahan kesejukan.. Jaket kalis hujan yang nipis terpaksa aku simpan buat masa ini.. dan mulalah operasi mengeluarkan semua jaket tebal 'winter' yang sudah mula berabuk di dalam almari..

Bila dek kerap kena sejuk dan panas silih berganti badan pun mula rasa tak enak.. Apatah lagi rutin makan yang tak menentu juga.. kejap makan kerepek.. kejap makan kuih tat.. kejap makan almond london.. dek kerna semua kuih-muih itu bekalan dari kampung dan juga buah tangan dari sahabat-sahabat di tanahair.. tiap kali mengunyah kuih-kuih itu pastinya aku akan teringatkan mereka yang sudi mengirimkannya untuk aku.. Terima kasih kembali ye... Aku gagahkan juga memakannya.. tanpa segan silu.. cuma masih lagi diambil secara sopan santun.. ;)

Sudah beberapa hari ini aku demam dan ceret-beret.. Demam sudah agak kebah.. perut sahaja masih belum sepenuhnya baik.. buat masa ini aku masih menghadkan makanan yang aku nak makan.. sekadar makan buah.. nasi.. roti dan susu.. Cuma hari ini barulah ada selera sedikit.. itupun aku sudah mula menjerang bubur nasi.. setidak-tidaknya laju sikit aku nak menelannya..

Aku rasa bukan aku sahaja yang demam.. Ramai juga di kalangan sahabat aku yang aku dapat tahu terkena penyakit yang sama.. Mungkin juga dek kerna bulan puasa perut sudah terbiasa menahan lapar selama lebih 16jam.. Bila masuk bulan raya.. perut mula diisi semahu-mahunya.. Apatah lagi ketika berada di tanahair.. makan usah dikatalah.. Mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat handai.. Termasuklah kedai makan di 'kg baru' (ini idea bernas juliet dan KTS).. Itu belum lagi kes openhouse yang mula aku terima pada hujung minggu yang lepas.. Maka perut pun mula meragam..


Buah rambutan dan deretan kuih raya di rumah mak di Kampung..
Aku nikmatinya pada petang terakhir di tanahair

Demam raya atau demam rindu???

Aku rasa..

Aku demam kedua-duanya..

7 comments:

julietchun said...

usahlah disebut kg.baru, malu wehhh,hahahahaha.

aku pun demam rindu, kat coklat ko.eheehehhee.

KTS said...

demam rindu kat aku eh??


.
.



..
.

tak sia2 aku selet kat bahu ko aritu

hihihi

Acik Erna said...

salam iina..demam jugak ye..semoga iina kembali sihat.

kalau akak lah..sejuk2 tu..tak tau lah..sejuk hujan kat sini pun dah pakai tebal..
semoga iina cepat sembuh ye..

iina said...

Juliet

Hehehehe.. kenangan terindah tuh tau hehehehe.. akan aku ingat gerai selipar jepun tuh.. hehehe rindu coklat?? waaaaa... rasa bersalah ler pulak

KTS

Tak kisah.. aku rasa virus ko lambat bertindak.. aku dah balik glasgow baru dia nak berjangkit dengan aku.. aku tau ko rindu aku kan kan kan

Kak Erna

Ahah.. demam saya dah kebah cuma perut saya jek yang masih belum baik sepenuhnya.. Akak pun moga cepat baik demam..

Kaktiny said...

jenuh ler ko menghabiskan kuih2 kiriman dari tanahair eh.. hahaha..

aku pon windu kt ko..

iina said...

Tiny

mmg jenuh ler.. hehehe takpe demi kasih sayang rindu korang.. aku sanggup abiskan jua ;)

ibundo said...

kakpah kalau minum air batu je badan dah rasa semacam. apatah lagi duduk dalam peti ais macam ko. selamat berdemam dan berindu2an... ish ish.. cepat sembuh ye..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin