Thursday 5 May 2011

Undi adalah rahsia..

Hari ini hari khamis 5 Mei 2011. Merupakan hari yang penting di Scotland. Setiap penduduk di Scotland perlu melaksanakan kewajipan mereka pada hari ini.

Jam menunjukkan menghampiri ke pukul 10.00 pagi bila kereta yang dipandu oleh dia hampir tiba ke Victoria Road. Aku mula mengingatkan dia untuk memandu terus ke Allison Street. Destinasi kami adalah ke St Bride's Primary School di Craigie Street.

Hujan yang turun dari pukul 7.00 pagi semakin lebat.. Kami mula memasuki Allison Street dan aku sekali lagi meminta dia memilih 'parking' di sepanjang jalan itu. Dia mula membelok ke kiri ke Craigie Street dan berhenti di hadapan van berwarna merah.

Aku keluarkan 2 keping kad berwarna putih untuk menyemak butiran nama dan alamat yang dinyatakan.


Nama aku & dia : CHECK!
Alamat aku & dia : CHECK!
Nama sekolah : CHECK!
Alamat sekolah : CHECK!
Masa mengundi : 7am - 10pm : CHECK! in time..
Pengenalan diri :
Hanya berikan nama anda dan alamat rumah sahaja..
Tak perlu passport atau kad Id.

Selesai menyemak butiran diri dan alamat tempat mengundi. Kami keluar dari kereta. Hujan yang turun mula membasahi jaket hujan di badan. Tangan dengan pantas memegang 'hood' jaket dan mula menutup kepala bagi mengelakkan air hujan terkena tudung. Langkah mula diatur dengan perlahan sambil menghampiri pagar sekolah itu.

Suasana di sekolah St Bride's itu cukup lengang. Berbeza dengan proses membuang undi di tanahair. Selalunya jika di kampung.. Bila dekat nak sampai pagar sekolah rendah di kampung aku itu.. Sudah berderet kereta di kiri kanan sekolah. Bukan itu sahaja.. Kelihatan juga manusia yang cukup ramai beratur untuk memasuki pagar sekolah. Tapi suasana di sini.. Cukup tenang. Sekali tengok tak terasa pun seperti ada yang datang mengundi. Lagipun hari mengundi masih hari bekerja. Jika di tanahair.. Hari mengundi biasanya diisytiharkan cuti.

Semakin dekat dengan pintu masuk ke sekolah kelihatan beberapa orang sedang berbual-bual di situ. Salah seorangnya merupakan seorang jejaka muda memegang sekaki payung kuning yang agak besar berlogokan parti yang sedang bertanding. Di hadapan jejaka itu, berdiri seorang wanita dalam usia 30an tersenyum menyambut kedatangan kami. Setelah ucapan "Good Morning" diucapkan, mereka mula memberikan kami beberapa helai kertas pelbagai cetakan. Tak silap aku ada 3 keping 'flyer' yang mereka berikan. Aku senyum-senyum sahaja bila menerimanya.

Langkah kami diteruskan melepasi pintu masuk ke sekolah itu. Tercari-cari juga 'Polling Station' untuk kami membuang undi. Aku mula ragu-ragu untuk ke depan atau berpatah balik. Akhirnya aku putuskan ke depan sedikit dan ternampak papan tanda dengan tulisan 'Polling Station Here' di belakang koridor berwarna hijau. 'Flyer' yang aku dapat tadi mula aku lipatkan dan aku buang dalam tong sampah berhampiran pintu masuk ke 'Polling Station' itu. Sebab aku buang 'flyers' itu?? Kat rumah pun dah melambak macam-macam flyers yang aku dapat.. Lagi pun malas nak pegang apa-apa kertas bila masuk ke tempat mengundi nanti.. Cukuplah dengan hanya memegang 'purse' aku sahaja.

Di pintu masuk itu tertera beberapa arahan yang dinyatakan untuk proses membuang undi. Terdapat 4 meja 'Polling Station' yang disusun mengikut alamat jalan rumah masing-masing. Untuk rumah aku di Albert Road, 'Polling station' adalah bernombor 460. Bermakna untuk mengundi aku perlu ke meja ini untuk mendapatkan kertas undi.

Meja no 460 terletak di sudut belakang kelas yang terletak tidak jauh dari pintu masuk tadi. Ada 2 meja lain yang bernombor 458 dan 459 di hadapannya. Meja 460 itulah yang aku tuju. Kelihatannya 2 wanita Scottish yang ada di situ. Seorang wanita itu nampak agak berusia manakala seorang lagi lebih muda. Kedua-duanya mengucapkan selamat pagi kepada kami.

Mereka mula bertanyakan alamat rumah dan diikuti dengan nama aku. Wanita yang muda tadi mula mengariskan nama dan alamat rumah aku dengan pensel. Selesai sahaja menyebutkan nombor register di sebelah nama aku, wanita yang berusia itu mula menyerahkan 2 keping kertas yang berwarna ungu dan kelabu. Wanita yang lebih muda  pula, mula mengoyakkan kertas undi yang berwarna kuning yang agak panjang dan melipat dua kertas itu sebelum menyerahkannya kepada aku. Ada 3 keping kertas yang diserahkan pada aku, kertas-kertas ini dikenali sebagai 'Ballot papers'. Wanita yang berusia itu menunjukkan kepada aku tempat untuk memangkah undi dan meminta aku memangkah dengan menggunakan pensel yang disediakan.

Dalam kepala mula menconggak-conggak parti mana yang mahu dipangkah (X). Sebelum memangkah kertas undi, aku terlebih dahulu membaca arahan pada kertas yang ditampal di kotak undi. Pangkah hanya 1 pilihan sahaja.

Ada 3 kertas undi yang diberikan:

1. Kertas berwarna Kuning :Ballot paper to elect the members of Scottish Parliament for the Glasgow Region. Kertas ini menyenaraikan semua parti-parti yang bertanding di Scotland. Pilih parti mana yang nak mewakili Glasgow.

2. Kertas Kelabu : Merupakan 'Referendum' dan rakyat ditanya sama ada setuju atau tidak dengan referendum ini. 'At present, the UK uses the ‘first past the post’ system to elect MPs to the House of Commons. Should the ‘alternative vote’ system be used instead?' Hanya pangkah 'Yes or No' sahaja

3. Kertas Ungu; Ballot paper to elect the members of Scottish Parliament for the Glasgow Southside Constituency. Ini adalah kertas undi untuk pemilihan wakil parlimen kawasan Southside Glasgow (nama wakil dan parti).

Selesai memangkah, aku lipat 4 setiap kertas itu dan mula bergerak ke peti undi. Setiap kertas yang berwarna tadi dimasukkan pada peti undi dengan warna yang sama. Wanita yang berusia itu mula memerhatikan setiap perbuatan aku. Tujuannya menyemak supaya kertas-kertas undi itu dimasukkan pada peti undi yang betul. Jika di tanahair mudah.. peti undi tuh satu jek.. kat sini ada 3 peti undi.. dan untuk setiap 'Polling Station' bernombor 458-461 mempunyai peti undi masing-masing.. Maksudnya.. ada sebanyak 12 peti undi di dalam kelas itu yang diletakkan pada setiap meja 'Polling Station' itu.

Selesai membuang undi, aku berhenti di pintu masuk untuk menunggu si dia menyelesaikan proses membuang undi pulak. Lama lah pula dia ambil masa untuk memangkah. Mata mula memandang ke luar pintu. Hujan masih lebat lagi. Jaket hujan yang basah tadi mula sedikit kering. Tapi dengan keadaan hujan yang masih lebat itu, pastinya jaket yang aku pakai akan basah kembali.

Bila sahaja dia selesai memangkah undi dan bergerak ke arah aku. Kami mula bergerak  menuju ke pintu masuk utama sekolah itu. Wanita dan jejaka yang tadi masih ada di situ. Si jejaka tadi mengucapkan terima kasih kepada kami berdua. Terima kasih kerana datang mengundi lah maksudnya.. Aku senyum-senyum sahaja.

Kami bergerak menuju ke kereta, tapi langkah aku tidak terhenti di situ. Aku beritahu dia yang aku perlu perbaharui pas bas 10 minggu yang telah tamat tempoh 2 minggu yang lalu. Maklumlah dah 2 minggu, cuti umum selama 4 hari.. Rugi pula buat pas bas waktu cuti panjang. Setelah mengeluarkan duit untuk membayar harga pas bas. Aku masuk ke kedai yang menjual pas bas itu di Victoria Road. Terkejut!! kini harga pas bas untuk pelajar dah naik dari 70 ke 80pound. Naik sebanyak 10 pound. Banyak tuh.. nasib aku keluarkan duit lebih sikit tadi.. Bayar jelah kan.. Nak minta diskaun mana kan dapat..

Selesai urusan itu , aku mula melintas ke Bowman Street untuk bertemu dia yang menunggu aku di situ. Rungutan dalam hati tadi.. mula jadi rungutan lisan. Sempatlah membebel kejap pada dia. Makin mahal kos kehidupan sekarang ini. Harga barang pun banyak dah naik.. Now.. tambang bas pun dah naik.. 4 tahun tinggal di Glasgow aku rasa sudah lebih 5 kali harga tambang bas dinaikkan.. dari harga hanya 2.50 pound untuk 'All day' ketika aku sampai dulu.. kini dah jadi 4.00pound.

Selesai merungut pasal tambang bas. Dia mula bertanya pada aku..

"Undi siapa tadi?"

Aku senyum dan sambil gelak-gelak aku pun jawab "Undi adalah rahsia"

Dia senyap.. dan aku pula bertanya "Abang undi parti Labour ke?"

Dia jawab " Yelah.." Sebenarnya dia tahu dah aku undi parti apa.. sebab lepas tuh dia pun membebel pada aku kenapa pilih parti itu.. Aku senyum-senyum jelah.. Biasalah aku kan penyokong kuat kerajaan hahaha.. so parti yang aku undi.. boleh agaklah parti apa..

Dari Bowman Street ke Albert Road tuh.. dia mula membebel tentang kebaikan parti yang dia nyatakan.. dan sempatlah kutuk parti yang aku pilih tuh.. Aku dengar jelah sebab ini bukan kali pertama dia bersyarah pada aku tentang parti ini.. Sampai kes angkat dan buang sampah sekitar rumah aku pun jadi isu. Itu belum lagi kes First Minister Scotland yang dah pegang hampir 6 penggal tuh.. Dengar jelah tanpa cakap apa-apa.. Bila datang angin dia membebel tuh.. selalunya pilihan aku, lebih baik diam dan dengar..

Tak kisahlah kan.. Kita semua ada pilihan.. Tak semestinya pilihan kita kena sama dan serupa.. kan ;)

Nota : Sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom, kita diberikan hak untuk mengundi untuk parlimen di Scotland. Ini kerana Malaysia adalah negara komanwel. Pilihanraya untuk 'Scottish Parliament' ini dibuat setiap 4 tahun.

Who can register to vote?

You can register to vote if you are:
16 years old or over and a British citizen or an Irish, qualifying Commonwealth or European Union citizen who is resident in the UK.

If you are 16 or 17, you can only register if you will be 18 within the lifetime of the electoral register. You cannot vote until you are 18.

Below is a full list of Commonwealth and European Union countries. If you are a citizen of one of these countries, and resident in the UK, you are eligible to register to vote in UK elections. To qualify, Commonwealth citizens must be resident in the UK and either have leave to remain in the UK or not require such leave. The definition of a 'Commonwealth citizen' includes citizens of British Crown Dependencies and British Overseas Territories.

Commonwealth countries

Antigua and Barbuda
Australia
The Bahamas
Bangladesh
Barbados
Belize
Botswana
Brunei Darussalam
Cameroon
Canada
Cyprus
Dominica
Fiji Islands
The Gambia
Ghana
Grenada
Guyana
India
Jamaica
Kenya
Kiribati
Lesotho
Malawi
Malaysia
Maldives
Malta
Mauritius
Mozambique
Namibia
Nauru
New Zealand
Nigeria
Pakistan
Papua New Guinea
Rwanda
St Kitts & Nevis
St Lucia
St Vincent & The Grenadines
Samoa
Seychelles
Sierra Leone
Singapore
Solomon Islands
South Africa
Sri Lanka
Swaziland
Tonga
Trinidad & Tobago
Tuvalu
Uganda
United Kingdom
United Republic of Tanzania
Vanuatu
Zambia
Zimbabwe
Source : My Vote

Kita tunggu keputusan pilihanraya pada pkl 4.00 petang 6 Mei 2011 nanti ok..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

It's Official.. "The SNP have won an overall majority in Scotland"

Aku mahu senyum-senyum sahaja ;)

14 comments:

tasekM said...

ai pangkah parti bulan.

he he.

:p




.

iina said...

Tasek

Camtu leh p bulan lah hehehe.. sini pun ada parti bulan tau.. tapi I tak pangkah ;)

ibundo said...

oo cam tu ek. Mula2 baca tertanyo2 gak apasal ko buleh pegi buang undi.

Kaktiny said...

hidup iina!. aku pangkah ko je lah.. kehkehkeh..

Zaitun said...

Betul kata iina tak semestinya kita mengundi sama dan serupa...kan rahsia.

iina said...

Kak Pah

Rasanya ada sekali thn 2008 ada pilihanraya gak.. tapi tak register.. tak lama dapat surat notification tanya kenapa tak register.. tuh yang terus register untuk pilihanraya nie.. Lagipun mmg tiap tahun akan dapat surat dari council tanya siapa duduk rumah tuh dan kerakyatan kita.. bila dia check kita rakyat negara yg layak mengundi maka kita kenalah register mengundi.. Oklah apa utk kebaikan kita gak kan.. Pengalaman kak

iina said...

Tiny

Hahaha.. tak pernah lagik mimpi mau masuk bertanding politik hahaha...

iina said...

Kak Zai

Biasalah dia tuh.. ada pendapat dia sendiri.. tapi dia lupa bini dia pun ada stand dia jugak hehehe.. tak kisahlah undi sapa pun.. pilihan masing2 ;)

Acik Erna said...

asalam iina..baru le akak faham..mulanya pelik jugak iina kata mengundi..sebab iina cuma belajar disana..rupanya diboleh kan asal dari negara luar untuk mengundi..
beruntung jugak iina..boleh merasa mengundi disana..
mana tau balik nanti..boleh jugak mengundi dinegara kita.

iina said...

Acik Erna

Negara malaysia negara komanwel.. sebab tuh ada privillege leh mengundi..

Balik mesia mmg saya mengundi kak.. cuma pilihanraya thn 2007 saya xmengundi jek sebab kat sini dah kan.. sebelum tuh saya dah 2 kali mengundi ;)

Kak Mahh said...

Pangkah apa tu...??? RAHSIA..

iina said...

Zmah

Mmg rahsia ;) tapi parti yg I pangkah dah menang majoriti ;)

Lee said...

Hello iina, happy mother's day to you.
This is an interesting post.
I am now educated. Ha ha.
Best regards.
Lee.

iina said...

Uncle Lee

Thanks yeah.. I guess you must be celebrating it as well right..

Take care ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin