Tuesday, 2 February 2010

Lelaki pandai memasak.. Idaman wanita

Suatu ketika dulu.. Lewat petang di bangunan Legal house setahun yang lalu..

John datang menghampiri aku yang sedang bekerja..

"Lina.. Who do the cooking in your house?"

"I'll do most of the cooking.. Why John?"

"My wife never cook.. I'll do the cooking all the time"

"Wow.. your wife must be very happy"

"Your husband should do the cooking for you sometimes.. He should" kata John dengan bersungguh-sungguh

"Yeah he do the cooking once a while.. I agree it will be great if he can cook most of the time" kataku dengan tersenyum..

Itu dialog petang itu.. Angan-angan untuk sang suami memasak sepenuh masa untuk isteri kedengarannya sungguh menarik.. mampu membuatkan hati si isteri gembira.. kalau dapat masak hari-hari.. pagi tengahari petang malam.. Alangkah bahgianya..

Ya.. Angan-angan semuanya indah aje.. Kalau realiti begitu memang best.. Siapa yang tak seronok kalau makanan terhidang di depan mata bila balik dari penat seharian belajar di universiti.. Ini bila balik dengan perut yang lapar.. Buka periuk nasi tengok kosong je.. Buka periuk belanga lauk semalam pun dah habis.. Periuk yang kosong ditinggalkan di atas dapur ternganga kosong.. Tengok pula singki dapur.. penuh dengan pinggan mangkuk yang bertimbun tidak berbasuh.. tengok atas meja pula penuh dengan cawan.. gelas.. yang dibiarkan sana sini.. Boleh bikin hati jadi panas tau.. Nak-nak pula masa tuh perut memang lapar sangat masa tuh.. Nak makan pun terbantut terus..

Ini pemandangan biasa kadangkala bila masuk dapur.. Dulu-dulu memang rasa angin jek kalau nampak keadaan dapur yang kelam kelibut.. Dulu ler dulu.. tapi lama-lama dah lali.. dah belajar jadi sabar sikit.. Bebel tuh masih ada.. takat bebel peringatan "Lepas makan.. sila basuh pinggan!!" Dialog nie biasa dibebelkan setiap 2 atau 3 hari sekali.. Hahaha.. Kadang-kadang dialog ini pun makan tuan juga.. terutama bila sesekali nak balas dendam bila dia longgokkan pinggan dalam singki.. Tuan punya badan pun sekali sekala buat juga perangai camtu.. Fair and square apa.. ada lori ada bas.. ada ubi ada batas..

Masak ini sejak dulu.. dari kecil.. wanita.. perempuan.. gadis.. terutamanya di kalangan masyarakat asia.. Sudah tentunya terletak di atas bahu perempuan.. Kebanyakan gadis atau wanita asia mengakui fenomena ini.. Memasak di rumah tugas wanita.. kecuali kalau memasak di restoran atau hotel.. yang ini selalu jadi tugas lelaki pulak.. Mencari isteri pun dulu-dulu.. Boleh memasak tuh menjadi kategori wajib sebagai calon isteri.. Paling tidak boleh masak nasi.. masak air.. goreng-goreng ringkas.. Selebihnya boleh beli lauk kat kedai aje.. Itu pendapat bakal suami zaman moden.. tapi hakikatnya.. bila dah kawin.. memasak di kedai sudah jadi komplen besar dalam rumahtangga.. Kena pulak bertahun-tahun kawin.. asyik makan kedai.. mulalah dengar suara rungutan kat isteri yang tak pernah masak..

Ok tutup bab isteri kena masak.. Semua dah tahu memang antara tugas isteri dalam pandangan mata masyarakat asia terutamanya.. Bukan ikut tanggungjawab dalam agama.. yang mana semua tahu tugas siapa sebenarnya.. tugas isteri nie membantu.. dalam membantu itu dapat pahala..

Lelaki memasak.. kalau lebih tepat suami memasak.. Ahh.. ini tak banyak yang boleh terima.. Tak semua lelaki boleh memasak dan nak memasak.. Tapi ada lelaki yang memang minat memasak.. dan boleh memasak dengan sedapnya.. Ada kelebihan bila berpasangan dengan lelaki begini.. Bila si isteri sibuk dengan urusan kerja atau belajar.. setidak-tidaknya isteri tidak perlu risau tentang hal ehwal keluarga di rumah.. Tahu-tahu sahaja ada lauk menanti bila isteri balik.. TAPI!!! diingatkan.. Jangan jadikan ini sebagai peluang untuk ambil kesempatan.. Walaupun memang best juga sekali sekala ambil peluang.. hehehehe.. Nak-nak pula teringin nak makan makanan tertentu.. boleh buat permintaan jek.. tau-tau dah siap kat dapur..

Pada aku.. Aku lebih suka lelaki yang pandai memasak.. Kebanyakan lelaki yang pernah aku kenali.. Semuanya pandai memasak.. termasuklah ayah.. dan abah mertua aku.. Adik beradik lelaki aku pun tergolong dalam lelaki yang pandai memasak di rumah.. kami sejak kecil dilatih oleh mak.. Kadang sama-sama masak kat dapur bila mak keletihan..

Pakwe di rumah.. Aku kategorikan lelaki yang memang terer masak.. Terutama kalau ada masakan tertentu tuh.. dia takkan bagi aku masak.. hehehe.. Memang awal-awal kena sound kalau aku cuba masak juga.. hahaha.. bukan apa dia nak ikut selera tekak dia sendiri.. so aku tak kisah.. cuma kisah bila bab-bab kemas dapur tuh.. sebab lepas dia masak alahai tunggang langgang sat dapur tuh jadinya.. tak kisahlah.. janji dia nak masak.. bab-bab kemas itu boleh 'kautim' kemudiannya..

Tapi.. walaupun ada seronoknya bila si dia memasak.. pada aku pula kadang-kadang ada juga tak seronoknya.. hahahaha.. bab basuh periuk kuali tuh.. kemas-kemas dapur tuh ok lagik.. tapi ada sesetengah masakan aku agak kurang gemar kalau dia masak.. hahaha.. lebih baik aku yang masak.. yelah citarasa berbeza.. dia suka kering-kering.. aku lak suka berkuah sikit.. so kena ikut giliran ler.. minggu nie dia masak ikut tekak dan selera dia.. minggu depan masak pulak ikut tekak dan selera aku.. Ini tolerasi yang dah terbina lama sejak hari pertama berkahwin dulu.. Mula-mula dulu susah juga nak 'adjust' bab-bab masak nie.. terutama bila dia suka 'modify' ikut suka hati dia.. hehehe dari nak jadi sedap.. terus jadi kurang sedap.. bila hampir-hampir nak jadi camtu.. selalunya aku gunakan kuasa veto.. sama ada salah sorang aje yang usik masakan tuh.. atau salah seorang kena keluar dapur..

Namun yang paling aku suka.. bila sama-sama masak di dapur.. Ini adalah yang biasa kami buat sejak dulu.. bahagi tugas.. dia masak nasi.. aku potong bawang.. dia panaskan kuali.. aku tumis bawang dan seterusnya sampailah lauk itu dimasak dan boleh di makan.. nak hidang makan pun bahagi tugas juga.. Ini antara yang seronok bila tugasan memasak itu dibuat bersama-sama.. So takde nak salahkan sesiapa.. dan makan pun dengan gembira.. kalau tak sedap pun tak leh nak komplen sesiapa.. sebab sama-sama masak.. ;)

Tapi kan.. menurut satu kajian.. Kalau lelaki nak mengorat wanita.. kebolehan memasak itu kini menjadi daya tarikan untuk wanita zaman ini..



They say that the way to a man's heart is through his stomach but it seems the dining tables have turned as increasing numbers of men are taking up cooking in a bid to seduce women.

Dubbed 'Gastrosexuals' this new generation of men consider cooking more a hobby than a household chore and use their kitchen prowess to impress friends and prospective partners.

Men having the ability to cook is also now a key factor in attracting women

The report 'Emergence of the Gastrosexual' cites the popularity of superstar chefs Gordon Ramsay and Jamie Oliver as a factor in making cooking a macho pursuit.

According to the study by food company PurAsia 48 per cent of people say being able to cook makes a person more attractive to them and 23 per cent of 18-34 year old men say they cook to potentially seduce a partner.

The report also shows 60 per cent of British men now regularly cook for friends and family, favouring complicated foreign dishes over traditional British food.

Over half of the men surveyed prepare meals using separate ingredients everyday spending on average 41 minutes cooking on a daily basis.

The survey also shows the number of families where men help in the kitchen has risen from 27.5 per cent in the post war period to 66.5 per cent in 2008

The report 'Emergence of the Gastrosexual' cites the popularity of superstar chefs Gordon Ramsay and Jamie Oliver as a factor in making cooking a macho pursuit.

Read more:


Namun.. Tak salah kalau aku nak terus berangan-angan.. Kalau dia nak terus masak hari-hari pun aku ok jek.. Masak selalu pun takpe kan bang...

Hehehe.. tapi bila kena masa dia asyik masak jek.. Aku pulak rindu nak masak masakan sendiri.. So selalunya hujung minggu aku ambil kesempatan untuk masak masakan yang agak berat dan banyak pilihan..

Aku lebih seronok kalau tengok dia makan hasil masakan aku dengan penuh selera.. Penat memasak tuh terus hilang.. Tapi bila dia masak untuk aku tetap best.. Sebab kadang dia hidangkan untuk aku sekali ;)

12 comments:

ibundo said...

akak setuju amek2lah mo kau. borangan2 bia makanan cik abang yang masak hari2. akak main goyang kaki yo.
wehlah... botanduklah kau kucing takkan dapek den moraso doh.
last sokali pakwe akak masak maso bosalinkan anak yang kocik tu ha. Dah limo boleh tahun yang lopeh, wakaka...
maso ni kalau anak2 nak raso air tangan ayah e, jawab e... jom pegi kedai.. ayah belanja makan. kehkeh..

iina said...

Kak Pah

Atok masak gak tuh kak.. masak kek kodai..

Angan2 yolah kak.. sekali sekalo dapek lah.. selalu2 kono komplen yo.. nie dah bape bln dapur dio take over den bz skrg nie.. pun dio bising gak sobab asyik dio masak yo hehehe..

Lady of Leisure said...

hehe.. my dad pandai masak... so far ok je i tgk.. bukan saja masak but menjahit pun dia pandai...my mom paling suka kalau my dad masak sbb my mom tak minat masak sangat walau pun masakkan dia sangat sedap...

Cikgooden said...

agak malang,,,,aku tak pandai memasak.tapi tetap beruntung, masih ada yang sayang.....

iina said...

Lady

I rasa ok apa laki tau masak sikit2.. taklah harap leh masak cam chef ternama tuh.. krg masak tak sedap kena komplen lak.. cam I kena gak kadang2.. bila time i masak tak kena gaya.. kena komplen gak hahaha.. I pun bila ayah I dulu masak.. memang licin kitaorg makan sampai mak I sound.. makan tuh ingat2 sikit hehehe

iina said...

Cikgooden

Alah kalau boleh masak nasi.. masak air.. goreng telur.. ayam.. ikan oklah tuh.. kira rajin ke dapur gak tuh.. sebenarnya bkn harap leh masak sedap.. tapi leh harap masuk dapur tolong2 sikit2 pun dah ok ;)

faqir said...

aney...roti canai satu..kurey manih dehs

julietchun said...

lelaki yg aku kenal pintu dapur pun dorang taktau, sedihkan.Sesekali suami masak utk kita rasa sangat bahagia walaupun ada kurang sana sini. Aku nak intai lelaki yg suka masuk dapurlah sebab aku "kurang reti" masak,ehehehhe.

iina said...

Faqir

Akak rasa ko nie pandai masak kek kodai lah.. memang expert

Juliet

Kalau pintu dapur pun tak kenal.. aihhh aku tak tau lah camna dia hidup dan makan selama nie.. Lelaki pandai masak nie ada kelebihan tersendiri.. takdelah dia harap isteri nak masak sepenuhnya.. Aku dah terbiasa kot sebab adik beradik n ayah aku leh masak.. so kami tak pernah prejudis yg hanya pompuan jek yang kena masak.. tggjwab tuh kena pikul sama2.. Alhamdullilah dpt pakwe pun terer masak.. kira sekali sekala tuh leh ubah selera makan ;)

Lee said...

Hello Iina, I cannot cook, but an expert at opening tins, ha ha.
Besides my wife tak nak saya kachau her kitchen...
but I can make a real finger lickin Magee mee noodles, with udang harimau, taugay, fishballs....lichin kan the bowl, ha ha.

I guess you ada Black Belt in cooking, ha ha.
Bila masak fish head curry, or lemak, send telegram, ha ha.
Best regards, Lee.

iina said...

Uncle Lee

Hahaha.. expert in opening tin?? yeah very expert indeed coz some people find it hard to open tin without using the can opener.. more tricky if using knife hehehe..

Black belt?? hahaha.. mine more femininelah.. pink belt only.. those both dish is compulsory in my house.. yeah i'll send photo.. with little bit of smell ok ;)

Have nice day uncle Lee

DUN Behrang 2020 said...

Hari Sabtu dan Ahad adalah hari masak2 kami somi isteri...yang tentukan menu lak ujung2 minggu ni anak-anak...tak kisah la...janji semua pihak seronok...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin