Warkah seorang ayahanda bernama Benjamin kepada anakanda Caroline;
Untuk itu, tiada had masa, mula bila saja kamu mahu. Kamu boleh berubah atau kekal begitu, tidak ada peraturan untuk semua ini.
Kita boleh melakukan yang terbaik atau sebaliknya. Aku harap kamu melakukan yang terbaik daripadanya. Dan aku harap kamu melihat sesuatu yang memeranjatkan dirimu.
Aku harap kamu merasai sesuatu yang kamu tidak pernah rasai sebelum ini. Aku harap kamu berjumpa manusia sesiapa sahaja dengan pandangan yang berbeza.
Aku harap kamu hidup dalam kehidupan yang kamu banggakan. Andai kamu dapati ia sebaliknya, aku harap kamu punya semangat untuk memulakan semuanya semula.
Dipetik dari filem 'The Curious Case of Benjamin Button'.
Filem ini merupakan adaptasi daripada cerita pendek (cerpen) tulisan Francis Scott Key Fitzgerald yang diterbitkan kali pertama di Majalah Colliers pada Mei 27, 1922.
Untuk sesiapa yang berminat membaca cerpen ini secara 'online' boleh baca di sini
Bermula jumaat minggu lepas filem ini mula ditayangkan di channel Sky Movie. Setiap kali aku menonton filem ini, setiap kali itu juga aku pasti menangis di kesudahan filem ini. Kenapa?? Banyak emosi yang diketengahkan dalam filem ini, pengajaran dan kekuatan kehidupan yang dapat kita lihat sepanjang kehidupan seorang lelaki bernama Benjamin Button.
Cerita dimulakan dengan penceritaan daripada seorang wanita tua bernama Daisy yang bercerita tentang kisah jam besar yang diletakkan di stesen keretapi New Orleans hasil tangan seorang tukang jam yang buta bernama Qateau. Jarum jam ini direka dengan sengaja supaya bergerak pada arah lawan jam sebagai ingatan dan harapan setiap yang pergi dan mati dalam peperangan dunia pertama dapat kembali semula kepada keluarga mereka(anak Gateau adalah salah seorang wira yang mati dalam peperangan itu ketika dia sedang menghasilkan jam ini).
Benjamin dilahirkan pada tahun 1918 (malam pertama perang dunia pertama tamat) sebagai seorang bayi dengan struktur tubuh badan seorang lelaki tua berusia 80 tahun.. Benjamin hampir dibuang ke sungai oleh ayahandanya kerana fizikalnya yang buruk. Dek kerana janji kepada isterinya sebelum dia meninggal dunia untuk memastikan dia dijaga dengan baik menyebabkan Benjamin ditinggalkan di rumah penjagaan orang tua-tua di bawah jagaan 'Queenie' seorang wanita muda yang begitu inginkan anak.
Benjamin membesar dengan tumbesaran yang bercanggah dengan normah kehidupan manusia biasa.. Dia membesar dengan fizikal yang semakin muda. Sepanjang zaman anak-anak, remaja dan dewasanya dia menjadi semakin muda setiap tahun. Kehidupannya di rumah orang-orang tua menjadikan dia mampu hidup selesa kerana fizikalnya tidak jauh berbeza dengan orang-orang tua yang tinggal di situ. Di rumah itu jugalah Benjamin belajar bermain piano daripada seorang perempuan tua.
Ketika umurnya 11 tahun dia bertemu dengan seorang gadis berusia 5 tahun bernama 'Daisy'. Kisah cinta mereka bermula di situ dengan pelbagai halangan tetapi mereka bersama semula apabila Daisy kembali ke New Orleans selepas kemalangan yang mencederakan kakinya menyebabkan dia tidak mampu lagi menari di pentas antarabangsa.
Pada usia Daisy, 43 tahun dan Benjamin 49 tahun, menurut daisy adalah usia di mana mereka bertemu pada kemuncak pertengahan usia mereka. Pada ketika ini juga Daisy sedang mengandungkan anak perempuan mereka.
Ketika usia Caroline 1 tahun, Benjamin mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka berdua kerana perubahan fizikal tubuh badannya semakin muda setiap tahun. Dia tinggalkan segala harta peninggalan ayahandanya Button (rumah, kapal layar) kepada Daisy dan Caroline.
Benjamin meninggal pada musim bunga, tahun 2003 ketika usianya 95 tahun dengan fizikal seorang bayi di pangkuan Daisy yang menjaganya di rumah orang-orang tua tempat Benjamin dibesarkan.
Filem ini agak berbeza dengan kebanyakan filem yang pernah aku tonton dan penuh dengan pengertian yang bermakna untuk kita hargai setiap kehidupan yang kita lalui. Antara lokasi pengambaran yang paling aku suka dalam filem ini adalah pemandangan ketika matahari terbit di 'summer house' tasik pontchartrain.
Bak kata Benjamin 'tidak ada yang terlambat atau terlalu awal' untuk melakukan apa sahaja yang kita kehendaki, tidak ada peraturan bagaimana kita mahu lakukannya. Hiduplah dengan kehidupan yang kita mampu hargainya dan bangga dengan apa yang telah kita kecapi. Namun andai kehidupannya tidak seperti yang kita mahukan, sentiasalah berharap kita punya semangat dan kekuatan untuk memulakan kehidupan itu semula dari langkah yang pertama.
For what it's worth: it's never too late or, in my case, too early to be whoever you want to be.Untuk sesuatu yang bermakna; ia tidak pernah terlambat atau dalam situasi diriku, tidak terlalu awal untuk menjadi sesiapa sahaja yang kita kehendaki.
There's no time limit, start whenever you want. You can change or stay the same, there are no rules to this thing.
We can make the best or the worst of it. I hope you make the best of it. And I hope you see things that startle you.
I hope you feel things you never felt before. I hope you meet people with a different point of view.
I hope you live a life you're proud of. If you find that you're not, I hope you have the strength to start all over again.
Untuk itu, tiada had masa, mula bila saja kamu mahu. Kamu boleh berubah atau kekal begitu, tidak ada peraturan untuk semua ini.
Kita boleh melakukan yang terbaik atau sebaliknya. Aku harap kamu melakukan yang terbaik daripadanya. Dan aku harap kamu melihat sesuatu yang memeranjatkan dirimu.
Aku harap kamu merasai sesuatu yang kamu tidak pernah rasai sebelum ini. Aku harap kamu berjumpa manusia sesiapa sahaja dengan pandangan yang berbeza.
Aku harap kamu hidup dalam kehidupan yang kamu banggakan. Andai kamu dapati ia sebaliknya, aku harap kamu punya semangat untuk memulakan semuanya semula.
Dipetik dari filem 'The Curious Case of Benjamin Button'.
Filem ini merupakan adaptasi daripada cerita pendek (cerpen) tulisan Francis Scott Key Fitzgerald yang diterbitkan kali pertama di Majalah Colliers pada Mei 27, 1922.
Untuk sesiapa yang berminat membaca cerpen ini secara 'online' boleh baca di sini
Bermula jumaat minggu lepas filem ini mula ditayangkan di channel Sky Movie. Setiap kali aku menonton filem ini, setiap kali itu juga aku pasti menangis di kesudahan filem ini. Kenapa?? Banyak emosi yang diketengahkan dalam filem ini, pengajaran dan kekuatan kehidupan yang dapat kita lihat sepanjang kehidupan seorang lelaki bernama Benjamin Button.
Cerita dimulakan dengan penceritaan daripada seorang wanita tua bernama Daisy yang bercerita tentang kisah jam besar yang diletakkan di stesen keretapi New Orleans hasil tangan seorang tukang jam yang buta bernama Qateau. Jarum jam ini direka dengan sengaja supaya bergerak pada arah lawan jam sebagai ingatan dan harapan setiap yang pergi dan mati dalam peperangan dunia pertama dapat kembali semula kepada keluarga mereka(anak Gateau adalah salah seorang wira yang mati dalam peperangan itu ketika dia sedang menghasilkan jam ini).
Benjamin dilahirkan pada tahun 1918 (malam pertama perang dunia pertama tamat) sebagai seorang bayi dengan struktur tubuh badan seorang lelaki tua berusia 80 tahun.. Benjamin hampir dibuang ke sungai oleh ayahandanya kerana fizikalnya yang buruk. Dek kerana janji kepada isterinya sebelum dia meninggal dunia untuk memastikan dia dijaga dengan baik menyebabkan Benjamin ditinggalkan di rumah penjagaan orang tua-tua di bawah jagaan 'Queenie' seorang wanita muda yang begitu inginkan anak.
Benjamin membesar dengan tumbesaran yang bercanggah dengan normah kehidupan manusia biasa.. Dia membesar dengan fizikal yang semakin muda. Sepanjang zaman anak-anak, remaja dan dewasanya dia menjadi semakin muda setiap tahun. Kehidupannya di rumah orang-orang tua menjadikan dia mampu hidup selesa kerana fizikalnya tidak jauh berbeza dengan orang-orang tua yang tinggal di situ. Di rumah itu jugalah Benjamin belajar bermain piano daripada seorang perempuan tua.
Ketika umurnya 11 tahun dia bertemu dengan seorang gadis berusia 5 tahun bernama 'Daisy'. Kisah cinta mereka bermula di situ dengan pelbagai halangan tetapi mereka bersama semula apabila Daisy kembali ke New Orleans selepas kemalangan yang mencederakan kakinya menyebabkan dia tidak mampu lagi menari di pentas antarabangsa.
Pada usia Daisy, 43 tahun dan Benjamin 49 tahun, menurut daisy adalah usia di mana mereka bertemu pada kemuncak pertengahan usia mereka. Pada ketika ini juga Daisy sedang mengandungkan anak perempuan mereka.
Ketika usia Caroline 1 tahun, Benjamin mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka berdua kerana perubahan fizikal tubuh badannya semakin muda setiap tahun. Dia tinggalkan segala harta peninggalan ayahandanya Button (rumah, kapal layar) kepada Daisy dan Caroline.
Benjamin meninggal pada musim bunga, tahun 2003 ketika usianya 95 tahun dengan fizikal seorang bayi di pangkuan Daisy yang menjaganya di rumah orang-orang tua tempat Benjamin dibesarkan.
Filem ini agak berbeza dengan kebanyakan filem yang pernah aku tonton dan penuh dengan pengertian yang bermakna untuk kita hargai setiap kehidupan yang kita lalui. Antara lokasi pengambaran yang paling aku suka dalam filem ini adalah pemandangan ketika matahari terbit di 'summer house' tasik pontchartrain.
Bak kata Benjamin 'tidak ada yang terlambat atau terlalu awal' untuk melakukan apa sahaja yang kita kehendaki, tidak ada peraturan bagaimana kita mahu lakukannya. Hiduplah dengan kehidupan yang kita mampu hargainya dan bangga dengan apa yang telah kita kecapi. Namun andai kehidupannya tidak seperti yang kita mahukan, sentiasalah berharap kita punya semangat dan kekuatan untuk memulakan kehidupan itu semula dari langkah yang pertama.
6 comments:
tapi kalau nak betobat tu eloklah buek awal2 kan ina. takut kang telambek plak langsung tak sompek.
emm alahai...menggigil palo lutut ngonangkan tu..
Kak Pah
betul tuh kak.. lebih baik buat awal2 selagi teringat.. :) Insyallah kak..
its never to late to start something good kan...
:)
Lady
For good things there is no too late or early for that... and accepting mistake and trying to make the best of it is the best ;)
dah sampai ke tivi kl ker agaknyer? nanti nak tgk gaks
Maksu..
Tak ler kalau kat astro dah tayang.. cite nie kuwa in us bln dec 2008 and uk feb 2009.. so maybe coming soon kat tv ;)
Post a Comment