Sunday 24 January 2010

Terasa..


Pernahkah bila sesuatu terjadi pada diri kita sama ada ditimpa musibah atau menerima berita kegembiraan, kadangkala hati kita tertanya-tanya kenapa ada di kalangan sahabat yang rapat atau pernah rapat tidak sedikit pun bertanya tentang keadaan yang menimpa diri kita itu. Yelah paling tidak pun mungkin sekadar bertanya tentang musibah yang kita alami.. paling tidak pun mengucapkan tahniah atas kegembiraan yang kita perolehi.. Mulanya kita rasa tidak kisah.. kerana untuk apa kita mengharapkan penghargaan atau simpati daripada orang.. tapi hati tidak dapat menipu diri sendiri.. apatah lagi kata-kata itu seharusnya datang daripada sahabat yang paling rapat atau pernah rapat dulu.. tapi sedikit pun tidak menjadi isu besar kepada mereka..

Sebenarnya persoalan ini terjadi pada diri aku.. Mulanya aku tidak kisah sangat.. kerana hati berkata untuk apa mengharap simpati orang.. atau belas kasihan orang.. atau untuk apa kita mengharap penghargaan orang.. Ya.. Jika mereka itu orang lain yang tidak pernah rapat dengan aku.. Mungkin sahaja hati aku tidak kisah langsung.. tapi bila ia datang daripada mereka yang pernah jadi sahabat baik aku.. Aku tidak dapat menidakkan rasa kecil hati aku.. Bukan mengharapkan.. tapi rasa sedih.. sebab sukarkah walau hanya untuk berkata simpati atau bertanya khabar.. Sedih kerana persahabatan yang sekian lama pernah terbina.. susah senang yang pernah dilalui bersama.. segala masalah yang dulu pernah dikongsi bersama.. Kini seolah semua itu tidak menjadi persoalan lagi.. Begitu kejamkah hati seorang sahabat?? Atau sudah kini terlena dengan kesenangan dan kekayaan diri hingga lupa dengan mereka yang suatu ketika dulu pernah ada di sisi dikala kesusahan melanda diri..

Aku rasa ini terjadi pada sesiapa sahaja.. Sesiapa yang pernah berkawan.. bersahabat.. berteman.. pasti pernah lalui apa yang aku rasa ini.. Lainlah jika persahabatan itu benar-benar telah sampai pada satu titik noktah.. putus.. tamat.. Tapi andai persahabatan itu masih ada.. Salahkah walau hanya untuk bertanya khabar.. Salahkah walau hanya untuk bertanya?? Ini yang sering menjadi persoalan diri aku kadangkala..

Ya.. Aku akur manusia berubah.. terus berubah.. dan akan berubah.. Tapi takkan sampai simpati diri turut dikorbankan tanpa sedikit pun mencemari keegoan diri.. Egokah? Macho kah? Banggakah? Entah aku sendiri pun tidak tahu pada jawapan persoalan itu..

Tak mengapalah.. Bertanya atau tidak.. Ingat atau tidak.. Aku biarkan sahaja itu jadi pilihan mereka.. Setidak-tidaknya mereka tahu apa yang aku rasa.. Mahu bertanya atau tidak lagi selepas ini.. Aku harap hati aku tidak akan lagi tertanya-tanya.. Mungkin kerana aku masih menaruh harapan persahabatan itu masih ada.. Atau mungkin aku seharusnya mula menganggap persahabatan itu sudah sampai ke penghujung noktahnya.. Tak kisahlah.. Itu pilihan yang setiap kita berhak memilihnya..

Cuma aku mampu katakan.. Aku hanya manusia.. Aku punya hati.. Punya perasaan.. Punya akal fikiran.. Punya nilai diri.. Punya budi bahasa.. Punya pendirian.. Tipulah jika aku tidak terasa hati.. Tipulah jika aku tidak merasa apa-apa..

Tapi aku juga tahu aku tidak seharusnya terus merasai dan mengharap pada sesuatu yang tak pasti... dan paling utama tidak seharusnya menanti pada situasi yang tak kunjung jadi.. Kehidupan harus diteruskan..

Aku percaya jika wujud kegagalan pada satu perjuangan.. itu bukan penamatnya lagi.. Aku harus terus melangkah meniti melewati dan mengharungi kegagalan itu.. Aku percaya ada sinar kegembiraan di penghujungnya.. Cukuplah dengan segala kenangan yang pernah tercipta.. Yang indah.. Yang sedih.. Yang gembira.. Yang duka.. semua itu lumrah hidup manusia..

Terasa hatikah?? Ya aku akui aku terasa hati.. Terasa hati kerana dia adalah seorang sahabat yang pernah aku hargai.. Terasa hati kerana aku fikir dia kenal siapa aku dan tahu bagaimana aku.. Kenal siapa keluargaku.. Kampung halamanku.. Tapi.. Kini aku mengerti.. Cukuplah untuk aku fikir lagi perkara begini.. Cukuplah.. Bebanan fikiran aku sudah tidak tertanggung memikirkan desakan hati ini.. Cukuplah aku katakan di sini rasa hati aku.. Aku harap dia mengerti.. Aku harap juga aku tidak akan terasa hati lagi.. "Peace babe.. Peace.."

Buat mereka sahabat-sahabat yang lain.. Aku hargai setiap mereka yang pernah bertanya dan mengambil berat.. Walaupun hanya sekadar bersapa ringkas.. bertanya serba sedikit.. Terima kasih.. Aku amat hargainya.. Amat hargai.. Terima kasih buat semua sahabat...

Mulakan hari dengan senyuman.. Hadapi dengan kesabaran..


Layan diri makan ayam panggang dengan mash potato dan coleslaw lagik best..


Apatah lagi buatan tangan diri..
Lagik puas hati..
Sesapa nak terasa hati sebab tak dapat rasa..
Sorry ler ye.. itu untuk pakwe tercinta sahaja..
Teringin nak rasa??
Tunggu aku ye mood rajin nak masak datang balik..
Buat masa nie resign buat seketika ya..
Nak resepi??
Nanti bila ada mood rajin aku bagi ya..
Jangan terasa hati tau.. hehehe
;)


9 comments:

Kaktiny said...

rasa itu muncul.... Bila Rindu Berdetik (tajuk novel..)

Lady of Leisure said...

pernah juga rasa mcm ni... apa yg boleh buat hanya let it go with the wind..kalau disimpan nanti jadik bom atom hehe..
bukan apa, bila diamati, sesetengah manusia zaman skrg ni lebih zuka tgk kesusahan org lain berbanding kesenangan org lain...

be strong ya.. :)

semoga kita semua diberkati Allah dan semoga setiap urusan kita dipermudahkan..
:)

badakbiru said...

Kak iina..

akak ni mcm leh baca fikiran saya pulak ye.
inilah yg saya rasa skrg. sgt terasa hati..tp buat2 tatau saja sbb mmg itu sifat dia. dia punya cara sendiri dlm mengatakan penghargaannya. terima dia seadanya.

ibundo said...

friends come and friends go. They were our very best friends before but not now. But we make new ones today but for how long?
waa.... best friends akak gak ntah mano poi e..

julietchun said...

aku pun kekdg terasa hati gak ngan sahabat yg hanya sms bila nak mtk tolong saja. dan aku juga terasa hati ngan ko sebab makan sensorang,nampak sedap pulak tuh,huhuhuhuhu.

iina said...

Tiny

Hehehe.. adakah itu tajuk novel yang bakal ko tulis?/ hehehe leh aku tumpang baca

Lady

Yup I agree.. perkara camnie biasa berlaku.. lepas nie maleh dah nak fikir2 terasa hati nie.. buang karen elektrik jek ;)

BB

Dik.. akak dah lama redha.. hehehe.. just once in a blue moon.. time blue moon jek hati nie nak terasa jap.. lepas nie biarlah bape bluemoon pun.. harap akak dah tak kisah dah.. ;) Tak yah fikir pada yang tak sudi nak kawan.. baik layan pada yang sudi nak kawan dengan kita ;)

Kak Pah

Betul kan kak.. makin bertambah usia bilangan kawan pun kdg2 berkurang.. kawan takat nak gelak2 sembang mambang tuh ramai.. tapi kwn yg nak nolong nie boleh kira sgt ;)

Juliet

Sms jek?? kalau kwn yg rapat sms aku xkisah.. klu yg xrapat aku buat xtau jek hehehe..terasa hati ke?? aku makan berdua tau bukan mkn sorg2.. hehehe.. next time ler next time.. klu aku rajin ;)

Lee said...

Hello Iina, ada lagi ke ayam panggang tu? Sedap tengok.
Agak2 saya tiga pingan tentu lichin, arhaaaaa ha ha.
Senang datang, best regards, Lee.

DUN Behrang 2020 said...

nak rasa manis...tambah je gula...nk pahit...dlm kopi gula jgn tarok...tp ayam tu mmg cam sedap je rasanya...ini 'rasa' aku je la...

iina said...

Uncle Lee

Alah dah selesai ler ayam panggang tuh last sunday.. I rasa nak resign buat ayam panggang tuh hehehe.. off cooking time.. Nanti I singgah ya

Dun

Sedap hingga menjilat jari hehehe.. aku minum kopi kurg manis.. kurg gula ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin