Tuesday, 12 January 2010

Hijau Tenang



Semalam..
Teringat halaman rumah di tanahair
Teringat bunga-bunga orkid hasil tangan ayah
Moga ia tetap mekar segar di halaman itu
Menyemai kerinduan yang jitu

Semalam..
Teringat pokok-pokok buahan
Yang kini sudah mula berputik dan berbuah
Dulu rumah itu kosong bertanah lapang
Kini pada tahun-tahun lalu
Halaman itu sudah penuh dengan pepohon rendang
Nyaman segar bagai berpenghuni riang
walaupun hakikatnya penghuni tetap nun jauh di seberang



Melihat kehijauan..
Hati inginkan kedamaian..
Inginkan ketenangan..
Tenanglah hati..
Hadapi dengan kekuatan diri..


10 comments:

faqir said...

Bila hati berbicara...semakin kuat terasa getarnyaa..berbicara irama rindu tak tertahan...dalam sendu yang menghanyutkan...tenanglah hati setenang air di kali...bercerita kisah cinta abadi...abadi dan abadi..

julietchun said...

tu gambar okid yg ayahmu tanam ke? cantik.

KAKTINY said...

ribut salji di negeri orang.. hujan panas di negeri sendiri..

Baikla mandi hujan daripada tergelincir kat batu salji.. huhuhu..

indahnya kampung halaman.. kehkehkeh..

Mak Su said...

tampak sgt tenang

badakbiru said...

nape kak..? meh kite sama2 tenangkan hati ek....

kakpah said...

haritu akak balik kampung, rambutan baru nak berputik.

selamat menenangkan diri lah na oi...

iina said...

Faqir

;) Thanks dik

Juliet

Bukan takat pokok orkid tuh jek.. semua yg ko tgk hijau tuh semua hasil tangan ayah aku.. tau2 jek hidup elok segar jek.. ;)

Tiny

Aku mandi salji kat luar dan mandi ujan paip bocor kat dalam huhuhu.. coming soon.. tak lama lagik insyAllah

Mak Su

Hasil tangan ayahanda tersayang.. dia yang rajin menanam semua tuh

BB

Saje nak tenangkan fikiran.. kat sini asyik tgk hitam pokok yg togel dan putih salji kat tanah.. miss tgk benda2 hijau nie

Kak Pah

Wah kak best tuh.. tingat den pokok rambutan kek kg.. musti dah berbuah gak.. alahai best yo duk bwh pokok tuh potang2 mkn rambutan

Adya A. said...

ciptaan Allah yang menenangkan.... saye paling suke waktu pagi, waktu matahari mule senyum, hijauan tumbuhan berseri menerima hadirnyer matahari.... Burung-burung berteriak keluar mencari rezeki....

Uncle Lee said...

Hi Iina, for a moment I was wondering how come Glasgow ada orchids? Ha ha.Nice pics, love the locality too.Looks like a very nice home too.
Gosh, all gree and kita sini all white outside, snow turned to ice.
You keep well, best regards, Lee.

iina said...

Adya

Betul tuh nyamannya waktu pagi itu memang indah ;)

Uncle Lee

That was photo 2 years ago.. Nowaday.. I wander either it still look the same.. Ice is melting.. but raining day coming this weekend.. yesterday quite heavy snow but here in Glasgow most places out of snow and ice except places further out.. Have a nice weekend yeah ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin