Sunday, 10 January 2010

Salji di luar, Hujan di dalam


Semalam satu insiden yang takkan aku lupakan seumur hidup.. Mungkin ada yang sudah tahu daripada status 'facebook' aku semalam.. Rasa bagai mimpi pun ada.. Rasa seolah ia tidak pernah terjadi..

Hujan dalam rumah.. Itu yang aku rasa.. tinggal dalam rumah flat tingkat 1 pun aku mampu merasai wujudnya hujan di tingkat itu.. walaupun di atas rumahku ada 2 lagi rumah lain..

Kesnya mudah 'paip bocor'. Memang kebanyakan rumah sekarang ini mengalami gangguan bekalan air akibat paip air yang beku semenjak musim sejuk melanda.. termasuklah rumah jiran aku ini.. rasanya sudah seminggu rumahnya tidak ada air.. cuma rumah aku masih bernasib baik bekalan air masih ada seperti biasa..

Bermula dengan bunyi rintik-rintik perlahan akhirnya menjadi lebih laju dan mula turun deras hingga hampir setiap genap dinding kiri dan kanan dipenuhi air yang turun dengan laju.. kemudian air mula menitik deras di tengah dapur.. Aku dah mula panik.. mula mengambil bekas untuk menadah air supaya dapur tidak banjir.. tapi semakin lama air turun semakin deras.. dan perlahan-lahan aku nampak siling dapur mula merekah.. Masa nie aku dah mula bertambah panik dan seperti yang aku jangkakan dalam masa beberapa saat sahaja siling itu runtuh di depan mata.. Nasib aku sempat berlindung di sudut dapur dengan pandangan tidak percaya.. Badan aku terus jadi kaku.. pandangan mata aku juga kelabu.. "Ya Allah.. betulkah yang terjadi ini" hanya itu yang bergema dalam ruangan kepala aku.. Panik sudah tentu.. rasa nak menangis pun ada... Air mula membanjiri dapur.. Kali ini air turun betul-betul seperti air paip pada tahap maksima.. Air mula memenuhi lantai dapur.. bertakung di sana sini.. dan mula bergerak ke ruang tengah rumah.. Aku mula terpekik minta dia menahan air yang mengalir perlahan menuju ke ruang tamu..

Masa ini baru aku tahu rupanya dia betul-betul panik daripada aku sebab dia tak tahu nak buat apa melainkan berkata.. "biarkan.. biarkan.. ini bukan rumah kita". Aku pandang muka dia dengan rasa tak percaya.. Rasanya kalau dia dekat dengan aku mahu sahaja aku pegang badan dia goncang kuat-kuat.. "Dah gila ke???" Aku hanya mampu berkata dalam hati.. Rasa panik aku mula menjadi rasa marah.. dan keadaan yang kelam kabut begitu membuatkan suara aku makin tinggi minta dia buat sesuatu.. Akhirnya dengan pantas dia mengambil kain tuala dan mula menyekat pintu dapur mengelakkan air itu bergerak lebih jauh ke ruang lain..

Aku?? Termenung aku melihat keadaan rumah yang sudah kelam kabut.. Nak buka pintu dapur tak sanggup kerana aku tahu pastinya keadaan berselerak ya amat.. Aku ambil masa untuk bertenang sambil kepala aku mula berfikir "Apa nak buat.. apa nak buat nie" Aku dengan pantas mula mengambil kain dan mula mengelap kapet yang basah ditenggelami air.. Tangan juga pantas mengambil kertas surat khabar dan meletakkannya di atas kapet supaya air itu boleh menyerap ke atas kertas-kertas itu. Kepala masih memikirkan dapur yang berselerak.. air paip masih turun dengan laju di dapur.. kedengaran bunyi air turun dengan laju tanpa henti.. Seperti hujan yang turun paling lebat sekali..

Aku nekad untuk buka pintu dapur dan melihat ke dalamnya.. walaupun aku tak sanggup sebenarnya.. Aku masuk ke dapur dan mula berbuat sesuatu.. Aku ambil tong sampah yang besar.. aku mula letakkan di tengah dapur di mana air turun paling laju... kemudian mula meletakkan bekas-bekas lain pada ruangan yang lain.. Aku rasa dalam masa beberapa minit sahaja bekas itu mula penuh.. Bertungkus lumus mengangkat dan membuang air di singki dapur supaya air tidak terus bertakung di lantai.. Kaki tangan jari muka dan badan aku dah mula basah.. sejuk tak usah dikata.. bayangkan berada dalam air sejuk selama hampir 2 jam di dapur.. Aku mula mengelap.. mengemas.. mengutip segala batuan.. sampah sarap yang mula terapung-apung di permukaan dapur.. Walaupun sebenarnya ia tidak sedikitpun mengurangkan bilangan air yang bertakung.. tapi aku tidak mahu putus asa.. dan aku tidak mahu membiarkan.. Kepala mula berkata.. "come on.. keep on going" walaupun sebenarnya badan aku dah mengigil kesejukan.. Tangan dan kaki dah mula kebas sejuk.. Ketika itu pun sebenarnya aku masih risau.. Jika siling itu akan runtuh lagi.. Risau juga dengan keselamatan diri sendiri.. tapi hati kuat menyakinkan aku.. InsyAllah selamat hendaknya.. Doa aku berkali-kali dalam hati..

Cik abang aku?? Entah aku sendiri pun tak tahu kemana dia.. tapi aku tahu dia sibuk ke rumah atas.. Rasa nak marah jiran atas pun ada.. rumah dia punya pasal tapi rumah aku yang teruk.. Adilkah?? Emmm.. rasa nak marah disimpan cuma rasa nak nangis semalam itu amat ketara.. Tidak lama wakil tuan rumah datang melihat dapur.. tidak lama plumber pun sampai.. Aku rasa selepas itu air mula berhenti mengalir.. Masa nie cik abang baru nak bantu aku kat dapur.. Nak marah?? Aku rasa kemarahan aku dah tak cukup ruang.. sebab tumpuan aku lebih untuk memastikan keadaan tidak bertambah teruk.. Aku begitu obses untuk bersihkan dapur.. Aku tidak mahu berhenti selagi keadaan yang kelam kabut dan berselerak itu dibersihkan..

Aku rasa kerana dia tengok aku mula mengemas.. mengelap.. menadah dan membuang air yang bertakung.. perlahan-lahan aku nampak dia mula berbuat sesuatu.. Aku rasa dia panik.... Nasib aku bertindak lebih pantas.. Kalau aku biarkan dia.. Tak mustahil semalam satu rumah banjir.. Sesiapa pun akan panik.. tapi dalam panik itu kadangkala kita perlu bertindak dan berfikir dengan pantas.. itu yang aku buat semalam.. aku rasa semalam tidak ada sesaat pun aku biarkan berlalu tanpa berbuat apa-apa.. selepas satu tindakan aku uruti dengan tindakan yang lain.. tangan kaki dan jari aku mula berbuat sesuatu walaupun mungkin ia tidak memberikan apa-apa kesan setidak-tidaknya bila badan mula bergerak.. ia akan membuatkan otak mula berfikir secara rasional..

Hampir ke pukul 4.00 petang air berhenti mengalir.. Aku mula mengelap dapur.. membuang batu-batu dari siling yang runtuh.. mengelap dapur terutama lantai dapur yang bertikar getah.. ruangan dapur yang separa berkapet sudah basah dengan air.. batu-batu kecil kelihatan di sana sini.. kerusi ada yang terbalik.. Aduhai.. Aku mengucap entah beberapa kali.. Perlahan-lahan badan mula bergerak lebih pantas.. mengemas dan membersihkan seadanya.. Cahaya di luar semakin kelam menandakan sudah masuk waktu maghrib.. Dapur mula gelap.. Semasa paip bocor tadi.. bekalan elektrik terputus seketika kerana berlaku lintas pintas.. Aku minta dia untuk menghidupkan semula suis elektrik utama.. supaya kerja-kerja pembersihan dapat diteruskan..

Kami sekadar membersihkan ala-kadar kerana lampu dapur masih tidak berfungsi. Sebenarnya kami tidak berani nak hidupkan lampu kerana kedudukan lampu itu betul-betul berhampiran dengan siling yang berlubang. Pastinya litar elektrik sekitar kawasan itu basah dan tidak mustahil akan berlaku litar pintas jika sesiapa cuba menghidupkan mana-mana suis elektrik di dapur. Seluruh genap dinding dapur itu basah.. termasuklah soket elektrik yang terletak di dinding kiri dan kanan dapur. 'Boiler' peti pemanas di dapur juga dimatikan suisnya.. Bermakna sepanjang malam itu rumah kami tidak dapat dipanaskan secara central.. Nasib juga ada pemanas elektrik di ruang tamu.. Hanya itu yang menjadi penyelamat kami dalam kesejukan bawah takat beku di luar.

Bekalan air juga disambung semula setelah dimatikan untuk proses baik pulih paip di rumah jiran.. Cuma air panas tidak berfungsi buat sementara waktu.. Nasib juga ada baki lauk semalam yang telah dipanaskan tengahari sebelum kejadian.. Kami pindahkan sebahagian perkakasan elektrik memasak ke ruang tamu.. Malam itu kami makan pizza.. Nasib juga ada kedai makan 'zaytoun' bersetentang dengan rumah kami.. Taklah risau sangat.. Lagipun ada jiran terdekat yang hanya selang beberapa pintu yang telah menelefon lebih awal malam itu..

Hari ini proses pembersihan telah dibuat sebahagiannya.. Masih ada baki siling yang tergantung di tengah dapur yang menunggu masa sahaja untuk runtuh seterusnya.. tapi dihalang dengan kayu penyidai di tengah rumah.. Rasanya kalau diturunkan kayu itu, aku jamin mesti siling yang separa terjuntai itu akan jatuh.. Biarlah.. Nanti satu hal pulak nak bersihkan semula.. Buat masa ini.. Semua sistem pemanasan central boleh beroperasi semula.. Pemanas berjalan dengan baik.. cuma rumah terasa agak sejuk sedikit kerana kapet masih basah dan sejuk..

Ajaib.. tapi kisah benar... Rasa bagai mimpi je apa yang telah terjadi.. Terima kasih pada semua sahabat yang telah menelefon.. menghantar mesej.. Yang menawarkan rumah untuk memberi kami menumpang bermalam cukup kami hargai.. Alhamdullilah rumah ini masih selamat untuk diduduki.. Hanya ruang dapur sahaja yang agak terjejas teruk.. Ruang lain Alhamdullilah masih boleh digunakan..

Satu kisah di awal tahun 2010.. Sudah ditakdirkan untuk terjadi.. Bukan salah sesiapa.. Keadaan cuaca yang semakin buruk menyebabkan banyak kes-kes begini terjadi.. Maklumlah pertama kali musim sejuk sebegini teruk sejak 20 tahun yang lalu.. Siapa menjangka semua ini terjadi.. Kami tetap bersyukur sebab masih boleh menggunakan pemanas utama.. Ada bekalan air di rumah berbanding beberapa rumah yang lain yang terputus bekalan air hampir 2 minggu dan ada juga beberapa rumah yang mengalami kerosakan 'boiler' pemanas rumah..

Salji di luar.. dan hujan di dalam.. Sampai bila-bila pun aku takkan lupa..

Sekali lagi terima kasih buat semua yang mengambil berat.. dan setiap satunya aku amat hargai..

11 comments:

Kaktiny said...

mak aaaiiii....

tu bukan setakat salji di luar, hujan di dalam.. tu dh masuk taufan di hati dah camni weh.. huhuhuhu...

faqir said...

salji di luar, hujan di dalam, taufan di hati, rindu di kampung ke??

julietchun said...

aku bygkan tem siling jatuh tuh cam filem 2012.

Lady of Leisure said...

kecemas betul kan.. dah jadi mcm tu litar pintas lagi... dugaan...
be strong...
mesti suspen kan kalau i pun dalam hati mesti mengucap...

iina said...

Tiny

Dah nak terjadi.. terima dan selesaikan mana yg dapat

Faqir

Apa lak kaitan rumah akak banjir ngan rindu kg nie?? ko silap konsep ke pe?

Juliet

Ada mirip2 juga tuh hehe

Lady

InsyAllah.. so far ok sikit.. but masih byk benda nak selesaikan

Anonymous said...

sadis... mcm2 hal saya dengar sejak winter ni. kebanyakannya terputus bekalan air la.... dugaan

Mak Su said...

ujian :), syukur dapat overcome

iina said...

fa10

Alhamdullilah.. masih dlm proses nak recover.. harap dpt diselesaikan secepat mungkin

Mak Su

Insyallah.. tapi masih banyak benda nak kena settle dalam masa terdekat nie

fajar said...

alahai. kesian kak iina. moga cepat2 la dorang betulkan benda tu. terkedu. tp nak buat mcmana kan? kdg2 benda ni unexpected.

boleh faham sgt la mcmana kesejukan dia. bg sesiapa yg nak test mcmana rasa air sejuk kat scotland ni, boleh la try basuh tgn guna air dari peti sejuk tu. huhuhu. kaku dan beku!

sabar ye kak. adalah hikmahnya.

moga2 tuan rumah ganti karpet baru ke apa ke.

iina said...

Fajar

Thanks ya.. Insyallah hari nie tuan rumah datang nak betulkan siling dan check paip air.. Tulah hari nie dia nak tgk2 apa2 yg perlu dibetulkan..

Teringat masa akak duk angkut air tuh.. memang tangan akak dah kebas tak leh rasa dah tapi teruskan jugalah.. sampai bila pun xleh nak lupa ;)

InsyAllah harap dipermudahkan

Kak Long said...

salam, lama tak singgah...hopefully dah recover kerosakan yang dialami. Semoga dapat tamatkan pengajian dengan jayanya.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin