Semalam..
Putaran masa kenangan datang menjelma. Ada yang mahu dikenang dan ada yang mahu dilupa. Ada yang mampu membuatkan ketawa lucu terbit secara tak sengaja.. Ada jua yang mampu membuatkan hati membara dan terbit linangan airmata kecewa.. Namun walau cuba dilenyapkan semuanya.. sudah namanya kenangan dan ingatan pastinya ia kekal ada di kepala.. di fikiran letaknya.. Cuma bila kenangan itu tiba seketika.. Fikiran pula berkata-kata.. Untuk apa dikenang semuanya.. Untuk apa diingat yang duka lara.. Kenanglah yang gembira ceria.. Ingatlah yang indah sentiasa.. Tapi hati pula menjawab perlahan sahaja.. Ya itu benar dan nyata.. tapi yang duka kecewa walau selama mana cuba diabaikan sedetik cuma.. Kesannya hati ini yang merasa.. hati ini juga yang luka amatnya.. walau tidak ada setitik pun terbit merah darahnya.. Kesan luka itu masih kekal ada.. di situ.. berbekas kekal selamanya.. Adakah itu namanya dendam rasa? Adakah itu namanya pentingkan jiwa? Adakah itu kerana aku hanya seorang manusia biasa? Punya akal fikiran dan jiwa raga?
Hari ini..
Ya.. kini rasa-rasa itu aku biarkan berlalu pergi.. Seolah kini ia tidak lagi berbekas di hati ini.. Walaupun kadang ia datang singgah menyepi dan duduk di sebelah mohon menemani.. Aku hanya mampu memandang ia sepi dan pergi.. Cukuplah kata diri ini.. Aku sudah tidak mampu lagi menemani dan menanti.. Aku sudah tidak mampu jua berdiri dan berlari seiring selari.. Laluan kehidupan kini sudah berbeza langkah hari demi hari.. Tahun juga berganti.. dan terus berganti.. Cukuplah semua yang pernah dilalui.. Pasrah.. Redha.. itu sahaja yang ada di dalam rasa ini.. Tidak terdaya rasanya bahu menanggung bebanan itu dan ini.. Aku kini mahu terus berlari.. dan terus berlari.. dan kadangkala juga berhenti seketika menikmati indahnya alam yang ditinggalkan jauh di sana sini.. Merenung bezanya musim yang berganti.. Merakamkan keindahan yang tidak lama berdiri.. Mendengar keluhan yang merengus sedih sepi.. Memegang erat yang sentiasa setia mengabdi.. Memeluk rasa jiwa buat mereka yang sekadar bertanya khabar diri saban hari.. Senyum pada yang mengerti dan memahami..
Esok
Musim kini menghampiri kesejukan yang melampau beku.. Masih mampu ditahan rasa kebas sejuk walau tidak dibalut kemas sarung tangan yang benangnya kini bergumpal bulu.. Seluar tebal jeans biru kini juga tidak mampu lagi menghalang rasa dingin yang mengigit tulang temulang kaku.. Jaket tebal yang membaluti jua tidak mampu menahan angin lalu yang sejuk singgah di pipi lembut itu.. Batuk-batuk kecil mula berbunyi perlahan dan semakin kuat dengarnya di pagi yang sunyi kelabu.. Tekak mula terasa perit dek kering kerana bahang pemanas yang berfungsi ikut masa tertentu.. Semua itu kini bersatu mencipta satu semangat yang jitu. Kini aku mengerti akan semua itu.. Kenapa aku diminta menanti detik nan satu .. Rupanya ada sebab mengapa dipinta sebegitu..
Terjawablah segalanya.. Ku sangkakan panas hingga ke petang kekalnya.. tapi rupanya awal pagi lagi hujan telah turun dengan lebat sekali.. Dia tetap dia.. dan aku tetap aku.. Yang ada tidak akan berubah sifatnya.. Yang dimiliki tidak akan senang dibuang semata.. Yang terbentuk tidak akan mudah dibentuk semula sifatnya.. Aku akur akan kehendak alam dan sifat manusiawi.. Aku akur dengan erti mahu dan tidak.. Aku juga akur dengan makna sejati dan setia.. Aku juga akur dengan nilai budi manusia.. Aku juga mengerti budi baik tidak dapat dibalas semuanya.. Aku juga mengerti tidak semua yang pernah diberi baik.. akan dibalas baik jua.. Tapi aku akur andai yang terjadi sebaliknya.. Aku serahkan sahaja pada Dia untuk membalasnya... kerana balasan dari Dia.. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.. Bila.. Dimana.. Bagaimana.. Mengapa.. Untuk apa.. Aku biarkan ketentuan hari esok itu di tangan Yang Maha Esa.. Cukuplah.. Aku biarkan Dia menjadi hakim untuk pengadilan nilai budi dan jasa. Aku percaya Dia Maha Adil dan Saksama..

7 comments:
wake up.. bersiap... sedia... brjalan.. berlari sepantas semahunya..
capai garisan penamat.. penyudahnya..
langkah dengan gagah.. dengan bangga.. dengan jaya..
lalui hari dengan tenang, dengan aman, dengan hati dada minda yang terbuka.. dengan berlapang jiwa..
nikmati saat2 bahagia.. dengan suka..
ujian yg datang.. tempuhi dengan redha.. dengan pasrah, dengan keyakinan bahawasanya.. ALLAH SENTIASA BERSAMA HAMBANYA.. tiap masa dan ketika..
I'm waiting for you to come back.. luv you so much.. muahs..
hihihi...
ko bukan citer pasal aku kan??
aku sentiasa ingat jasa ko kaaann.. kaaaannn..
.
.
.
are u ok??
cheer up!! :D
Tiny
Thanks my dearest fren.. I'll fight to the end.. Insyallah.. ko doa2kan aku selalu ye sahabat.. Nantikan sahaja kepulanganku nnti hehehe.. take care
KTS
Takde kena ngena ngan ko pun.. pasal mereka dan mereka yang berputar dan berada di sekeliling aku.. Dah malas nak fikir ckp2 org dan kata2 org.. Ikut suka merekalah..
Eloklah ko ingat jasa aku.. sok2 leh berjasa dengan belanja aku big apple donut ok
love your blog.. interesting.. anyway, kalau rajin, datang2 laa singgah my blog.. :) salam dari kota Dublin..
Rasa baca novel la. Monolog hati yang mendalam maksudnya.
Jhaz
Akak dah singgah very interesting as well.. banyak sungguh kembara jalanannya.. dan cukup menarik ;)
Anjang
hehehe.. blum ada rasa2 nk buat novel.. sebab buat paper research nie pun dah rasa tak cukup bahasa jiwang karat dah ;) Cerita semalam, hari ini dan esok adalah monolog luahan hati saya secara tersirat ;)
moga iina baik2 saja di sana, sekadar itulah saja yang maksu mampu ungkapkan di sini :)
Post a Comment