Friday 4 February 2011

Mengapa kita diberikan ujian

Sebuah cerita Motivasi yang diulang tayang..
Semoga memberi semangat untuk kita menghadapi dugaan dan cabaran

Seorang menemukan kepompong seekor kupu-kupu. Suatu hari ada lubang kecil muncul. Dia duduk dan mengamati selama beberapa jam melihat akan kupu-kupu itu ketika dia berjuang dengan memaksa dirinya melewati lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak mampu bergerak lebih jauh lagi.

Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya, dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut dapat keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayap mengkerut.

Orang tersebut terus mengamatinya karena dia berharap bahawa pada suatu saat, sayap kupu-kupu itu akan mekar dan melebar sehingga mampu mengimbang tubuhnya untuk berkembang pada waktunya. Semuanya tak pernah terjadi. Kenyataannya, kupu-kupu itu malah terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh yang gelembung dan sayap-sayap yang mengkerut.

Dia tidak pernah mampu untuk terbang.

Apa yang tidak orang itu fahami adalah walaupun dia punya niat yang baik dengan membantu kupu-kupu itu untuk keluar dengan mudah namun hakikatnya kupu-kupu itu sebenarnya memerlukan usaha dan kekuatan sendiri dalam melewati dan berjuang untuk keluar dari kepompong yang menghambat.

Perjuangan yg diperlukan oleh kupu-kupu untuk mengharungi lubang kecil dalam kepompong itu adalah jalan Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu masuk ke dalam sayap-sayapnya oleh sedemikian barulah dia akan mampu terbang dengan kekuatannya sebagaimana dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Renungan :
Kadang-kadang perjuangan adalah yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ujian, itu mungkin melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat yang kita mampu. Kita mungkin tidak pernah dapat terbang.

Saya mohon Kekuatan dan Allah memberi saya ketabahan dalam mengharungi kesulitan-kesulitan untuk membuatkan saya lebih cekal.

Saya memohon Kebijaksanaan dan Allah memberi saya petunjuk dan jalan untuk menyelesaikan kesulitan.

Saya memohon Kemakmuran dan Allah memberikan saya Otak dan Tenaga untuk terus bekerja dan menuntut ilmu pengetahuan.

Saya memohon Keteguhan hati dan Allah memberi saya semangat untuk mengatasi dugaan dan cabaran.

Saya memohon Cinta dan Allah memberikan saya kekuatan dan kemampuan untuk membantu mereka dalam kesusahan.

Saya memohon Kemurahan /kebaikan hati dan Allah memberikan saya kesempatan-kesempatan dalam membuat kebaikan.

Saya tidak memperolehi yang saya inginkan tetapi saya mendapatkan segala yang saya perlukan.

Artikel ini diambil dari email yang dihantar oleh seorang sahabat lama..

If you can find a path with no obstacles, it probably doesn't lead anywhere.
-Frank A. Clark-

Life's challenges are not supposed to paralyze you,
they're supposed to help you discover who you are.

-Bernice Johnson Reagon-

The greatest challenge to any thinker is stating the problem in a way that will allow a solution
-Bertrand Russel-

We choose to go...not because [it is] easy, but because [it is] hard,
because that goal will serve to measure and organize the best of our energies and skills,
because that challenge is one that we are willing to accept,
one we are unwilling to postpone, and one which we intend to win.

-John Fitzgerald Kennedy-

Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.
Dan jika kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku", sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga.
Kecuali orang-orang yang sabar(terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar

(Hud:9-11)


15 comments:

mashi said...

Best le ina citer kupu2 ni. Mendalam maksudnya dan jika kita teliti, ia adalah realiti kehidupan yang terpaksa kita tempuhi. Masyaallah Ina, aku betul2 happy dapat baca kisah ni. Bagi aku kekuatan. Nape le ko tak post awal2..isk...

iina said...

Alhamdullilah.. aku dah lama simpan email nie.. tak sangka pulak hari ini terbaca semula maka aku letak dalam blog aku.. takpe mashi bagi pembakar semangat untuk kita insyallah

Fatt said...

iina,
terima kasih sbb mengulang lagi entry ni wlpun ni baru pes time aku bc.

aku sendiri akui yg allah tgh mengujiku. dah 3-4 hari aku menangis dan merasa sedih,dan aku luahkan lara aku kepadaNya. aku ceritakan masalah aku kepadaNya..dan alhamdulillah pagi tadi bila aku bukak saja mata, allah telah bantu aku dan beri aku petunjuk yg aku cari2..

walaupun agak sedih selepas mengetahui semua ni, tp aku percaya allah sedang merancang sesuatu utkku. aku bersyukur walau dlm hati aku masih lara. aku hrp allah akan kabulkan doa aku. aku akan terus berharap..insya allah.

iina,
aku tak tahulah kenapa, tp waktu aku sedih begini, ramai kwn2 yg bagi aku semangat, antaranya org yg tak penah aku kenal pun. aku rasa terharu..dan aku akui korang pun punca kekuatan aku. alhamdulillah.

ps : email aku tak sempat check lagi. nti aku cek & reply. thanx :)

iina said...

Fatt

Entri nie penah aku letak thn 2008 dulu.. dan aku letak balik sebab aku tau ramai yg sedang berjuang dalam kehidupan..

Ujian itu Allah bg bukan takat ketika kita susah.. dikala kita senang pun sebenarnya Allah uji juga.. Jangan kita fikir Allah itu uji kita yang susah2 jek.. sebenarnya tidak.. dalam kita rasa bahagia.. gembira.. banyak duit.. tenang.. kat situ pun Allah uji juga sebenarnya.. cuma kita tak perasan sebab terbuai dengan rasa seronok dan gembira tadi..

Itulah indahnya dunia berkawan.. kalau kita nak tahu erti kawan.. dan mencari kawan sejati adalah ketika kita sedang susah dan hadapi dugaan.. seorang yang menyakiti hati kita.. ada lagi ramai pula yang memberi sokongan..

Be strong ok.. InsyAllah ;)

Fatt said...

iina,
aku lg suka allah bg aku ujian camni dari ujian melalaikan sbb dia akan buat aku sedar siapa pencipta aku..tp kali ni buat pertama kali adalah yg paling dahsyat aku penah lalui..tak terbayang dah camne. skrg aku masih meredah sbb benda belum selesai. apapun aku nak selesaikan sbb aku tak suka masalah membelenggu aku. wlpun pihak lain suka lari2...takpe aku akan kejar jgk sbb aku tak suka masalah ni balik pd aku di masa dtg. pahit camne pun aku nak harung jgk. org kata berani kerana benar dan aku berani sbb aku di pihak yg benar...insya allah..

ps : baru je cek email tp takde, cuba resend balik :)

iina said...

Fatt

Takpe.. setiap org ada dugaan dan ujian dia.. InsyAllah.. aku percaya ko mesti dapat hadapi semua tuh.. dan satu hari nanti bila ko toleh balik ingat balik.. kat situlah sebenarnya ko belajar byk perkara..

Aku htr kat email FB ko tuh.. bkn email backpackers tuh ;)

Mak Su said...

tq iina utk ulangtayang ni di kala perasaan sedang dilanda amuk

i amsterdam said...

Semuga ceria & sabar dalam segala ujian :)

Just nak cakap...sedap pulak lagu Tomok ni.. rasanya mcm tak pernah dgr kat M'sia dulu. :D

Acik Erna said...

iina..terima kasih..akak first time baca ni..
sebagai peringatan.

iina said...

Mak Su

Alhamdullilah semoga membantu membakar semangat ye ;)

I Amsterdam

InsyAllah... lagu tuh mmg lagu baru dia.. kalau saya rajin mostly lagu2 yg saya letak nie kira yg terkini dimalaysia.. time rajinlah.. time malas tak update pun hehehe ;)

Kak Erna

Sama-sama kak ;)

JunAina said...

perjuangan yang akan membawa kejayaan dalam hidup...

berjuang dan berharap...

Lee said...

Hello Iina, love the article, very nice.
How's the weather? We now at -15'c! Been snowing past 2 days.....
da lupa apa warna rumput, ha ha.
You keep well, and have a great rabbit year.
Lee.

iina said...

JunAina

InsyAllah.. semoga masih mahu berjuang kan ;)


Uncle Lee

It's stop raining today.. which is good but still very chill and cold.. wow sudah lupa warna rumput?? hahahaha... that wonderful.. white is everywhere now yeah?? Love it when the snow still fresh and soft.. hated it when it's start slippery and hard..

Take care and don't play ski hehehe.. ;)

nba-Nur said...

Salam.. Thanks for sharing Kak Iina. Nur mohon izin copy artikel ni, boleh tak? Nanti Nur kreditkan ke blog akak.. Thanks a lot.

iina said...

Nur

Share jek no problem dik.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin