Friday, 15 October 2010

Same old.. Same old.. Very English!!

Aku dah lama tak jumpa dia.. Dalam seminggu kadang sekali atau 2 kali sahaja dia jengah ke bilik.. Dia merupakan member terbaru kami.. Ohh kini bilik kami punya penghuni tetap yang kesemuanya perempuan.. Yeah.. it's the official gals room in CIS.. Yeah.. yeah.. go gals.. (apa aku merapu nie ahaks)

Dia berasal dari Pakistan .. Nama pun semanis orangnya 'Asma'.. Seperti biasa.. Bila lama tak jumpa.. selalulah kami berbasah basi sekejap..

"How are you??" Dia tanya aku..

"I'm fine.. and how about you??" Aku tanya dia balik..

"I'm okay.. and how's things and study?" Dia tanya aku balik..

"Same old.. same old.. " Dengan selamba jek aku jawab.. ;)

Tiba-tiba.. Aku terdengar ada orang tergelak kuat..

"Hahahaha... That's very english!!!.." Aku pandang muka Laura..

Oh ya.. Laura rakan sebilik aku juga.. berasal dari wolverhampton (dia berbangsa English).. kini sudah hampir 4 bulan bersama kami..

"I have not heard that for sometimes.." Dia sambung gelak lagi..

Aku yang mendengarnya tergelak sama.. Asma pun gelak sekali.. walaupun muka dia cam konfius jek aku tengok..

Dengan selamba aku pun jawab.. "Yeah.. I think that the right words to describe it.. Short and simple.. direct to the point hehehe"

Asma yang dengar pun tergelak lagi.. Bukan apa.. bila orang tanya pasal study.. dah selalu sangat aku jawab "Like always.." so kali nie tukar sikit gaya bahasa english aku.. hehehehe.. Very English tau..

Tadi aku semak kat google.. Dapat definisi nie..

same old same old  (informal)
used to say that a situation or someone's behaviour remains the same, especially when it is boring or annoying 'How's work going?' 'Oh, you know. Same old same old.'

So.. kalau nak kedengaran 'very english' kalau ada yang tanya kat korang pasal hidup.. keje.. study.. life.. kalau agak2 boring jek jawapan tuh.. gunakanlah ayat ini... 'Same old.. Same old'. Tapi ditakuti juga.. orang salah tafsiran.. orang ingat ko dah tua lak.. sebab ko duk sebut 'old' jek..

Camtu kita tukarlah.. 'Same young.. same young..' hahahaha.. bernas tak idea aku nie.
Silalah aplikasi ok ;) Gerenti dijamin muda forever.. bak kata Kak Pah ;)

Aku rasa aku terkena bahana duk baca novel english.. dan tengok movie english.. kot hehehe.. takpe.. bila lagik nak tambah vocab baru kan kan kan ;)

5 comments:

Acik Erna said...

iina..he he..boleh la tu..letih jugak..kan menjawab benda yang sama..
yang tak boleh satu je..jangan pulak bila dah habis solat..tak sempat nak berdoa..iina cakap.."doa cam biasa" ..he he ..tak boleh la yang tu kan...

faqir said...

ehmm kak...sama tua...elok tuk ko je..aku lom lagik hahahaa

iina said...

Kak Erna

Solat dan ibadah harian tuh xlah ler cakap camtu kan ;) itu dah wajib dan kena buat kan kak ;)

Dik

Alah ko pun takkan muda selamanya hahaha ;)

Syed Nizam Syed Omar said...

heheh...saya pun tergelak baca..mekasih info..

iina said...

Nizam..

Same same.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin