Monday, 31 January 2011

Bunga Mawar dan Pohon Cemara

Dah lama tak berkongsi cerita motivasi, mari kita baca cerita pendek ini tentang Pohon Cemara dan Bunga Mawar..


Konon di tengah hutan, bunga mawar mentertawakan pohon cemara seraya berkata :

"Meskipun anda tumbuh begitu tegap, tetapi anda tidak memiliki keharuman sehingga tidak dapat menarik kumbang dan lebah untuk mendekat."

Pohon cemara diam saja. Demikianlah bunga mawar di mana-mana menyiarkan dan menceritakan tampak buruk pohon cemara, sehingga membuat pohon cemara tersingkir dan menyendiri di tengah hutan.

Ketika musim dingin datang dan turun salju yang lebat, bunga mawar yang sombong sangat sulit mempertahankan kehidupannya. Demikian pula dengan pohon dan bunga-bunga lainnya. Hanya pohon cemara yang masih tegak berdiri di tengah badai dingin yang menerpa bumi.

Di tengah malam yang sunyi, salju berbual-bual dengan pohon cemara.

Salju berkata; "Setiap tahun saya datang ke bumi ini, selalu melihat kemakmuran dan keramaian di bumi berubah wajah. Hanya gersang dan sunyi senyap yang menyelimuti bumi.

Namun, kamulah satu-satunya yang dapat melewati ujian saya dan berdiri tegak hingga dapat menahan segala macam tekanan alam. Begitu pula alam kehidupan dan manusia selalu mengalami perubahan."

Demikianlah perbualan menarik antara pohon cemara dan salju yang terjadi di tengah malam pada musim dingin.

Sedih dan gembira selalu datang silih berganti; hanya dengan keteguhan jiwa dan fikiran, kebahagiaan itu dapat diraihnya. Caci maki dan fitnah tidak dapat menjatuhkan orang yang kuat.

Di dalam ungkapan Timur terdapat kata-kata :

"Meludah ke langit." dan "Menabur debu dengan angin yang berlawanan."

Ini semua mengisahkan kebodohan-kebodohan yang dilakukan seseorang dan pada akhirnya mencelakakan dirinya sendiri. Menghadapi fitnahan dan celaan, hendaknya seseorang berlapang dada bagaikan langit besar yang tak bertepi.

Cuaca terang dan berawan selalu silih berganti. Belajar bagaikan cermin yang jernih dapat melihat keadaan sebenarnya.

Bunga mawar hanya merasakan kepuasan dan kebongkakkan sejenak, tetapi pohon cemara dapat menghadapi, menerima dan menahan diri dengan tenang dan sabar.

Kita harus belajar dari sifat pohon cemara yang tegar menahan serangan, baik serangan yang bersifat tindakan, ucapan maupun fikiran, dan menjadikannya sesuatu yang sejuk, hangat dan damai.

Salju yang turun lewat musim sejuk nan lalu..

Advice is like snow; 
the softer it falls,
the longer it dwells upon,
and the deeper it sinks into, the mind.

-Samuel Taylor Coleridge-

Knowing trees, I understand the meaning of patience.
Knowing grass, I can appreciate persistence.

-Hal Borland-

Patience is something you admire in the driver behind you, but not in one ahead.
-Bill McGlashen-

With love and patience, nothing is impossible.
-Daisaku Ikeda-

Orang yang cemerlang itu..
tidak hanya cemerlang dalam ilmu yang dimiliki
tapi juga cemerlang dalam berperibadi


Thursday, 27 January 2011

Mereka yang istimewa di blog ini

Terima kasih Fatt bagi award ini ;)

Perhatian, klik pada butang kanan mouse telah 'disable' pada blog ini.
Untuk mengambil dan menyimpan ikon award ini pada pc anda, sila ikut arahan berkenaan.
Sila klik butang kiri mouse pada ikon award nie,
1 skrin baru yang hanya ada gambar award ini sahaja akan dipaparkan,
Sila klik butang kanan mouse dan pilih 'save image as'
dan bolehlah download pada pc atau notebook anda
.

Pengertian di sebalik award ni:

PENSEL Yang Besar
Bermaksud kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD ini di FORWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima

LOGO bulat berkelip-kelip
Jika diperhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang kepalanya komputer (takut aku!). Bermaksud, anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Penerima award dengan ikhlas hati perlu menulis maklum balas dengan menulis sebuah entry/posting berkenaan award ini dengan KREATIF dan penuh estatik, kemudian FORWARD kepada 6 orang blogger yang betul-betul layak menerima AWARD ini. Anda juga boleh meletakkan award ini di side bar atau mana-mana yang bersesuaian dan tulis/tinggalkan komen atau ucapan manis anda.
.......

6 orang blogger yang aku nak bagi award nie.. Sebenarnya kalau boleh nak bagi semua.. tapi rasanya pilih 6 orang dulu yang antara orang lama yang follow blog nie..

Tiny-Inspirasi (http://kaktiny.blogspot.com/)

Dia nie antara follower terawal kat blog nie.. rajin duk tinggalkan komen dan kitaorang selalu gak komen sana sini.. hingga selalu gak aku hantar email bertanya khabar kat dia.. Disebabkan 1 Insiden yang dia lalui tuh.. kami jadi lebih rapat.. Blog dia nie memang selamba jek.. Kalau dulu-dulu dia memang jenis tulis selamba giler.. memang gelak sakan kalau baca.. sekarang nie pun masih selamba gak.. tapi dah manja-manja sikit berbanding dulu lebih ganaz hehehehe... Satu lagik aku suka blog nie sebab dia colorful.. dia suka tulis ikut warna lelain hehehehe.. sebaris warna merah... pastu sebaris lagik warna kuning hehehe... variasi warnalah.. mudah untuk sampaikan maksud dia.. Blog dia banyak utarakan isu-isu pasal kehidupan.. keilmuan dan agama.. sesuailah dengan nama blog dia... INSPIRASI.. so biasa dia akan komen ikut pendapat dialah.. biasalah budak law nie.. kalau berbahas hahahaha... takleh nak challenge punya ;)

Kak Pah-Raudhatul Jannah (http://auladjannah.blogspot.com/)

Dia nie taukeh Tadika Aulad.. Dulu blog nie asalnya blog pasal tadika.. tapi lama-lama dia punya cerita macam-macam.. hehehe.. tapi semua best2lah.. kadang2 pasal Faris.. kadang pasal Atok.. kadang pasal anak-anak dia yang 8 orang tuh.. kadang-kadang pasal masak.. kadang pasal bibik hehehehe.. semua layan jek.. Best juga baca kisah masa dia muda remaja tuh.. sekarang pun muda gak.. leh try panggil Makcik Pah.. tak pun Uwan Pah pun ok yo.. Satu lagik Kak Pah nie dia suka kadang-kadang buat entri guna 1 perkataan.. maka semua entri dia akan berkisar pasal 1 perkataan nie.. contohnya dikerjakan hahahaha... Ok kak.. dah penat puji2 nie. Jangan lupo mee kari utk den yo ;)

Kak Erna - Coretanku (http://mak3hero.blogspot.com/)

Blog nie.. lebih pasal aktiviti harian kak Erna sekeluarga.. Macam-macam yang dia tulis.. kadang pasal hero yang 3 orang tuh.. selalu juga dia tulis pasal masakan.. benda-benda yang dia rajin masak bila hari minggu.. tengok gambar makanan pun dah terliur.. selalu juga dia kongsikan resepi kuih muih.. Bolehlah cuba kalau nak.. Layan cerita pasal keluarga nie memang best sebab jenis santai dan bersopan je cara kak Erna nie tulis hehehe.. sesuailah dengan orangnya yang lembut dan menawan hehehehe... Puji nie kak...

Kak Anie - Coretan warna-warna kehidupan (http://kaklady.blogspot.com/)

Ini juga kisah keluarga Kak Anie.. Aktiviti harian yang berkisar setiap hari.. kadang dia cerita pasal Uda.. pasal cik abang.. pasal si kecik.. sekarang sedang sibuk uruskan majlis perkahwinan anak sulungnya tak lama lagi nie.. Seronok dengar kisah dia yang sibuk lintang pukang (sesaje tambah lelebih) dengan persiapan majlis tuh.. Teringin nak menjenguk tapi apakan daya.. jauh kan.. Takpe kak.. Nanti kalau Ude kawin saya datang ekk.. hehehe.. Sesuai dengan nama blog dia nie.. macam-macam yang dia suka kongsikan.. kadang petua-petua.. kadang kisah menghantar si kecik setiap hari ke sekolah.. kadang juga tazkirah pada hari jumaat.. cuma dah tau 1 jek.. Kak Anie nie mudah mengantuk kalau memandu time tengahari hehehe.. Lagi satu dia pun suka tengok wayang.. so rajin juga buat review pasal wayang-wayang dia dah tengok.. so tumpang sekaki ler kan baca..

JulietChun - Apa-apa aje (http://julietchun.blogspot.com/)

Ini blog budak manis jelita hehehehe... dia punya blog nie banyak kisah-kisah lucu dan biasa entri dia pendek-pendek jek perenggan dia.. tapi walaupun pendek.. menyentap ok... kadang-kadang dia kongsikan kisah pengalaman dia.. kadang-kadang kisah lucu yang terjadi pada family atau diri sendiri.. Aku suka baca blog minah nie sebab dia memang ayu hahahaha.. nampak jek brutal.. tapi alahai..... muhahahahaha (takleh lelebih puji karang kembang).. Kalau masa stress baca lawak dia.. boleh hilang stress... cuma aku masih ingat ada 1 gambar dia letak buat entri yang cukup menikam kalbu.. aku lak masa tuh tgh makan.. tup-tup baca entri tuh terus rasa nak tersedak.. gambar apa??? kena p cari kat entri dia.. itupun xtau ada lagik ke idak.. klik kat sini.. ko ingat lagik dak juliet ini gambar?? Aku memang tergelak terbahak2 tau.. ok.. esok-esok kita lepak lagi kg baru ok ;)

KTS - Mantera KTS (http://kutaksempurna.wordpress.com/)

Ini pun blog gadis ayu.. memang ayu orang ye.. malu-malu adanya.. malu-malu kucing jek hahaha.. dia punya blog suka buat cerita.. dia kalau nak bercerita... memang buat cerita punya.. kadang kalau dia rajin.. dia siap lukis gambar cerita sekali.. sesuailah untuk tonton sekeluarga tanpa was-was.. Selalunya dia banyak cerita pasal diri dan semua orang yang ada kena-mengena ngan diri dia.. ngan kucing comel pun jadik mangsa sekali.. kucing tak senyum pun.. boleh aje jadik bahan.. paling dahsyat.. dia pernah terjah keta boss dia.. apa dalam keta semua dia tahu... Walaupun dari cara bercerita ala-ala ayu... dia nie sebenarnya akan lebih mengganas kalau makan donut atau kuih-kuih manis.. mmg lupa diri punyalah... Dia nie amat kreatif.. suka jahit manik.. memang rajinlah bab-bab nie.. aku cam ada plan gak nak suruh dia nie jahit manik kat baju aku.. tapi aku risau tah tahun bila dia nak siap hehehehe...

Dah cukup 6 orang..

Tapi aku nak tambah 1 lagi blog yang cukup berkesan dalam hati aku.. Wajib aku singgah untuk baca kisah-kisah silam atau pengalaman dia.. Aku kategorikan blog ini evergreen

Uncle Lee - A Moonlight Rendezvous (http://moonlightnightsstarryskies.blogspot.com/)

Aku wajib singgah ke blog nie tiap kali dia tulis entri baru.. Selalunya kalau buka blog dia nie bersama blog yang lain-lain.. Mesti aku akan baca blog nie last sekali.. sebabnya.. kebiasaannya entrinya panjang-panjang yang semua berkisar tentang pengalaman dan cerita lama dia.. Uncle Lee ini menetap di Canada dah selama 24 tahun.. Dilahirkan di malaya dan kini bermastautin tetap di sana. Seronok baca kisah dalam blog ini terutama bila dia cerita kisah dia masa remaja.. kenakalan dia di sekolah.. kisah bercinta dengan gadis-gadis yang cantik termasuk seorang pelakon perempuan terkenal zaman tuh (until now I wonder who she is.. love to know her name).. Kisah bagaimana dia ditackle oleh wife dia.. hehehehe... really love to read it.. as well pengalaman kerja yang cukup banyak yang bukan hanya di tanah malaya.. malah turut di luar negara.. I would said.. at age of 60+ (he just celebrate his birthday on 26 Jan.. Happy Birthday yeah) Uncle Lee have live with many magnificent adventures..  flying on a private jet.. meeting SYT (sweet young thing) of many races... His love of malay food.. His love of old songs.. and many more.. Some of his stories are like reading a short love romance stories.. and sometimes I cried reading it..  I would say.. everytime I read his entry.. it really cherish and make my day and you learn something from it ;) Blog ini cukup istimewa pada aku.. You can asked his advice almost about everything in life (except cooking) and he also love taking photos.. especially woman hehehe ;)

Nak tambah lagi beberapa blogger  yang antara blogger terawal yang follow blog ini.. (kata 6 jek.. hahaha tak cukuplah kena bg kredit gak kat diorg nie).. teringat tadi ada lak yang tertinggal...

Zany - Hidup belajar-belajar hidup (http://anakrusenanie.blogspot.com/)

Dia nie antara blogger yang terawal follow blog nie, masa tuh dia guna alamat lain.. tapi dah berpindah ke blog skrg nie.. Masa tuh header gambar kampung dekat reban ayam dan anak laki dia masih kecik lagik.. hehehe...
Selalu juga baca keluh kesah dia pasal kerja, anak-anak dan kehidupan semasa. Dulu dia juga rajin singgah ke blog kawan baik aku di Christchurch New Zealand.. tapi blog kawan aku tuh dah lama senyap.. tapi dia masih ada sekali sekala gak tinggalkan komen..

Acik- Lupakanje (http://lupekanje.blogspot.com/)

Nie blog acik.. kisah tentang hidup dia, anak-anak dan juga kerja. Kadang dia juga rajin kongsikan maklumat dan tazkirah yang cukup berguna, termasuklah aktiviti bersukan kegemaran dia tuh. hehehe.. Lama dah tak menyampuk ke blog dia nie.. singgah sekali sekala gak.. jenguk2 rindu.. InsyAllah ada masa mesti singgah jumpo dio kek putrajaya satu ari nanti hehehe..

Sebenarnya ada beberapa blog yang dah lama takde.. tapi satu ketika dulu rajin juga jenguk.. cam blog kawan aku Mashi, Rusdi dan ramai lagik.. semua dah terkubur hehehe.. Ada juga beberapa blogger cam AbahNajwa, Kak Ungku, Kak Wos yang antara follower asal, tapi dah agak sepi blog diorang nie..  masih bertanya khabar bila menjenguk ke FB.. Tapi kak wos nie memang senyap terus.. taktaulah blog dia nie masih ada lagik ke idak


Ada juga bekas student dulu pun buat blog.. siap link ke blog dia.. berjumpa balik di blog (nie risau nie.. kot jumpa lagik blog student nie mesti abis pecah rahsia masa zaman aku dera diorang dedulu tuh kan hehehe).. Malah ada juga beberapa blog rakan-rakan sama tempat kerja yang sudi link blog nie ke blog diorang.. kadang tuh segan gak hehehehe... tapi xkisahlah kan.. terima kasih ye..

Ok selesailah pemberian award ini..
Hope all of you can pass this awards to someone that you think special to you as well.. ;)

Tuesday, 25 January 2011

Bila teringin nak makan ayam KFC

Ye kalau kita tetiba teringin nak makan ayam KFC..
Apa kita akan buat???

A. Start enjin kereta, drive ke KFC yang terdekat dan beli jek 1 bucket..
B. Kalau KFC tuh sebelah umah je, bolehlah pergi jalan kaki
C. Keluarkan ayam dari peti ais dan mula operasi mengoreng ayam.
D. Sambung tidur dan lupakan sahaja rasa teringin tuh..

Sila pilih jawapan yang sesuai ye.. Ahaks... kalau nak pilih semua di atas pun takpe.. Jangan risau kalau tak boleh jawab pun takkan kena denda punya

Hari ini selepas mengambil bungkusan dari Amazon di pejabat 'Royal Mail'.. terus ambil keputusan jalan kaki ke Lidl untuk membeli sayuran untuk bekal 'tortilla wrap' setiap hari ke uni.. Beli timun, salad, tomato, peanut butter, dan roti pitta, terus teringat nak buat ayam goreng.. Cari tepung jagung takde pulak..

Teringat dulu minah 'Fatt' nie pernah tanya resepi ayam goreng nie.. So demi ko Fatt.. aku kongsikan kat sini ok..

Bahan-bahannya:

Ayam
Beberapa ulas bawang putih
Serbuk lada hitam
Serbuk kari
Serbuk cili
Tepung jagung 2 sudu
Tepung gandum 4 sudu
Tepung kfc 6 sudu
(kalau nak guna banyak tepung, gandakan setiap bilangan sudu itu ikut urutan 2,4,6)
Garam
Beberapa biji telur

Cara-caranya :

Ayam diperap dengan parutan bawang putih, sedikit serbuk lada hitam dan garam.
Campurkan tepung jagung (Tepung jagung kat umah dah abis so aku ganti dengan tepung beras.. ok jek hehehe), tepung gandum, tepung kfc, sedikit garam, serbuk cili, serbuk lada hitam dan gaul rata semua campuran tuh.
Ayam digaul dengan tepung tadi.
Pecahkan 2 biji telur dan kacau dengan garfu, gaulkan ayam bertepung tadi dengan telur (kalau tak cukup, tambah lagik).
Gaul semula ayam dengan campuran tepung.
Masukkan ayam ke dalam kuali atau periuk, pastikan ayam itu tengelam dalam minyak (lebih baik gunakan periuk kecil senang sikit) dan balik-balikkan hingga garing dan kekuningan.
Angkat dan bolehlah makan..

Ayam goreng hasil tangan sendiri
Terjamin halal dan bersih ;)
Bolehlah mencuba ye..



Fatt.. Thanks for the award..
Nanti aku buat entri pasal award tuh k

Thursday, 20 January 2011

Apa ada di dapur..


Deretan botol rempah ratus di dapur..
Pakwe punya idea..
Dia sendiri yang label setiap botol dengan 'spices' yang dia masukkan..
Katanya senang kalau nak masak..
Siapa yang masak??
Aku ler hehehe ;)

Oregano is the spice of life.
- Henry J. Tillman-

The world loves a spice of wickedness
-Henry Wadsworth Longfellow-

Variety's the very spice of life,
That gives it all its flavor

-William Cowper-

Monday, 17 January 2011

Berkain Batik

Kain Batik Dari Seberang
Dipakai Anak Dipakai Anak
Tanah Melayu

Apa Artinya Kasih Dan Sayang
Jikalau Adik Jikalau Adik
Berjanji Palsu

Petikan dari lagu : Rebutan Acheh.
Nyanyian A. Ramlee


Sapu tangan sampai di ambang
Kain batik kain pelikat hamba berdagang
Emm... berjualan di kaki lima
Pendapatan pendapatan jangan dikira

Petikan lagu Joget Kaki Lima.
Nyanyian Dahlan Zainuddin


Tangan pantas mengambil sehelai kain batik berwarna merah gelap dengan rona coklat. Tangan lantas mengusap lembutnya rasa kain batik itu. Walaupun di bumi asing ini, kain batik ini sentiasa disimpan dan kadangkala dipakai saat rindu datang bertandang.

Dulu arwah nenek mempunyai puluhan kain batik lepas. Pelbagai warna dan corak ada dalam simpanannya. Masih aku ingat gobok kayu di bilik solat berhampiran tangga kayu untuk turun ke dapur. Di situlah arwah nenek selalu menyimpan kain bajunya. Koleksi kain batik arwah nenek turut disimpan di situ. Kini gobok kayu itu sudah tidak ada. Malah kebanyakan kain batik arwah nenek juga tiada lagi. Sebahagiannya  telah diambil oleh Mak Lang dan Mak Ngah. Serasa aku ada beberapa helai juga yang sempat diambil Mak Usu, tapi yang ada dalam simpanan emak beberapa helai sahaja. Itupun mak ambil untuk diberikan pada aku. Aku hanya punya 2 helai kain batik kepunyaan arwah nenek. Salah satu darinya sedang aku pakai ketika entri ini aku hasilkan. Tidak pernah sedetikpun aku lupa semua kenangan aku bersama arwah nenek, tiap kali kain batik ini aku sarungkan. Malah saat arwah nenek menutup matanya buat kali terakhir, beberapa kain batik lepas kepunyaan arwah nenek itulah yang mak gunakan untuk menutup tubuhnya pada petang itu.

Aku dilahirkan di bandar Klang. Sempat juga merasa bersekolah di bandar itu hingga aku berusia 9 tahun (kemudian aku kembali bersekolah menengah di Klang selama 5 tahun), lalu ayah ambil keputusan untuk pindah ke kampung bila arwah nenek meminta ayah pindah berhampiran dengannya. Di pertengahan darjah 3 aku berpindah bersekolah di kampung. Kekok sudah tentu kerana aku sudah terbiasa dengan suasana sekolah bandar dengan pelbagai bangsa. 3 tahun aku bersekolah rendah di kampung dengan 100% pelajarnya dari bangsa melayu. Banyak kenangan manis dan pahit zaman sekolah itu. Sebenarnya duduk di kampung aku agak bebas ke sana sini meneroka sekeliling kampung bersama beberapa orang sepupu lelakiku.. Kami pernah berenang di lombong bijih timah yang terletak hampir 2 batu dari kampung dan itu belum lagi ekpedisi menjelajah ladang teh pula. Acara main ting-ting, baling selipar, baling tin, roundas, lompat getah, tudung oren dan pelbagai mainan kampung turut menjadi acara lewat petang. Rumah Wak Wiji di hadapan rumah mak sering menjadi 'port' untuk kami berkumpul. Selalunya acara yang paling rancak adalah acara main baling selipar. Kalau terkena balingan selipar tuh.. boleh berbirat badan dibuatnya.

Seingat aku di awal usia remaja aku, aku sudah mula berkain batik. Kekok mulanya, tapi aku belajar cara menyimpul kain batik itu. Kalau sekadar berada di rumah biasanya aku hanya menyimpulnya dengan menyelit di pinggang kiri. Sebenarnya ada cara simpulan yang boleh dibuat kalau tak nak kain itu terjatuh. Ini selalu aku akan buat bila perlu membuat kerja-kerja yang lasak atau menaiki motor keliling kampung (jangan tak percaya aku selalu berkain batik bila naik motor di kampung). Selalunya aku lebih selesa berkain batik di rumah. Nampak lebih kemas dan senang untuk dipelbagaikan cara memakainya. Aku rasa kebanyakan anak kampung pasti tahu berkain batik. Malah ramai kawan-kawan aku juga berkain batik sekali sekala. Namun ada juga yang langsung tidak pernah berkain batik, alasannya kekok nak pakai dan takut terlucut atau tercicir.

Sayang sungguh rasanya bila seorang anak dara atau wanita melayu tidak tahu berkain batik. Namun itu tidaklah bermakna wajib tahu berkain batik atau harus memakainya selalu. Bukan apa itukan salah satu budaya kita. Kalau bukan kita yang mengayakan dan memakainya, siapa pula yang mahu memakainya. Anak muda zaman sekarang aku kira lebih selesa memakai seluar panjang atau skrit bila berada di rumah. Pada aku pula, bila berada di kampung sama ada rumah mak atau mak mertua, kain batik ini sentiasa ada dalam beg pakaian yang aku bawa. Jika di rumah mak, sudah tentu ada beberapa helai kain batik yang aku simpan di situ. Memandangkan sekali sekala aku suka pergi berurut, kain batik ini amatlah berguna waktu itu.

Teringat beberapa hari lepas aku tunjukkan sehelai kain batik berwarna merah jambu yang aku simpan di bilik study aku di Universiti. Tujuannya bila aku nak solat atau perlu menyalin baju pada ketika kecemasan aku punya kain batik untuk memudahkan aku melakukan proses itu. Memandangkan rakan sebilik aku dari Thailand. Maka kami berkongsi cerita tentang penggunaan kain batik ini dikalangan wanita melayu dan Thai. Rakan aku berbangsa Inggeris cukup tertarik dengan cerita kami. Seperti wanita melayu, wanita Thailand juga memakai kain batik di rumah, malah ibu Suthanya turut berkain batik bila menarikan tarian traditional Thailand.  Tambah menyeronokkan, aku dan Suthanya sempat membuat demontrasi cara-cara memakai kain batik itu. Walaupun di bumi asing, kami masih ingat benda-benda yang masih menjadi adat resam atau budaya kami. Itulah uniknya bila kita sama  datang dari Asia Tenggara, kita mempunyai corak budaya yang hampir sama. Dapatlah kita berkongsi peristiwa dan kenangan yang pernah kami lalui.

Walau zaman berubah dan semakin pesat fesyen-fesyen moden dicipta untuk memenuhi kehendak pelanggan. Pemakaian kain batik ini pada aku masih punya keunikannya. Sebenarnya ia lebih selesa dipakai berbanding dengan seluar dan skrit moden. Apatah lagi nampak lebih sopan dan ayu dipakai oleh anak dara.. hehehe.. Cuma mungkin jika tak biasa, mungkin punya rasa was-was.. Bukan susahpun.. ia boleh diikat simpul di tepinya, atau paling tidak boleh dipakai bersama tali pinggang. Namun bagi aku, memakainya dengan hanya menyelitnya di sisi kiri sudah cukup selesa ;)

Belum pernah berkain batik??
Masih belum terlambat untuk mencubanya kan ;)

Kain batik kepala dua
Pakai mari sebelah kiri
Sudah suka kita berdua
Orang lain jangan peduli

Kain batik baju pun batik,
Batik datang dari Jawa
Adik cantik abang pun cantik,
Macam pinang dibelah dua.

Kain batik selendang bedukang,
Di bawah pusar daging berlubang,
Jangan pegang punya si Abang,
Kalo kena si urat panjang,
Air setitik menjadi ORANG


Kain batik hadiah dari pakwe tercinta ;)
Usianya seiring dengan usia perkahwinan kami

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin