Perahu yang kami naiki berada di tengah laut. Sebenarnya jaraknya tidaklah jauh sangat dengan tepi pantai. Kelihatan begitu ramai manusia sedang bermandi manda di tepi pantai.
Tiba-tiba perahu kecil yang kami naiki bergerak dengan laju. Aku hampir hilang imbangan tetapi ajaibnya perahu yang kami naiki itu mampu mengelak setiap manusia yang sedang mandi manda. Akhirnya perahu yang kami naiki sampai ke tepi pantai dan berhenti dengan perlahan. Aku dan sahabat aku menarik nafas lega..
Terus aku terjaga dari mimpi itu..
Dia yang ada dalam mimpi aku telah aku kenali sejak di ijazah pertama lagi.. Pernah tinggal menyewa bersama ketika bujang.. Kini masing-masing sudah berumah tangga dan bekerja di tempat yang sama di tanahair. Cuma bezanya.. Aku di sini dan dia di ChristChurch NZ sana..
Mimpi itu aku alami 3 tahun yang lepas ketika aku mula bermastautin di sini. Makna mimpi ini?? Aku dah lama dapat tafsirannya.. cuma aku tidak mahu huraikan di sini.. Cukuplah.. Semoga Allah permudahkan segala usaha dan perjuangan yang sedang kami lalui.. InsyAllah..
Doa buat sahabat aku di Christchurch semoga sentiasa dilindungi Allah.. mendengar berita tentang gempa bumi di Christchurch sudah cukup membuatkan aku risau tentang keadaan dia di sana.. Apatah lagi dia kini sedang dalam pantang bersalin anak kedua.. Perkahabaran terkini yang aku dapat dia selamat dan dalam keadaan yang baik.. Alhamdullilah..
InsyAllah semoga kita semua juga dilindungi Allah dari segala bencana.. Dipermudahkan urusan seharian dan kehidupan.. Hadapi hidup dengan semangat yang kuat dan jitu hendaknya..
Understand to achieve anything requires faith and belief in yourself,
vision, hard work, determination, and dedication.
Remember all things are possible for those who believe.
-Gail Devers-
You block your dream when you allow your fear to grow bigger than your faith.
-Mary Manin Morrissey -
Faith is believing in things when common sense tells you not to
-George Seaton -
The opposite of love is not hate, it's indifference.
The opposite of art is not ugliness, it's indifference.
The opposite of faith is not heresy, it's indifference.
And the opposite of life is not death, it's indifference.
-Elie Wiesel-