Friday, 3 September 2010

Pelbagai cerita

Maaf dah lama tak update blog...

Agak sibuk sejak kebelakangan ini.. Mood untuk menulis kejap ada kejap takde.. Macam biasalah bila kepala dah mula berserabut nie.. Mood nak menulis memang takde.. Hampir 2 minggu ini Alhamdullilah sibuk juga memenuhi undangan berbuka puasa dari rakan-rakan sekampung.. di samping memenuhi malam-malam Ramadhan dengan solat terawih.. kadangkala diselitkan juga solat hajat semoga segala urusan pengajian dan kehidupan dipermudahkan Allah s.w.t.

Tahun ini Alhamdullilah.. Ramadhan dilalui lagi.. Dari hari pertama berpuasa.. kini dah menghampiri hari ke 24.. Tinggal minggu depan sahaja semakin hampir menginjak ke bulan Syawal.. menyambut Aidilfitri yang mulia bersama sanak saudara.. Aku pasti juga ramai sahabat handai dah mula mengira kuih raya.. baju raya.. kasut raya.. duit raya.. kereta raya.. dan juga paling utama shopping raya.. jangan lupa juga bayar zakat fitrah dan bersedekah sesama kita.. Semoga rezeki kita semakin murah.. tidak sekadar dihabiskan dengan membeli barang-barang baru untuk persiapan raya.. tapi kita juga berkesempatan untuk bersedekah dan mencari pahala mudah pada bulan Ramadhan ini.

Alhamdullilah berpuasa di perantauan walaupun jauh dari sanak saudara.. sahabat handai yang ada sudah sebati menjadi penganti keluarga yang jauh.. Berbuka dan berterawih bersama.. Saling mengunjung dan berkongsi resepi serta juadah berbuka sudah sebati dengan kami di sini.. Bermula dengan minggu pertama berpuasa.. sudah mula ada jemputan berbuka puasa di rumah sahabat handai.. Alhamdullilah.. sejak 2 minggu ini.. boleh dikira berapa kali sangat kami berbuka puasa di rumah sendiri.. Apatah lagi aku ada tetamu istimewa dari tanahair yang datang tinggal sementara di rumah aku..

Sempena hari merdeka yang lalu.. Salam merdeka buat semua.. maaf kerana terlewat memberikan ucapan.. Sahabat baik aku (Kak Izan) berjaya merdeka dan berjaya memperolehi Ijazah kedoktoran selepas sesi viva selama 2 jam. Alhamdullilah.. Seronok dan gembira.. kerana selama hampir 4 tahun bersama memerah otak menyelesaikan urusan pengajian Phd kami di sini.. Dia kini dapat pulang ke tanahair dengan kejayaan yang cemerlang.. InsyAllah selepas ini giliran kami pula...

Alhamdullilah juga sudah 2 tahun ulang tahun perkahwinan kami di sambut pada bulan Ramadhan.. Terima kasih pada semua ucapan yang ditinggalkan di Facebook.. Setiap doa kalian aku balasan dengan ucapan Amin.. dan semoga yang baik-baik itu juga diberikan pada semua sahabat-sahabat yang lain.. bagi yang belum ditemukan jodohnya.. InsyAllah.. Aku doakan semoga cepat dipertemukan jodoh.. Yang telah ada jodohnya.. InsyAllah.. kekal bahagia hingga ke akhir hayat bersama.. Yang sukar dan susah.. Dipermudahkan urusan dan penyelesaiannya.. Yang seronok.. suka dan gembira di kongsi bersama semoga menjadi pegangan motivasi untuk meneruskan perjuangan..

InsyAllah.. Semoga kita masih mampu meneruskan perjuangan.. Berjaya dalam apa juga yang kita usahakan.. dan sentiasa kuat dan tabah menempoh segala dugaan..

Terima kasih pada Kak Izan & Suami..
Bunga ini hadiah darinya.. sempena ulang tahun perkahwinan kami ;)

6 comments:

KTS said...

bagi yang belum ditemukan jodohnya.. InsyAllah.. Aku doakan semoga cepat dipertemukan jodoh..


.
.

terima kasih utk doa ini... :D tak sangka ko doakan aku gak ya.. terima kasih byk2... semoga dimakbulkan doa ko ni.. amin..


hihihi.. tak sabarnyaaaa :D

Acik Erna said...

iina..selamat ulangtahun perkahwinan..masih belum terlambat kan..semoga dipanjangkan jodoh sehingga kehujung nyawa..
selamat hari raya juga iina..dah siap buat kuih ke belum..

Cikgooden said...

selamat menyambut syawal pada hang iina dan zaidi (zaidi ke nama cik b hang?)....buat KTS, semoga dimakbulkan doa...

ibundo said...

ina, ghayo jangan lupo buek lomang mo rondang hiiii...
selamat menyambut syawal..

aNIe said...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN iina...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...dan berbahagia hingga ke akhir hayat...

iina said...

KTS

Aku aminkan sahaja.. InsyAllah.. jgn lupa bagi kad jemputan ok ;)

Kak Erna

InsyAllah kak.. Amin.. Terima kasih byk2 kak atas doa.. Kuih raya tahun nie import jek kak.. special delivery dr mesia ;)

Cikgu Den

Amin... Terima kasih ye.. Selamatlah hendaknya kuta semua ye..

Kak Pah

Lomang takdolah kak buek.. tapi kalau ronddang tuh mmglah wajib.. Selamat hari raya kak

Kak Anie..

Terima kasih atad doa kak... Amin..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin