
Batuk dan selsema masih bersisa.. Kahak masih ketara ada di dalam dada dan kerongkong.. Entah bila dapat dikeluarkan semuanya.. Tidak tahulah sampai bila akan terusan di situ.. Mungkin faktor perubahan cuaca.. pendebungaan di udara.. dan kualiti 'debuan' yang semakin meninggi..
Mood aku kini juga terasa berubah sama.. Hati teringin untuk pergi berjalan..
Ku ajak pakwe pergi memancing.. wah.. wah.. lawak seketika pulak rasanya.. Ada ke ikan masa-masa begini.. Sebenarnya alasan untuk aku paksa dia temankan aku berjalan..
Moh kita.. walaupun batuk dan selesema masih ada.. Aku tak peduli.. masa untuk menikmati alam tuhan berdua ;)
Akan aku tuntut belanja istimewa.. bukan kerana hari 'valentine' tapi janjinya kerana Isnin ini hari pertamanya ;)
Saturday, 14 February 2009
Batuk masih bersisa
Nukilan Rasa:
iina
at
12:18
7
sedang senyum-senyum
Happy Birthday Dear
Hari istimewa dan disambut serata dunia..
Semoga Allah berikan limpahan rezeki yang tidak terhingga buatmu sekeluarga
Semoga jua semua impian mu terlaksana.. Insyallah

Happy Birthday My Dear Friend

Nukilan Rasa:
iina
at
12:00
5
sedang senyum-senyum
Friday, 13 February 2009
Kenangan 'Monday Snow'
Sebenarnya gambar-gambar ini sepatutnya aku paparkan beberapa hari yang lalu.. namun dek asyik 'teringat-ingat' dan 'terlalu rajin' menyusunnya.. Ditambah dengan mood diri yang baru hendak baik demamnya.. Barulah kini aku punya mood 'rajin' untuk upload gambar-gambar ini..
Kenangan pemandangan penuh warna warni putih bersih tatkala berjalan berdua-duaan di Queens Park bersama kekasih tercinta (Ahakss berjiwang tanpa karat sebentar ya.. silakan jeles.. silakan ekkk)
Salji kali ini bertahan hingga hari ke empat lamanya.. Hari ini kebanyakan kawasan yang bersalji itu hilang bersama air hujan yang turun petang semalam..
Tinggallah kenangan dalam bentuk gambar-gambar ini buat ingatan selamanya
Selamat tinggal salji.. dan cepatlah hadirnya 'musim bunga'. Alhamdullilah tahun ini, aku puas menyaksikan keindahan alam semasa turunnya salji berkali-kalinya..
Kini masa untuk berjalan menikmati keindahan mekarnya bunga-bunga 'daffodil' yang berwarna putih, ungu, kuning dan juga kembangnya si bunga tulip ;)
Tadi semasa dalam perjalanan pulang kelihatan si penjual bunga.. begitu laku jualan bunganya kali ini.. esok hari 'valentine'. Teringin untuk membeli sedozen bunga ros merah yang hanya berharga 5pd sahaja.. Sudah lama tidak menghias rumah dengan bunga-bungaan..
Nampaknya mood 'musim bunga' sudah hampir kembali ;) Oh ya aku perlu salin pasu bunga buat si daun kesum yang semakin meninggi.. dan mengalih pasu serta menukar tanah untuk pokok si ibu kunyit..
Nukilan Rasa:
iina
at
19:50
4
sedang senyum-senyum
Thursday, 12 February 2009
Minodge

Sedang sibuk membersihkan bilik-bilik SDS pagi tadi.. Supervisor kerja aku 'Eilean' datang jumpa aku. Dia ajak aku ikut serta dalam 'Minodge'. Mulanya aku tak faham apa benda tu.. tapi bila dia jelaskan tentang apa 'Minodge' tuh.. Barulah aku faham.. 'Main Kutu' hehehehe.. Rupanya 'words in English' atau specific dalam scottish nie.. disebut begitu..
Dalam artikel 'Word Up; The talent in the ranks of the Glasgow Print Studio Press'
A menage, pronounced minodge, is a traditional Scottish financial agreement whereby a group of women would contribute a sum of money each week. The women in turn receive the weekly total which they proceed to spend on curtains, wallpaper, paint and other essentials.
Ingatkan kat mesia jek yang famous main kutu nie.. Rupanya kat sini pun sama jek.. Aku ok je join sama.. dan setiap minggu kena bayar 5pd dan 'at the end of the circle day' dapatlah dalam 100pd.. Mulanya rasa cam malas je nak join.. tapi tadi tengok ramai juga makcik-makcik yang ikut sekali.. yang ambil 2 pusingan pun ada..
Teringat entri Kak Pah pasal 'Main Kutu'.. Tulah kak.. baru jek akak sebut2 dah den pun ikut main sekali kak..
Tapi masalah ye kan.. giliran aku dapat duit tu dekat-dekat hujung bulan 7 nanti.. adalah 5 bulan lagik.. Lama pulak ku rasakan.. Takpelah saja nak tengok dan ikut serta.. Kali terakhir aku main kutu nie.. masa baru kerja dulu.. masa tu sebulan RM500. Main pulak 4 orang.. sekali dapat RM2000.. Mewah sekejaplah masa tu ;)
Kita tunggu dan lihat.. Bulan 7 nanti barulah aku merasa duitnya.. dan masa tu dah seminggu lepas hari lahir aku.. Boleh jadi duit belanja hari lahir sendiri ;)
Korang semua kekawan kat blog nie takdo ke nak main kutu?? Hehehehe ;) Leh jimat boli handphone baru ko.. tudung ko.. baju rayo ko.. kuih rayo ko.. apo2 lah kan ;)
Den baru nak baik domam nie.. teringin macam2 nie... bihun tomyam.. susu cekelat dutch lady.. jus oren feel fresh.. apam balik.. kopok lekor.. lomang ngan rendang daging.. kuih tat.. cendol... adeih.. pesal lidah rasa pahit jek nie ahh..
Nukilan Rasa:
iina
at
20:30
9
sedang senyum-senyum
Wednesday, 11 February 2009
Kedekut kedekit
Tadi petang Suthanya bercerita padaku tentang kisah seorang rakannya..
"You know lina"
"No.. I don't know" kataku dengan selamba sambil dijawab dengan gelak ketawa sengihnya.
"I don't understand with one of my friends"
"Why?"
"She willing to stay at an expensive flat.. but she willing to buy the cheapest dress from sunday market instead."
"I wanted to help her to save her money. She could have cheaper room and can save more than 100pound a month"
Aku renung wajah kawanku itu.. Sebenarnya aku tahu kisah ini.. sudah beberapa minggu menjadi topik perbincangan kami. Lantas aku katakan
"Well.. some people just don't want to be help. So why waste your time?"
"You want to help her.. but she didn't want to help herself.. what the point of doing that" Kataku dengan selamba
"Yes.. I want to help her.. but she didn't want to help herself" kata Suthanya mengulangi kata-kataku
Sebenarnya dia mahu menyewakan sebuah bilik di rumah yang disewanya kini kerana salah seorang rakan pulang ke Thailand. Ramai sebenarnya rakan-rakan yang berminat dengan bilik itu kerana lokasinya yang hampir dengan universiti dan murah sewanya. Hajatnya untuk membantu seorang rakannya ini yang selalu mengeluh tak cukup duit.. tapi masih mahu menyewa sebuah bilik yang berkongsi dapur dengan harga yang lebih mahal. Bukan sekadar itu.. rakannya ini pernah mengajaknya pindah ke rumah lebih besar kerana mahukan ruang tamu dan boleh berparti selalu. Mulanya dia kesiankan rakannya ini.. tapi pelbagai alasan yang diberikan kepada rakanku ini.. dengan memburuk-burukkan lokasi rumahnya.. dekat dengan kuburlah.. jauhlah.. kena naik bukitlah.. banyak tingkaplah.. sejuklah.. itulah inilah.. his.. his.. ada lagilah senarai yang tak elok tu..
Lalu aku katakan pada Suthanya
"Well.. people like to give lots of bad reason just to make them feel bad about the situation and hope by doing that, they will feel more secure and defensive. Even thou the reality.. those reasons are totally stupid and useless"
"By saying all of those reasons.. It will put you in terribly bad situation.. and there will be no point of taking it"
"Well suthanya.. I believed.. if you advertise the room.. there will be lots of people queueing and interested with that room" kataku dengan yakin..
Senang citelah.. kalau tak nak tu macam-macamlah alasan keluar.. itulah inilah.. macam tulah macam nielah.. masa elok.. ohh puji melambung.. cantiklah.. selesalah.. baguslah.. hari-hari datang pun sanggup.. Bila tak nak.. pandai pulak cari alasan..
Ini realiti kan.. Ada orang sanggup begitu.. rumah nak cantik.. kereta nak besar.. baju nak mahal.. gaya mesti ada.. tapi makan sanggup ikat perut.. sanggup puasa.. sanggup jimat cermat.. Elektrik pakai pun jimat.. guna lampu lilin jek.. sebab kalau guna RM19.99 free tak yah bayar bulan-bulan kan.. Air pulak.. sanggup ohh jimat.. pergi gali air perigi kalau boleh.. idak pun hari-hari pergi mandi kek laut ke.. air terjun ke.. siap basuh baju kat situ per.. Lainlah kesnya kalau memang daif miskin. memang takde duit.. aku leh ahh terima juga... Ini ada gaji.. ada kerja bagus.. cerita pasal kerja bukan main lagik bangga..
Kalau kat sini.. ada heater pun sanggup tutup.. pakai baju tebal-tebal.. duduklah kek kusi sofa gigil tahan sejuk sampai demam sakit.. hanya untuk jimat bil gas yang datang 3 bulan sekali tuh.. kalau dah camtu kan.. kadang-kadang fikir jugalah.. pesal lah seksa diri .. Miskin sangat ke ahh?? Takde duit sangat ke?? Dah susah-susah sangat kenapalah pilih datang negara 4 musim nie.. Sorry bukan busy body.. tapi just saling ingat mengingati jek.. Banyak dah kisah begini aku dengar.. Hari ini aku dengar lagi kisah begini.. Ini pun sebahagian kisah kawan si Suthanya.. Harap maklum ye..
Entahlah.. Benda lain boleh pulak menunjuk-nunjuk.. Yang penting gaya keunggulan mesti cemerlang terbilang gemilang ekkk.. Pathetic betul ler orang camnie.. Nak berjimat pun kenalah tengok-tengok.. Apa yang patut dijimat dan apa yang patut tidak dijimatkan.. Benda berkaitan kesihatan janganlah dibuat main.. duduk negara sejuk.. mestilah kena jaga kesihatan.. nie idak.. Sanggup duk sejuk-sejuk gelap gelita.. Adeihhh.. Kesian ;)
Sebab itulah tadi Suthanya cakap dengan aku..
"She willing to spend more money for expensive flat.. but willing to buy cheapest dress from carboot sale.. walking to sunday market for 45 minutes without taking the bus. Even if she want to make a phone call.. she will ring me few times and stop.. and I always turn out to be the one who call her back.. That how she save her money see.." katanya sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang tinggal beberapa pound kredit jek..
Adeihh.. Berpenyakit betul orang begini kan..
Simpati.. kesian.. Berjimat tak bertempat..
Nak kata kedekut.. Gitulah gayanya..
Pathetic.. Aku emosi pulak ari ini.. hehehehehe ;)
Kalau terkait dengan sesiapa.. Jangan pula terasa hati.. Hanya kebetulan ;)
Ini hanya kenyataan umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa khususnya ya..
Nak tahu lebih lanjut meh tanya diri aku sendiri dan jangan buat spekulasi ok!!
Ini rentetan chit-chat aku ngan Suthanya pasal kawan dia.. bukan dikaitkan dengan sesiapa yang aku kenal.. Ini kena bagi terang bersuluh sikit ok..
Pasnie kita tanam duit kek paso bunga yolah..Agak2 kalau tanam pokok duit cenggini.. leh beranak pinak tak?
Nak masuk musim bunga dah nie.. kalau tanam sekarang musim paneh leh tuai kan.. kan
Nukilan Rasa:
iina
at
21:45
7
sedang senyum-senyum

