Monday, 9 May 2011

Bila kentang berjaket

Jacket potato atau baked potato adalah 'dish' yang cukup popular di sini.. Kebiasaannya waktu tengahari, hidangan ini pastinya menjadi menu wajib dijual di mana-mana cafe di sekitar UK. Kadangkala baked potato ini juga dikenali sebagai 'Jacket potato' yang dihidangkan bersama pelbagai jenis topping mengikut selera individu.

A baked potato, or jacket potato, is the edible result of baking a potato. When well cooked, a baked potato has a fluffy interior and a crispy skin. It may be served with fillings and condiments such as butter, cheese, sour cream.

Baked potato is sometimes called a jacket potato in the United Kingdom. The baked potato has been popular in the UK for many years. In the mid-19th century, jacket potatoes were sold on the streets by hawkers during the autumn and winter months. In London, it was estimated that some 10 tons of baked potatoes were sold each day by this method. Common jacket potato fillings (or "toppings") in the United Kingdom include cheese & beans, tuna mayonnaise, chili con carne and chicken & bacon.
Source : wikipedia.

Hari ini aku nak kongsikan resepi untuk buat baked potato ini.. Senang jek..

Bahan-bahan:

Ubi kentang pelbagai saiz (3-4 ketul ikutlah berapa orang nak makan)
Minyak masak/ minyak zaitun atau butter
Garam

Cara-caranya:

Cuci ubi kentang hingga bersih pastikan tidak ada daki-daki tanah atau kotoran dengan menggunakan berus (aku takde berus nie.. bersih pakai tangan jelah janji bersih)
Cucuk sekeliling permukaan ubi kentang dengan garfu.. (tujuan supaya ubi kentang itu masak rata di dalamnya)


Lumurkan dengan minyak rata-rata (guna tangan jek)
Taburkan garam dan ratakan sekeliling ubi kentang itu



Letakkan pada rak oven dan pastikan letak dulang oven di bawah rak itu supaya bila ada air yang keluar dari ubi kentang itu jatuh atas dulang itu nanti.
Biarkan dalam oven selama 1 1/2jam mengikuti bilangan ubi kentang yang ada.
Nak tahu masak.. bila dipicit dah agak lembut dan kecut sikit, dah masak ler tuh.
Belah 2.. dan keluarkan isi kentang itu mengunakan garfu dan rata-ratakan.

Untuk toppingnya:

Boleh dihidangkan dengan sedikit butter, cheese dan baked beans (klasik topping nie)..
atau apa-apa sahaja topping yang kita suka..
Boleh google untuk resepi topping nie..

Nota:
Kalau tak nak tunggu lama sangat dalam oven, boleh rebus dulu ubi kentang itu hingga mendidih, keluarkan, sapu dengan minyak dan garam dan bakar dalam oven lebih kurang 30min hingga kulitnya garing.
Atau boleh juga dimasukkan dalam plastik setelah dicucuk dengan garfu dan disapu minyak, dan masukkan dalam microwave kemudian masukkan ke dalam oven nak bagi kulitnya ranggup.

Baked potato nie dimakan bersama kulitnya sekali..
Sedap dan rangup rasanya ;)
Senang je kan..
Sesuai dibuat masa malas ;)

Thursday, 5 May 2011

Undi adalah rahsia..

Hari ini hari khamis 5 Mei 2011. Merupakan hari yang penting di Scotland. Setiap penduduk di Scotland perlu melaksanakan kewajipan mereka pada hari ini.

Jam menunjukkan menghampiri ke pukul 10.00 pagi bila kereta yang dipandu oleh dia hampir tiba ke Victoria Road. Aku mula mengingatkan dia untuk memandu terus ke Allison Street. Destinasi kami adalah ke St Bride's Primary School di Craigie Street.

Hujan yang turun dari pukul 7.00 pagi semakin lebat.. Kami mula memasuki Allison Street dan aku sekali lagi meminta dia memilih 'parking' di sepanjang jalan itu. Dia mula membelok ke kiri ke Craigie Street dan berhenti di hadapan van berwarna merah.

Aku keluarkan 2 keping kad berwarna putih untuk menyemak butiran nama dan alamat yang dinyatakan.


Nama aku & dia : CHECK!
Alamat aku & dia : CHECK!
Nama sekolah : CHECK!
Alamat sekolah : CHECK!
Masa mengundi : 7am - 10pm : CHECK! in time..
Pengenalan diri :
Hanya berikan nama anda dan alamat rumah sahaja..
Tak perlu passport atau kad Id.

Selesai menyemak butiran diri dan alamat tempat mengundi. Kami keluar dari kereta. Hujan yang turun mula membasahi jaket hujan di badan. Tangan dengan pantas memegang 'hood' jaket dan mula menutup kepala bagi mengelakkan air hujan terkena tudung. Langkah mula diatur dengan perlahan sambil menghampiri pagar sekolah itu.

Suasana di sekolah St Bride's itu cukup lengang. Berbeza dengan proses membuang undi di tanahair. Selalunya jika di kampung.. Bila dekat nak sampai pagar sekolah rendah di kampung aku itu.. Sudah berderet kereta di kiri kanan sekolah. Bukan itu sahaja.. Kelihatan juga manusia yang cukup ramai beratur untuk memasuki pagar sekolah. Tapi suasana di sini.. Cukup tenang. Sekali tengok tak terasa pun seperti ada yang datang mengundi. Lagipun hari mengundi masih hari bekerja. Jika di tanahair.. Hari mengundi biasanya diisytiharkan cuti.

Semakin dekat dengan pintu masuk ke sekolah kelihatan beberapa orang sedang berbual-bual di situ. Salah seorangnya merupakan seorang jejaka muda memegang sekaki payung kuning yang agak besar berlogokan parti yang sedang bertanding. Di hadapan jejaka itu, berdiri seorang wanita dalam usia 30an tersenyum menyambut kedatangan kami. Setelah ucapan "Good Morning" diucapkan, mereka mula memberikan kami beberapa helai kertas pelbagai cetakan. Tak silap aku ada 3 keping 'flyer' yang mereka berikan. Aku senyum-senyum sahaja bila menerimanya.

Langkah kami diteruskan melepasi pintu masuk ke sekolah itu. Tercari-cari juga 'Polling Station' untuk kami membuang undi. Aku mula ragu-ragu untuk ke depan atau berpatah balik. Akhirnya aku putuskan ke depan sedikit dan ternampak papan tanda dengan tulisan 'Polling Station Here' di belakang koridor berwarna hijau. 'Flyer' yang aku dapat tadi mula aku lipatkan dan aku buang dalam tong sampah berhampiran pintu masuk ke 'Polling Station' itu. Sebab aku buang 'flyers' itu?? Kat rumah pun dah melambak macam-macam flyers yang aku dapat.. Lagi pun malas nak pegang apa-apa kertas bila masuk ke tempat mengundi nanti.. Cukuplah dengan hanya memegang 'purse' aku sahaja.

Di pintu masuk itu tertera beberapa arahan yang dinyatakan untuk proses membuang undi. Terdapat 4 meja 'Polling Station' yang disusun mengikut alamat jalan rumah masing-masing. Untuk rumah aku di Albert Road, 'Polling station' adalah bernombor 460. Bermakna untuk mengundi aku perlu ke meja ini untuk mendapatkan kertas undi.

Meja no 460 terletak di sudut belakang kelas yang terletak tidak jauh dari pintu masuk tadi. Ada 2 meja lain yang bernombor 458 dan 459 di hadapannya. Meja 460 itulah yang aku tuju. Kelihatannya 2 wanita Scottish yang ada di situ. Seorang wanita itu nampak agak berusia manakala seorang lagi lebih muda. Kedua-duanya mengucapkan selamat pagi kepada kami.

Mereka mula bertanyakan alamat rumah dan diikuti dengan nama aku. Wanita yang muda tadi mula mengariskan nama dan alamat rumah aku dengan pensel. Selesai sahaja menyebutkan nombor register di sebelah nama aku, wanita yang berusia itu mula menyerahkan 2 keping kertas yang berwarna ungu dan kelabu. Wanita yang lebih muda  pula, mula mengoyakkan kertas undi yang berwarna kuning yang agak panjang dan melipat dua kertas itu sebelum menyerahkannya kepada aku. Ada 3 keping kertas yang diserahkan pada aku, kertas-kertas ini dikenali sebagai 'Ballot papers'. Wanita yang berusia itu menunjukkan kepada aku tempat untuk memangkah undi dan meminta aku memangkah dengan menggunakan pensel yang disediakan.

Dalam kepala mula menconggak-conggak parti mana yang mahu dipangkah (X). Sebelum memangkah kertas undi, aku terlebih dahulu membaca arahan pada kertas yang ditampal di kotak undi. Pangkah hanya 1 pilihan sahaja.

Ada 3 kertas undi yang diberikan:

1. Kertas berwarna Kuning :Ballot paper to elect the members of Scottish Parliament for the Glasgow Region. Kertas ini menyenaraikan semua parti-parti yang bertanding di Scotland. Pilih parti mana yang nak mewakili Glasgow.

2. Kertas Kelabu : Merupakan 'Referendum' dan rakyat ditanya sama ada setuju atau tidak dengan referendum ini. 'At present, the UK uses the ‘first past the post’ system to elect MPs to the House of Commons. Should the ‘alternative vote’ system be used instead?' Hanya pangkah 'Yes or No' sahaja

3. Kertas Ungu; Ballot paper to elect the members of Scottish Parliament for the Glasgow Southside Constituency. Ini adalah kertas undi untuk pemilihan wakil parlimen kawasan Southside Glasgow (nama wakil dan parti).

Selesai memangkah, aku lipat 4 setiap kertas itu dan mula bergerak ke peti undi. Setiap kertas yang berwarna tadi dimasukkan pada peti undi dengan warna yang sama. Wanita yang berusia itu mula memerhatikan setiap perbuatan aku. Tujuannya menyemak supaya kertas-kertas undi itu dimasukkan pada peti undi yang betul. Jika di tanahair mudah.. peti undi tuh satu jek.. kat sini ada 3 peti undi.. dan untuk setiap 'Polling Station' bernombor 458-461 mempunyai peti undi masing-masing.. Maksudnya.. ada sebanyak 12 peti undi di dalam kelas itu yang diletakkan pada setiap meja 'Polling Station' itu.

Selesai membuang undi, aku berhenti di pintu masuk untuk menunggu si dia menyelesaikan proses membuang undi pulak. Lama lah pula dia ambil masa untuk memangkah. Mata mula memandang ke luar pintu. Hujan masih lebat lagi. Jaket hujan yang basah tadi mula sedikit kering. Tapi dengan keadaan hujan yang masih lebat itu, pastinya jaket yang aku pakai akan basah kembali.

Bila sahaja dia selesai memangkah undi dan bergerak ke arah aku. Kami mula bergerak  menuju ke pintu masuk utama sekolah itu. Wanita dan jejaka yang tadi masih ada di situ. Si jejaka tadi mengucapkan terima kasih kepada kami berdua. Terima kasih kerana datang mengundi lah maksudnya.. Aku senyum-senyum sahaja.

Kami bergerak menuju ke kereta, tapi langkah aku tidak terhenti di situ. Aku beritahu dia yang aku perlu perbaharui pas bas 10 minggu yang telah tamat tempoh 2 minggu yang lalu. Maklumlah dah 2 minggu, cuti umum selama 4 hari.. Rugi pula buat pas bas waktu cuti panjang. Setelah mengeluarkan duit untuk membayar harga pas bas. Aku masuk ke kedai yang menjual pas bas itu di Victoria Road. Terkejut!! kini harga pas bas untuk pelajar dah naik dari 70 ke 80pound. Naik sebanyak 10 pound. Banyak tuh.. nasib aku keluarkan duit lebih sikit tadi.. Bayar jelah kan.. Nak minta diskaun mana kan dapat..

Selesai urusan itu , aku mula melintas ke Bowman Street untuk bertemu dia yang menunggu aku di situ. Rungutan dalam hati tadi.. mula jadi rungutan lisan. Sempatlah membebel kejap pada dia. Makin mahal kos kehidupan sekarang ini. Harga barang pun banyak dah naik.. Now.. tambang bas pun dah naik.. 4 tahun tinggal di Glasgow aku rasa sudah lebih 5 kali harga tambang bas dinaikkan.. dari harga hanya 2.50 pound untuk 'All day' ketika aku sampai dulu.. kini dah jadi 4.00pound.

Selesai merungut pasal tambang bas. Dia mula bertanya pada aku..

"Undi siapa tadi?"

Aku senyum dan sambil gelak-gelak aku pun jawab "Undi adalah rahsia"

Dia senyap.. dan aku pula bertanya "Abang undi parti Labour ke?"

Dia jawab " Yelah.." Sebenarnya dia tahu dah aku undi parti apa.. sebab lepas tuh dia pun membebel pada aku kenapa pilih parti itu.. Aku senyum-senyum jelah.. Biasalah aku kan penyokong kuat kerajaan hahaha.. so parti yang aku undi.. boleh agaklah parti apa..

Dari Bowman Street ke Albert Road tuh.. dia mula membebel tentang kebaikan parti yang dia nyatakan.. dan sempatlah kutuk parti yang aku pilih tuh.. Aku dengar jelah sebab ini bukan kali pertama dia bersyarah pada aku tentang parti ini.. Sampai kes angkat dan buang sampah sekitar rumah aku pun jadi isu. Itu belum lagi kes First Minister Scotland yang dah pegang hampir 6 penggal tuh.. Dengar jelah tanpa cakap apa-apa.. Bila datang angin dia membebel tuh.. selalunya pilihan aku, lebih baik diam dan dengar..

Tak kisahlah kan.. Kita semua ada pilihan.. Tak semestinya pilihan kita kena sama dan serupa.. kan ;)

Nota : Sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom, kita diberikan hak untuk mengundi untuk parlimen di Scotland. Ini kerana Malaysia adalah negara komanwel. Pilihanraya untuk 'Scottish Parliament' ini dibuat setiap 4 tahun.

Who can register to vote?

You can register to vote if you are:
16 years old or over and a British citizen or an Irish, qualifying Commonwealth or European Union citizen who is resident in the UK.

If you are 16 or 17, you can only register if you will be 18 within the lifetime of the electoral register. You cannot vote until you are 18.

Below is a full list of Commonwealth and European Union countries. If you are a citizen of one of these countries, and resident in the UK, you are eligible to register to vote in UK elections. To qualify, Commonwealth citizens must be resident in the UK and either have leave to remain in the UK or not require such leave. The definition of a 'Commonwealth citizen' includes citizens of British Crown Dependencies and British Overseas Territories.

Commonwealth countries

Antigua and Barbuda
Australia
The Bahamas
Bangladesh
Barbados
Belize
Botswana
Brunei Darussalam
Cameroon
Canada
Cyprus
Dominica
Fiji Islands
The Gambia
Ghana
Grenada
Guyana
India
Jamaica
Kenya
Kiribati
Lesotho
Malawi
Malaysia
Maldives
Malta
Mauritius
Mozambique
Namibia
Nauru
New Zealand
Nigeria
Pakistan
Papua New Guinea
Rwanda
St Kitts & Nevis
St Lucia
St Vincent & The Grenadines
Samoa
Seychelles
Sierra Leone
Singapore
Solomon Islands
South Africa
Sri Lanka
Swaziland
Tonga
Trinidad & Tobago
Tuvalu
Uganda
United Kingdom
United Republic of Tanzania
Vanuatu
Zambia
Zimbabwe
Source : My Vote

Kita tunggu keputusan pilihanraya pada pkl 4.00 petang 6 Mei 2011 nanti ok..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

It's Official.. "The SNP have won an overall majority in Scotland"

Aku mahu senyum-senyum sahaja ;)

Tuesday, 3 May 2011

Warna & Cahaya

Cuba teka gambar apa ini?
Menarik kan kombinasi warna dan cahayanya..
Aku nak bagi korang semua teka..
Nanti aku beri jawapannya..


Kadangkala gambar terhasil pada ketika yang tak disangka..
Pertama kali upload gambar ini ke PC..
Aku sendiri pun termenung sekejap..
Kat mana aku ambil gambar nie..
Lepas tuh tersenyum lah..
Sebab inilah satu-satu ye gambar yang aku ambil ketika aku berdepan dengan situasi itu..
Tak sangka..
Tercipta 1 kombinasi warna dan cahaya..
Pada aku cukup unik..
Setuju tak??

Wos.. ko nak challenge tak??
Ko kan tak suka dikalahkan
Ko teka dulu gambar apa nie
dan dimana..
Gerenti lepas nie ko pun nak cuba gak..
;)


__________________________________________________________________________________

Memandangkan ramai dah teka.. maka aku letak jelah tekaan kawan baik aku sorang nie..

Aku copy paste jek komen dia.. malas nak capture photo ;)

Kaktiny said...

meh aku teka..
ni gambar masa ko gi hantar cuci kat snow wash automatik kan..
.. tu gambar air sabun yang dh di siram air tu..

ko duduk kt dalam kereta, and amik gambar masa org tgh cuci kete ko kat luar..
kan kan kan.. hihihi..

5 May 2011 03:56


iina said...

Tiny

Finally.. hahaha aku kagumlah.. ko ye jawapan 95% betul.. cuma dia bkn automatik wash jek.. manual beb.. Congrat22.... memang cekaplah dan teliti ler mata ko.. aku memula tgk gbr tuh pun konfius pas tuh baru teringat hahaha..

Hadiah ko aku bwk balik sekali ler hjg tahun boleh gitu?? hehehe..

Terima kasih pada yang sudi komen.. hadiah korang kena tgk budget nie.. hehehe ;)

5 May 2011 11:00


Kaktiny said...

yeee haaaaa...
AKU BERJAYA.. yay yay yay...

Aku tunggu hadiah tu hujung tawon ni tau.. sekali ngan nureen punya.. zaqwan punya.. kahkahkah..

WOS, SILA JELES... kahkahkah).

.. aku terror le bab2 ni, sbb laki aku seminggu 3 kali dok 'buat kerja' tu (hantar gi cuci snow wash!!..) dan aku mmg kerjanya duduk dlm kete je.. malas nk kuar!!.. kahkahkah..

6 May 2011 02:19


Terbaik sungguh tekaan minah nie...

Sebabnya dia pun selalu gak p cuci keta hahaha...

Yup.. gambar ini diambil hampir ke pkl 10pagi.. ketika itu hari memang panas dan cahaya mentari berkilau-kilauan hehehe..

Yang nampak cam bertompok-tompok itu adalah buih sabun.. Masa nie dia baru lepas sembur snow wash kat keta aku... gelap kejap dunia ku rasakan ketika itu hehehe..

Yang basuh keta nie secara manual ok.. bukan automatik.. maknanya tukang sembur sabun nie adalah 3 org pekerja dia.. sorang sembur sabun lagik 2 orang ratakan sabun tuh keliling kereta.. Kalau kat mesia bila cuci manual biasa kita tunggu kat luar sampai kereta selesai dibasuh.. kat sini tak.. duduk dalam keta jek.. tuh yang sempat snap 1 keping jek.. nak lebih2 karang tukang basuh kereta tuh perasan lak diorg glemer kena ambik gbr hehehe ;)

yang biru2 itu adalah biasan dari langit yang biru.. yang kuning2 tuh adalah papan tanda depan kedai tuh.. kat situ ada letak harga pakej untuk basuh kereta nie.. Untuk keta aku ari tuh.. Pakwe hanya bayar £3.50 sahaja untuk basuh keta luar jek..

Yang best lagik.. lepas basuh keta dengan sabun.. dia hanya tembak dengan air bersih untuk hilangkan sabun tuh.. dan siap.. takde lap2 keta ok.. keta tuh kering bila bawak atas jalanraya.. Soalan nie aku dah tanya dulu.. "Diorang tak lap ke bang?" dengan nada tak puas hati... Pakwe aku jawab dengan jeling tajam dengan ayat "Mana de.. ingat kat mesia ke?" hehehe.. aku senyum-senyum jelah.. Tuhlah nape tak nak bawak aku p basuh keta sebelum nie.. mana nak tahu kan.. Walhal kan.. bila keta tuh kotor jek.. akulah yang selalu bising kat dia.. bila nak basuh keta nie??

Sekian.. itulah ceritanya..

Tiny.. aku memang tabik lah ngan ko.. mata mu mmg cekaplah..
Hadiah?? Tunggu aku balik mesia aku bawak segala mak nenek hadiah ko anak beranak yang aku simpan dah 2 thn nie ;)

Friday, 29 April 2011

Emosi pada potret manusia..

Jika dilihat pada kebanyakan gambar yang aku letakkan di blog ini.. lebih banyak menjurus pada gambar pemandangan.. objek atau benda.. jarang sangat sebenarnya aku ambil gambar potret manusia.. gambar sendiri tuh adalah juga sikit-sikit.. tapi aku lebih suka ambil gambar pemandangan.. atau aku lebih suka fokus pada satu-satu objek..

Kadang bila melihat gambar-gambar potret manusia.. seronok melihatnya.. terutama bila jurufoto itu pandai mengambil emosi mereka.. Bab ini aku tak pandai sangat.. Aku agak kurang gemar ambil gambar potret.. kalau ada pun takat gambar2 kawan-kawan aku.. itupun ambil dengan shot yang biasa.. cuma kalau ada pun shot dekat jauh dengan fokus objek di depan atau di belakang..

Minta maaf ye.. aku bukan jurufoto yang handal.. ilmu di dada amat kurang sama sekali.. cukuplah sesedap mata aku memandang.. dan kalau orang lain suka tengok pun dah seronok..

Minggu lepas kami berpeluang bergambar menceroboh ke ladang bunga 'rapeseed'.. Selain dari ambil gambar bunga tuh.. aku juga sempat rakamkan gambar manusia yang sibuk bergambar di sekitarnya.. (bukan orang lain pun.. kawan-kawan aku juga)

Her name is Najla Alia

She was playing alone while her parent taking photos

The parent and my beloved friends

Seeing what I'm seeing??

Berdoalah di mana-mana pun

Aku dan kamu..

I hope you enjoy it..
These photos are among my fav..

Buat kawan-kawan aku yang gambar ye aku letak di sini..
Minta izin ye..
Gambar aku??
Tak yahlah..
Karang semua tergoda..
Nehi.. Nehi.. ;)


Monday, 25 April 2011

Tulip itu indah

Photos Location : Victoria Park, Glasgow
Easter Saturday (23 April 2011)
Camera Type : Canon Powershot A2000IS

Gugurnya sakura di halaman rindu..

Semuanya merah jambu

Si merah yang menyala

Putih itu berseri

Pink itu merah jambu

Kuning itu menyerikan

Hijau & Merah Jambu

Photo Location: Glasgow Botanical Garden
Friday Easter Holiday: 22 April 2011
Camera Type : Canon PowerShot SX20IS

Shot kat sini tak banyak 
sebab gaya terbatas...
Masa nie ramai sungguh orang yang berjemur di tengah panas..

Bangunan yang berbumbung kaca itu Winter Garden

Deretan Tulip





Petang itu udara panas sejuk menemani ..
Langit biru selepas hujan membasahi bumi..
Bunga buat aku tersenyum..

2 Camera yang banyak berjasa..
Kualiti??
Both have it own uniqueness
 Tapi camera yang kecil nielah paling banyak berjasa
DSLR??
Wos.. Akak tak pakailah DSLR..
Keduanya kamera digital..



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin