Tuesday, 12 January 2010

Hijau Tenang



Semalam..
Teringat halaman rumah di tanahair
Teringat bunga-bunga orkid hasil tangan ayah
Moga ia tetap mekar segar di halaman itu
Menyemai kerinduan yang jitu

Semalam..
Teringat pokok-pokok buahan
Yang kini sudah mula berputik dan berbuah
Dulu rumah itu kosong bertanah lapang
Kini pada tahun-tahun lalu
Halaman itu sudah penuh dengan pepohon rendang
Nyaman segar bagai berpenghuni riang
walaupun hakikatnya penghuni tetap nun jauh di seberang



Melihat kehijauan..
Hati inginkan kedamaian..
Inginkan ketenangan..
Tenanglah hati..
Hadapi dengan kekuatan diri..


Sunday, 10 January 2010

Salji di luar, Hujan di dalam


Semalam satu insiden yang takkan aku lupakan seumur hidup.. Mungkin ada yang sudah tahu daripada status 'facebook' aku semalam.. Rasa bagai mimpi pun ada.. Rasa seolah ia tidak pernah terjadi..

Hujan dalam rumah.. Itu yang aku rasa.. tinggal dalam rumah flat tingkat 1 pun aku mampu merasai wujudnya hujan di tingkat itu.. walaupun di atas rumahku ada 2 lagi rumah lain..

Kesnya mudah 'paip bocor'. Memang kebanyakan rumah sekarang ini mengalami gangguan bekalan air akibat paip air yang beku semenjak musim sejuk melanda.. termasuklah rumah jiran aku ini.. rasanya sudah seminggu rumahnya tidak ada air.. cuma rumah aku masih bernasib baik bekalan air masih ada seperti biasa..

Bermula dengan bunyi rintik-rintik perlahan akhirnya menjadi lebih laju dan mula turun deras hingga hampir setiap genap dinding kiri dan kanan dipenuhi air yang turun dengan laju.. kemudian air mula menitik deras di tengah dapur.. Aku dah mula panik.. mula mengambil bekas untuk menadah air supaya dapur tidak banjir.. tapi semakin lama air turun semakin deras.. dan perlahan-lahan aku nampak siling dapur mula merekah.. Masa nie aku dah mula bertambah panik dan seperti yang aku jangkakan dalam masa beberapa saat sahaja siling itu runtuh di depan mata.. Nasib aku sempat berlindung di sudut dapur dengan pandangan tidak percaya.. Badan aku terus jadi kaku.. pandangan mata aku juga kelabu.. "Ya Allah.. betulkah yang terjadi ini" hanya itu yang bergema dalam ruangan kepala aku.. Panik sudah tentu.. rasa nak menangis pun ada... Air mula membanjiri dapur.. Kali ini air turun betul-betul seperti air paip pada tahap maksima.. Air mula memenuhi lantai dapur.. bertakung di sana sini.. dan mula bergerak ke ruang tengah rumah.. Aku mula terpekik minta dia menahan air yang mengalir perlahan menuju ke ruang tamu..

Masa ini baru aku tahu rupanya dia betul-betul panik daripada aku sebab dia tak tahu nak buat apa melainkan berkata.. "biarkan.. biarkan.. ini bukan rumah kita". Aku pandang muka dia dengan rasa tak percaya.. Rasanya kalau dia dekat dengan aku mahu sahaja aku pegang badan dia goncang kuat-kuat.. "Dah gila ke???" Aku hanya mampu berkata dalam hati.. Rasa panik aku mula menjadi rasa marah.. dan keadaan yang kelam kabut begitu membuatkan suara aku makin tinggi minta dia buat sesuatu.. Akhirnya dengan pantas dia mengambil kain tuala dan mula menyekat pintu dapur mengelakkan air itu bergerak lebih jauh ke ruang lain..

Aku?? Termenung aku melihat keadaan rumah yang sudah kelam kabut.. Nak buka pintu dapur tak sanggup kerana aku tahu pastinya keadaan berselerak ya amat.. Aku ambil masa untuk bertenang sambil kepala aku mula berfikir "Apa nak buat.. apa nak buat nie" Aku dengan pantas mula mengambil kain dan mula mengelap kapet yang basah ditenggelami air.. Tangan juga pantas mengambil kertas surat khabar dan meletakkannya di atas kapet supaya air itu boleh menyerap ke atas kertas-kertas itu. Kepala masih memikirkan dapur yang berselerak.. air paip masih turun dengan laju di dapur.. kedengaran bunyi air turun dengan laju tanpa henti.. Seperti hujan yang turun paling lebat sekali..

Aku nekad untuk buka pintu dapur dan melihat ke dalamnya.. walaupun aku tak sanggup sebenarnya.. Aku masuk ke dapur dan mula berbuat sesuatu.. Aku ambil tong sampah yang besar.. aku mula letakkan di tengah dapur di mana air turun paling laju... kemudian mula meletakkan bekas-bekas lain pada ruangan yang lain.. Aku rasa dalam masa beberapa minit sahaja bekas itu mula penuh.. Bertungkus lumus mengangkat dan membuang air di singki dapur supaya air tidak terus bertakung di lantai.. Kaki tangan jari muka dan badan aku dah mula basah.. sejuk tak usah dikata.. bayangkan berada dalam air sejuk selama hampir 2 jam di dapur.. Aku mula mengelap.. mengemas.. mengutip segala batuan.. sampah sarap yang mula terapung-apung di permukaan dapur.. Walaupun sebenarnya ia tidak sedikitpun mengurangkan bilangan air yang bertakung.. tapi aku tidak mahu putus asa.. dan aku tidak mahu membiarkan.. Kepala mula berkata.. "come on.. keep on going" walaupun sebenarnya badan aku dah mengigil kesejukan.. Tangan dan kaki dah mula kebas sejuk.. Ketika itu pun sebenarnya aku masih risau.. Jika siling itu akan runtuh lagi.. Risau juga dengan keselamatan diri sendiri.. tapi hati kuat menyakinkan aku.. InsyAllah selamat hendaknya.. Doa aku berkali-kali dalam hati..

Cik abang aku?? Entah aku sendiri pun tak tahu kemana dia.. tapi aku tahu dia sibuk ke rumah atas.. Rasa nak marah jiran atas pun ada.. rumah dia punya pasal tapi rumah aku yang teruk.. Adilkah?? Emmm.. rasa nak marah disimpan cuma rasa nak nangis semalam itu amat ketara.. Tidak lama wakil tuan rumah datang melihat dapur.. tidak lama plumber pun sampai.. Aku rasa selepas itu air mula berhenti mengalir.. Masa nie cik abang baru nak bantu aku kat dapur.. Nak marah?? Aku rasa kemarahan aku dah tak cukup ruang.. sebab tumpuan aku lebih untuk memastikan keadaan tidak bertambah teruk.. Aku begitu obses untuk bersihkan dapur.. Aku tidak mahu berhenti selagi keadaan yang kelam kabut dan berselerak itu dibersihkan..

Aku rasa kerana dia tengok aku mula mengemas.. mengelap.. menadah dan membuang air yang bertakung.. perlahan-lahan aku nampak dia mula berbuat sesuatu.. Aku rasa dia panik.... Nasib aku bertindak lebih pantas.. Kalau aku biarkan dia.. Tak mustahil semalam satu rumah banjir.. Sesiapa pun akan panik.. tapi dalam panik itu kadangkala kita perlu bertindak dan berfikir dengan pantas.. itu yang aku buat semalam.. aku rasa semalam tidak ada sesaat pun aku biarkan berlalu tanpa berbuat apa-apa.. selepas satu tindakan aku uruti dengan tindakan yang lain.. tangan kaki dan jari aku mula berbuat sesuatu walaupun mungkin ia tidak memberikan apa-apa kesan setidak-tidaknya bila badan mula bergerak.. ia akan membuatkan otak mula berfikir secara rasional..

Hampir ke pukul 4.00 petang air berhenti mengalir.. Aku mula mengelap dapur.. membuang batu-batu dari siling yang runtuh.. mengelap dapur terutama lantai dapur yang bertikar getah.. ruangan dapur yang separa berkapet sudah basah dengan air.. batu-batu kecil kelihatan di sana sini.. kerusi ada yang terbalik.. Aduhai.. Aku mengucap entah beberapa kali.. Perlahan-lahan badan mula bergerak lebih pantas.. mengemas dan membersihkan seadanya.. Cahaya di luar semakin kelam menandakan sudah masuk waktu maghrib.. Dapur mula gelap.. Semasa paip bocor tadi.. bekalan elektrik terputus seketika kerana berlaku lintas pintas.. Aku minta dia untuk menghidupkan semula suis elektrik utama.. supaya kerja-kerja pembersihan dapat diteruskan..

Kami sekadar membersihkan ala-kadar kerana lampu dapur masih tidak berfungsi. Sebenarnya kami tidak berani nak hidupkan lampu kerana kedudukan lampu itu betul-betul berhampiran dengan siling yang berlubang. Pastinya litar elektrik sekitar kawasan itu basah dan tidak mustahil akan berlaku litar pintas jika sesiapa cuba menghidupkan mana-mana suis elektrik di dapur. Seluruh genap dinding dapur itu basah.. termasuklah soket elektrik yang terletak di dinding kiri dan kanan dapur. 'Boiler' peti pemanas di dapur juga dimatikan suisnya.. Bermakna sepanjang malam itu rumah kami tidak dapat dipanaskan secara central.. Nasib juga ada pemanas elektrik di ruang tamu.. Hanya itu yang menjadi penyelamat kami dalam kesejukan bawah takat beku di luar.

Bekalan air juga disambung semula setelah dimatikan untuk proses baik pulih paip di rumah jiran.. Cuma air panas tidak berfungsi buat sementara waktu.. Nasib juga ada baki lauk semalam yang telah dipanaskan tengahari sebelum kejadian.. Kami pindahkan sebahagian perkakasan elektrik memasak ke ruang tamu.. Malam itu kami makan pizza.. Nasib juga ada kedai makan 'zaytoun' bersetentang dengan rumah kami.. Taklah risau sangat.. Lagipun ada jiran terdekat yang hanya selang beberapa pintu yang telah menelefon lebih awal malam itu..

Hari ini proses pembersihan telah dibuat sebahagiannya.. Masih ada baki siling yang tergantung di tengah dapur yang menunggu masa sahaja untuk runtuh seterusnya.. tapi dihalang dengan kayu penyidai di tengah rumah.. Rasanya kalau diturunkan kayu itu, aku jamin mesti siling yang separa terjuntai itu akan jatuh.. Biarlah.. Nanti satu hal pulak nak bersihkan semula.. Buat masa ini.. Semua sistem pemanasan central boleh beroperasi semula.. Pemanas berjalan dengan baik.. cuma rumah terasa agak sejuk sedikit kerana kapet masih basah dan sejuk..

Ajaib.. tapi kisah benar... Rasa bagai mimpi je apa yang telah terjadi.. Terima kasih pada semua sahabat yang telah menelefon.. menghantar mesej.. Yang menawarkan rumah untuk memberi kami menumpang bermalam cukup kami hargai.. Alhamdullilah rumah ini masih selamat untuk diduduki.. Hanya ruang dapur sahaja yang agak terjejas teruk.. Ruang lain Alhamdullilah masih boleh digunakan..

Satu kisah di awal tahun 2010.. Sudah ditakdirkan untuk terjadi.. Bukan salah sesiapa.. Keadaan cuaca yang semakin buruk menyebabkan banyak kes-kes begini terjadi.. Maklumlah pertama kali musim sejuk sebegini teruk sejak 20 tahun yang lalu.. Siapa menjangka semua ini terjadi.. Kami tetap bersyukur sebab masih boleh menggunakan pemanas utama.. Ada bekalan air di rumah berbanding beberapa rumah yang lain yang terputus bekalan air hampir 2 minggu dan ada juga beberapa rumah yang mengalami kerosakan 'boiler' pemanas rumah..

Salji di luar.. dan hujan di dalam.. Sampai bila-bila pun aku takkan lupa..

Sekali lagi terima kasih buat semua yang mengambil berat.. dan setiap satunya aku amat hargai..

Friday, 8 January 2010

Aku ada?


Aku tidak punya bicara untuk berkata
Aku tidak punya khabar untuk menyampaikan berita
Aku tidak punya rasa untuk meluahkan segala
Aku tidak punya cerita untuk dikongsi bersama

Yang aku ada..
Tidak mampu dicoretkan seadanya
Dengan huruf dan kata
Segala yang terbit di jiwa
Secara tiba-tiba
Aku rasai kehilangan
Yang meratapi kerinduan

Tuesday, 5 January 2010

Manisan kering dari si gadis manis Kanako

Hari ini hari pertama pengajian untuk tahun 2010..

Selepas bercuti hampir 10 hari lamanya sejak 24 Disember.. Cuti ini menjadi peluang untuk merehatkan minda dan badan.. Rehat semampu boleh. Paling utama dapat bangun lewat sikit.. dari hari-hari biasa yang sudah terbiasa terjaga pukul 5 pagi.. Bila cuti, bangun pun boleh terlajak sesuka hati.. hehehe.. bukan selalu pun kan.. Kini rutin dulu berulang lagi..

Hari pertama ini juga menyaksikan salji turun lagi dengan lebatnya pada awal pagi.. Keluar rumah awal pagi tadi.. lautan salji ada dimana-mana.. Jalan raya masih putih bersih.. penuh salji di merata tempat.. Cuma yang tidak seronok kesejukan kini sudah lebih daripada tahap beku.. Semalam suhu jatuh hingga -7 darjah.. Hari ini aku rasa suhunya tidak banyak berubah..

Berjalan kaki menuju ke universiti kaki dah terlalu kebas beku.. seolah aliran darah tidak mengalir langsung.. di ketuk-ketuk kaki pada muka jalan serasa tidak ada kesan apa-apa.. deria rasa di kaki rasanya seolah hilang sementara.. Tak sabar untuk tiba ke universiti untuk membuka kasut dan meletakkan kaki berhampiran pemanas berangin yang ada di bawah meja..

Hari ini kami bertiga sebilik menerima sekotak manisan kering yang dibawa dari Jepun. Manisan ini pemberian rakan kami dari Jepun yang dibawa oleh abang-abangnya semasa cuti x'mas yang lalu.

Ia dikenali sebagai manisan 'Higashi' yang bermakna manisan kering.. Bercorak topeng muka penari-penari Jepun.. Serta berwarna.. melihat manisan ini membuatkan aku teringat kuih putu kacang kita.. Hampir ada kesamaan dari segi tektur manisan itu..


Higashi (Japanese: 干菓子 or 乾菓子, dry confectionery), is a type of wagashi, which is dry and contains very little moisture, and thus keeps relatively longer than other kinds of wagashi. This word can be said as the antonym of namagashi, and the definition can include rakugan, konpeito, senbei, arare, and so on (though usually senbei and other alikes are not sweet and thus the word kashi/wagashi is not so fitting).


Narrower definition of higashi is ones made generally with one or more kinds of sugar, particular sorts of flour, and some other additives, while there are some made solely of sugars.


The flour used in higashi is usually made of rice, which has many different varieties of its own. Flours made of other ingredients, like azuki, soybean or green pea and starches are often used too.


Those made with wasanbon, Japanese premium fine-grained sugar made with traditional method, are commonly regarded as finest ones.


The most common and well-known higashi is rakugan, but the definition of the word is somewhat vague and sometimes not suitable for a certain type of wagashi, so the word 'higashi' would be better in some cases.


Higashi are often served at Japanese tea ceremonies

Sumber Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Higashi_(food))

Rasa sayang pulak nak makan manisan ini.. Kalau buat frame pun lawa jek.. hehehe


Inilah manisan 'Higashi'
Yang dibeli dari Isetan Tokyo, Jepun.
Kami siap dapat beg kertas Isetan lagi
Thank you Kanako ;)

Monday, 4 January 2010

Muda Selalu..

Salam di tahun baru.. 2010..

Sekejap betul masa berlalu.. Rasanya baru sahaja kaki melangkah menjejaki lapangan terbang Glasgow 3 tahun yang lalu.. Masih jelas terbayang di mata rasa dan perasaan bila melihatkan bumi UK buat kali kedua selepas hampir 5 tahun meninggalkannya pada penghujung tahun 2002 dulu..

Masih jelas lagi sambutan tahun 2002 yang disambut dengan meriah pada malam Hogmanay di Edinburgh tahun itu.. Namun sejak berada di sini 3 tahun ini tidak pernah pun aku pergi menyambut tahun baru di dataran George Square pada malam Hogmanay.. Cukuplah aku rasa kemeriahan malam tahun baru di Edinburgh dulu.. Bagi aku.. sambutannya sama sahaja di mana-mana.. Sesak dengan manusia.. Yang bersorak.. Yang mabuk.. Yang menari di sana sini.. Yang terhuyung hayang.. Yang saling berpelukan dan berciuman..

Kenangan malam tahun baru juga pernah aku rasakan dulu.. di Dataran Merdeka.. Zaman bercinta dulu.. cuma bezanya mungkin di tanahair.. sambutannya agak tertib sikit kot.. namun masih aku ingat melihat beberapa remaja yang mabuk di hadapan KLCC selepas sambutan tahun baru itu.. Jalan terhuyung hayang ke sana ke mari seolah hilang arah.. Sejak itu aku jadi malas mahu keluar di malam tahun baru.. Lebih selesa duduk di rumah.. Paling tidak pun menonton wayang lewat malam bersama tersayang lebih bermakna..

Tahun 2010.. sejak masuknya abad ke 21.. kini sudah 10 tahun kita dalam abad itu.. Zaman teknologi berkembangan dengan pesatnya.. Seperti mana kata seorang rakan dalam perbincangan kami.. semakin tinggi dan pesatnya pembangunan teknologi.. Akhlak, nilai, sikap manusia juga berubah seiring dengan pembangunan teknologi itu.. Peribadi manusia berubah.. Ada yang menjadi lebih maju.. ada yang menjadi lebih teruk.. ada juga yang menjadi lebih baik.. Kerosakan akhlak juga menjadi-jadi.. Jenayah juga meningkat.. Ya seiring dengan perkembangan teknologi kan..

Umur juga bertambah lagi.. Dulu aku datang ke UK pada usia pertengahan 20an.. dan Datang semula pada usia awal 30an.. Beberapa tahun lagi nak masuk 40 tahun dah.. waa.. wa.. Sekejap sahaja ku rasakan usiaku masih 17 tahun..ehemm.. ehem... Namun yang utama.. kemudaan masih terserlah hehehe.. walau apa jua usianya.. Yang utama kita tahu apa yang mahu kita gapai dan cari dalam kehidupan..



Bila begini..
Buat aku sentiasa muda lagi..
Sebelum nie pun aku memang muda apa.. hehehe..
Jangan jeles ya..
Senyum selalu..
Moga terus kekal muda belia..
Tapi banyak pengalaman..
Serta kaya ilmu pengetahuan..
dan Sentiasa merendah diri..
;)


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin