Sunday 1 January 2012

Salam Tahun Baru 2012

Salam tahun baru 2012..
Sekejap masa berlalu kan..
Rasanya macam baru jek buat entri untuk menyambut kedatangan tahun 2011..
Kini 2012 pula datang menyambut kita dengan cabaran baru

Serasa lama juga aku tidak update entri baru..
Kesibukan dan kehilangan mood untuk berbicara turut menjadi penyebab pada kebisuan pada blog ini..
Walaupun entri kadangkalanya diupdate seminggu sekali (itu kalau keraplah)
Masih ada juga yang sudi singgah ke sini..
dan  tak lupa juga masih ada yang sudi menjadi follower..

Terima kasih buat semua yang masih sudi menjadi pembaca setia..
Terima kasih juga kerana masih sudi menjadi pengikut..
Terima kasih juga pada semua yang sentiasa teruja dengan photo 'warna & cahaya' yang kini lebih menjadi tajuk utama di blog ini..

Apa juga..
Semoga tahun 2012 ini..
Memberikan kita kehidupan yang lebih baik dari 2011..
Semoga semua yang kita perjuangkan kita temui pengakhirnya..
Perjuangan bertemu dengan kejayaan..
Cita-cita menjadi kenyataan..
Matlamat menjadi pegangan masa depan..
Impian menjadi harapan nyata..
Hasrat pula bakal terlaksana..

Selamat tahun baru..
Moga kita bertemu..
Dengan semangat yang jitu..
dan impian nan satu..


Location : George Square, Glasgow
Winter Fest Glasgow 2011

10 comments:

Fatt said...

selamat tahun baru iina :)

buang yg keruh & ambil yg jernih. semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun2 yg sebelumnya, Insya Allah

norh said...

Selamat Tahun baru iina

moga tahun ni lebih bercahaya, lebih nikmatnya.. :)

Acik Erna said...

Assalam iina..selamat tahun baru 2012.

MasZuber said...

Happy Nu Year k. IIna!!!

balik mesia tahun ini kan?

sindiketsulit said...

selamat tahun baru kak!

ibundo said...

selamat tahun baru ina..

Maksu Ros said...

Selamat Tahun Baru Lina semoga impian Lina menjadi kenyataan dan pulang dengan berbekalkan kejayaan yang cemerlang...

iina said...

Salam Fatt

InsyAllah Amin.. ;)

Norh

Selamat thn baru juga
InsyAllah lebih baik dan dipermudahkan semuanya

Kak Erna

Selamat tahun baru kak

MasZuber

Selamat tahun baru
InsyAllah.. memang balik thn nie ;)

Wos

Selamat tahun baru ;)

Kak Pah

Selamat tahun baru

Maksu Ros

Selamat tahun baru..
InsyAllah balik dengan kejayaan..
Semoga dipermudahkan segala urusan yeah

KTS said...

uisshhh! lamanya tak apdet! apa nak jadi ni??



muahahaha...


selamat thn baru.
jom lepak kg baru.


:D

iina said...

KTS

Mengata dulang paku serpih..
Mengata org dia yg lebih..

waakakakah.. ko pun apa nak jadi.. nape xtggu update thn 2013 jek.. ahaks..

ok.. kampung baru set.. bln 3 nie tau.. aku tunggu ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin