Friday, 12 August 2011

Semalam di Glasgow

Semalam dalam perjalanan ke HSBC bank di Buchanan Street..
Kelihatan ramai orang berkerumun di tengah jalan itu..
Wah rupanya ada photo shot..

Apa lagi tumpang sekaki ambik gambar..

Kereta lumba 'Lotus'
Yang lelaki tuh muka familiar tapi xingat siapa dia...


Sempatlah tenung-tenung muka mamat tuh..
Ada rasa dia tenung balik tau..
Sebab aku sorang jek yang pakai tudung warna ungu kat situ ahaks ;)


Paparazzi

Ok sekian laporan pemberita jalanan..

Jalan ini terkenal di Glasgow..
Selalu juga kadangkala ada persembahan jalanan kat sini..
Kadangkala..
Pernah juga jumpa beberapa pengambaran atau photo shot dibuat kat jalan nie..

I'll miss this street..
Tempat selalu lalu bila nak ke HSBC bank..
Atau singgah ke Tesco nak beli barang
Atau saja lalu bila nak tunggu bas pulang ke rumah
;)

Oh ya Alhamdullilah buat masa nie 'riot' atau rusuhan belum sampai ke Glasgow atau sekitar Scotland..
Bandar-bandar lain seperti London, Nottingham, Manchester, Birmingham dan lain-lain turut dilanda agenda yang 'menyusahkan orang'..
Patutnya di bulan Ramadhan ini seeloknya kita perbanyakkan ibadah dan menjaga tatatertib diri..

Terkejut dengan berita adik 'Asyraf Haziq' yang dirompak ketika keluar untuk berbuka puasa..
He happen to be at the wrong place at the wrong time..
Semoga adik Asyraf kembali sihat InsyAllah..
Glemer sekejap nama 'Malaysia' buat masa ini..
Harapnya 'riot' ini akan dihentikan secepat mungkin..

Terima kasih pada sahabat Putera Duyong
Atas puisi bertajuk 'Mencari cahaya di bumi Glasgow'
Begitu puitis dan mendalam maknanya..
Terima kasih sahabat ;)

mencari cahaya di bumi glasgow
kembara hamba ke daerah asing
bersama segunung impian suci
buat terangi hidup insani
seribu makna buat insan kerdil
yang dahagakan titik ilmu
yang melata di pelusuk dunia
yang menunggu tangan mengutip
terdampar akhirnya di sini
mencari cahaya di bumi glasgow
cahaya itu makin lama terkumpul
dalam dakapan dada hambanya
cahaya ilmu yang pasti bisa terangi
hati-hati yang senantiasa dahaga
buat dikongsi kemudian harinya
mereka-mereka yang tiada putus berdoa
mereka-mereka yang tiada putus berharap
bingkisan cahaya dari glasgow
terangkah sinaran cahaya itu
tunggulah mereka nyalakan sumbunya
sepurnama lagi
insyaallah…

-Putera Duyong-

p/s Ada terlintas nak balas puisi ini..
Tapi mood dan emosi tak berapa sihat sangat..
InsyAllah..
Bila ada idea akan diberitahu nanti ;)

Putera Duyong adalah rakan sekelas pada tahun 94/95 di Kuala Pilah..
Dah lebih 16 tahun kenangan di situ berlalu..

16 comments:

MasZuber said...

hopefully glasgow slamat dari riot yg merebak tue..

take care!

fatt said...

sedap la puisi ni...
ala, rugi tak tak tunggu smpai abis...mana tau pastu leh bergambar dgn dia. dah bergambar baru balik umah gugel...bleh ek camtu, hik hik hik :)

iina said...

MasZuber

InsyAllah.. rasanya polis semua dlm langkah berjaga2.. kalau riot teruk juga sebab uni mmg tgh2 bandar dan mmg boleh effect teruk kalau ada.. Hopefully semuanya selamat.. bak kata kwn2 i.. it's good to have a bad weather.. skrg nie asyik hujan dan suhu dah turun bawah 10.. mcm nk winter pun ada ;)

iina said...

Fatt

Nak tunggu sampai habis.. masa tuh penuh org.. mamat tuh hensem.. rasanya cam salah seorg pelumba kereta.. tapi bila google lotus punya driver xde lak muka dia.. tapi mmg familiar sgt2.. hensem pulak tuh hehehehe.. rasa mmg nk duk lelama kat situ tapi xleh ler nak beli brg kat tesco utk berbuka pose.. kenalah balik hehehe ;)

Acik Erna said...

assalam iina..macam dari jauh je iina ambik gambar ni.
alhamdulillah tak sampai lagi keglassgow..semoga semuanya selamat.

iina said...

Kak Erna

Saya berdiri sebaris dgn photographer tuh.. rasa cam jadik photographer gak masa tuh hehehe.. tapi teruja lah sebab tgk ada kereta lumba kat tgh2 jalan tuh.. pastu lelaki tuh hensem.. muka sangat2 fimiliar tapi saya xleh recall sapa.. maybe salah seorg driver formula 1 atau pelakon kot hehehe..

Alhamdullilah tak smpi sini.. rasanya scotland yard n polis kat sini mmg take precaution.. klu riotlah.. mmg lumpuh bndr glasgow tuh.. n lebih malang sure uni tutup.. So far so good kami semua rasa syukur dan Alhamdullilah cuca pun membantu.. skrg nie hujan dan sejuk jek.. org nak buat rusuhan pun sure fikir baik duk dlm umah.. lgpun scottish nie lain sikit perangai dgn english.. walaupun nanmpak brutal.. tapi diorg baik walaupun xsemua lah.. ;)

zmah said...

Sambil jalan ambi; gambar menarik memang best!

iina said...

Kak Zmah

Memang best sbb byk benda yg kita leh lihat kan ;)

MULAN said...

moga tamat segala sengketa.. riot dan sebagainya...

selamat berpuasa/bersahur... moga tabah walopon lama berpuasa..

absolutely emy said...

punya la baca sampai habis kerna nak tau sapalah lelaki hensem itu.. hahahaha..

iina said...

Mulan

Selamat berpuasa juga ye ;)

iina said...

Emy

Puas dah google blum jumpa lagi siapa lelaki tuh ;)

sue-ab said...

kalau ada riot..larikkk!!

iina said...

Sue-ab

Kalau sempat lari.. riot nie bkn ye sikit2 punya org ;)

puteraduyong said...

ina... dan 16 tahun rupanya ye... rasanya seakan baru semalam... ;)

iina said...

Puteraduyong

Memang kan rasa cam semalam jek kita bljr kat sana.. bgnan kelas kita dulu pun dah xde..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin