Wednesday, 31 August 2011

Salam Merdeka 54 Tahun

Malaysian Flag at
Malaysian High Commission London
45 Belgrave Square
Westminster, London SW1X 8QT, 

United Kingdom

Salam Merdeka untuk semua anak-anak Malaysia..
Sudah 54 tahun kita merdeka..
1 Malaysia: Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera..

Moga negara kita kekal Aman & Sejahtera..
Moga kita terus mampu berbakti dan bersama membangunkan negara..
Semoga jati diri juga terus kekal sebati di jiwa..
Aku tidak lupa tanggungjawabku sebagai anak bangsa..
InsyAllah.. Masa untuk itu akan tiba..
Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..

Salam Merdeka Raya..

Monday, 29 August 2011

Salam Aidilfitri 2011 (1432 Hijrah)


Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan..

Tak kira di mana sahaja anda berada..

Yang mana dah pulang dan dalam perjalanan pulang ke kampung..
Berhati-hatilah di jalan raya..

Andai ada salah dan silap..
Selama kita bersahabat dan bergurau senda..
Jari disusun kemaafan dipohon..

Halalkan yang terlebih dan terkurang..
Maafkan segala kesilapan dan kesalahan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dari kami di Glasgow


Thursday, 25 August 2011

Rindu..

Pada Kak Erna dan Juliet & KTS
Terima kasih atas kiriman kad hari raya..
Pada Juliet & KTS : Nanti aku cari coklat & perfume harga RM5.05sen ye ;)

Pelita di halaman rumah mak & ayah..
Aku rindu..

Monday, 22 August 2011

Bila Glasgow jadi bandar Philadelphia US..

Sejak minggu lepas lagi.. Bandar Glasgow di sekitar George Square, Council House dan sekitar kawasan berhampiran University of Strathclyde telah diubahsuai menjadi bandar Philadephia di USA..

Sebabnya ada pengambaran 'War of Zombie' yang dibintangi oleh Brad Pitt.. Maka sesaklah sekitar George Square dengan tranformasi papan tanda ala-ala bandar Philadephia dan kehadiran kenderaan seperti kereta, bas, kereta polis, trak yang didatangkan khas dari sana.

Buat masa nie belum berkesempatan lagi tengok Brad Pitt.. Apa taknya.. tiap kali ada shooting mesti penuh dengan orang.. Lebih banyak nampak kepala orang jek ahaks ;)

So enjoy the photos taken around George Square..

(Sebenarnya hampir setiap hari bila balik dari Universiti memang akan lalu George Square dan selalunya memang akan snap shot apa-apa yang ternampak di mata)

Peta Philadephia
George Square dah jadi Rittenhouse Square

Hari pertama transformasi sekitar George Square

Trak kru-kru pengambaran

Proses tukar papan tanda

Kabin untuk staf
Sempatlah intai-intai dalam tuh :)
Jalan nie memang laluan ke department  CIS

Peti surat khabar USA today


Bila petang jek George Square mesti sesak dengan orang ambil gambar
Termasuklah aku ;)

US sign post


Bas dari US

Proses tukar nama jalan
Tempat pejalan kaki pun tukar style US


Another sign post
J F Kennedy Bl
Another sign
Greggs tuh kedai sandwich fav aku ;)

United States Court House
Nampak kan Van SWAT Philadelphia Police


Masa nie ada pengambaran..
Nampak kepala orang jek yang lebihnya..

Kat dalam bangunan yang ada gerbang tuh biasanya dibuat shooting
Masa nie takde shooting..
Sajalah ambik gambar



Orang-orang yang datang melepak sambil tengok shooting

Deretan kereta yang digunakan..

Kenapa tak dibuat kat Philadelphia jek?
Tak tahulah..
Nyatanya bak kata
"The location manager for World War Z said 
Glasgow had been chosen because of its architecture, wide roads and grid layout."
Tapi apa pun kami kat Glasgow enjoy sebab dapat tengok lokasi filem ini..
Setiap hari ambil gambar pun tak kisah

Pengambaran akan tamat 31 Ogos nie..
Kalau hari raya hari tuh..
Boleh ler kot beraya kat sini
;)


Monday, 15 August 2011

Home Stadium..

Aku bukan peminat bola..
Kalau team England atau Scotland main..
Jarang sangat sebenarnya ambil tahu..
Tapi biasanya kalau turun ke sebelah England..
Kebiasaannya akan singgah ke home stadium yang glemer..
Sebabnya ada kiriman barang dari keluarga atau rakan-rakan dari tanahair..

Nak kirim barang??
Sorrylah ye..
Buat masa nie..
No more stadium trip..
But who knows in future..
Tapi confirm aku takkan beritahu kalau aku nak pergi nanti ;)


Chelsea Home Stadium
Stamford Bridge, Fulham Road,
London, SW6 1HS

 Peminat Lampard?

Manchester United 
Sir Matt Busby Way
Old Trafford
Manchester
M16 0RA

Manchester City FC
Etihad Stadium
Etihad Campus
Manchester
M11 3FF

Aku suka warna jersey Manchester City
Sebab warna biru
My fav color
Aku tahu Chelsea pun warna biru gak.. tapi entah tak minat pun ahaks ;)


Friday, 12 August 2011

Semalam di Glasgow

Semalam dalam perjalanan ke HSBC bank di Buchanan Street..
Kelihatan ramai orang berkerumun di tengah jalan itu..
Wah rupanya ada photo shot..

Apa lagi tumpang sekaki ambik gambar..

Kereta lumba 'Lotus'
Yang lelaki tuh muka familiar tapi xingat siapa dia...


Sempatlah tenung-tenung muka mamat tuh..
Ada rasa dia tenung balik tau..
Sebab aku sorang jek yang pakai tudung warna ungu kat situ ahaks ;)


Paparazzi

Ok sekian laporan pemberita jalanan..

Jalan ini terkenal di Glasgow..
Selalu juga kadangkala ada persembahan jalanan kat sini..
Kadangkala..
Pernah juga jumpa beberapa pengambaran atau photo shot dibuat kat jalan nie..

I'll miss this street..
Tempat selalu lalu bila nak ke HSBC bank..
Atau singgah ke Tesco nak beli barang
Atau saja lalu bila nak tunggu bas pulang ke rumah
;)

Oh ya Alhamdullilah buat masa nie 'riot' atau rusuhan belum sampai ke Glasgow atau sekitar Scotland..
Bandar-bandar lain seperti London, Nottingham, Manchester, Birmingham dan lain-lain turut dilanda agenda yang 'menyusahkan orang'..
Patutnya di bulan Ramadhan ini seeloknya kita perbanyakkan ibadah dan menjaga tatatertib diri..

Terkejut dengan berita adik 'Asyraf Haziq' yang dirompak ketika keluar untuk berbuka puasa..
He happen to be at the wrong place at the wrong time..
Semoga adik Asyraf kembali sihat InsyAllah..
Glemer sekejap nama 'Malaysia' buat masa ini..
Harapnya 'riot' ini akan dihentikan secepat mungkin..

Terima kasih pada sahabat Putera Duyong
Atas puisi bertajuk 'Mencari cahaya di bumi Glasgow'
Begitu puitis dan mendalam maknanya..
Terima kasih sahabat ;)

mencari cahaya di bumi glasgow
kembara hamba ke daerah asing
bersama segunung impian suci
buat terangi hidup insani
seribu makna buat insan kerdil
yang dahagakan titik ilmu
yang melata di pelusuk dunia
yang menunggu tangan mengutip
terdampar akhirnya di sini
mencari cahaya di bumi glasgow
cahaya itu makin lama terkumpul
dalam dakapan dada hambanya
cahaya ilmu yang pasti bisa terangi
hati-hati yang senantiasa dahaga
buat dikongsi kemudian harinya
mereka-mereka yang tiada putus berdoa
mereka-mereka yang tiada putus berharap
bingkisan cahaya dari glasgow
terangkah sinaran cahaya itu
tunggulah mereka nyalakan sumbunya
sepurnama lagi
insyaallah…

-Putera Duyong-

p/s Ada terlintas nak balas puisi ini..
Tapi mood dan emosi tak berapa sihat sangat..
InsyAllah..
Bila ada idea akan diberitahu nanti ;)

Putera Duyong adalah rakan sekelas pada tahun 94/95 di Kuala Pilah..
Dah lebih 16 tahun kenangan di situ berlalu..

Sunday, 7 August 2011

Di mana kaki melangkah..

No Diving!!!
Bristol Avon River
Bath England
-July 2011-


Buat masa ini..
Blog ini akan lebih banyak memaparkan gambar-gambar sahaja..
Sometimes pictures tell thousand of stories..
So I wanna let my photos tell you my stories..

Adakalanya bila terlalu bosan dengan rutin harian..
Atau terlalu stress atau perlu ruang untuk bernafas..
Atau perlu menjengah sesuatu tempat untuk urusan tertentu..
Maka aku ambil kesempatan singgah ke mana sahaja untuk melepaskan lelah diri..
Ketika itu akan ambil peluang snap shot apa sahaja yang terlintas di hati..

Jangan pula ada suara-suara sumbang mengatakan..
Asyik jalan jek..
Bila masa dia study??
Bila masa dia buat kerja??

Oh..Jangan mudah buat pra-sangka..
Jangan mudah juga buat kesimpulan terhadap sesuatu yang anda tidak tahu..
Nampak sahaja ke sana sini..
Snap shot sana sini..
Dalam hati.. Dalam kepala..
Hanya yang melalui lebih mengetahui..

Bukankah berjalan-jalan itu lumrah manusia..
Tak kira di mana sahaja kita berada..
Like the English proverb says..
"All work and no play make jack a dull boy"

Have you ever feel so stress out with your work and wanna go somewhere and just chillax??
Or have you ever feel like just wanna runaway just to forget about everything??
Yeah.. You and me..
Have the same feeling..
So just runaway..
If that make you happy even just for a little while..
Just go..
If that can make you smile and refresh yourself..

Don't worry..
Be happy..
Pray to Allah..
May all our hard work pay off at the end..
InsyAllah...

p/s kalau kot ye pun stress.. janganlah sampai nak terjun diving ye ;)

Monday, 1 August 2011

Ramadhan kali ke 5 di perantauan..

Alhamdullilah.. Sekali lagi kita semua berpeluang menjalani ibadah berpuasa..

InsyAllah semoga kita juga berpeluang melaluinya hingga ke penghujung bulan Ramadhan ini..

Buat kali ke 5 juga aku jalani ibadah berpuasa di rantau orang..

Sayu sudah tentu bila mengenangkan kegembiraan dan kemeriahan menyambutnya dengan keluarga dan rakan-rakan di tanahair.. apatah lagi dengan kepelbagaian hidangan berbuka puasa di pasar ramadhan dan paling utama sudah lama tidak menikmati air tangan bonda ketika berbuka puasa..

Namun kemeriahan berbuka puasa di sini juga tidak ketinggalan juga.. Walaupun jauh dari sanak saudara dan kaum keluarga.. Kemeriahan untuk berpuasa dan berbuka juga tidak kurang hebatnya.. walaupun ianya hanya disambut bersama sahabat handai.. Ketika ini jugalah kami rajin berbuka puasa di 'Central Mosque' atau di SUMSA (surau universiti).. Namun dek kerna kini waktu berbuka menghampiri pukul 9.30malam.. dan waktu berpuasa yang hampir 18jam.. InsyAllah semoga kami punya kekuatan untuk mengharunginya ketika musim panas ini..

Kami bersahur seawal pukul 2 pagi kerana subuh kini menghampiri pukul 3.00pg.. dan InsyAllah akan iftar pada pukul 9.30malam..

Lama?? Sudah tentu jika kita kirakan panjang waktunya.. terasalah lama.. tapi InsyAllah.. Pada puasa itu ada kekuatan yang diberikan..

Selamat berpuasa pada semua.. InsyAllah Ramadhan tahun depan.. akan bersiaran langsung pula dari tanahair..

A run away umbrella..
-Troon Beach, Scotland-

Sometimes I feel like running away..
But I know I can't..
Whatever happen..
Stick to it..
InsyAllah..
Allah knows better..

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” 
(Surah al-Nahl, ayat 96)

“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” 
(Surah al-Zumar, ayat 10)

“Sabar itu separuh iman.”
(Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)

“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” 
(Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin