Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru (Pendidik)


Buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku menjadi manusia..
Pada semua rakan-rakan yang bergelar guru, pendidik, tutor, pensyarah yang tanpa jemu mendidik dan mengajar anak bangsa..
Pada semua bekas pelajar yang kini melata di seluruh pelusuk negara mendidik tanpa rasa putus asa..
Pada rakan sejawat yang masih setia mencurah ilmu pada bakal-bakal pendidik dengan semangat membara..

Dari tidak tahu mengira kini bijak menyelesaikan rumus angka..
Dari tidak tahu mengeja kini bijak menulis madah pujangga..
Dari tidak tahu membaca kini bijak menulis cerita..
Dari sedikit ilmu kini semakin bertambah pengetahuannya..
Dari cetek upaya kini semakin matang peribadinya..
Dari malu-malu berbicara kini semakin yakin melontar pendapat dengan bijaksana..

Tanpa guru takkan wujud apa jua jawatan di dunia..
Tanpa guru sekecil-kecil kerja pasti takkan sempurna..
Tanpa guru kita pasti takkan dapat menjadi insan berhati waja..
Tanpa guru kita tidak akan punya cita-cita..

Selamat hari guru buat semua pendidik di mana sahaja anda berada..
Semoga Allah kurniakan keberkatan ilmu dan kemurahan rezeki sentiasa..
Didiklah dengan rasa ikhlas dan tanpa jemu di dada..

-Bangunan Malim Sarjana-
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim Perak.

(2006)

Buat Lan..
Akak saje jek letak gbr nie..
Bagi ko teringat2 jek..
Nanti kim salam rindu ok..

Selamat Hari Guru
'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'

10 comments:

Mulan said...

takde guru takde la anak murid kan.. takde la sekolah..

iina said...

Mulan

Setuju sangat.. kalau takdelah semua tuh.. ;)

sindiketsulit said...

kak, ko belajar ke mengajar kat UPSI tu kak?
aku selalu..
lalu jer kat depan tu..
hehehe..

iina said...

Wos

Ko agak2 jelah hahahha... dah lebih 10 thn tau tg malim tuh belakang tangan jek.. lalu jelah?? tak singgah??

Acik Erna said...

selamat hari guru..
iina pun pernah jadi guru ke dulu..

iina said...

Acik

Thanks.. Pernah dan kini mengajar cikgu pulak ;)

Kaktiny said...

segera pulang ya!..
untuk menyambung tugasan mengajar guru-guru yang memerlukan bantuan Dr Ibu Guru... hehehe..

iina said...

Tiny

InsyAllah.. soon dear.. wah dapat gelaran Dr Ibu Guru nie hehehe ;)

Mak Su said...

iina bakal cikgu juga ker?

iina said...

Mak Su

Saya bekas seorang guru dan dah bertahun mengajar bakal-bakal guru ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin