Thursday, 24 March 2011

SPM hampir 20 tahun yang lalu..

Pagi itu aku bersiap berbaju kurung moden dan bertudung. Sejak semalam lagi hati sudah mula berdebar-debar. Tidur pun tak lena..

Untuk ke sekolah aku harus menaiki 2 buah bas. Bas yang pertama dari rumah ke simpang batu 16 (jln Klang-Banting) dan kemudiannya menaiki bas Klang-Banting hingga simpang 4 berhampiran bulatan Utama sebelum menuju ke bandar Klang. Turun di kawasan jirat-jirat kristian dan cina kemudian melintas jalan besar, mengikuti jalan pintas menuruni bukit menuju ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah.

Sudah ramai rakan-rakan yang tiba ke sekolah. Ada yang datang bersama ibu-bapa masing-masing, ada juga yang sendirian sama seperti aku. Teringat pesanan mak sebelum keluar rumah tadi.
"Nanti dah dapat keputusan telefon rumah"

Akhirnya tibalah giliran aku untuk mengambil keputusan SPM. Berapa aku dapat.. Biarlah itu rahsia hehehe.. Nyatanya luluslah.. boleh masuk Universiti... Selain aku.. ramai juga kawan-kawan dari kelas Aliran Sains 5NS ada bersama.. Pelajar melayu dalam kelas aku tak ramai.. Hanya 10 orang sahaja daripada 32 orang dalam kelas itu. Bakinya adalah pelajar-pelajar berbangsa cina dan india.

Kawan-kawan seperti Anis Irwan, Seri Hartini, (Arwahyarhamah) Ida Shafina, Mastura, Aslinda, Monalisa, Khotamah, Seri dan Yah.. huhuhu nama penuh tak leh recall ler.. ada sama-sama mengambil keputusan. Zaman sekolah itu, kawan baik aku ada 3 orang.. 2 org perempuan dan seorang lelaki.. Anis, Arwah Ida dan Tini.. Kemana sahaja kami pasti bersama.. Masa ambil keputusan SPM.. riuh rendah sekejap sekolah masa itu..

Ketika di tingkatan 5, kelas kami terletak berhampiran dengan surau sekolah. Selalunya bila tidak ada cikgu masuk ke kelas, kami sering melepak di tepi pagar sekolah (kelas kami hujung sekali) sambil study berkumpulan. Nikmatnya study kat situ sebab di tepi pagar sekolah itu penuh dengan deretan pokok-pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa sering bertiup.. Memang bestlah.. Lagi satu kelas kami ini hampir setiap masa semua pelajarnya study jek.. Takde cikgu pun kelas tetap senyap sunyi.. Takde yang nak bising-bising.. Kalau tengok pelajar-pelajar cina study.. memang respek betul kami.. Budaya itu terbawa-bawa di kalangan kami pelajar melayu. Tetapi itulah yang menjadi pembakar semangat kami ketika itu.

Teringat ketika menjelangnya peperiksaan SPM, sahabat aku Tini.. Pernah mengeluh kerana tidak sempat study habis subjek Biologi.. Dia masuk ke dewan peperiksaan dengan keadaan tidak bersedia. Masih aku ingat dia pegang buku biologi itu dan berkata pada aku.. "Aku tak tahulah boleh jawab ke tidak nanti nie.. Study pun tak habis" Aku senyum sahaja, cuma mampu berkata.. "InsyAllah.. kau cuba mana yang dapat".

Bila teringat zaman sekolah ini, aku juga teringat dengan kawan aku arwah Ida.. Kali terakhir aku jumpa dia selepas SPM, aku lupa ketika acara apa. Hinggalah pada tahun 2008, aku terima khabar berita dia telah pulang ke Rahmatullah buat selama-lamanya.. Sedih sudah tentu kerana selama 2 tahun di tingkatan 4 dan 5, kami adalah sahabat baik. Gelak ketawa dia.. seloroh dan gurau senda dia masih teringat hingga kini..

Semalam keputusan SPM untuk thn 2010 diumumkan.. Semua pelajar seluruh Malaysia berduyun-duyun ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusannya.. Aku pun turut teruja juga.. memandangkan tahun ini adik perempuan bongsu ku merupakan salah seorang daripadanya.. (Ye.. aku tahu aku muda lagik ok..)

Namun.. rekod cemerlang kakaknya masih bertahan lagi lah (Berlagak secara berterus terang nieh).. Tak kisahlah apa pun yang dia dapat.. Nyatanya ada A, B, D dan E.. Apa yang D & E.. takdelah subjek major sangat.. takat English dan Add math jek (Dik camna ko  leh dapat E.. Add Math nie.. subjek fav akak tuh).. tapi Mak memang tak berapa puas hati bila Adik dapat D untuk subjek English.. Sebenarnya dari dulu Mak dan Ayah agak pentingkan subjek English nie.. Aku pun pernah dibebel oleh ayah bila dapat A2 untuk English (masa SRP)..

Tak kisahlah.. kata aku pada mak.. Ada juga A.. daripada takde langsung.. Yang penting dia dah usaha.. Itu yang paling utama.. Perjalanan hidup masih jauh lagi.. Tidak terhenti setakat peperiksaan SPM sahaja.. Cemerlang dalam SPM bukan penentu masa depan yang cemerlang.. Yang penting mahu terus berusaha dan tahu apa yang mahu dikejar dan diperolehi..


Masa nie form 4
Muka innocent jek..
Geng PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)
Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kredit to Irwan Taib; from his Facebook photos


Kalau sesiapa kenal penceramah motivasi
Tuan Haji Hushim Salleh
Dia adalah cikgu kaunseling zaman sekolah aku..
aka kawan ayah aku..

Dulu zaman sekolah setiap minggu kena ngadap dia..
Report pasal study progress..
(macam aku kena sekarang nielah)
Bukan apa zaman form 4 kan zaman honeymoon year
Result agak teruk gak masa tuh..
Masih ingat kata-kata dia
"Kalau camnielah result awak.. Nak masuk ITM pun tak lepas tau"

Ye cikgu..
Saya dapat offer ITM ke Arau Perlis pun saya tak pergi..
Saya terima offer dari matrikulasi UKM
dan saya ke UKM..
dan kini saya di Glasgow..

Seronok bila teringat zaman sekolah kan..
Bila teringat tuh aku teringat sangat-sangat arwah Ida..
Tengok gambar nie.. Teringat dia..
Semoga Rohnya tenang di sana..
Al-fatihah


Tuesday, 22 March 2011

Bila rasa nak makan sesuatu..

Hidup di perantauan ini..
Banyak kisahnya..

Pengalaman.. Ilmu.. Pengetahuan.. Kemahiran.. Cerita.. Kisah..
Banyak yang dilalui..

Tak kurang juga Dugaan.. Cabaran.. Kepayahan.. Kesedihan.. Kerinduan.. Keseronokan..
Semua itu dilalui juga..

Namun yang sering dirindukan selain keluarga..
Makanan turut menjadi salah satu benda yang dirindui..

Sebab itu kebanyakan yang tinggal di luar negara pandai masak..
tapi yang tinggal di dalam negara pun pandai masak gak ;)

Sejak tengahari semalam lagi..
Aku dah mula teringat nak makan keropok lekor..

Hidup di perantauan begini..
Bila teringin kenalah masak sendiri kan..

Balik rumah.. Mulalah operasi di dapur..
Gigih jugalah membuatnya walaupun sebenarnya agak letih dengan urusan pengajian..

So hari nie nak kongsi resepi lak..
Aku kalau benda2 yang senang buat nie..
Memang laju jek nak mencuba..

Keropok Lekor ikan tuna & sardin..

Resepi:
Ikan Tuna dalam tin
Sardin dalam tin
Tepung ubi/tepung jagung/beras
serbuk bawang putih
garam
lada hitam

Campur semua bahan dan gaul hingga sebati..
Tepung dicampurkan hingga adunan tak melekat sangat di tangan..
Aku gunakan semua tepung diatas sebab tepung ubi dah tinggal sikit.. so campur jelah tepung yang ada dalam stok.. Selalunya aku tak suka guna banyak tepung.. agak-agak sahaja hingga adunan tak melekat sangat, janji boleh dibulat2kan..
Bentukkan ikut citarasa...
Terus goreng (aku tak rebus dulu..sedap aje rasanya)

Begedil 'green beans & sea-stick'
(sekali tengok cam kuih kasturi lak)

Dah lama tak buat begedil..
Tadi jumpa resepi buat begedil guna 'baked bean'..
Teringat ada setin 'green bean' so buat 'improvisation' sikit..
Sebenarnya nak habiskan stok yang ada..

Resepi:
2 biji ubi kentang digoreng
setin 'green bean' atau 'baked bean'
4 sea-stick (dibuat dari isi ketam dan ikan-warna pink di atasnya; kalau tak tahu sila google yeah)
daun bawang dipotong halus
bawang goreng
cili api
garam
lada hitam
Telur

Lenyekkan ubi kentang dan kacang
Masukkan sea-stick, daun bawang, bawang goreng, cili api, garam dan lada hitam
Gaul hingga sebati dan bulatkan
Gaulkan dengan telur dan goreng..


Bila tengok tulisan SV aku nie..
Teringat-ingat coding yang masih on going..

Bila stress melanda..
Mood nak masak pun mulalah..
Terapi minda sebenarnya..
Kalau ada yang tetiba rasa lapar lepas tengok gambar nie
Sila beli di gerai berhampiran ye..

Kopok dan begedil tuh dah tinggal sikit..
Puan blog nak bawak untuk bekal tengahari..
;)


Thursday, 17 March 2011

Sama dan serupa? Bezanya?

Dulu aku suka ambil gambar.. Sekarang pun masih suka gak..

Cuma masa jek tak berkesempatan lagi..

Harapnya akan ada peluangnya untuk aku merakamkan gambar-gambar 'scenery' kegemaran aku..


Salah satu photo kegemaran aku ;)

Lokasi : Hadapan Main Building,
University of Glasgow
Bayang bangunan di dalam gambar ini : Kelvingrove Museum Glasgow

My workstation at CIS..
and my special writing notebook (with photo from my collection)..


Sama dan serupa?
Bezanya di mana??

Minta maaf..
Puan blog tengah menyibukkan diri..
Nak tulis panjang-panjang belum ada mood lagik..
Will do.. Bila emosi memanggil yeah..
Kalau nak minum kopi ke..
Makan biskut ke..
Makan jajan ke..
Buatlah macam rumah sendiri..
Tapi ingat-ingat sikit.. ini rumah orang..
Till then..
Take care ;)


Thursday, 10 March 2011

Elektronik atau kertas? Yang mana jadi pilihan?

Kebanyakan orang suka membaca kan.. Sama ada membaca buku, majalah, surat khabar, jurnal, laman web atau apa sahaja yang mempunyai teks mahupun visual bergambar..

Ada yang suka membaca buku secara fizikal.. dan ada juga yang lebih suka secara 'softcopy' menggunakan aplikasi tertentu yang boleh dimuat turun ke 'laptop', PC, Ipad, Kindle malah juga pada handphone masing-masing. Kini untuk membaca tidak lagi terhad dengan memegang buku secara fizikal.. Dengan hanya menggunakan telefon bimbit, membaca juga masih boleh dipraktikkan.. terpulang pada masing-masing yang mana dirasakan selesa.

Entri ini tercetus selepas menghadiri perjumpaan mingguan kumpulan penyelidikan aku di CIS. Kebetulan seorang pensyarah yang merupakan pensyarah tetap di sebuah universiti di Switzerland kini berada di CIS untuk urusan kerja bersama department kami. Beliau telah membentangkan 2 kajian pelajar PhDnya dan salah satu daripada kajian tersebut adalah usaha dalam memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian ini dilakukan di Italy. Apa yang menariknya.. bagaimana dia mengenengahkan isu penggunaan e-book dalam membantu kanak-kanak seawal usia 6-9 tahun memupuk minat membaca disamping tidak menidakkan fungsi buku secara fizikal. Ok aku tak nak ulas sangat pasal kajian tersebut.. Yang sebenarnya nak aku kongsikan adalah sedikit info berkenaan e-book atau aplikasi buku elektronik yang semakin popular masa kini.

Aku tak pasti sama ada pengguna di Malaysia, mengetahui tentang fungsi e-book atau pun pernah mempunyai pengalaman membaca buku secara elektronik. Aku pasti ramai sudah biasa membaca suratkhabar secara online berbanding dengan membeli surat khabar dalam bentuk cetakan kertas. Surat khabar online boleh dicapai pada bila-bila masa dan percuma berbanding dengan surat khabar kertas. Tetapi aku rasa ramai juga yang mengetahui, membaca surat khabar kertas itu lebih detail kandungannya berbanding yang elektronik. Biasanya yang ditulis pada laman web itu agak terhad isi kandungannya. Teringat hingga ke hari ini.. ayah aku masih setia membeli surat khabar hampir setiap hari. Ini sudah dipraktikkan sejak aku kecil lagi. kalau balik kampung dulu.. Aku memang cukup rajin membaca secara berjemaah semua surat khabar untuk minggu berkenaan. Dah tahu dah.. setiap hari pada minggu itu pasti ada surat khabarnya.. Membaca untuk keluarga aku ini telah lama ayah aku praktikkan.. Hingga minat membaca ini terbawa-bawa sebahagian daripada tabiat aku juga.. hingga pernah ditegur oleh rakan semasa di sekolah menengah dulu 'You nie kalau jumpa.. mesti ada sebuah buku kat tangan' dulu lah.. dulu hehehe... Semenjak jadi pelajar semula nie.. dalam beg aku sememangnya ada sebuah buku untuk aku baca mengisi masa lapang..

Tidak ketinggalan juga sebenarnya banyak juga buku-buku kini boleh dibaca secara elektronik. Kepuasan dan pengalaman membaca itu mungkin tidak menyerupai membaca buku secara fizikal tapi sedikit sebanyak memberikan ruang dan pilihan kepada pengguna untuk membaca dengan aplikasi yang sedia ada. Paling mudah membaca di skrin laptop atau PC juga sudah memadai.. cuma jika membaca novel  dalam bentuk elektronik di skrin komputer mungkin agak membosankan dan agak sukar dilakukan secara santai kerana mekanisma komputer yang agak besar atau terhad sudut pandangannya. Namun apabila ia dapat dimuat turun pada alatan yang lebih mudah alih dan ringan seperti handphone, ia mudah dibawa dan dibaca dalam keadaan santai, ini kerana dengan hanya sedikit pergerakan dan sentuhan jari ke skrin, proses membaca boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. (Tetiba rasa ayat nie skema hehehe)

Ok pada aku pula.. aku juga punyai koleksi buku-buku yang aku boleh baca secara elektronik.. Sebenarnya aku hampir membeli satu alatan bernama 'Kindle' yang kini popular dijual di Amazon. Kindle ini mampu memuat turun hingga 3500 buah buku secara elektronik. Nak tahu lebih lanjut boleh survey di Amazon ye


Namun mengenangkan aku malas nak bawak alatan tambahan semata-mata untuk membaca.. Niat itu terpaksa dilupakan sahaja.. hehehe.. lagipun dalam beg sekolah aku dah sedia ada buku dalam bentuk kertas yang aku usung ke sana sini setiap hari..

Memandangkan aku telah menggunakan telefon jenis iPhone selama 2 tahun lebih. Masih belum upgrade ke Iphone 4 jek.. Bukan apa budget yang ada terpaksa diutamakan pada benda lain.. ;) Aku kini telah mula menggunakan aplikasi 'Kindle for iPhone', pada masa yang sama aku juga punya akaun kindle di Amazon UK. Kebanyakan buku-buku yang aku download boleh diperolehi secara percuma jek.. Nak yang berbayar pun ada.. tapi tidaklah mahal sangat.. Cuma untuk buku-buku yang popular, harga untuk mendapatkan 'softcopy' berkenaan perlulah dibayar.. tapi cam kes aku.. untuk buku-buku kegemaran aku.. aku lebih suka mendapatkannya dalam bentuk fizikal sebab aku suka simpan koleksi buku-buku ini di rumah..


Aplikasi Kindle untuk iPhone


Antara koleksi buku-buku dalam kindle Iphone aku


Ini antara fitur dalam aplikasi kindle iPhone, perkataan tertentu boleh dipilih. Makna perkataan tersebut akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin dan capaian untuk makna penuh boleh dibuat kepada laman web 'google' atau 'wikipedia'

Antara fitur yang menyatakan tajuk buku, halaman muka surat, lokasinya, memilih warna dan saiz tulisan,  dan peratus pembesaran tulisan.

  Antara buku dalam koleksi

Sejak ada aplikasi ini dalam iPhone aku.. kini lebih mudah untuk membaca.. Which I like it so much.. Membaca di skrin kini juga satu pilihan yang menyeronokkan.. senang nak membaca.. Ambik handphone.. pilih aplikasi kindle.. dan pilih tajuk buku yang aku nak.. jika aku berhenti baca buku tersebut.. aku boleh tutup camtu jek.. bila nak baca semula, aku hanya perlu pilih semula tajuk buku yang sama dan skrin akan paparkan muka surat dimana aku berhenti membaca sebelum itu. Mudah kan.. Tapi yang tak best sikit.. bateri handphone aku cepat habis lah.. hehehehe.. tapi sebab guna iPhone.. nak charge bateri memang mudah.. sambungkan sahaja pada kabel usb Iphone pada pc atau laptop dan bateri boleh dicharge secara terus.. Tak perlu nak charge guna elektrik.. dan masa charge pun sekejap jek.. Tapi membaca dengan menyelak helaian kertas satu persatu.. masih jadi pilihan aku juga.. paling aku suka bau kertas buku itu.. memang best ;)

Ok.. Cukuplah sampai sini penerangan aku...  
Dah lama tak berkongsi ilmu begini kan..
Camna?? 
Ada gaya cam bagi kuliah tak???
;)

Monday, 7 March 2011

Kisah gadis dan anak muridnya


Suatu pagi.. seorang gadis memulakan kelasnya.. inilah pengalaman pertamanya mengajar di sebuah sekolah rendah.. walaupun sudah biasa mengajar secara individu di kalangan-kalangan rakan-rakan atau anak-anak kampung di rumah.. namun pengalaman mengajar di dalam kelas di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari bandar Klang membuatkannya agak cemas dan berdebar-debar.. tawaran ayahandanya untuk mengisi masa lapang semasa cuti tamat pengajian peringkat matrikulasi UKM diterima dengan perasaan berbelah bahagi. Mengenangkan ayahandanya adalah guru besar sekolah berkenaan dan pada masa yang sama sekolah itu mempunyai kekosongan guru sandaran bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Ini disebabkan beberapa orang guru sedang cuti bersalin, maka si gadis itu menerima tawaran si ayah dengan patuhnya..

Rancangannya untuk bekerja sebagai pekerja kedai di pekan kecil berhampiran dengan kampungnya terpaksa dibatalkan.. Apatah lagi teringatkan tawaran mengajar pelajar sekolah menengah bagi subjek matematik tambahan dan sains di sebuah pusat tuisyen juga terpaksa ditolak.. walaupun pengetua sekolah tuisyen (institut harapan) itu dikenali rapat semasa si gadis mengikuti kelas-kelas tuisyen di situ. Pasti kecewa hati cikgu itu.. namun mengecewakan hati dan menolak tawaran ayah adalah sesuatu yang tidak mahu si gadis hadapi. akhirnya pagi itu si gadis bersiap awal dan menaiki kereta bersama ayahnya ke sekolah..

Sepanjang perjalanan dari rumah ke bandar Klang.. menuju ke sekolah rendah Telok Gong.. pelbagai perasaan berkocak dalam hatinya.. pelbagai bayangan juga datang dalam fikirannya.. risaukan penerimaan murid-murid.. pergaulan dengan guru-guru.. apatah lagi jika mereka tahu si gadis anak guru besar sekolah tersebut.. Bagaimanakah? Perlukah dia rahsiakan status anak itu? berlagak seperti guru biasa.. Ya mungkin itu lebih baik.. tidak perlu mereka tahu siapa aku.. jika ditanya katakan sahaja aku menumpang kereta cikgu Hassan.. kebetulan kami sama kampung.. tak sanggup rasanya menghadapi situasi jika mereka tahu siapa aku yang sebenar.. yelah anak guru besar jadi guru sandaran.. pasti wujud kekecohan dikalangan guru-guru yang ada.. pasti juga ada yang segan nak berkawan denganku.. apa pun.. yang pasti aku harus berlagak biasa.. kata gadis itu dalam hatinya..

Hari itu dia memulakan kelas dengan matapelajaran matematik untuk tahun 1, kebetulan kelas itu adalah antara kelas pelajar yang bijak.. gelagat anak-anak murid dalam kelas itu sedikit sebanyak mencuit perasaannya.. tersenyum melihatkan perangai mereka yang begitu berlumba-lumba bertanyakan sesuatu yang tidak difahami.. mungkin kerana si gadis adalah guru baru menyebabkan mereka begitu teruja untuk mempamerkan kebolehan masing-masing..

Alhamdullilah mungkin kerana sifat yang diwarisi daripada ayahnya dan pengalaman mengajar anak-anak kampung adalah perkara yang biasa baginya.. Pengalaman pertama itu dihadapi dengan senyuman dan sabar.. melayan anak-anak murid yang kadang kala degil dan nakal.. suara juga kadang kala terpaksa ditinggikan.. kadang juga sengaja direndahkan.. Memegang kayu pembaris panjang dan memukulnya ke papan hitam untuk menarik perhatian pelajar juga sering dilakukan.. hanya tidak sampai memukul ke tubuh mereka.. pasti akan diserang oleh ibu bapa pula nanti.. Jika mencubit hanya sekadar aksi sahaja.. memanglah mencubit di lengan.. tapi sekadar memegang lengan itu sahaja.. lantas dijawab oleh murid itu

"Alah cikgu cubit tak sakit pun"

lantas si gadis menjawab.. "Memanglah tak sakit.. cikgu saje je nak cuba cubit awak nanti sakit cikgu juga yang susahkan"

dan dibalas dengan senyuman dan gelak ketawa murid itu..

Bersambung...

Kisah ini telah di'publish' pada 4 Julai 2008..
Kini diulang tayang semula..
Sebab tuan punya blog tengah sibuk..
Layan jelah rentetan ingatan silam ini ;)


Wednesday, 2 March 2011

Ku mencari.. tapi di mana silapnya??


Sila cari..
Tulisan ketika mengantuk??

Bila tengok balik..
Ada yang faham..
Ada yang buat-buat faham..

Aku tahu..
Tulisanku..
cukup cantik sekali ;)

Tolong carikan error dalam coding nie..
Ada sesiapa yang ternampak??
Dah berpuluh kali check..
Tapi masih tak leh display gak..
Tensen betul..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin