Friday, 29 October 2010

Cinta itu Inspirasi

Cinta itu Inspirasi...


Ada yang setuju tak dengan kenyataan ini?? Well.. ini kata-kata yang aku dapat semasa menonton filem di channel Sky movie.. Aku lupa tajuknya... Cuma kata si ayah gadis.. dia jatuh cinta kerana wanita itu menjadi sumber inspirasinya.. dan sejenak aku terfikir akan kata-kata ini.. Ya mungkin juga ada kebenarannya..

Cinta itu inspirasi.. Yeah aku rasa.. jika kita bercinta tapi tidak ada inspirasi.. Pastinya cinta itu tidak ada makna.. Ye inspirasi untuk menjadi lebih baik.. Inspirasi untuk melakukan perkara yang lebih bermakna.. saling memberi sokongan antara satu sama lain.. dan pelbagai bentuk sokongan atau tindakan yang mampu mengubah kita..

Jika tidak.. kenapa begitu banyak lagu-lagu yang bertemakan cinta dimainkan dalam pelbagai bahasa dunia kan.. cerita di panggung juga turut menayangkan banyak cerita yang bercorak begini.. tapi cinta itu universal.. tidak semata cinta pada sang kekasih sahaja.. tapi cinta itu juga turut bermakna cinta pada sesiapa sahaja.. sahabat.. keluarga.. negara.. dan Tuhan Yang Maha Esa..

I have you. A lover and a friend.
You are everything I need.
You are the sun, the air I breathe. Without you, life wouldn't be the same.
Please don't ever go away.
And if you go, then don't forget to take me with you.
-Basia-

Love is missing someone whenever you're apart,
but somehow feeling warm inside because you're close in heart.
-Kay Knudsen-

We come to love not by finding a perfect person,
 but by learning to see an imperfect person perfectly.
-Sam Keen-

Do you love me because I'm beautiful, or am I beautiful because you love me?
-Oscar Hammerstein-


I know I always look beautiful because you love me so much ;)

Tuesday, 26 October 2010

P.. kau sentiasa di hatiku


Ye aku amat merinduimu..

Inginku tenung-tenung..
Inginku cium-cium bau wangimu..
Inginku pandang-pandang
Inginku jeling-jeling

Ye P..
Kau sentiasa menjadi pujaan hatiku





Menu pada petang-petang terakhir di kampung..
Meja penuh dengan menu kampung..
Sambal udang.. Sup bayam (aka jangan bening).. Ikan goreng..
Pecal.. Sambal kacang kuda.. Buah nangka..

Huhuhu..
Tiba-tiba aku rindu..
P.. Oh Pecal
Kena buat nie..
Udah rindu bangat ;
)

Saturday, 23 October 2010

Blog Satu Perjalanan

Aku tak pasti sama ada mereka yang sering singgah ke blog 'Aku dan Glasgow' ini, perasan akan kewujudan satu lagi blog aku..

Sebenarnya travelog ini terhasil dek permintaan seorang rakan blog Cikgooden.. Memandangkan dia suka membaca kisah kembara aku.. Maka terciptalah blog itu dengan tujuan berkongsi cerita tentang tempat-tempat atau negara yang pernah aku lawati..

Blog itu adalah 'Satu Perjalanan'.


Blog ini khusus untuk tujuan berkongsi gambar-gambar atau kisah perjalanan aku ke sesuatu tempat atau negara..
Kadangkala aku suka berkongsi koleksi gambar yang sempat aku rakamkan ..

Di blog 'Aku dan Glasgow' ini lebih merupakan blog personal aku..
Tempat aku berkongsi hati dan perasaan aku..
Kadangkala sesat juga aku merepek meraban sekali sekala.. atau kadang melayan jiwang tanpa karat aku..
Ini ikut mood.. atau kadangkala berkongsi ilmu atau pendapat tentang sesuatu perkara..

So kalau ada masa.. bolehlah jenguk ke situ..
Aku takdelah update selalu sebab bukan hari-hari p jalan-jalan..
Walaupun aku hari-hari berjalan kaki ok..
Tapi sekurang-kurangnya.. Seminggu sekali aku mesti update entri di situ.. InsyAllah..

Ini bukan tujuan promosi atau menambah follower..
Cuma sekadar makluman tentang kewujudan travelog ini..
Ada masa singgah lalu ye..
Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah dan menjadi follower setia..
Oh ya sesiapa yang menjadi follower di blog itu..
Automatik link blog anda dimasukkan dalam senarai rakan-rakan blogger di blog ini ye ;)

Terima kasih daun keladi..
Nanti boleh buat kerepek ubi.. ;)


Thursday, 21 October 2010

Aku yang bergaya..


Aku sepasang selipar..
Warnaku cantik dipandang mata..
Letaknya di kaki.. bukan di kepala (ini kalau tak tahu.. ontahlah)..
Fungsinya??
Untuk aku melaram dan bergaya
Tapi sebenarnya amat berguna..
Bila mahu berwuduk menunaikan solat tuntutan agama..
Oh ya si bunga-bunga itu buat inteframe sahaja..
Bagi nampak bergaya sekali sekala..

Minta maaf..
Hari ini nak cerita pasal selipar jepun aku kat CIS
Selipar nie dah nak 4 thn bertapa kat sini..
Sekali pun tak pernah menjejakkan tapaknya di luar bangunan CIS ini..
Ciankan..
Apa kes nak pakai selipar time sejuk-sejuk nie??
Teringat aku nampak sorang minah saleh nie..
Pakai selipar jepun p tesco express masa beli sandwich tadi..
Selamba jek kan kan..
Sungguh kebal dan gagah perkasa..
Aku yang pakai kasut tutup berkulit pun duk mengigil menahan sejuk lagi..
Aku akui aku jeles sebenarnya ngan minah tuh..

Tiba-tiba teringat selipar jepun lawa kat kg baru..
KTS dan Juliet..
Sila pos sepasang utk aku ok.. ;)

Hahaha..
Otak aku dah tepusi (tepu+tensi) nie..
Tolong.. tolong.. tolong..


Sunday, 17 October 2010

2 musim berbeza




2 Musim berbeza..
Di tempat yang sama..

Indah sungguh alam ciptaan tuhan..
Scottish Highland 2010..
In Winter and Autumn..


Ku telah jatuh hati..
Ku semai cintaku di sini..
Walau kemana juga kembara diri
Cintaku sentiasa abadi bersemi..

Scottish Highland always my favorite places..
I will always fall in love with the highland..
 Photos taken Saturday evening
16 October 2010.

Aku tukar gambar header seiring dengan tibanya musim gugur tahun ini..


Friday, 15 October 2010

Same old.. Same old.. Very English!!

Aku dah lama tak jumpa dia.. Dalam seminggu kadang sekali atau 2 kali sahaja dia jengah ke bilik.. Dia merupakan member terbaru kami.. Ohh kini bilik kami punya penghuni tetap yang kesemuanya perempuan.. Yeah.. it's the official gals room in CIS.. Yeah.. yeah.. go gals.. (apa aku merapu nie ahaks)

Dia berasal dari Pakistan .. Nama pun semanis orangnya 'Asma'.. Seperti biasa.. Bila lama tak jumpa.. selalulah kami berbasah basi sekejap..

"How are you??" Dia tanya aku..

"I'm fine.. and how about you??" Aku tanya dia balik..

"I'm okay.. and how's things and study?" Dia tanya aku balik..

"Same old.. same old.. " Dengan selamba jek aku jawab.. ;)

Tiba-tiba.. Aku terdengar ada orang tergelak kuat..

"Hahahaha... That's very english!!!.." Aku pandang muka Laura..

Oh ya.. Laura rakan sebilik aku juga.. berasal dari wolverhampton (dia berbangsa English).. kini sudah hampir 4 bulan bersama kami..

"I have not heard that for sometimes.." Dia sambung gelak lagi..

Aku yang mendengarnya tergelak sama.. Asma pun gelak sekali.. walaupun muka dia cam konfius jek aku tengok..

Dengan selamba aku pun jawab.. "Yeah.. I think that the right words to describe it.. Short and simple.. direct to the point hehehe"

Asma yang dengar pun tergelak lagi.. Bukan apa.. bila orang tanya pasal study.. dah selalu sangat aku jawab "Like always.." so kali nie tukar sikit gaya bahasa english aku.. hehehehe.. Very English tau..

Tadi aku semak kat google.. Dapat definisi nie..

same old same old  (informal)
used to say that a situation or someone's behaviour remains the same, especially when it is boring or annoying 'How's work going?' 'Oh, you know. Same old same old.'

So.. kalau nak kedengaran 'very english' kalau ada yang tanya kat korang pasal hidup.. keje.. study.. life.. kalau agak2 boring jek jawapan tuh.. gunakanlah ayat ini... 'Same old.. Same old'. Tapi ditakuti juga.. orang salah tafsiran.. orang ingat ko dah tua lak.. sebab ko duk sebut 'old' jek..

Camtu kita tukarlah.. 'Same young.. same young..' hahahaha.. bernas tak idea aku nie.
Silalah aplikasi ok ;) Gerenti dijamin muda forever.. bak kata Kak Pah ;)

Aku rasa aku terkena bahana duk baca novel english.. dan tengok movie english.. kot hehehe.. takpe.. bila lagik nak tambah vocab baru kan kan kan ;)

Tuesday, 12 October 2010

Fusilli 3 warna

Masih entri pasal makan ;)

Antara pasta kegemaran aku..

Prawn Pasta..

Jenis Pasta: Tricolore Fusilli
 (Delicious pasta twists made in Italy from Durum wheat semolina, spinach powder and tomato powder)

Bahan-bahan:

Udang kecil (1 pek udang beku yang telah dibuang kulit dan dimasak- guna ikut kuantiti pasta yang digunakan)
Timun
Lobak merah
Bawang kuning
Mayonis
Thousand Island
Salad dressing

Cara membuatnya:

Rebus fusilli
Rebus Udang (kejap je sebab dah masak)
Potong dadu timun dan bawang
Parut lobak (potong kecil pun ok)
Masukkan semua bahan tersebut dalam mangkuk besar, gaulkan dengan mayonis, Thousand Island dan salad dressing. Nak gunakan sos lain pun ok.. Boleh juga ditambah daun salad kalau nak.

Sedia untuk dimakan..

Aku selalu makan pasta ini (dibeli di Tesco) sebagai sarapan pagi..
Hari ini buat sendiri di rumah..
Home made ;)

Friday, 8 October 2010

3 Langkah ke Syurga


'3 Langkah ke Syurga'
Nikmatnya menikmati waffle dan aiskrim
bersama secawan cappucino..

Di mana??
'3 Step to Heaven'
Byres Road, Glasgow..

Jangan jeles ok ;)
Hari ini sarapan ala-ala barat sikit 
Menu : Waffle bersama aiskrim cheese cake dan sirap maple

Monday, 4 October 2010

Masa U.. Masa I..


"I duk cari u semalam.. mana u pergi??"

"I ada hal.. pergi openhouse"

"Penat I semalam tau"

"Aikk tak janji.. tak call.. tak sms.. mana I nak tau kan"
(Dialog yang telah diubahsuai..)

Kadang-kadang pelik dengan bahasa dialog begini.. Kadang angin takde.. janji takde.. tiba-tiba menjadi mangsa keadaan dan paling teruk dipersalahkan..

Pentingkan diri?? Pada aku.. ye..

Bab ini rasanya setiap orang pasti pernah rasa.. pernah buat.. terbuat.. sengaja atau tidak.. itu sudah lumrah dalam kehidupan kita..

Berkawan pun begitu juga.. ada kawan yang pentingkan diri.. ada kawan yang langsung tak kisah.. tak berkira pun.. tapi ramai juga yang jenis pentingkan diri nie.. Bila masa dia.. cukup berhargalah.. kena hargai.. tapi bila masa kita.. tak buat pun takpe.. tak penting pada dia..

Kadang rasa terbakar pun ada juga bila jumpa kawan-kawan yang jenis berkira begini.. Oh.. bila tiba kehendak dia.. atau keperluan dia.. masalah dia atau masa dia.. maka kita yang menjadi kawan dia.. diminta faham.. diminta menghargai.. diminta mengerti.. kalau boleh buat juga masa tuh.. seolah masa dia itu paling berharga sekali.. paling penting sekali.. Tapi bila tiba pula kehendak kita.. keperluan kita.. kepentingan kita.. masalah kita.. kawan begini awal-awal lagi dah angkat kaki.. dengan menciptakan seribu alasan itu ini..

Nak marah?? Kadang malas nak cakap banyak.. Bila dicakap terasa hati lak.. Tak cakap nanti makin buat kita makan hati.. so camno?? Pandai-pandailah pujuk hati sendiri..

Masa U.. Masa I..

Kita punya masa sendiri.. kelapangan sendiri.. masalah sendiri.. so jangan cuba nak letak kepentingan diri kita pada orang lain.. sebab orang lain itu juga ada kepentingan dia sendiri ok..

Ingatlah bukan hanya kita seorang sahaja yang ada kepentingan dalam dunia ini ;)

Kalau nak jadi kawan.. jadilah kawan yang baik.. sama-sama susah.. sama-sama senang.. sama-sama memahami.. sama-sama tolak ansur.. sama-sama cuba bantu satu sama lain.. Jangan pula mudah menuduh dan menyalahkan orang lain.. dek kerna dia tak mampu memenuhi kehendak kita.. 


Tidak ada sesiapa boleh salahkan kita sepenuhnya atas tindakan seseorang itu kerana bukan 100% kesalahan atau tindakan itu datang daripada kita.. maka kita berhak untuk mengatakan "itu bukan 100% salah saya".. Setiap tindakan dalam sesuatu hubungan manusia itu.. 50% datang dari kita.. tapi 50% lagi datang dari dia.. Maka mengapakah kita acapkali menerima sahaja kesilapan atau kesalahan yang diletakkan pada kita itu.. 


You always have the right to say 'No' or 'Stop' to something or anything that make you feel unhappy.. or to anyone who trying to annoy you.. So always believed that you can say it out loud ;)

Saturday, 2 October 2010

Terima kasih daun keladi..

Tadi aku duk compile balik gambar-gambar semasa di tanahair..

Ternampak beberapa keping gambar sahabat-sahabat yang sempat aku kunjungi..

Dari tak pernah bersua muka.. kita sering saling bertukar komen.. gurau senda.. gelak ketawa mengata..

Akhirnya.. Aku jumpa juga empunya diri..

So entri kali ini khusus untuk kawan-kawan blog aku..

Cuma terasa ralat tak sempat nak bergambar dengan Kak Erna yang sanggup datang KLIA malam sebelum terbang ke UK.. Dah akak balik baru pakwe tanya mengapa tak ambil gambar dengan dia.. Dah lepas baru teringat bukan apa masa tuh duk sibuk beratur nak masuk bagasi ke kaunter check-in ;) InsyAllah kak.. next time ye..

Pada satu tengahari tuh.. seperti telah dijanjikan dipaksa (opps..hehehe) aku kena pergi umah kawan sejati aku.. sebab sekotak kuih raya yang sepatutnya dia pos pada hari aku nak terbang ke malaysia.. terbantut.. Idak kotak sampai sini.. Puan dia.. sampai malaysia..

Pusing-pusing jugalah cari rumah dia di Alam Damai itu.. Sesat jugalah kejap.. kejap jek.. hehehe..

Wah teerkejut.. dulu datang takde pak guard.. Kali nie datang siap ada pak guard.. Siap buat soalan cepu emas lagi.."Rumah no bape incik??" Pakwe aku jawablah.. lepas tuh dia leh tanya pulak nama jalan... amboi.. nasib baik masa tuh aku duk tengok alamat dia kat iphone aku.. Berjayalah menjawabnya.. Nasib baik dia tak tanya pulak rumah warna apa.. wakakakah.. idak sure aku suruh minah tuh jemput aku depan pak guard tuh ;)

My beloved fren; Tiny with her kids..

Lepak punya lepak aku kena tunggu pulak 2 lagi kawan yang nak datang..

Akhirnya.. Setelah melepak berjam-jam..
Sempat lagi layan tengok episod terakhir 'Ular Emas'
Hehehe

Datanglah jiran rumah no 1..

  Tokma tersayang ;)

Kemudian tak lama sampailah sorang lagi..

Kak Long aka Maiza

Selepas itu malam harinya aku sekali lagi dipaksa melepak..
Panggilan bertalu-talu aku terima..
Nak tak nak kenalah pergi..
Pusing-pusing jugalah mencari jalan..

Teliti papan tanda ini betul-betul..
Kemanakah arah tujuan kami??
Ye kami ke kampung baru ye..
"Cari masjid jamek kampung baru.." Pesanan sorang kawan aku tuh..

Nak tahu diorang sebenarnya nak bawa aku p mana????
Kat sini tempatnya tau..
Mentang-mentanglah aku dah lama tak pakai benda nie...
Selipar jepun..
Nasib juga seliparnya cantik..
Tapi sayangnya..
Sepasang pun diorg tuh tak sudi belikan untuk aku ;(


Tak.. Tak.. Minta maaf..
Diorang tak ajak pun pergi beli makan selipar..
Setelah berpusing-pusing menaiki kereta aku..
Dengan budak bertiga itu di belakang bonet tempat duduk..
Akhirnya kami singgah ke sini
Kedai Kak Som

Alhamdullilah..
Kenyanglah kami berdua dibelanja oleh mereka berdua..
Siapakah mereka berdua itu??
Sila teka sendiri dari mereka bertiga ini ok..
 Janji happy kan kan kan..
Agak-agak yang mana KTS?? Yang Mana Juliet??
Jumpa diorang baru aku tau nama sebenar diorang tau..
Cukup ayu nama diorang sebenarnya..


Hujung minggu pulak...
Jeng.. Jeng.. Jeng...
Kekonon nak buat suprise..
Dari jelebu.. ke Bandar Baru Bangi fasa 3..
Aku menjejak kasih..
Dengan penuh debaran..
Aku sempatlah baca Bismillah dulu sebelum masuk rumah dia..

Masuk-masuk jek.. Dia tenung aku
Lama-lama..
Renung-renung..

Akhirnya soalan yang keluar dari mulut dia..
"Bilo lak ko balik"

Wakakakah..
Aku terus tergelak..
Dia dah tau dah..

 Bersama Kak Pah..
Boss besar Tadika Aulad ;)

Gambar berempat rakan-rakan blogger sejati..
Tokma, Tiny, Aku dan Kak Pah

Sebenarnya ramai lagi nak pergi jumpa..
Cam Kak Anie (minta maaf ye kak).. tapi tak sempat kerana kesuntukan masa..

InsyAllah ada umur yang panjang..
Peluang dan masa terluang..
Pastinya kita berjumpa lagi..

Pada semua rakan yang sudi menjemput datang ke rumah.. ke restauran.. ke kedai selipar..
Terima kasih daun keladi..
Ada rezeki lebih..
Boleh belanja lagi..
dan boleh ajak lagi ye...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin