Friday 24 September 2010

Harta.. Pangkat.. Darjat.. Itukah ukuran peribadi??

Aku belajar banyak perkara dalam masa 2 minggu yang lalu.. Pada petang hari raya pertama.. Aku dikurniakan oleh Allah s.w.t satu kurniaan rasa yang tidak pernah aku terfikir akan aku alami.. Tidak pernah aku mimpi akan dipersembahkan pada aku.. Malah tidak pernah juga aku sangka akan aku dengar dengan telinga ku sendiri.. Malah tidak pernah juga aku duga akan aku lihat dengan mata dan kepala aku sendiri..

Harta.. Pangkat.. Darjat.. itu semua diungkit di depan aku.. Buat pertama kalinya aku bangkit bersuara lantang menegur yang benar.. Aku juga bangkit berkata berhenti.. Tidak usah diteruskan kata nesta dan cerca.. Aku juga bangkit mengatakan sesiapa pun tidak ada hak untuk menghina sesama manusia.. Tidak kira apa juga usianya.. pangkat.. atau darjatnya.. Namun aku masih bersyukur.. selantang suara aku berkata.. aku masih belum sampai pada tahap aku melewati batasan kurang ajar.. Kata-kata yang keluar dari mulut aku hanya sekadar mengatakan aku tidak mahu dengar semua yang tidak elok.. walaupun hakikatnya.. boleh sahaja aku bidas dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lantang.. Dek kerna menghormati usia dan pangkat.. Aku akur merendah diri dengan cara terhormat..

Petang itu hingga membawa ke lewat malam.. Mengalirlah airmataku.. Malam itu juga aku sujud solat hajat pada tuhan yang maha esa.. Kini aku mengertikan segala rasa.. Segala fikiran yang selama ini tidak pernah aku lihat dan rasa sepenuhnya.. Kini aku mengerti bagaimana rasanya.. Cuma kini rasa-rasa sedih itu sudah lama aku buang jauh-jauh.. Yang tinggal pada aku.. hanya sekadar kenangan rasa.. Yang tidak akan aku lupa buat selamanya..

Pagi raya kedua.. Aku singgah menziarahi kuburan arwah tok dan nenek.. Di kuburan arwah nenek akhirnya airmataku tewas menahan tangisan.. Aku pegang nisan arwah nenek dengan pelbagai rasa.. Terasa baru sahaja kenangan bersama arwah nenek masih segar dalam ingatan aku.. Seolah baru semalam sahaja aku mandikan jenazahnya.. Serasa baru semalam sahaja aku berbual mesra mendengarkan ceritera kisah silamnya.. Seolah baru semalam juga aku ketawa ria dan senyum riang bergurau senda bersama dia.. Seolah baru semalam juga aku melihat jenazahnya ditalkinkan di halaman rumah itu.. Aku usap batu nisan dengan airmata kenangan.. Mata aku terus memandang kuburan arwah nenek yang bersih.. cuma ada sedikit dedaunan kering di sana sini.. Aku kutip satu persatu dan aku buang ke tepi..

Aku berlalu dengan satu keazaman.. Peristiwa itu cukup mengajar aku tentang harga diri.. Peristiwa itu juga cukup mengajar aku akan maruah diri.. Cukuplah pada aku kenangan indah yang pernah dicipta antara aku dan mereka yang telah tiada.. Petang itu aku nekad.. Mulai saat itu.. Tidak ada sesiapa boleh sewenang-wenangnya berkata apa sahaja bila melibatkan maruah keluarga.. Sanggupkah kita membiarkan diri dicerca dan dihina kerana harta.. Sanggupkah kita setuju bila bangsa dijadikan kayu pengukur pada martabat diri.. Sanggupkah kita mendiamkan diri bila nilai keluarga dituduh dan dihina sesuka hati..

Petang itu aku katakan cukup pada semua itu.. Harta.. Pangkat.. Darjat.. Tidak cukup sebagai nilai peribadi andai semua itu dijadikan sebab musabab untuk merendahkah maruah diri..

Sebuah coretan rasa.. 
Satu pengertian.. Satu kenangan.. Satu nekad..
Satu kisah benar.. benar dan tidak ada yang tidak benar..
Kisah aku.. kisah dia.. kisah mereka dan kisah sesiapa sahaja..

13 comments:

Faisal said...

sis, ko kat mesia ke skrg ni?

harta, pangkat, darjat bukan buleh bawak ke mati pun.. ape la sangat berdarah bangsawan tapi perangai macam haiwan.. mmmm.. err, aku darah B, ade sesape nak derma??

iina said...

Faisal

Aku dah balik sini ler.. Aku baru balik dr mesia 3 hari..

Itu kata kita.. kata mereka tuh.. harta itu jadi rebutan.. masa tuh rasa nak jek cakap.. kalau sayangkan harta tuh.. bawa sekali masa mati senang cerita.. cuma tak keluar dari mulut aku jek menyebut benda tuh.. tapi biarlah.. aku malas nak ckp byk nnti jd kurg ajar..

Ye.. aku pun darah B juga.. kira kita boleh saling menderma ler ye.. ;)

zura aini said...

lina, kadang kita tak terduga apa yang akan datang, saat2 kita perlu bergembira kadang tu datang ujian melanda. sabar ekkk.

pangkat dan kedudukan ni kalau saya kenang buatkan saya menyampah dengan beberapa org.

iina said...

Zany

Betul.. kdg hairan.. dek kerna rasa diri cukup banyak harta.. sewenang2nya nak hina org lain.. dikenang mmg sakit hati kan

Lee said...

Hello Iina, just dropped by say hello.
You studying hard? Good for you....remember, the World is waiting for your footprints.
Best wishes, Lee.

julietchun said...

setelah jumpa ko, aku pasti ko bukan org yg mengejar pangkat atau harta. dan yg aku pasti algi, ko memang buleh di buat kawan :P

iina said...

Uncle Lee

Yeah been studying hard.. Thanks for stopping by yeah.. Have a nice day

Juliet

Tq dear... yeahh terima kaasih kerana sudi berkawan dengan aku.. dan sudi2kan lah lagi belanja aku chicken chop ye ;)

KTS said...

ha'ah kan juliet... aritu kita tak nampak pun iina kejar harta ngan pangkat kan..


.
.


kita nmpk iina kejar cikencop je

.
.

:P
hihihi..

Azwana said...

biarlah apa kata mereka, yang penting kebenaran tu akan terserlah juga akhirnya

Acik Erna said...

iina..kalau iina jenis begitu..dah tentu tak berkawan dengan akak yang tak berharta ni kan..
alhamdulillah..iina masih boleh bersabar...
walau bagaimana pun kita tetap kena jaga diri kita...jangan sampai dikata kurang ajar..dan alhamdulillah..iina..dapat melakukannya..

iina said...

KTS

aku rasa chickenchop yg kejar akulah.. mana de aku yg kejar.. wakakakah.. xpe nnti nk lambchop lak

Pixie

Thanks dear.. sometimes better ignore it but.. sometimes sakit hati thinking about it

Kak Erna

InsyAllah.. tapi cukuplah sekali pengalaman tuh.. saya dah mls nk fikir... bab harta benda smpi bila pun xabis2 kan.. better cr harta sendiri. lg seng..

Kaktiny said...

Kau tabah walau jiwamu gundah
Kau ceria walau hatimu berduka
Kau cekal walau mindamu bercelaru
Kau tegas walau dalam diam seribu..

Lepaskan resahmu kembali kepada Allah.. semoga Dia memberimu sinar bahagia.. dan ujian-Nya tidak pernah sia-sia, jika tidak bagimu, ia adalah bagi mereka-mereka yang memerlukannya..

I am waiting for you to come back for good..

nilai harta.. pangkat.. dan darjat??.. do they think Allah would care about those things??.. huh!!.. if could ask them to wake up.. hellooo...

yeah.. let 'em fall with their own perception and description.. the most, we know the best and Allah knows the truth..

Be happy my dear... be happy... La Tahzan.. LAA TAHZAAN..

iina said...

Tiny

Yes dear I totally agree with you. Sometimes people tend to think that things can bring them happiness. Yeah My sadness has already passed. I through and thru that.. Lah Tahzan my dear.. La Tahzan..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin