Tuesday, 3 August 2010

Biasa atau baik??

Beberapa hari yang lepas, ketika sedang berjalan kaki menuju ke rumah seorang sahabat.

Dia bertanya padaku.
"Kenapa tiba-tiba nak ke rumah kawan ini? "

Aku pun jawab tanpa ragu-ragu.
"Kenalah pergi, kan malam nie malam terakhir dia kat rumah tuh, lagi pun kan dia kawan baik ina bukan ye kawan biasa jek"

Dia terdiam seketika. Tak lama dia bertanya lagi.
"Apa beza kawan biasa dan kawan baik?"

Aku jawab dengan selamba
"Cuba abg eja.. ada beza tak?" kataku sambil gelak-gelak.

Dia sengih pandang aku tapi soalannya tidak terhenti di situ. Dia tanya lagi..
"Abis kalau dah kawan biasa.. kan maknanya kita dah biasa dengan dia.. nama pun kawan biasa" Dia kata sambil gelak-gelak pulak.

Dalam hati aku.. nie kes nak perli ke apa nie.. tapi dengan gigihnya aku menjawab lagi
"Kawan biasa.. kita kawan dia biasa jelah.. buat cam biasa.. takde beza.. kalau kawan baik.. nama pun baik.. rapat.."

Dia tanya lagi.. (tak puas hati ler tuh hehehe)
"Abis.. kalau kawan biasa tuh dia tak baik ke?? Dia baik jugakan??"

Masa nie aku dah geram dah hahahaha... saja ler tuh kan nak menguji kesabaran aku.. lalu aku pun jawab
"Eh abang nie... banyak tanya pulak.." sambil aku jalan lebih laju tinggalkan dia kat belakang sikit hehehehe... sebab dah malas nak jawab soalan dia tuh..

Aku teringat kembali kisah lewat di petang itu tentang definisi kawan biasa dan kawan baik ketika melihat status FB seorang kawan baik aku semalam 'Apakah itu yang dinamakan sahabat??'


Sesiapa sahaja boleh berikan definisinya.. Sahabat.. kawan.. teman.. semuanya mempunyai makna yang sama.. Yang beza niat kita bersahabat itu.. dan mereka yang menjadi sahabat kita.. Tidak semua orang punya niat yang sama.. tidak semua orang punya tujuan yang sama.. tidak semua juga mampu kita jadikan sahabat, kawan atau pun teman.

Maka dalam ramai sahabat kita, kita sendiri pun akan mengolongkan mereka ikut kategori kita sendiri. Ada kawan baik, ada kawan rapat, ada kawan biasa, ada kawan tak biasa, ada kawan-kawan aje.. dan ada kawan tak kawan. Walau apa pun.. juga kita juga punya hak untuk memilih siapa kawan kita dan bagaimana kita nak berkawan dengan mereka. Kita juga ada hak untuk tidak berkawan dan menolak hubungan persahabatan andainya ia membahayakan dan merosakkan kehidupan kita.

Kadangkala kita akan bersedih bila dapat tahu ada orang tak nak berkawan dengan kita.. Yelah kalau boleh kita nak kawan dengan semua orang kan.. kalau boleh nak kawan biar berbillion.. biar berjuta-juta dan takde musuh langsung.. tapi manakan ada semua itu.. Kadang dalam sejuta kawan itu tak semuanya sanggup susah senang bersama.. senang memang nak bersama.. tapi susah.. bab yang ini tak semua orang sanggup nak sama-sama.

Aku dari dulu.. tak ambil kisah sangat soal siapa nak bersahabat dengan aku.. Siapa nak bersahabat.. aku sentiasa hulurkan salam persahabatan.. terbuka dengan sesiapa sahaja. Cumanya aku ini jenis observen sikit.. Pada aku tak ramai kawan pun takpe.. Yang penting kawan-kawan yang aku ada.. aku pelihara hubungan baik antara aku dan mereka.. Bergaduh.. selisih faham.. terasa hati itu memang perkara biasa.. Aku biasa juga terasa hati dengan kawan baik sendiri.. tapi sikap aku yang agak terus terang,. biasanya aku akan luahkan terus apa yang aku rasa tanpa segan.. Walau aku marah dengan mereka sekali pun.. Kalau aku rasa memang silap aku.. aku tidak pernah teragak atau segan nak minta maaf.. sebab walau semarah manapun aku pada mereka.. itu biasa.. tapi ia tak sedikit pun menguris rasa hati aku.. kecuali jika sudah melampau sangatlah..

Alah jangankan kawan baik sendiri.. kekasih hati.. atau suami sendiri pun kadangkala kita pun terasa hati juga.. kadang kita marah-marah juga.. kadang kita merajuk juga.. so pada aku benda ini biasa.. yang penting camna nak settlekan rasa terasa tuh.. selalunya aku ye pendekatan aku beritahu terus terang apa aku rasa.. tanya balik apa yang salah dan apa yang betul.. kalau aku salah aku minta maaf.. kalau diorang yang salah.. aku dengan selamba akan suruh diorang minta maaf dengan aku hehehehe.. ;)

Yang penting.. Dalam terasa hati itu selalunya aku cuba kawal untuk tidak terlalu simpan dalam hati.. dah luah.. dah beritahu.. yang lepas itu lepas.. yang sudah itu sudah.. kecuali andai perkara yang mereka lakukan itu menyentuh peribadi, maruah dan keluarga... Ini aku cukup pantang sekali.. walau mereka itu dah minta maaf.. takkan sesekali aku lupa.. dan harapan untuk menjadi sahabat baik.. memang takdelah.. setakat kawan biasa atau tak biasa itu bolehlah.. paling tidak kawan 'hi hi bye bye' je.. Sebab pada aku orang yang sanggup mempermainkan dan memperkatakan tentang maruah dan nilai peribadi seseorang manusia itu bukan seorang sahabat yang baik. Dia tidak tahu menghargai hubungan sesama manusia.. Jika mahu menegur sekalipun.. lakukan dengan cara terbaik.. berdepan dengan empunya diri dan bukan sama sekali mewar-warkan kepada dunia sambil mendabik dada mengatakan seseorang itu salah dan terus mencaci maki mereka.

Kadang orang yang berkata sedikit pun tak kenal peribadi kita.. tapi cerita yang disampaikan.. amat berbeza sekali.. Kadang bila melihat kita rapat dengan seseorang.. maka timbullah rasa dengki.. rasa irihati.. rasa tak puas hati kenapa dia berkawan dengan orang itu. Kena pula kawan yang ada kepentingan. Ahhhh.. ini memang sentiasa menimbulkan isu dan rasa iri. Aku dari dulu tak pernah kisah siapa yang aku berkawan. Pada aku tak perlulah aku ceritakan siapa kawan-kawan yang aku kenal dan baik. Tak perlu nak aku war-warkan peribadi dan status kawan-kawan aku. Yelah kadang tengok kita nie biasa je.. maka orang pun ingat kita nie orang kampung biasa.. Aku memang orang kampung pun ;). Aku tak pernah segan mengaku aku dari kampung.. Bukan gah sangat pun duk bandar kan.. Bila raya semua orang balik kampung kan kan.. Ada ke yang sebut balik bandar??? hehehehe

Teringat amarah seorang kawan baik aku dulu hingga dia pernah kata dengan aku tentang sikap sesetengah manusia "Mentang-mentang lah kita keje buruh jek kat sini.. apa ingat kita nie miskin hina dina sangat ke.. hingga sanggup tuduh macam-macam" Aku sendiri yang mendengar juga tersentak. Aku tak nafikan. Kadang orang memandang seseorang sebelah mata je.. Tengok baju..pakai.. berhiasan.. kereta.. dia dah terus jatuhkan status orang itu begitu begini. Kena pula jenis orang yang rendah diri..yang diam.. yang tak banyak cakap.. maka orang ingat mereka ini tergolong mereka yang takde apa-apa..

Biarlah.. orang nak berkawan dengan mereka yang berpangkat.. punya status.. punya harta.. punya gaji tinggi.. punya kepentingan.. tapi aku sedikit pun aku tak pandang semua itu. Aku nilai seseorang bukan daripada harta atau status yang dia ada. Tapi yang penting nilai dari peribadi mereka.. Susah senang.. Tolong menolong sanggup bersama..

"Apa beza kawan biasa dan kawan baik??"
Ada sesiapa nak tolong jawabkan ;)

13 comments:

wos said...

saya ada ramai kawan biasa yang baik.

cemana tu?

yang benar,
~wos, yg dah lama tak jengok sini~

ibundo said...

kawan biasa ni kita kawan biasa-biasa je lah..
bual-bual biasa-biasa
tapi kawan baik tempat kita meluahkan perasaan..
they give us shoulders to cry on.

cam tu lah....

julietchun said...

ko lah kawan baik aku kalo ko bagi sesuatu dari glesgow :P

Lady of Leisure said...

kawan biasa leh jadi baik, tapi sangat takut bila kawan baik ada niat tak baik kan huhuhu...

iina said...

Wos..

Bagus gak tuh.. sebab kawan biasa tuh baik-baik.. kalau kena kawan biasa tak baik.. lagik naya ;)

Kak Pah

Betul tuh kak.. kebanyakan kawan baik bermula dari kawan biasa-biasa hehehe.. tapi kwn baik mmg kwn yg kita boleh percaya ;)

Juliet

Dr Glasgow jek?? london paris italy tak nak ke?? hehehe

Lady

Itu kena baik-baik tuh.. nanti ada yang tak kan baik-baik terus ;)

Acik Erna said...

iina..masa aka kerja ditanjong karang..akak ada akwan baik..dan bukan setakat dengan dia..dengan semua adik beradik dan ibu bapanya pun baik..apa lagi anak2 dia..bukan dengan dia sahaja..dengan kawan2 lain pun baik..bila akak kena pindh pada tahun 1998..sedihnya tuhan saja yang tahu..berhari hari banjir air mata.
dan akak berazam..tak nak berkawan baik lagi dah..kawan biasa aje..takut kalau pindah..sedih lagi..

faqir said...

kak..ko ngn aku kawan biasa ke kawan baek?? salah jawab aku tanak kawan ahahhahaah

iina said...

Kak Erna

Lumrahlah tuh kak.. saya pun ada sorng kwn baik zaman sekolah dulu.. mmg baik sgt.. smpi dia pindah masa form 4 masuk teknik seminggu saya demam.. nangis jek.. lepas tuh saya kwn ngan siapa jek.. skrg nie dah biasa.. saya kwn ngan siapa aje.. kalau jd kwn baik saya hargai.. tp apa pun hidup mesti kena teruskan juga ;)

Faqir

ko bg akak masa fikir dalam setahun boleh?? so sepjg tuh ko kwn dulu ngan akak ok ;)

Ibu Isteri dan Insan biasa said...

Aku consider diri aku sebagai kawan yg baik...hehe... kiranya jadi kawan baik hang le. :)

Orang lain nak kata aku kawan yang tak baik...aku tak terima.
Sebabnya... aku ni memilih kawan...sapa yang akan jadi kawan aku...sebab pilihan siapa kawan kita mmg telah disyaratkan oleh Islam.

Sapa2 yang aku jumpa sekadar senyum atau tak perasan tu.. bukanlah kawan aku...

KTS said...

kawan biasa tu kawan yang biasa2 ko ingat.. biasa2 ko tak ingat

kawan baik pula kawan yg luar biasa ko ingat.. dan luar biasa pula jadinya klu ko tak ingat...

errr... paham tak??

aku pun tak berapa paham apa yg aku ckp ni..


hikkssss

iina said...

Mashi

Kita serupa hehehe sebab itu kita jadi kawan baik ;) memanglah berkawan kena memilih.. sebab tak semua org boleh serasi atau setuju dengan cara kita berkawan.. tapi kalau dia tak nak kawan.. takpelah.. pada aku.. banyak lagi kawan2 lain aku boleh berkawan.. ;)

KTS

Sungguh aku tak faham apa kaitan kawan biasa, baik, luar biasa ngan ingat tak ingat nie.. nyatanya kawan baik kita sentiasa ingat.. kwn jht pun kita ingat gak.. yg biasa kita xingat.. kwn biasa2 jek hehehe ;)

Kaktiny said...

kawan? sahabat? kawan baik? kawan biasa?..

kalau Allah bagi aku peluang utk hidup 1000 tahun pon aku masih takkan dapat istilah yang betul utk kesemua makna di atas..
dan, huraian aku takkan cukup walau seluas lautan aku jadikan dakwat pena.. ia berubah dan berubah dan berubah..

jadinya.. aku putuskan utk takmau kategorikan apa2 pd sapa2...
aku cuma nak tanya diri aku.. BAGUS KE AKU SBG KAWAN UTK ORG KAWAN DGN AKU??..

Kalau aku bagus utk jadi kawan org itu.. maka org itu akan kawan dgn aku..
kalau aku tak bagus utk kawan dgn org itu, maka pasti org itu tak mau kawan dgn aku..

kawan sejati adalah malaikat yg menjaga kiri dan kanan.. yg tak pernah berenggang walau sedetik.. yg sentiasa mencatat buruk dan baik.. yang sentiasa menjalankan amanah Allah tanpa kesal..
(hihihihi...)

skrg.. aku nk ambil jalan mudah.. nak kawan.. kawanlah.. taknak pon tak apa.. sbb aku ni tak penting utk sesiapa... kalau ada org nak kawan dgn aku.. ya syukur... kalau tidak.. ya sudah..

aku redha jer.. kehkehkeh.. (lama sungguh aku amik masa utk hadam mende nih... hihihi)...

anyway.. thanks dear...

iina said...

Tiny

Thanks dear.. aku setuju sangat.. tapi aku lak kategori kwn tuh mmg wujud sebab tak semua aku boleh anggap kawan baik.. aku kawan semua org.. tapi ada sesetengah org takut kwn ngan aku hahahaha.. terpulang sebab aku bkn ye makan org pe hehehe.. tapi walau mcmana baik pun kdg2 kita kena limitasi gak benda yg kita boleh kongsi ;) btul dak.. takpe kwn jek ngan sesiapa.. kwn2 aku tidak terhad sebangsa dan senegara jek ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin