Saturday 31 July 2010

Hampir 4 tahun berlalu

Aku tiba di Glasgow pada pertengahan bulan Januari 2007. Hari Ahad pada musim sejuk. Isninnya aku dibawa oleh seorang rakan ke University of Strathclyde untuk urusan pendaftaran dan berjumpa dengan 'supervisor'ku. Selesai mendapat bilik untuk belajar, urusan di jabatan dan pendaftaran universiti, aku diperkenalkan dengan 2 orang rakan berbangsa Malaysia di bilik yang berhampiran denganku.

Di situlah perkenalan kami bermula. Dia aku kenali sebagai Kak Izan. Memandangkan rumah kami juga berhampiran dan kami sama jabatan cuma berbeza kumpulan kajian.. Dia satu-satunya melayu/malaysia dalam kumpulan 'planning' dan aku pula antara 3 orang malaysia tergolong dalam kumpulan kajian 'information lab'.

Dulu biliknya seperti bilikku juga.. berkongsi 3 orang.. 2 malaysia dan seorang pelajar dari India. Di situlah aku sering menumpang solat zohor dan asar. Di situ juga aku sering melepak bila mahu makan tengahari atau minum petang atau kadang-kala teringin berbual sebentar. Selepas itu dia pindah ke meja terbuka dalam kelompok 'planning-group' berhampiran dengan meja pencetak warna dan hitam putih. Selepas itu rutin aku ke meja dia makin kerap.. kerana setiap kali singgah untuk mengambil cetakan pastinya aku akan berhenti seketika sekadar untuk bertanya khabar atau berbual-bual.. Ahh.. aku rindu akan semua kenangan itu.

Banyak juga yang kami harungi bersama.. Ketika buntu dan susah hati dengan pengajian dan kesulitan dalam menyelesaikan tugasan.. pada dialah tempat aku mengadu.. Kadang pada dia juga aku berbincang tentang fakta-fakta atau isu berkaitan dengan kajian.. Kadang sekadar meluah rasa apa yang tersimpan dalam hati aku.. Banyak juga yang kami lakukan bersama.. Teringat ketika aku diberikan ujian maha hebat pada tahun kedua aku di sini.. Dengan dia juga aku pernah menangis.. Ketika blog ini pernah dijadikan 'target' utama.. Pada dia juga aku luahkan rasa sedih aku.. dan dia juga menangis bersama dengan aku.. dan aku tahu.. dia pernah melakukan solat hajat untuk kekuatan semangatku.. Ah.. terlalu banyak kami lalui bersama.. Susah senang.. suka duka.. jerih payah..

Pada tahun kembaraku.. 2009.. bersama dia jugalah aku paling banyak mengembara.. Bermula dengan kembara ke St Andrew.. Dundee dan Oban.. Di ikuti dengan kembara ke beberapa negara Eropah.. Kami bersama ke Istanbul.. Kemudian ke Rodez & Toulouse Perancis, Andorra dan Barcelona Sepanyol. Kembara kami yang terakhir bersama ketika mengelilingi England & Wales pada bulan April yang lalu.

Bila sering mengembara bersama-sama.. maka kami lebih tahu tentang keluarga masing-masing.. Suaminya juga adalah rakan baik suamiku.. Rumahku dan rumahnya sudah terlalu biasa menjadi tempat lepak kami.. Makan minum tidur itu semua perkara biasa yang sering kami kongsikan. Tidak hanya hubungan sama jabatan di Universiti.. tapi juga hubungan keluarga yang juga erat antara kami.

Apa agaknya yang tidak pernah kami lalui dalam kehidupan di sini?? Bekerja sambilan.. menjadi orang kuat 'memasak' untuk kebanyakan aktiviti komuniti di sini.. Kalau dia diminta memasak.. biasanya nama aku akan naik bersama.. menjadi ajk untuk Sekolah Malaysia di sini.. Anak-anak beliau jugalah anak murid aku di Sekolah Malaysia Glasgow.. Aku mengajar Bahasa Melayu pada 2 orang anaknya.. Panggilan 'Auntie Lina' sudah sinonim untuk aku..

Semalam dia berangkat pulang ke tanahair.. Sebenarnya sebak dan kesedihan mengenangkan dia akan pulang telah aku rasakan hampir 2 minggu yang lalu. Terasa sungguh sunyi di jabatan bila dia tidak ada.. Tidak ada lagi dia yang aku sering nampak di ruangan terbuka itu.. Tiap kali mengambil cetakan pasti mataku akan meleret ke mejanya.. Kosong tidak berpenghuni.. Sedih sudah tentu.. tapi aku juga akur setiap pertemuan juga pasti punya perpisahan..

Selama 3 kali raya di sini.. rumahnya adalah rumah pertama yang wajib aku pergi setiap kali raya.. sama ada raya aidilfitri atau pun aidiladha.. Tahun ini?? Pastinya aku rindukan semua itu juga.. Solat raya bersama di masjid Al-Farouk.. menjamu juadah pagi raya.. semua itu pastinya takkan dapat aku lupakan buat selamanya..

Jika dia mengadakan jamuan di rumahnya.. pastinya akan ada aku sebagai chef kedua.. itu sudah biasa pada aku.. sama jugalah bila ada jamuan di rumah aku.. maka dia juga akan ambil alih sebagai chef kedua di rumah aku..

Malah blog ini juga dia sering mengikutinya.. saban hari dulu.. untuk melayan lagu-lagu yang berkumandang.. Hanya kini aku sudah mula jarang menulis.. dek kesibukan dengan pengajian di tahun akhir.. Apatah lagi mood untuk menulis tidak lagi serancak seperti dulu.. Aku mohon maaf andai pada mereka yang sering mengikuti blog ini sering rasa bosan kerana jarang sangat entri terkini yang aku selitkan.. Sebenarnya banyak perkara yang ingin aku tulis dan luahkan.. tapi pengalaman lama banyak mengajar aku.. kadangkala tidak semua kita boleh luahkan secara terbuka.. Adakalanya perlu kita tapis dan luahkan secara umum sahaja.. nantilah bila habis pengajian ini.. akan aku luahkan apa yang telah aku lalui.. cuma buat masa ini.. semua itu tidak boleh aku luahkan lagi.. masih banyak yang perlu dilaksanakan dan diselesaikan.

Dia kini dalam penerbangan pulang ke tanahair.. InsyAllah semoga persahabatan ini terus berkekalan hendaknya.. Terasa sungguh bila seorang demi seorang sahabat baik mula pulang ke tanahair.. tak mampu dihitung lagi.. dan sedikit sebanyak ia turut meninggalkan kesan mendalam pada aku.. InsyAllah.. aku tahu perjuangan harus diteruskan.. walau apa juga.. dan InsyAllah.. ada rezeki.. pertemuan.. dan panjang usia.. pastinya kita akan bertemu semula..

To Kak Izan.. All the best.. I'll always miss you.. and always cherish all the memories we had together and any future memories that we'll have as well..


"The rain may be falling hard outside,
But your smile makes it all alright.
I'm so glad that you're my friend.
I know our friendship will never end."
- Robert Alan-

We are friends and I do like to pass the day with you in serious and inconsequential chatter.
I wouldn't mind washing up beside you, dusting beside you,
reading the back half of the paper while you read the front.
We are friends and I would miss you, do miss you and think of you very often.
- Jeanette Winterson-

The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion,
who can stay with us in an hour of grief and bereavement, 
who can tolerate not knowing... not healing, not curing... 
that is a friend who cares.
- Henri Nouwen -

6 comments:

aNIe said...

Terasa keakraban dua sahabat antara iina dan Izan...smoga persahabatan itu kekal sehingga ke akhir hayat...

Iina teruskan berjuang...insyaallah tak lama lagi iina juga akan kembali bersama kejayaan yang dicita2kan...

iina said...

Kak Anie

Sahabat baik mmg susah nak cari.. tapi bila kita jumpa insyAllah susah senang juga bersama.. Amin kak.. terima kasih atas doa2 akak tuh ye ;)

zura aini said...

bestnya masing2 dah nak balik & jumpa kwn2 yg boleh dijadikan sahabat.

iina said...

Zany..

Thn lepas n thn nie jek dah 5 org kwn baik i balik.. thn dpn lg ramai.. terasa sungguh bila semua dah mula balik.. tapi syukur sebab dpt jmpa kwn yg betul2 baik sepjg saya kat sini ;)

faqir said...

ramai sudah balik....bila tinggal kita sorang2 tu...rase2 pelik tak??ihikss jgn mare kak ahahahha..lama x mlawak ngn ko kak...

iina said...

kwn2 sama akak ramai lg kat sini.. bkn akak jek malaysian kat glasgow nie tau.. beratus lagik.. tp kwn baik akak.. itu yg plg akak hargai.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin