Thursday, 26 August 2010

Walaupun kad ini murah harganya.. chip chip chip (bukan aku yang kata ok)

Semalam..

Balik dari universiti..

Masuk rumah ternampak ada sampul berwarna putih atas lantai..

Sekali imbas dah boleh agak mesti kad raya..

Tapi yang membuatkan aku sedikit muskil kerana ada alamat syarikat di belakang sampul itu..

Alamatnya di.. terpaksa dirahsiakan bahaya nanti kena saman (alamat penuh lak tuh)

Kepala mula mengagak siapakah gerangannya mereka yang bekerja di syarikat itu..

Aku pun fikir...


Fikir lagi..


Fikir lagi dan lagi..


...........................


............................


.....................


.................


.............


.......


Duduk lepak-lepak kejap..

Aku buka kad raya itu..

Jeng.. jeng...

Aku senyum.. sikit jek..

Selak kad itu depan belakang..

Aku senyum lebih sikit...

Buka kad.. sambil baca Bismillah

Baca..

Aku gelak perlahan-lahan kuat-kuat

Hahahahaa...

Yeyeyeyeye...

Aku seronok buat-buat seronok jek...

Aku seronok...

Amat seronok sambil pura-pura melompat..

Gelak aku makin kuat..

Ada sampul merah kecik lah..

Duit raya!!!! Wahh ini sudah bagus..


Terharu sungguh aku hingga menangis gembira sakan tak keluar airmata..

Terima kasih pada 2 sahabat baik yang sudi menghantarkan kad ucapan raya padaku..

Amatlah aku hargai dengan penuh kesyahduan..

Terima kasih juga kerana sudi memberikan aku duit raya..

Pertama kali aku terima duit raya tahun ini.. Best apa..

Tapi aku ada pertanyaan???

Adakah duit itu adalah wang besar hari bertuah hasil titik peluh mu hari itu.. wahai sahabatku..

Jika benar aku perlu frame duit itu sebagai tanda perhargaan..

Tapi aku ada pertanyaan lagi..

Boleh ke aku tanya lagi nie???

Kenapa sikit sangat duit kertas itu????


Kalau aku nak merayu minta tambah bolehkah??? Hehehehe


Jangan marah tau nanti cepat tua ;)

Terima kasih sekali lagi wahai KTS dan Juliet..

Kerana masih ingat sahabatmu yang jauh ini..

Terima kasih daun keladi..

Tahun depan bagi lagi ye.. dan tahun-tahun seterusnya ye..

Aku sentiasa setia menanti kad raya kalian berdua..

Terima kasih.. Terima kasih..

Aku sungguh gembira... sungguh gembira...

Tahun ini aku sudah terima 3 kad raya...


Dari kiri: Kad raya pertama dari Negeri Sembilan..
Terima kasih Kak Erna (kad ini istimewa sebab sampai hari pertama berpuasa )

Kanan : Kad raya dari UTM Skudai Johor.. Kiriman Kak Chik senior kami di Glasgow..
Terima kasih Kak Chik.. Terasa rindu nak beraya pukul 12 malam di rumah Kak Chik cam tahun lepas.

Tengah: Kad raya dari 2 sahabat baik KTS dan Juliet
Terima kasih sebab korang orang pertama bagi aku duit raya.. :)

Dah penat taip entri nie.. Yang belum hantar kad raya tuh.. 
Sila-sila lah hantar ye ;)

Tuesday, 24 August 2010

Mari mengira


Ye ini keje aku setengah hari ini..
Mari kita mengira ye..
Terjamin tidak menggunakan kalkulator digital..
Sungguh mencabar membuat kiraan ini..
Hehehehe..

Apa yang aku kira??
Biarlah itu menjadi rahsia.. ;)

Wednesday, 18 August 2010

Lemak berkrim.. Hanya untukku ;)

Sejak hari pertama berpuasa lagi..

Aku sudah mula berangan-angan untuk menghasilkan smoothie buatan sendiri..

Balik dari universiti.. Aku singgah farmfood, beli aiskrim dan yogurt..

Susu segar dah sedia ada dalam peti ais..

Bila dekat nak buka puasa dalam 5 min lagi.. Aku pun mula membancuh smoothie ini..

My smoothie creation


Aiskrim vanila, minuman yogurt dan susu segar

Campurkan kesemuanya ikut sukatan sendiri.. biasanya agak-agak penuh mug tuh..
Nak blend pun boleh terutama kalau tambah buah-buahan..
Tapi aku hanya kacau perlahan dalam mug..
Nak sedap lagi.. boleh tambah yogurt terutama yang ada sos strawbery tuh..
Nyum.. nyum.. nyum ;)

Selamat berbuka puasa ye ;)

Tujuan entri nie nak bagi jeles seorang kawan tuh..
Tak dapat rasa.. 
Dapat tengok pun ok kan kan kan ;)

Tuesday, 17 August 2010

Selamat pagi

Kabus awal pagi dalam perjalanan ke pergunungan Scotland,
19 Februari 2010.

Menghirup udara bersih di awal pagi
membangkitkan rasa nyaman sekali..

Terdengar kicauan burung yang menyanyi
membuatkan aku tersenyum sendiri

Terlihat si mentari menyinari
lantas tersenyumlah si kembang pagi
menguntum senyuman berseri-seri..

Salam bumi Glasgow.. Selamat pagi
Salam bumi tanahair malaysia.. Selamat tengahari

I love the sweet smell of dawn -
our unique daily opportunity to smell time,
to smell opportunity -
each morning being, a new beginning.

~Terri Guillemets-

A dreamer is one who can only find his way by moonlight,
and his punishment is that he sees the dawn before the rest of the world.

-Oscar Wilde-

My night has become a sunny dawn because of you
-Ibn Abbad-


Saturday, 14 August 2010

Dari jauh kami kirimkan doa


Semalam dapat berita 'uwan' di kg sedang sakit tenat..

Semoga Allah berikan dia kekuatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini..

Hanya doa yang mampu kami kiriman bila jauh di perantauan..

Hanya Allah sahaja yang Mengetahui segalanya..

Tiada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; 
dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya... 
(At-Taghabun: 11)

Tuesday, 10 August 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua yang berpuasa esok '11 Ogos 2010'

Semoga Ramadhan kali ini memberikan keberkatan buat kita semua..


Tahun ini kali ke 5 
Berpuasa dan berhari raya di perantauan..

Salam dari perantauan
CIS Department,
University of Strathclyde,
Glasgow Central, United Kingdom
10 August 2010


Friday, 6 August 2010

Mana lebih menarik???

Yang manakah lebih menarik perhatian anda??

Waffle beraiskrim cookie cream bersama strawberi & rasberri,
 hasil petikan tangan sendiri dari ladang yang segar..

atau

Kerusi meja cantik yang berbelang merah (warna senada) di belakangnya??



Jawab jangan tak jawab ok...



Majulah meja kerusi untuk negara
dan jangan lupa
Makanlah buah-buah tempatan ;)


Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Tuesday, 3 August 2010

Biasa atau baik??

Beberapa hari yang lepas, ketika sedang berjalan kaki menuju ke rumah seorang sahabat.

Dia bertanya padaku.
"Kenapa tiba-tiba nak ke rumah kawan ini? "

Aku pun jawab tanpa ragu-ragu.
"Kenalah pergi, kan malam nie malam terakhir dia kat rumah tuh, lagi pun kan dia kawan baik ina bukan ye kawan biasa jek"

Dia terdiam seketika. Tak lama dia bertanya lagi.
"Apa beza kawan biasa dan kawan baik?"

Aku jawab dengan selamba
"Cuba abg eja.. ada beza tak?" kataku sambil gelak-gelak.

Dia sengih pandang aku tapi soalannya tidak terhenti di situ. Dia tanya lagi..
"Abis kalau dah kawan biasa.. kan maknanya kita dah biasa dengan dia.. nama pun kawan biasa" Dia kata sambil gelak-gelak pulak.

Dalam hati aku.. nie kes nak perli ke apa nie.. tapi dengan gigihnya aku menjawab lagi
"Kawan biasa.. kita kawan dia biasa jelah.. buat cam biasa.. takde beza.. kalau kawan baik.. nama pun baik.. rapat.."

Dia tanya lagi.. (tak puas hati ler tuh hehehe)
"Abis.. kalau kawan biasa tuh dia tak baik ke?? Dia baik jugakan??"

Masa nie aku dah geram dah hahahaha... saja ler tuh kan nak menguji kesabaran aku.. lalu aku pun jawab
"Eh abang nie... banyak tanya pulak.." sambil aku jalan lebih laju tinggalkan dia kat belakang sikit hehehehe... sebab dah malas nak jawab soalan dia tuh..

Aku teringat kembali kisah lewat di petang itu tentang definisi kawan biasa dan kawan baik ketika melihat status FB seorang kawan baik aku semalam 'Apakah itu yang dinamakan sahabat??'


Sesiapa sahaja boleh berikan definisinya.. Sahabat.. kawan.. teman.. semuanya mempunyai makna yang sama.. Yang beza niat kita bersahabat itu.. dan mereka yang menjadi sahabat kita.. Tidak semua orang punya niat yang sama.. tidak semua orang punya tujuan yang sama.. tidak semua juga mampu kita jadikan sahabat, kawan atau pun teman.

Maka dalam ramai sahabat kita, kita sendiri pun akan mengolongkan mereka ikut kategori kita sendiri. Ada kawan baik, ada kawan rapat, ada kawan biasa, ada kawan tak biasa, ada kawan-kawan aje.. dan ada kawan tak kawan. Walau apa pun.. juga kita juga punya hak untuk memilih siapa kawan kita dan bagaimana kita nak berkawan dengan mereka. Kita juga ada hak untuk tidak berkawan dan menolak hubungan persahabatan andainya ia membahayakan dan merosakkan kehidupan kita.

Kadangkala kita akan bersedih bila dapat tahu ada orang tak nak berkawan dengan kita.. Yelah kalau boleh kita nak kawan dengan semua orang kan.. kalau boleh nak kawan biar berbillion.. biar berjuta-juta dan takde musuh langsung.. tapi manakan ada semua itu.. Kadang dalam sejuta kawan itu tak semuanya sanggup susah senang bersama.. senang memang nak bersama.. tapi susah.. bab yang ini tak semua orang sanggup nak sama-sama.

Aku dari dulu.. tak ambil kisah sangat soal siapa nak bersahabat dengan aku.. Siapa nak bersahabat.. aku sentiasa hulurkan salam persahabatan.. terbuka dengan sesiapa sahaja. Cumanya aku ini jenis observen sikit.. Pada aku tak ramai kawan pun takpe.. Yang penting kawan-kawan yang aku ada.. aku pelihara hubungan baik antara aku dan mereka.. Bergaduh.. selisih faham.. terasa hati itu memang perkara biasa.. Aku biasa juga terasa hati dengan kawan baik sendiri.. tapi sikap aku yang agak terus terang,. biasanya aku akan luahkan terus apa yang aku rasa tanpa segan.. Walau aku marah dengan mereka sekali pun.. Kalau aku rasa memang silap aku.. aku tidak pernah teragak atau segan nak minta maaf.. sebab walau semarah manapun aku pada mereka.. itu biasa.. tapi ia tak sedikit pun menguris rasa hati aku.. kecuali jika sudah melampau sangatlah..

Alah jangankan kawan baik sendiri.. kekasih hati.. atau suami sendiri pun kadangkala kita pun terasa hati juga.. kadang kita marah-marah juga.. kadang kita merajuk juga.. so pada aku benda ini biasa.. yang penting camna nak settlekan rasa terasa tuh.. selalunya aku ye pendekatan aku beritahu terus terang apa aku rasa.. tanya balik apa yang salah dan apa yang betul.. kalau aku salah aku minta maaf.. kalau diorang yang salah.. aku dengan selamba akan suruh diorang minta maaf dengan aku hehehehe.. ;)

Yang penting.. Dalam terasa hati itu selalunya aku cuba kawal untuk tidak terlalu simpan dalam hati.. dah luah.. dah beritahu.. yang lepas itu lepas.. yang sudah itu sudah.. kecuali andai perkara yang mereka lakukan itu menyentuh peribadi, maruah dan keluarga... Ini aku cukup pantang sekali.. walau mereka itu dah minta maaf.. takkan sesekali aku lupa.. dan harapan untuk menjadi sahabat baik.. memang takdelah.. setakat kawan biasa atau tak biasa itu bolehlah.. paling tidak kawan 'hi hi bye bye' je.. Sebab pada aku orang yang sanggup mempermainkan dan memperkatakan tentang maruah dan nilai peribadi seseorang manusia itu bukan seorang sahabat yang baik. Dia tidak tahu menghargai hubungan sesama manusia.. Jika mahu menegur sekalipun.. lakukan dengan cara terbaik.. berdepan dengan empunya diri dan bukan sama sekali mewar-warkan kepada dunia sambil mendabik dada mengatakan seseorang itu salah dan terus mencaci maki mereka.

Kadang orang yang berkata sedikit pun tak kenal peribadi kita.. tapi cerita yang disampaikan.. amat berbeza sekali.. Kadang bila melihat kita rapat dengan seseorang.. maka timbullah rasa dengki.. rasa irihati.. rasa tak puas hati kenapa dia berkawan dengan orang itu. Kena pula kawan yang ada kepentingan. Ahhhh.. ini memang sentiasa menimbulkan isu dan rasa iri. Aku dari dulu tak pernah kisah siapa yang aku berkawan. Pada aku tak perlulah aku ceritakan siapa kawan-kawan yang aku kenal dan baik. Tak perlu nak aku war-warkan peribadi dan status kawan-kawan aku. Yelah kadang tengok kita nie biasa je.. maka orang pun ingat kita nie orang kampung biasa.. Aku memang orang kampung pun ;). Aku tak pernah segan mengaku aku dari kampung.. Bukan gah sangat pun duk bandar kan.. Bila raya semua orang balik kampung kan kan.. Ada ke yang sebut balik bandar??? hehehehe

Teringat amarah seorang kawan baik aku dulu hingga dia pernah kata dengan aku tentang sikap sesetengah manusia "Mentang-mentang lah kita keje buruh jek kat sini.. apa ingat kita nie miskin hina dina sangat ke.. hingga sanggup tuduh macam-macam" Aku sendiri yang mendengar juga tersentak. Aku tak nafikan. Kadang orang memandang seseorang sebelah mata je.. Tengok baju..pakai.. berhiasan.. kereta.. dia dah terus jatuhkan status orang itu begitu begini. Kena pula jenis orang yang rendah diri..yang diam.. yang tak banyak cakap.. maka orang ingat mereka ini tergolong mereka yang takde apa-apa..

Biarlah.. orang nak berkawan dengan mereka yang berpangkat.. punya status.. punya harta.. punya gaji tinggi.. punya kepentingan.. tapi aku sedikit pun aku tak pandang semua itu. Aku nilai seseorang bukan daripada harta atau status yang dia ada. Tapi yang penting nilai dari peribadi mereka.. Susah senang.. Tolong menolong sanggup bersama..

"Apa beza kawan biasa dan kawan baik??"
Ada sesiapa nak tolong jawabkan ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin