Semalam ketika sedang enak menikmati minum petang di bandar Glasgow bersama beberapa orang rakan, kami turut membincangkan beberapa perkara yang sering menjadi ingatan dan kenangan pada mereka yang kami tinggalkan di tanahair.
Sebenarnya ingatan begini sering juga menjadi topik perbincangan kami.. Terutama bila semakin lama masa yang dihabiskan di bumi asing ini.. Semakin terasa jugalah ingatan dan kenangan yang jauh ditinggalkan.
Bila usia meniti pertengahan 30an dan menghampiri 40an.. Banyak sungguh perkara yang kini menjadi ingatan bila saban hari kita meniti hari-hari di sini. Mungkin juga kerana terasa asing berada jauh dari keluarga.. Rindu pada semua yang ditinggalkan dan tidak dapat bertentang mata atau bersama mereka yang kita sayangi menyebabkan kita sering teringat-ingat. Kadang mungkin juga kerana semua itu kini sudah ditinggalkan hampir 20tahun lebih.. kenangan dan ingatan itu semua seolah masih baru sahaja terjadi lewat masa itu.
Dulu ketika usia 20an.. ingatan begini tidak pernah pun terlintas di kepala.. Langsung tidak pernah pun ingat untuk mencari rakan-rakan lama.. atau mungkin ingin mencari sahabat yang dulu pernah rapat.. Tapi bila semakin meniti usia.. jiwa menjadi semakin sensitif.. semakin terasa.. Ini turut dirasai saban waktu..
Apatah lagi pada insan-insan yang telah lama pergi yang pernah rapat dengan kita.. Baik ibu ayah yang telah lama dijemput ilahi.. Baik saudara-mara.. baik sahabat handai yang pernah rapat ketika zaman sekolah dulu.. Semua ini seolah sering menjadi mainan ingatan ketika rasa rindu datang bertandang di sanubari.
Aplikasi 'facebook' kini sudah banyak menemukan kita dengan sahabat-sahabat lama.. zaman sekolah.. zaman remaja.. zaman universiti.. zaman kerja.. Adakala perjumpaan dapat diadakan untuk pertemuan demi pertemuan.. tapi adakalanya sekadar bertegur sapa mesra di muka aplikasi itu sahaja.
Bak kata seorang sahabat.. "Itu namanya kita dah nak semakin tua"... Takpe biar tua pada usia.. asalkan muda di hati ;)
Hakikatnya kita semua pasti akan mula berfikir tentang masa depan.. Tentang apa yang perlu kita lakukan dalam kehidupan seterusnya.. Apa yang mahu kita capai dalam kehidupan.. Matlamat atau hasrat yang masih mahu dicari.... Mahu dimiliki.. Ketika berada kedudukan usia yang agak stabil.. dengan kerja yang sedia ada.. dengan kewangan yang agak stabil.. Adakalanya.. ini turut menyumbang pada rasa-rasa begini..
Aku masih bercuti easter hingga Isnin.. Cuaca pun tak sejuk sangat.. Cuma tak tahan bila angin sejuk mula bertiup jek.. Selain itu aku masih menunggu dapur aku disiapkan.. Buat masa ini memasak terpaksa berkejar di antara dapur dan ruang tamu.. Chef utama cuti sementara beberapa hari ini ;)
10 comments:
teringat masa duduk di hostel, berpuasa dengan kawan2 sebilik... bangun sahur masak bubur dan makan dengan ikan bilis yang my mom dah siap gorengkan dah pos dari perlis ke kl hehehe
menghambat kenangan menghitung sebuah keterlewatan..mengejar bayang2..menangis sendirian..tak terluntur kenangan indah..
salam iina..pertama kali menulis disini..menarik isu yang ditulis ni..dulu akak juga melalui fasa itu..sekarang usia dah semakin meningkat..lain pulak yang dfikirkan..
akak suko bilo kau cakap "bia tuo usio tapi mudo di hati'. Haha.. macam kono yo kek den.
Hidup mesti ceria kan! tu yang buek awet mudo kehkeh...
aku pon terasa yg aku semakin tua la skrg nih... makin sensitip oo.. huhuhuhu...
takpa takpa.. yg penting.. jiwa muda.. kehkehkeh.. (pon aku rasa kekadang aku terlebih tua dari umur.. huhuhu)..
yang indah tetap hidup dlm kenangan :P
dapur rosak kena air haritu ke?
iina...jgn ler kata iina dah tua...nanti akak jadi antik...hahaha
Lady
Kenangan zaman sekolah mmg best bila diingat2 blik ;)
faqir
;) jiwang lak ko petang2 nie
Kak Erna
ye kan bila mkin bertambah usia, mkin kita terkenang kisah2 dulu. Rasa masa berjln cepat jek. Bebudak pun dh mkin besar pjg.
Kak Pah
hati mosti mau mudo kak. Usia hanya no jek. Yg penting tubuh bdn kita jaga sihat walafiat. Bykkan amalan.
Tiny
Yelah setiap thn mkin tua pe umur mkin bertambah. Gaya hidup pun kena sesuai ngan umur. Tp kat sini klu bergaya muda xde siapa dpt agak umur kita. Aku selalu diorg ingat baru 20an wakakah perasan jap.
Juliet
Ahah ganti siling dapur yg bocor ari tuh. Kenangan mmg sentiasa kekal indah bila dikenang.
Kak Anie
Akak maintain muda apa. Brg antik mahal harganya kak. Hehehe. Xleh cari ganti ;)
Hello Iina, my bahasa da la karat or rusty, but from what I gather or fikir re your posting, its about age?
Age is an issue of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter.
Nobody grows old merely by living a number of years. We grow old by deserting our ideals. Years may wrinkle the skin, but to give up enthusiasm wrinkles the soul.
And you are as young as your faith, as old as your doubt; as young as your self-confidence, as old as your fear; as young as your hope, as old as your despair.
My wife always says I have never grown up, ha ha.
Best regards, Lee.
Uncle Lee
Part of it about age.. and part of it also about memories that we leave behind.. When we age year by year we realise that we miss more and more things that we been thru in past years.. In younger age we never think about those memories.. just like all the past memories that u always wrote in yur blog.. Sometimes when my friends and I get together.. we more and more talk about the past memories.. things that we miss.. things that we always cherise and sometimes things that we want to achieve in the future..
Thanks for the advices.. Eventhou u never grow old.. hati janji mau muda selalu.. hehehehe.. age just a number.. but the attitude shud suit the age as well ;)
Take care yeah..
Post a Comment