Thursday 12 July 2007

Rumahku Syurgaku

Semalam sewaktu hendak melelapkan mata.. tetiba teringat rumah di Behrang 2020.. Al-maklumlah hanya sempat duduk sebulan sahaja.. siap buat kenduri doa selamat jemput rakan-rakan kerja datang.... teringat mak dan ayah yang kerap menceritakan rumah yang dah penuh dengan pokok keliling rumah.. rumahku semi-d adalah lebih kurang 5 kaki tanah untuk tanam pokok.. ayahlah yang paling rajin menanam.. dah penuh agaknya tepi rumah tu.. entah bagaimana agaknya rupa rumahku kini.. kak ramlah penah email beritahu yang dia hairan melihat rumah aku.. sebab dah penuh dengan pokok.. dan pokok-pokok itu pun tak layu.. emmm memanglah ayah yang rajin ke Behrang.. dari Banting memandu hampir 2 jam ke Behrang.. dulu aku yang sering ulang alik setiap 2 minggu atau seminggu balik ke kampung.. begitulah pengorbanan seorang ayah untuk anaknya.. aku hargai sangat-sangat apa yang telah keluarga aku lakukan..

Teringat juga rumah di kampung Banting, Selangor dan rumah mertua di Jelebu N9. Hai.. tetiba pulak teringat kampung.. saja kot semalam fikiranku melayang kejap ingat kampung..
Maklumlah dah lama tak balik kg.. maybe aku rindu kot.. dulu bila boring dan tension2 .. balik kg dapat menenangkan fikiran.. sekarang bila tension.. aku hanya window shopping kat bandar glasgow.. itu jelah caranya nak lepaskan tension..

Rumahku di sini kecil sahaja.. flat 4 tingkat berada di tingkat yang paling atas.. memang tiap kali naik tangga siap kira anak tangga.. tak pun kira bilangan tingkat.. dah sampai ke belum hehehe.. camna ler gayanya aku nak kurus sikit nie..

Rumah kecik je.. 2 bilik.. tapi oklah untuk kami berdua.. bukan apa tak larat nak mengemas umah.. besar-besar sangat pun.. nanti aku juga yang kena kemas..

Sudahlah bgn je kena masak sarapan.. siap2 bekal.. pastu ke universiti.. balik.. masak lagi mkn malam.. pakwe biasalah balik2 je.. soalan standard.. masak apa ari nie ... tak yah tanya dah tau dah.. Camtulah hidup seorang isteri.. merangkap pelajar.. kat universiti dah penat satu hari dengan study.. sebelum ke uni.. masak dan kemas umah mana yang patut.. balik dari uni pun sama juga sambung kemas dan masak.. malam.. sambung lagi study.. begitulah hidup sehari-hari.. tapi adakala dapat juga mengelat.. tak masak.. suruh pakwe ler masak.. tandori ke steak ke.. terpaksalah kadang dah boring masak dan xtau apa lagi nak masak ;)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin