Thursday 12 July 2007

BBQ

Sekarang sudah masuk musim panas... dan kebanyakkan komuniti malaysia di sini mula sibuk ber bbq.. dah 2 bbq yang aku pergi.. satu bbq sempena mesyuarat agong kelab UMNO Glasgow.. cuaca baik pada hari tersebut.. bila petang hujan turun dengan lebatnya.. bbq nie cam boring sikit.. dapat merasa makan ayam dan daging seketul je kot.. sebab ramai.. sebab semua komuniti malaysia dari govanhill, pollokshield, charles street datang.. so ramai juga yang join sama.. dah ler tu.. toilet pun jauh.. masa nie bbq dalam musim bunga.. nampak panas tapi masih sejuk lagi..

Bbq kedua.. bbq komuniti Govanhill.. komuniti malaysia di tempat aku tinggal.. hari tersebut.. tengahari lagi dah hujan lebat.. nak bersukaneka pun dalam hujan.. anak-anak masa nie apa lagi ambil peluang mandi hujan., semua basah kuyup termasuk ngan mak bapak sekali..

Memang puaslah makan sampai kenyang.. apa taknya.. aku tukang bakar bbq.. sambil bakar.. sambil ngap2 sekali.. puas hati betul.. leh makan puas2.. bbq yang dulu tak dapat rasa ayam dan daging sangat.. kali nie siap reserve tepi mana daging & ayam.. siap ngan pakwe sekali main chop2 daging steak.. mentang-mentang isteri dia yang tukang bakar.. ambik kesempatan betul.. hehehe..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin