Monday, 10 September 2007

Ke Edinburgh

Sempena ulang tahun perkahwinan.. kami ke edinburgh.. sajalah berjalan-jalan sempena Edinburgh International Art Festival.. Lama dah tak ke edinburgh.. dah dekat 6 bulan kot.. Saje menjejak kembali kenangan lama.. lagi pun musim bunga masa nie.. so seronoklah bergambar di princess garden..


Tuesday, 28 August 2007

Pindah ke Rumah Baru


Ahad lepas aku berpindah ke rumah baru.. penat juga mengemas dan mengangkut barang-barang.. seminggu nie aku masih berulang alik dari rumah lama ke rumah baru.. masih belum abis mengemas lagi.. alhamdullilah barang-barang tak banyak lagi.. tapi seronok sebab rumah pun luas dan tuan rumah memang buat baru semua






Tuesday, 14 August 2007

Perjumpaan dengan MSD

Ahad lepas 12hb August 2007, perjumpaan dengan wakil dari MSD (malaysia Student department) Pn. Azimah datang daripada Manchester.. Biasalah berjumpa untuk mengetahui perkembangan masyarakat malaysia di Glasgow.. dan juga beberapa perkara berkenaan dengan Sekolah Masyarakat Malaysia Glasgow yang akan memulakan pendaftaran pada sabtu 18hb ini..

Aku terlibat untuk buat modul dengan perbengkelan untuk guru-guru... maklumlah dari UPSI kan so kena tolong untuk buat rancangan mengajar dan modul P&P.

Lawatan ke Stoke-on-Trent

Rombongan ke stoke.. apa lagi sesi beli belah pinggan mangkuk ler..







ke London

Minggu lepas ke london.. tak lama hanya sekadar 3 hari dan 2 malam.. kebetulan pakwe ambil cuti panjang.. dan dia ajak berjalan ke london.. patut stay sehingga ahad.. tapi.. terpaksa balik semula ke glasgow kerana ada rombongan ke stoke dan perjumpaan dengan MSD dari London..

Seronok juga berjalan di sekitar london.. sampai pakwe tak larat dah nak berjalan lagi.. seronok sebab sampai pukul 11 malam pun kedai2 belum tutup lagi.. betul-betul seperti suasana di KL.. aku stay di Berjaya Eden Park Hotel di Bayswater.. seronok kawasan situ.. banyak kedai-kedai halal.. souvenier.. ada shopping mall.. dekat dengan tube bayswater dan queensway..






Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin