Wednesday, 9 September 2009

Iftar di Masjid


Bermula Isnin yang lalu, aku jejaki semula masjid utama di bandar Glasgow.. Sengaja kunjungan ke sana dibuat bila memasuki pertengahan Ramadhan, apatah lagi waktu berbuka puasa kini menghampiri ke pukul 8.00 malam berbanding 8.30 malam pada hari pertama Ramadhan.

Sepanjang 2 minggu berpuasa.. rasanya tempat aku beriftar juga pelbagai.. sudah tentu banyak di rumah sendiri.. tapi boleh dikatakan sebahagian minggu itu di rumah sendiri dan selebihnya di rumah rakan-rakan. Kadang jadi rindu untuk berbuka di rumah sendiri sambil menonton tv.. walaupun tidak ada rancangan 'Nur Kasih', 'Jejak Rasul', 'Rumah Kedai', 'Cerekarama' dan pelbagai rancangan drama di tanahair sana, namun rancangan tv di UK ini juga tidak ada kurangnya apatah lagi menyaksikan rancangan 'X-Factor' & Xtra Factor' dan pelbagai movie di rangkaian sky movie.

Terasa berbeza berbuka di Masjid Utama kemarin.. Hanya aku dan rakan sahaja di kalangan bangsa Malaysia di masjid itu. Berbeza sungguh dengan tahun-tahun lepas.. sesi berbuka puasa di 'central mosque' itu meriah dengan kehadiran rakan-rakan. Aku pasti antara penyebabnya kerana waktu berbuka puasa yang agak lewat malam menyebabkan ramai lebih selesa berbuka di rumah atau di masjid Al-Farouk yang berhampiran rumah.

Tempat makan untuk kaum wanita juga hanya sebaris sahaja.. dan bilangannya juga tidak ramai, dalam lingkungan 20 orang sahaja.. dan lauk yang biasa.. Briyani ayam dan kari kambing.. Selalunya hidangan kari kambing ini sentiasa menjadi 'target' kami tiap kali ke situ. Selalunya kari ayam bersama nasi briyani adalah perkara biasa.. air juga hanya air kosong.. Berbuka di masjid di sini tidaklah semewah seperti ditanahair yang meriah dengan kuih muih dan lauk pauknya.. berbuka sedikit dengan buah kurma, buah-buahan dan air kosong. Lalu solat maghrib berjemaah dilakukan. Selesai solat barulah kami akan bergerak menuju ke dewan yang terletak bersebelahan dengan tempat letak kereta. Tahun ini dewan ini digunakan bagi menampung bilangan orang ramai yang datang berbuka di masjid. Agak sejuk lantai dewan itu. Lantainya mempunyai garisan-garisan untuk acara permainan dalam dewan. Berbeza dengan dewan yang digunakan pada tahun lepas yang berkapet nipis dan mempunyai sistem pemanasan yang selesa.

Walaupun begitu.. hidangan berbuka masih juga dinikmati dengan seadanya.. walaupun agak kesejukan tapi masih seronok kerana dapat berbuka bersama rakan-rakan. Kadang terbit juga bayangan rakan-rakan yang sering hadir berbuka puasa pada tahun-tahun lepas. Sesetengah mereka, ada yang sudah pulang ke tanahair.. Padaku.. tahun ini menyaksikan aku akan berbuka dan berhari raya kali terakhir dengan rakan-rakan rapat. Mereka akan pulang pada awal tahun depan.. andai ditakdirkan aku masih berada di Glasgow pada syawal tahun depan.. pastinya aku sendiri juga tidak tahu akan berbuka lagikah di masjid itu.. kerana sahabat baik yang sering ke sana bersama sudah tidak ada lagi di Glasgow.

Semalam pula kami iftar di SUMSA, surau universiti strathclyde. Ramai juga rakan-rakan senegara yang ada di situ.. meriah sekejap sesi iftar semalam.. masing-masing ada yang membawa potluck.. dan juadah juga pelbagai.. cuma nasi tidak ada kuah seperti kebiasaannya.. Pada aku inilah kali pertama beriftar di situ selama hampir 3 tahun di Glasgow. Selalunya setiap tahun aku lebih cenderung ke Central Mosque.. kerana ruang solat yang lebih besar.. dan kemudahan pengangkutan yang lebih mudah.

Satu pengalaman yang menarik semalam.. hanya kerana juadahnya yang ringkas dan lebih banyak kuih muih.. menyebabkan ada sesetengah anak rakan yang tidak kenyang sangat kerana bukan selera mereka.. biasalah.. dah orang melayu nie.. apa juga mesti nak nasi dan lauk.. mana cukup jika hanya makan nasi tanpa sebarang lauk pauknya.. Hingga kedengaran kata-kata seorang rakan semalam..

"Kalau hari-hari makan camnie.. boleh kurus"

Aku yang mendengar tergelak tanpa boleh ditahan-tahan lagi ;).. Harus dicuba itu.. kot-kot berjaya..

Hari ini.. rakan sudah mula mengajak beriftar di Central Mosque lagi.. walaupun hanya nasi briyani dan lauk kari.. dan air kosong tanpa kuih muih.. tapi sudah mencukupi bagi kami.. rakan juga sudah mula berpesan untuk membawa potluck juadah kuih muih.. Insyallah..

Ramadhan & Syawal tahun ini bakal menyaksikan pelbagai kenangan yang akan tercipta lagi..

Tuesday, 8 September 2009

Raya?

Banyak sungguh perkataan yang berkaitan dengan raya..

Bunga raya..

Jalan raya..

Lebuh raya..

Balai raya..

Amanah raya..

Kaya raya..

Pudu raya..

Bandaraya..

Masjid raya..

Hantu raya.. eeee.. tatutnya..

Merdeka raya..

Hari raya..


Baju raya..

Tudung raya

Mercun raya..

Meriam raya..

Kuih raya..

Duit raya..

Kad raya..

Aku tak nak benda lain..

Aku nak 3 benda yang terakhir tuh jek..

Ingat tau.. Pesanan istimewa nie ;)

Mungkinkah akan ada kad raya istimewa tahun ini??
Atau mungkinkah aku sudah dilupakan??


Sunday, 6 September 2009

Pendaftaran SMG 2009/10

Sesi persekolahan Sekolah Malaysia Glasgow (SMG) sudah bermula..




Semoga semua guru-guru akan tetap bersemangat mendidik anak-anak bangsa Malaysia..

Saturday, 5 September 2009

Iftar; Break fast


Kemarin aku singgah ke rumah seorang rakan dengan hajat untuk memberikan murtabak hasil tangan sendiri.. Mulanya sekadar mahu singgah seketika.. lantas aku diajak berbuka puasa bersama mereka.. Memandangkan jarak rumah kami yang hanya berselang 4 pintu sahaja.. Maklumlah sudah dekat menjadi jiran tetangga.. Aku terima ajakan itu dengan tangan terbuka.. Segan tidak ada dalam kamus hidup aku antara aku dan dia.. yelah rumah aku pun dia dah biasa tidur makan.. apatah lagi rumah dia hehehe..

Berbuka alah kadar.. biasalah berbuka di perantauan begini.. walaupun kedengarannya seolah sedih berada jauh dari tanahair.. takde pasar ramadhan.. tapi pada aku kemeriahannya lebih-lebih lagi dari di tanahair.. Hampir setiap minggu ajakan berbuka puasa di rumah rakan-rakan adalah perkara biasa.. kadangkala aku sendiri buat berbuka puasa.. yang datang kadang lebih 10 keluarga.. dan seperti tahun-tahun lepas.. terlintas juga untuk mengajak rakan-rakan yang lain.. tapi bila dihitung-hitung semua.. menghampiri 20 keluarga semuanya.. bukan apa.. semua itu rakan-rakan seuniversiti.. sekerja.. AJK kampung.. cikgu-cikgu SMG.. nak buat berperingkat-peringkat aku malas.. lagipun bila ada acara berkumpul beramai-ramai begini inilah peluangnya untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang masing-masing sibuk dengan urusan belajar dan kehidupan..

Tahun ini jiran tetangga sekitar blok rumah aku juga bertambah.. aku ada 4 jiran baru.. semuanya berdekatan.. dulu di blok itu hanya rumah aku sahaja.. kini.. sudah bertambah 4 keluarga dalam tempoh 2 bulan ini sahaja.. malam raya bertakbir juga akan meriah sama.. nak beraya pun apatah lagi.. lepas rumah aku.. boleh ke rumah jiran-jiran yang berdekatan..

Berhari raya juga meriah.. amat meriah.. dari satu rumah ke satu rumah.. bermula lepas solat raya.. tamat hingga ke tengahmalam.. bayangkan di sekitar sini sahaja ada 45 46 keluarga melayu.. untuk ke semua rumah itu memang tak sempatlah.. kadang dah pergi ke 10 buah rumah perut dah mula terlalu kenyang.. tapi kaki tetap juga melangkah berkunjung ke rumah rakan-rakan yang lain..

Itu belum lagi rakan-rakan di kawasan kampung yang lain.. kadang dalam masa 1 hari sahaja jemputan berbuka puasa sampai 5 6 rumah.. seperti tahun lepas.. hampir setiap minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka.. tahun ini?? walaupun ramai yang menjangkakan sambutan agak kurang meriah kerana ramai yang balik ke tanahair.. tapi buat masa ini hanya 4 keluarga sahaja yang ada di sana.. bakinya masih dalam lingkungan 40 buah keluarga.. Cuma.. minggu pertama berhari raya, ramai rakan-rakan mengambil peluang tambang murah untuk bercuti keluar negara.. menjelajah negara-negara europah.. Malah ada 2 keluarga juga yang akan beraya di London.. Aku?? masih setia untuk beraya di Glasgow.. apatah lagi ada beberapa rakan rapat akan menyambut raya kali terakhir di Glasgow.. tahun hadapan mereka dah pulang ke tanahair..

Inilah nikmatnya beraya dirantau orang.. walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara.. tapi kehadiran rakan-rakan dan sahabatlah yang menjadikan suasana meriah dan seronok.. Pakwe pun sudah mengambil cuti panjang untuk raya tahun ini.. dapatlah kami beraya bersama tanpa terkejar-kejar.. dan minggu pertama berhari raya itu juga pastinya penuh dengan pelbagai agenda harian..

Walaupun tidak ada juadah berbuka puasa di pasar ramadhan.. dan majlis berbuka puasa di hotel-hotel.. cukuplah dengan jemputan berbuka puasa ke rumah rakan-rakan.. sudah cukup memenuhi rutin harian kami.. sejak hari pertama berpuasa.. alhamdullilah.. sudah ada jemputan berbuka puasa.. Seronok kerana dapat berbuka dengan rakan-rakan rapat..

Yang di Malaysia takde yang nak menjemput berbuka puasa?? KTS?? Juliet?? Kak Pah?? Ara?? ;) Janganlah malu-malu ya..

Tuesday, 1 September 2009

Teruslah mencintai


Bangun tidur awal pagi tadi.. seperti biasa mata akan mencari telefon bimbit yang diletakkan di tepi katil. Mulanya ingin melihat waktu ketika itu.. tapi yang tertera di skrin adalah satu peringatan tentang tarikh yang cukup istimewa.. Serasa baru sahaja dilalui detik waktu itu..
Tak sangka masa sudah berjalan dengan pantasnya..

Semoga berterusan rasa untuk terus mencintai..
Selagi rasa jiwa cinta..
Masih kukuh rasa di hati..
Walau apa jua dugaan cabaran ditempohi bersama..
Wahai hati keduanya teruslah bersemi..
Dulu.. kini dan buat selamanya..

Selamat ulang tahun..
Moga diberikan kurnia bahagia dan gembira..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin