Friday 21 October 2011

Kalian sentiasa dalam ingatan

Salam Pagi Jumaat..

Terpanggil untuk berbicara setelah blog ini hanya sering berbicara 'photo' untuk sekian lama.. Terdetik untuk berbicara juga bila kakak kesayangan 'Kak Erna' mula bertanya.. kenapa dah lama tidak berbicara dan bercerita..

Mungkin ada yang sedia maklum dan mungkin juga ada yang tidak tahu.. Kesibukan aku dengan tugasan pengajian sebenarnya memang banyak mengambil masa aku.. Cuma aku sentiasa ingat untuk update blog ini selebih-lebihnya sekali seminggu.. Kadangkala bila kesibukan turut diharungi dengan mood serta emosi yang cukup meletihkan kadang aku sengaja tidak update... Setiap hari aku pasti singgah ke sini.. kadang sekadar membiarkan lagu-lagu di blog ini membuai dan mendendangkan aku.. kala aku sibuk membuat tugasan atau ketika aku berehat santai seketika...

Teringat juga komen sahabat baik 'Tiny'.. Aku memang dah lama TAK bercerita di sini.. Lebih selesa aku letakkan gambar-gambar yang aku ambil sebagai penganti diri.. Itupun aku dah lama tidak keluar mengambil gambar sekitar sini.. Musim gugur kali ini.. Dedaunan dah banyak gugur.. Aku masih belum ada sekeping pun gambar musim gugur kali ini.. Hujan yang turun saban hari.. ditambah dengan suhu yang kini kekal di bawah 6 darjah.. banyak membantutkan mood untuk keluar mengambil gambar.. rindu sebenarnya.. tapi kekangan masa aku membuatkan aku terpaksa lupakan hasrat-hasrat kecil sebegitu.. Yeah.. mungkin nanti bila ada masa terluang pasti ada yang akan aku kongsikan... Sudah lama aku teringin menukar gambar header blog ini...

InsyAllah.. Bila ada kelapangan masa.. Pasti akan bertukar header yang baru.. diam tak diam.. tak lama lagi salji pun akan turun lagi...


Aku sentiasa doakan kalian semua dalam kesihatan yang baik..
Diberikan dan dipermudahkan segala urusan kalian...
Sentiasa gembira dan tenang sentiasa..
Jaga diri dan senyum-senyum selalu...

Dedaunan yang gugur
'Autumn' 2010
Location : Queens Park, Glasgow

16 comments:

Acik Erna said...

Alhamdulillah..walaupun sebaris ayat....janji dapat membaca coretan iina..
semoga jugak tidak terganggu tugasan iina..terima kasih iina.

Cikgooden said...

yang penting setel dulu perkara yang wajib di setelkan dulu itu..

Kak Long said...

cepat-cepat tamatkan study dan balik ke sini. Selamat berjuang!

iina said...

Kak Erna

Sama-sama kak ;)

iina said...

Cikgooden

InsyAllah doa2kan ye

iina said...

Kak Long

InsyAllah ;) Aminn

Kak Mahh said...

Coretan tetap dibaca sambil mata tak jemu melihat gambar menarik di sini.

MasZuber said...

cantik!!!!

keep writing when possible k :-)

absolutely emy said...

cantiknyer.. utamakan yang penting dulu.. tapi sekali sekala tu.. amik ler gambar.. hehehehe...

peah @ peps said...

...cantikkk...autumn...kasi post sehelai dua daun...:)


Old Trafford Stadium, Manchester

ibundo said...

salam na.
Kek sini daun gotah yo yang banyak gugur. Tu pun orang kek kampung yang dapek nengok.
Ekau bizi.. dah tontu sobab nak ngabihkan kojo. Kpah ni bizi tah apo yang dibizikan tak tau lar. lamo tak jongok kau kek sini. Lamo tak jongok yang lain2 gak. Mood pun macam dah tak semeriah dulu.
apa-apapun, akak doakan kau sehat dan tabah mengabihkan kojo yang wajib dikojokan.

Lee said...

Hi Iina, this is a great shot! Love the depth and perspective.
I'm wondering how you took this shot? On your knees?
Your Fall colours are very nice....
You keep warm, ya.
Lee.

Kaktiny said...

"EHEM!!"..


...peace....


hehehehehe...

iina said...

Kak Zmah

Terima kasih ye..

MasZuber

Will do dear.. InsyAllah..

Emy

Dah rasa tepu kepala nie sebab hidup dgn programming dah sebln nie.. rasa nak ambik angin ambil gbr tp cuaca pulak xbest asyik hujan n sejuk jek skrg nie

Peah

Banyak daun ye.. sehelai dua cukup ke ;)

Kak Pah

InsyAllah kak... Amin...

Dedulu potg2 selalu lah sapu daun rambutan.. nangka cempedak.. jenuh nak menyapunya..

Uncle Lee

Yeah Autumn already here.. but feel like winter now.. yup on my knee.. cuma belum mahu baring jek hehehehe ;)

You too have a nice day yeah

Tiny

Peace ;)

tasekM said...

aku suka gambar tu beb..



.

iina said...

tasekM

Thanks ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin