Tibalah hari dan masa yang ditunggu-tunggu.. Selepas tayangan filem kedua 'New Moon' pada bulan November 2009, kini tibalah pula tayangan filem ketiga 'Eclipse'.
Mungkin ada yang mengatakan aku nie peminat fanatik atau istilah ye 'Twi-Hard'. Semuanya bermula dengan 4 buah buku twilight saga.. Aku akhirnya 'fell head over heels' dengan buku-buku siri tersebut.
Malam tadi aku menjadi antara jutaan peminat-peminat siri ini turut sama menonton filem ini yang buat pertama kalinya ditayangkan di seluruh UK. Tiket tayangan tengah malam menjadi milikku setelah tempahan awal dibuat secara online. 4 buah skrin disediakan untuk tayangan awal filem ini dan mulai 9 Julai filem ini akan ditayangkan sepenuhnya di UK.

2 tiket dewasa 'Eclipse' pada 3 Julai 2010 waktu 12.01pagi,
Cinema Odeon Glasgow Quay,
Screen 1, seat G 24 & 25
Cinema Odeon Glasgow Quay,
Screen 1, seat G 24 & 25
Tepat pukul 12.30 malam, filem ini mula ditayangkan. Bagi mereka yang sudah membaca buku 'Eclipse' kebanyakan kami sudah tahu jalan cerita filem ini. Melihatnya di layar putih lebih kepada visualisasi setiap watak-watak, peristiwa dan kisah cinta di antara Edward, Bella dan Jacob.
Filem ini dimulakan dengan babak dalam hujan lebat, seorang remaja lelaki berasal dari 'Fork' dikejar oleh seseorang dalam bentuk bayang-bayang.
Diikuti dengan kata pembuka dari Bella yang membacakan sajak dari Robert Frost.. Fire and Ice
Some will say the world will end in fire,
Some say ice,
From what I've tasted of desire,
I hold with those who favor fire.
But if it had to perish twice,
I think I know enough of hate
To say that for destruction ice
It also great
And would suffice.
Hampir kebanyakan babak-babak penting yang diceritakan secara terperinci dalam buku tersebut ada dalam filem tersebut, cuma sedikit perubahan dilakukan pada beberapa babaknya.. seperti babak lucu antara Edward & Bella yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini tidak ada..
Dalam filem ini, adegan Bella lari mengikut Jacob menaiki motor terjadi selepas berlaku konfrontasi antara Edward & Jacob sekembalinya Edward & Bella dari Florida selepas melawat mak Bella. Sedangkan dalam novel asal, Bella lari mengikut Jacob pada waktu yang berbeza ketika Edward pergi memburu dan Bella tinggal dalam jagaan Alice.
Satu lagi babak yang tidak diketengahkan dan aku rasa penting dalam buku itu ialah ketika Bella bertemu dengan Jacob selepas dia mengalami cedera parah (patah tangan kanan) akibat peperangan antara mereka dan 'newborn vampire'. (Pernah aku jadikan entri di sini).
Jacob membuat pengakuan (dengan mengambil contoh kisah raja Soloman dan 2 orang wanita yang berebut seorang bayi).. bahawa kasih sayang dan cinta itu tidak bermakna bahawa mencintai kita seharusnya memiliki tetapi mencintai dan menyayangi juga bermakna dengan melepaskan pergi.
Jacob mengatakan Edward seperti dadah buat Bella dan mengetahui bahawa Bella tidak mampu hidup tanpa Edward. Dia boleh menjadi sesuatu yang lebih sihat dari dadah itu..
Bella mengakui bahawa Jacob adalah sebuah matahari peribadi buatnya. Jacob mampu mengimbangi kepulan awan dan matahari itu sebaiknya. Dia akan sentiasa mengingati Jacob sebegitu.
Namun Jacob mengetahui dia mampu menghadapi kepulan awan-awan itu.. tetapi matahari itu tidak mampu menandingi 'gerhana' yang hadir.
Pada aku di sinilah tajuk 'Eclipse' itu sebenarnya ditonjolkan.. kenapa buku ini dinamakan 'Eclipse' dan mengapa perkataan gerhana dipilih mewakili keseluruhan buku itu. Seperti 2 buah buku sebelum ini, Stephenie turut menonjolkan dan menjelaskan dalam bukunya kaitan antara tajuk 'twilight' dan 'New Moon'. Ini adalah sesuatu yang aku dapati amat menarik tentang buku-buku twilight, penjelasan sebegini memberikan intipati yang cukup istimewa mengapa buku-buku itu diberikan tajuk sedemikian.
Sayangnya.. babak dan ayat-ayat ini tidak ditonjolkan langsung dalam filem ini. Hanya sekadar kata-kata Bella 'Until your heart stop beating' mengakhiri pertemuan Bella dan Jacob ketika itu.. pada aku cukup meninggalkan kesan tetapi tidak seperti ayat-ayat asal dalam buku berkenaan.
Keseluruhannya.. Aku tetap berpuashati dengan filem ini terutama dengan kesan-kesan khas antara 'wolf' dan 'newborn'. Pelakon-pelakonnya membawa watak mereka dengan unsur-unsur kematangan. Yang agak ketara adalah wajah Edward yang kelihatan lebih matang dari 2 filem sebelumnya.. Malah beberapa sesi temuramah antara 3 pelakon utama ini mengakui.. filem 'Eclipse' adalah sebuah filem yang jauh berbeza daripada 2 filem sebelum ini. Jika Twilight ditonjolkan sebagai pengenalan awal kepada watak-wataknya dan begitu remaja, filem New Moon pula memperlihatkan lakonan setiap watak itu secara lebih mendalam tetapi filem 'Eclipse' pula membawa setiap watak itu kepada satu dimensi yang lebih matang konfliknya dan berbeza pendekatannya.
Bella dalam filem 'twilight' diketengahkan sebagai seorang remaja perempuan yang 'fragile' dalam memulakan kehidupan barunya di 'Fork'. Persekitaran dan rakan-rakan yang baru, dunia yang baru serta konflik hubungannya dengan ayah kandungnya. Dia lalu jatuh cinta dengan seorang remaja lelaki yang kacak serta mempunyai rahsia tersendiri.. Dia seorang 'vampire'. Bella dalam filem ini ditonjolkan sebagai remaja yang masih mencari identiti diri dan mulai mempercayai bahawa cinta untuknya telah ditemui. Dia mulai mengharapkan inilah pilihan yang perlu dibuat untuk kehidupannya di masa depan.
Filem 'New Moon' pula mengenengahkan Bella sebagai remaja yang mulai 'settle-down' dengan persekitarannya. Namun atas kejadian yang menimpanya pada malam hari lahirnya... mengubah perspektif Edward terhadap Bella. Bella ditinggalkan.. Dia patah hati dan kehilangan segala-galanya.. Hidupnya sekadar berkisar tentang dirinya semata-mata dan dia temui sinar kehidupan setelah berkawan baik dengan Jacob. Walaupun begitu Bella tidak pernah melupakan Edward dan sentiasa menaruh harapan Edward akan pulang kepangkuannya semula. Akhirnya Edward kembali kepada Bella selepas tindakan Bella menyelamatkannya daripada Volturi di Italy. Bella dalam filem ini ditonjolkan sebagai seorang yang mempunyai konflik diri dengan merasakan dia tidak cukup sempurna sebagai teman Edward. Dia kehilangan keyakinan diri akibat perpisahan tiba-tiba yang terjadi di antara dia dan Edward. Di akhirnya Bella menyedari dan menyakini inilah pilihan untuknya. Dia tidak akan berpaling lagi daripada membuat pilihan.
Filem 'Eclipse' menonjolkan Bella sebagai remaja yang lebih yakin akan cintanya. Dia begitu pasti bahawa kehidupan sebagai seorang 'vampire' adalah pilihan yang terbaik untuknya bersama Edward. Kehilangan Edward dalam hidupnya dulu sudah cukup membuktikan bahawa dia tidak mampu hidup tanpanya di samping soal usia yang semakin bertambah sedangkan Edward sentiasa kekal berumur 17 tahun. Kali ini Bella juga menghadapi konflik tentang pilihan yang ada.. dia dipersembahkan dengan pilihan lain yang selama ini tidak pernah menjadi persoalan kepadanya. Kehadiran Jacob mengubah perspektif Bella. Keazaman Jacob turut membuatkan Bella serba salah. Jacob menyediakan pilihan untuk Bella hidup seperti manusia yang normal.. menginjak tua.. dan memiliki keluarga dengan rantaian anak-anak dan cucu cicit serta Bella tidak perlu mati untuk bersama dengannya. Sedangkan bersama Edward, Bella harus melalui mati demi untuk bersama Edward dan perlu menukar seluruh kehidupannya dengan meninggalkan semua insan yang dia kenali dan sayangi.
Buku keempat, Breaking Dawn pula akan memberikan perspektif lain pula tentang pilihan yang perlu Bella buat terhadap kehidupan masa depannya yang bukan sekadar untuk dia dan Edward malah untuk anak yang sedang dia kandung nanti. Filem keempat akan diadaptasi kepada 2 buah filem. Pastinya juga akan memberikan cerita dan visualisasi yang cukup menarik untuk ditontoni. Kemungkinan besar aku akan menontonnya nanti di tanahair..
Apa juga, Eclipse adalah buku yang aku paling gemari kerana adanya konflik hubungan dan ertinya kasih-sayang. Namun buku keempat juga menarik terutama apabila watak Bella bertukar menjadi vampire diketengahkan nanti. Kelebihan kuasa luar biasa Bella (diperolehi selepas dia menjadi vampire) jugalah yang menyelamatkan mereka sekeluarga dalam peperangan terhadap Volturi.
Harapnya, korang semua enjoy menonton filem ini yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 8 Julai (berdasarkan tarikh tayangan di GSC online) dan aku akan menonton semula filem ini pada minggu depan.. :)
Entri nie bertujuan memberi sedikit penjelasan tentang siri buku twilight yang sering menjadi tajuk entri sejak kebelakangan ini.. Setidak-tidaknya korang semua tahu serba sedikit.. Takdelah tertanya-tanya dan mana tau kot-kot terbuka hati nak tengok pulak kan ;)

Selamat berhujung minggu ye ;)
9 comments:
salam iina..sejak akak baca cerita iina disini..dan kat tv3 pu..masa mhi pun ada siarkan..siap ada baju..gelang..rantai..dan ada juga..peminat edward..dan jacob..mula2 akak tak paham lansong..tapi bila dah baca ni..baru tau..dah iklan kat tv juga kerap keluar..akak juga..tak sabar nak tengok..tapi macam biasa la..akak tunggu dvd..baru tengok..kat rumah aje...
peminat fanatik gak ko ni ek. ko tengok tongah2 malam na? ish..
Hello Iina, wow, I just only read in papers about this movie, you already seen it.
Guess it is a good movie? I've not seen a movie long time.....will wait for it to show on TV....
Have a beautiful Sunday, Lee.
Kak Erna
Memang kak.. kat sini peminat lagik fanatik.. hehehe mcm2 merchandise ada jual.. sebab fenomena nielah..
Yelah saya pun mula ikut tahun lepas kak.. masa tuh 1st film dio tayang kat channel movie sky.. then 2 mggu lepas tuh 2nd film keluar so very excited lah.. saya terus beli buku tuh.. dah memang saya sendiri takleh letak buku tuh bila mula baca.. tuh yg saya terus jadi peminat fanatik nie.. saya mmg akui.. buku2 tuh memang best.. 1st dlm hidup saya suka baca novel camnie ;)
Kak Pah
Bukan kek sini yo kak.. kek mesia pun den dah berthun tgk midnite.. mmg aktiviti wajib den ngan pakwe.. so dah nk 4 thn nie.. baru 1st tgk midnite kat sini.. tuh yg excited teringat kenangan maso kek mesia marin ;)
Uncle Lee
Movie is something I like to watch and movie channel is a must subcribe channel in my house and since my major in multimedia.. I been watching movie to update my knowledge about the latest technology or technique that currently available.. Yeah.. I been among one of those who watch the movie 1st screening.. really loving it and.. today I watched it again my 2nd time hehehe.. probably will be another 3rd??
You too have a pleasant sunday and keep warm and smiling ;)
iina...akak menanti tayangannya di pawagam...takmo baca sinopsis nya...hahahah...nanti tak syok...!!
Kak Anie
Hehehe saya tak tulis semua pasal movie tuh sikit2 jek hehehe.. nanti leh tgk ye kak hehehe ;)
aku tumpang semyum dan geleng kepala jer la.. sbb tahu tahap kemaruk ko dgn citer ni serta buku2 dia tuh!.. hahaha...
alaaaaaaaaaaa... smpi ati pegi tak bawak ai tau!!
nak merajuk la camni!!
.
.
kanda, jom kita pegi berdua :P
hihihi.. mengada!
.
.
errr.. tiba2 pintu hatiku terbuka 25 darjah utk pergi tgk citer ni..
baru 25 darjah.. takut dtg angin, terus tertutup plak
hikksss :D
tp kan aku suka tang dadah tu... edward adalah dadah buat bella..
hurrmmmm.. penuh makna :D
Tiny
Hehehe mana boleh lepaskan peluang.. terutama buku tuh buku fav aku hehehe.. mestilah jadi fanatik kejap.. bukan selalu pun kan kan kan hahaha... lepas tuh dapat juga aku educade kak erna.. kak pah.. uncle lee pasal cite tuh hehehe... berjaya aku kan kan kan ;;) weii.. aku buat ulasan profesional tau hahaha.. kalau dalam kelas aku tuh mahu panjang lagik skrip aku tuh.. hahaha ;)
KTS
25% oklah.. setidak2nya nak lah p tengok.. hahaha lepas nie takut ko lak yg jadi fanatik.. Aku buat ulasan secara berilmiah tau.. hahaha ;)
Post a Comment