Sunday 18 July 2010

Adakalanya langkah terhenti seketika


Semalam

Mengenangkan kenangan silam cukup indah. Mengingati yang indah-indah itu cukup membahagiakan. Membayangkan setiap kejadian dan peristiwa juga cukup mengasyikkan. Menginginkan itu semua terjadi semula cukup untuk mencipta harapan. Mengharapkan merasai detik-cetik itu walau sedetik cuma cukup untuk membangkitkan kerinduan. Bak kata seorang sahabat "Hidup tidak selalunya indah.. tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan" dan pada aku "keindahan itu tidak pernah berubah.. yang berubah persekitaran dan makhluk yang hidup di sekitarnya" Indah itu ada dimana-mana.. Yang buruk juga ada indahnya.. cuma mata yang memandang itu berbeza pandangannya.. Ada yang melihat dengan mata di kepala.. dan ada juga yang melihat dengan mata hati pula.


Namun apa juga yang wujud pada pandangan kita.. takkan sentiasa sama dengan pandangan mereka.. kita memandang dari satu atau pelbagai sudut semata.. Mereka pula melihat dengan penilaian yang mampu membangkitkan pelbagai andaian nantinya.. Kita mengatakan ini.. mereka pula melihat bukan sekadar ini tetapi itu dan itu pula. Manusia.. kita semua diciptakan punya rasa dan fikiran.. Kita dibangkitkan dengan rasa dan ghairah jiwa.. Kita disatukan dengan pemikiran dan rasa yang saling berbalah sengketa.. Namun dalam itu semua kita masih punya nilai agama.. Pegangan utuh yang tetap kita pegang sebagai panduan hidup di hari muka.


Hari Ini...

Aku berfikir semula atas semua yang pernah terjadi. Kehidupan hari ini dan hari-hari mendatang nanti. Siapa tidak mahu punya kesudahan yang indah dan gembira. Siapa pula yang mahu yang sedih dan muram sepanjang hayatnya. Pemikiran dan rasa turut mengundang pelbagai rencananya. Semua rasa.. semua pemikiran.. semua pandangan.. semua kesimpulan.. semua permintaan.. Ya ia suatu yang pasti dinantikan.. Ia juga suatu yang diharapkan.. Ia juga suatu yang diinginkan.. Ia juga suatu yang diimpikan..

Yang masih tinggal adalah harapan dan kepercayaan. Yang masih ada adalah kekuatan dan semangat.. Yang diperlukan adalah motivasi dan sokongan.. Yang dipegang adalah ketentuan dan keredhaan.. Yang pasti apa juga pengakhiran adalah satu ketetapan.. Buruk atau baik.. Pastinya punya sebab dan hikmah di hujung setiap penantian.

Aku.. dia.. mereka.. kita semua bersatu dalam alam ini. Kita dipertemukan sebagai insan-insan yang hidup dalam kelompok dan golongan yang berbeza pendirian.. Kita punya hak untuk memilih yang mana baik dan buruk sebagai pilihan. Itu.. ini.. begitu.. begini.. Semuanya punya timbal balik dan maklum balas yang punya pelbagai kesudahan. Setiap yang kita miliki dan kehendaki juga punya keburukan dan kelebihan tersendiri. Cuma kadangkala kita tidak pasti sama ada ia mencukupi atau tidak sebagai kepuasan peribadi.. atau mungkin kerana kehendak yang masih belum dipenuhi.. atau juga kerana mahu mengejar impian yang ingin dikecapi..


Esok...

Dan bila esok.. Masih adakah ruang untuk segala-galanya?? Cinta.. keluarga.. kehidupan.. masa depan.. impian.. harapan.. kehendak.. keinginan.. Andai kita bertemu lagi.. Masih adakah nafas yang kita hela saban hari sebelumnya.. Masih adakah rasa kasih sayang pada semua yang kita sayangi dan cintai.. Masih adakah pandangan yang kita lihat berbeza-beza pendapatnya.. Masih adakah pemikiran yang kita pegang dan amati sentiasa.. Masih adakah jiwa yang mengasihi penciptaNya.. Masih adakah kehendak untuk mengapai semua yang diimpikan sekian lama.. Masih adakah harga diri dinilai dengan peribadi tersendiri.. Masihkah.. Masih ada kah semua itu menjadi harapan diri..

Kadang bila langkah terhenti di situ.. Mata memandang ke belakang mengimbas semua yang pernah terjadi.. Mencari-cari dimanakah salah dan silap yang perlu diperbaiki.. Mengambil ikhtibar kesilapan silam yang mengajar kesabaran dan ketabahan.. Mencari kekuatan dan semangat yang pernah wujud tatkala cabaran mendatang mengajar kematangan.. Bila mahu meneruskan langkah.. kaki seolah kaku mahu terus berhenti di situ. Badan pula lesu membisu.. Mata mulai memandang ke depan.. Fikiran melayang jauh mengenangkan.. Rasa pula mengharapkan satu pengertian.. Jiwa tahu apa yang bersatu dek kepala dan hati saat itu. Lalu hadirlah angin lalu mengingatkan waktu yang dibiarkan berlalu detik demi detik di situ. Kaki terpaksa juga melangkah ke hadapan.. Rasa terpaksa pula dipendamkan.. Fikiran terpaksa juga memihak pada yang perlu dilaksanakan.. Hati juga akhirnya akur bahawa itulah yang perlu dilakukan..

Di sini aku mencari.. Di sini juga aku terus memperjuangkan.. Di sini juga aku memikul segala yang dibebankan.. Di sini juga aku akan tetap meneruskan.. Di sini juga aku tahu bahawa itu semua tidak mustahil dimiliki.. Di sini juga aku bersedia menghadapi apa juga yang bakal terjadi.. Di sini juga aku percaya meminta itu hanya kepadaNya.. kerana dialah satu-satu tempat untuk segala permintaan dan pengharapan..

"I know you will do it.. Whatever it is.. Whatever it will be.. I know.. I always know and I'll always believe"

Tiba-tiba aku tersedar..
Langkah ku terhenti kerana memandang dirimu dan diriku..


12 comments:

ibundo said...

ina, hidup ini cantik. kita manusia yang memburukkannya. Nafas yang dipinjamkan tidak kita gunakan sebaik-baiknya.
Apa yang menanti kita adalah satu teka teki. Tapi kita harapkan yang terbaik. Hanya DIA yang mengetahui...

Na, kek kelompang banyak jual durian. Potai pun banyak...

Acik Erna said...

iina..apo la kak pah cerito durian ngan potai tu..tak dapek iina nak capai e kan..
iina..akak macam baca novel pulak n3 iina kali ni..terleka pulak dengan bahasa indah bak puisi tu..

iina said...

Kak Pahhhh..

Uwaaaaaa... donga pun den dah tensen tau kak... Potai tuh xdelah heran bona.. tp durian tuh kak alahai...

Betul tuh kak.. yg indah itu alam ciptaan tuhan tetapi yang memburukan makhluk yg hidup dlm alam itu.. yang utama kita harus tahulah tanggungjawab kita ;)

Kak Erna

Sebenarnya saya dah lama tak menulis begitu.. hanya bila saya punya rasa2 tertentu (terutama bila hati saya xmenentu) memang saya akan tulis entri camnie hehehe... cuma terasa nak menulis begini dah lama sgt xjiwang tanpa karat nie ;)

KTS said...

klu rasa takleh langkah... lompat.
klu rasa takleh lompat.... lari.
klu rasa takleh lari....... terbang


.
.
chaiyok chaiyok!
i believe i can fly... eh silap.. i believe u can fly.. ;D

iina said...

KTS

Kalau ko believe ko boleh terbang apa lagik.. bila nak dtg sini nieh?? hehehe

julietchun said...

teruskan melangkah walau ribut salji atau hujan petir melanda :P

iina said...

Juliet

Kalau ribut salji aku akan buat snowman.. kalau hujan lebat aku main hujan hehehehe melangkah juga kan tuh ;;)

Lady of Leisure said...

hehehe... agak2 kalau ribut salji boleh dah tadah buat abc? ekeke

HANNA PLEASURE said...

iina macam sedih aje..=.=..

iina said...

Lady

Boleh jek.. leh bukak gerai sekali ;)

SC2213

;) sedih itu subjektif hehehe

Lee said...

Hi Iina, as the song goes, 'Que sera, sera'....interesting thoughts of yours....
just live your life the way you want it to be....we only get one shot at it.
Have a nice day, Lee.

iina said...

Uncle Lee

Thanks for the wise words.. Yeah I shud live my life as it shud be and how I wan it to be ;)
Have a nice day too and keep smiling yeah ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin