Monday 19 November 2007

Laluan Perjalananku Glasgow-Aberdeen-Inverness-Fort William

Kelmarin aku, shima, hajar dan si kenit tasha berjalan bercuti ke aberdeen dan inverness.. tak terkata cantiknya pemandangan musim autumn ini.. indahnya alam ciptaan tuhan seluas mata memandang.. seronok tak terkata.. apatah lagi pergi semua geng2 pompuan je.. pakwe tak nak ikut.. apa lagi aku dengan shima berjalan sakan.. bukan setakat berjalan siap ambil gambar dalam hujan2.. sanggup redah.. dengan sikenit tasha pun join mama dia n cik ina dia sekali.. memang akan pergi lagi akan datang..

Memang aku sungguh puas hati drive kali ini selepas hampir 10 bulan tak drive kat uk nie.. sekali dapat drive terus aku bawak nissan x-trail 4wd .. lalu jalan berliku pun seronok abis.. selisih dengan lori ke bas ke.. aihhh tak rasa langsung.. cam duduk dalam limosin je ekekke..






Pandangan aku terpaku sekejap masa tiba di kawasan pergunungan.. ya allah indah sungguh pemandangan mata.. apatah lagi waktu lepas hujan.. dengan kabus awan.. dan air terjun merata-rata....






No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin