Sunday 21 October 2007

Jamuan Hari Raya Glasgow

Hari ini kelab Umno Glasgow mengadakan jamuan aidilfitri sempena sambutan hari raya.. bermula dari pukul 10pg hinggalah 4petang.. malangnya dekat pukul 11.15pg baru adik-adik ambik rendang ayam dari rumah aku.. emm nampak gayanya jamuan mula pukul 11 agaknya..

Seronok juga ke jamuan hari raya.. melihat pelbagai ragam adik-adik undergrad.. yang postgrad biasalah dengan keluarga semua..

Yang paling utama rendang ayam aku.. wahh... ramai sungguh yang puji melangit nampaknya tahun depan aku ambik kontrak masak rendang ayam lagi ler .. senang dah tau dah budget nak masak rendang.. yang seronok kek batik aku.. rasanya dalam masa 30 minit kek batik aku selamat dan abis dalam sekelip mata.. terpegun aku melihatnya.. sekali tengok tinggal setengah.. bila tengok balik abis terus.. terkejut juga.. sebab dah abis.. wah sedap sangat kot kek aku walaupun terlebih bahan.. biasalah kan.. bila ada budak-budak undergrad nie.. bagi apa je selamat semuanya... :)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin