Sunday 21 October 2007

Rinduku


Malam ini kala sendirian..
alunan lagu dari radio
mengusik sejenak sanubariku
mendengar ungkapan kata
kerinduan pada bonda

sedih dan senduku
mengenang bonda dan ayahanda yang jauh
kadang tidak dapat aku bendung
hati jua tidak mampu ku tanggung
namun hanya doa
sentiasa aku titipkan buatmu berdua

kala hati dan semangatku
kadang ada dan kadang alpa
mahu sahaja aku pergi
menemuimu dan mencium tanganmu
memintamu merestui aku

wahai hati..
biar ku tahan rindu ini
sampai bila aku akan tetap merindu
biar bertahun biar berzaman berlalu
aku tidak akan mampu meleraikan rindu ini
kerana ia akan sentiasa ada
selagi hayat dan diri bernyawa

1 comment:

ki|at`senja said...

Bicara hati..

Hati yang berbicara,
Bak bayu dipantai,
Ada kalanya menyentuh gemalai dedaun nyiur,
Ada tikanya mengusap lembut dedaun rumput,
Dilain waktunya
...... meredah garang bersama ombak dan badai,

Hati yang berbicara,
Umpama sungai yang mengalir dari pergunungan,
Dihulu jernih bersih,
Dijeram deras gagah,
Di muara keruh nan resah,
Dikuala lesu nan sendu,

Hati yang ikhlas berbicara,
Bebas meluah rasa mengukir bicara,
Melepas segala yang terbuku,
Agar segala rindu resah sendu gelisah,
Terlerai bersama bicara hati

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin