Wednesday, 18 January 2012

Warna & Cahaya 16

Rapeseed field
Location : Near Falkirk, Scotland
Taken : Year 2010

Bunga ini digunakan untuk buat 'Vegetable oil' (minyak masak)
Ada rasa seperti berdiri di tengah-tengah jalan ini tak??
Ilusi optik ;)

p/s : Maaf belum ada masa & peluang untuk menambah koleksi photo..
Aku terlalu sibuk dengan urusan waktu ini dan mood untuk ambil gambar pun 'off'

Thursday, 12 January 2012

Warna & Cahaya 15

Beberapa hari yang lalu..
Ku pandang langit yang satu..
Terlihat bulan purnama merindu..
Cantik indah tersenyum malu..



Twilight in Edinburgh..
Location : Princess Garden, Edinburgh
November 2009

Ini merupakan salah satu photo-photo fav aku..
Tiap kali terlihat bulan mengambang penuh..
Aku pasti teringat photo ini, yang telah aku ambil ketika ke Edinburgh semasa cuti St. Andrew day..

In the twilight, it was a vision of power.
-Upton Sinclair-

I often think that the night is more alive and more richly colored than the day.
-Vincent Van Gogh-

There is something haunting in the light of the moon; it has all the dispassionateness of a disembodied soul, 
and something of its inconceivable mystery.
-Joseph Conrad-

Love prefers twilight to daylight
-Oliver Wendell Holmes-

Dari Jabir r.a katanya: “Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”
(Muslim)

Sunday, 1 January 2012

Salam Tahun Baru 2012

Salam tahun baru 2012..
Sekejap masa berlalu kan..
Rasanya macam baru jek buat entri untuk menyambut kedatangan tahun 2011..
Kini 2012 pula datang menyambut kita dengan cabaran baru

Serasa lama juga aku tidak update entri baru..
Kesibukan dan kehilangan mood untuk berbicara turut menjadi penyebab pada kebisuan pada blog ini..
Walaupun entri kadangkalanya diupdate seminggu sekali (itu kalau keraplah)
Masih ada juga yang sudi singgah ke sini..
dan  tak lupa juga masih ada yang sudi menjadi follower..

Terima kasih buat semua yang masih sudi menjadi pembaca setia..
Terima kasih juga kerana masih sudi menjadi pengikut..
Terima kasih juga pada semua yang sentiasa teruja dengan photo 'warna & cahaya' yang kini lebih menjadi tajuk utama di blog ini..

Apa juga..
Semoga tahun 2012 ini..
Memberikan kita kehidupan yang lebih baik dari 2011..
Semoga semua yang kita perjuangkan kita temui pengakhirnya..
Perjuangan bertemu dengan kejayaan..
Cita-cita menjadi kenyataan..
Matlamat menjadi pegangan masa depan..
Impian menjadi harapan nyata..
Hasrat pula bakal terlaksana..

Selamat tahun baru..
Moga kita bertemu..
Dengan semangat yang jitu..
dan impian nan satu..


Location : George Square, Glasgow
Winter Fest Glasgow 2011

Sunday, 18 December 2011

Warna & Cahaya 14

Alhamdullilah.. kini tinggal 13 hari lagi menjelangnya tahun 2012.. Rasa macam baru sahaja menyambut tahun 2011 lewat hujung tahun lepas.. kini diam tak diam dah nak masuk tahun 2012 pula..

Jumaat yang lalu bumi Scotland menerima tetamu salju buat kali kedua.. kali pertama disambut pada hari Isnin minggu lepas dengan kepingan salji yang turun lebat hingga ke tengahari.. Jumaat pula salji turun sejak awal pagi tapi cair menjelang petangnya.. Hujan lebat yang turun turut menyebabkan salji yang datang itu dibawa pergi.. Apa jua aku pasti salji itu akan terus menjadi tetamu setia sepanjang musim sejuk ini.. Just expect the unexpected..

Aku juga sedia maklum cuaca di tanahair lewat masa kini turut hujan sepanjang hari.. sampai beberapa kawasan sekitar KL pun banjir.. Ye cuaca pun tak menentu sekarang nie.. Begitu juga buat kami kat sini.. Cuma doa aku.. biarlah salji tahun ini tidak seteruk tahun lepas.. tapi perancangan Allah kita tidak tahu.. Apa juga segala kelengkapan menyambut tetamu salji ini kena sentiasa ada tiap kali keluar rumah.. Tertinggal salah satu.. buatkan kaki tangan dan muka terpaksa bekerja keras menahan rasa sejuk yang begitu ketara..

Buat semua sahabat.. Jaga diri dan kesihatan.. musim hujan dan musim sejuk nie memang mudah terkena penyakit.. Keep warm.. and keep clean..

Cermin kereta yang masih ada baki salji..
Suasana jalan raya yang masih belum dibersihkan dari lapisan salji..
Location : Calder Street, Glasgow 
Time : 5.53am -16 December 2011


Ketulan Salji yang diketepikan
Ini memudahkan pejalan kaki bergerak dengan selamat dan selesa..
Location : Near George Street, University of Strathclyde, Glasgow
Time : 13.13pm 16 December 2011

Monday, 12 December 2011

Warna & Cahaya 13



Glasgow Winter Fest 2011
Location : George Square
Dalam 3 variasi warna

Tahun ini ada Ferris Wheel..
;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin