Semalam aku jemput keluarga Rusdi & Zahuri yang datang dari Sheffield sejak rabu lepas untuk makan tengahari di rumah. Hanya hujung minggu masa yang ada untuk mengajak mereka ke rumah.. Lama tak berjumpa dengan mereka.. seronok kerana dapat berkumpul sesama UPSI.. lama juga tidak bertanya khabar masing-masing..
Hampir semua hadir ke rumah (Abg Nordin, Azlan, Husna dan Azam) kecuali Nazir yang sedang meronda-ronda keliling eropah waktu ini..
Jemputan makan tengahari.. so memang pakwe request untuk buat ayam goreng.. sebab pastinya semua orang suka makan.. Teringat chinta pernah minta resepi ayam goreng.. diorang yang datang pun minta resepi.. raihan dan kak pah pun minta juga.. termasuklah kak ina pun sekali.. maka di sini disertakan resepinya.. (kredit kepada Kak Pah/Abg Shah kerana resepi ini daripadanya)
Bahan-bahan:
Ayam yang telah dipotong (ikutlah nak potong berapa)
Tepung Jagung
Tepung Gandum
Tepung goreng ayam kfc/(yang dibeli dari kedai pakistan pun boleh)
Bawang putih (selalu agak-agak je)
Telur ayam (ikut berapa banyak potongan ayam tadi)
Lada hitam
Serbuk kari/serbuk cili (kalau nak)
Garam (kalau nak)
Cara-cara membuatnya:
Ayam yang telah di potong diperap dengan bawang putih yang telah diparut. Perap lebih kurang sejam dua.. atau ikut sukalah kan..
Bancuhan tepung mesti mengikut ukuran 2, 4, 6 iaitu 2 sudu tepung jagung, 4 sudu tepung gandum dan 6 sudu tepung goreng ayam. Jika nak menambah ikut ukuran yang sama hanya tambah gandaan.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari atau serbuk cili dan sedikit garam. (Jika suka)
Kacau campuran tepung tadi supaya sebati.
Pecahkan dan kacau telur 2 atau4 biji dahulu mengikut bilangan ketul ayam yang digunakan. Jika telur habis pecahkan lagi.
Salut ayam dengan campuran tepung tadi.
Salut pula dengan telur yang ditelah dikacau
Salut semula dengan campuran tepung tadi.
Masukkan dalam deepfryer dan tunggu lebih kurang 15 minit atau hingga ayam masak dan garing.
Inilah campuran ayam yang siap digoreng.
Alhamdullilah menjadi juga ayam goreng kfc..
(Sebenarnya banyak lagi tapi dah banyak habis sebab ramai yang makan.. masa hidang tak sempat nak ambil gambar sebab sibuk menyediakan juadah, nasib ada Lan yang tolong masak.. kredit untuk goreng ikan.. kira lulus ler tu kan)
Seronok kerana makanan yang dimasak dinikmati dengan rakan-rakan. Lepas nie kena datang ke Sheffield pulak nie.. wajib datang bak kata Zahuri.. Insyallah :)
Sunday, 10 August 2008
Resepi ayam goreng
Nukilan Rasa:
iina
at
13:07
5
sedang senyum-senyum
Friday, 8 August 2008
08.08.08
Hari ini hari istimewa.. Tarikh hari ini 08/08/08..
Tarikh yang simbolik.. 08/08/08.. sesiapa yang lahir hari ini.. bertunang.. kahwin..nikah.. sambut betday atau apa-apa aje (pinjam kata2 blog julietchun) pasti ada makna.. kaum cina percaya angka 8 memberi makna baik.. atau bertuah.. atau ada ong..
Hari ini juga bermulanya sukan olimpik di Beijing China..
Hari ini juga aku kena serangan selsema.. teruk juga rasanya.. sampai nak demam pun ada.. (aku ponteng dari p CIS.. kepala dan badan dah tak sehaluan.. selsema aku turun non-stop.. camna ekk tadi aku buat keje.. tau-tau dah siap .. sampai umah hehehe..) Dahlah boiler buat hal.. boiler baru lak tu.. dah 2 hari rumah nie takde air panas.. nasib baik juga shower guna elektrik.. air panas masih boleh digunakan untuk mandi dan solat.. tapi bila buka paip hanya air sejuk sahaja yang keluar..
Masalah utama bukan apa.. sudah 2 hari ini juga hari hujan.. malam hari terasa sungguh sejuknya.. rasanya sebab itu jugalah aku kena selsema nie.. malam hari aku tak tahan sejuk.. terpaksa berselubung dalam duvet.. Petang ini landlord nak datang tengok boiler.. Harap petang nie juga dia baiki.. jika tidak.. weekend aku duduk rumah dalam kesejukan.. Hujan dah mula balik beberapa hari ini.. cuaca jadi sejuk kembali.. dan selsema aku juga menjadi lebih teruk..
Apa pun.. aku sempat juga masak laksa heheheh.. semenjak ada daun kesum nie.. leh try test.. itu pun sayang sungguh nak potong daunnya.. potong sikit-sikit je.. sayang sesangat :)
Masa untuk berehat sebelum pergi kerja petang hari..waaa malasnya.. ada sapa-sapa nak tolong ganti tak?? bila time selsema camnie.. malas sungguh.. rasa nak tidur je.. lagi-lagi sejuk hujan nie.. memang sesuai sangat beradu atau turu.. :)
Nukilan Rasa:
iina
at
12:55
6
sedang senyum-senyum
Thursday, 7 August 2008
Cat rumah
Hari ini rumah ini ditukar dan dicat dengan warna baru.. setelah sekian lama dengan cat biru rasa hampir lapuk dibuatnya..
Warna yang ceria.. dan gambar tajuk juga diubah..
Pemandangan ini suatu ketika dulu membuatkan aku terpegun memandangnya.. ketika berhenti di tepian jalan ketika dalam perjalanan dari Fort William ke Glencoe.. meredah musim gugur pada pertengahan bulan november 2007. Aku tidak pernah jemu menatap pemandangan ini.. seolah baru semalam sahaja pemandangan ini dirakamkan..
Warna warni kuning.. coklat.. hijau dan perang.. semuanya bersatu dalam satu gambaran.. sungguh unik dan sungguh berwarna suasananya..
Akan ku tempuhi lagi perjalanan itu.. ketika musim gugur tahun ini Insyallah.. Marilah menjelajah bumi Scotland.. semuanya ada di sini.. highland.. tasik.. lautan.. sungai.. gunung ganang dan tanah daratan..
Rumah lama.. cat baru.. rekabentuk baru.. ;)
Nukilan Rasa:
iina
at
21:35
5
sedang senyum-senyum
Bunga Lavender
Ketika melangkah menuruni bukit di Montrose Street menuju ke CIS, aku terpandangkan rimbunan bunga-bunga lavender..
Lalu langkahku terhenti seketika untuk mengambil gambar rimbunan bunga-bunga itu.. warna ungu yang mengasyikan.. mendamaikan.. ungu maknanya
Purple is the color of good judgment. It is the color of people seeking spiritual fulfillment. It is said if you surround yourself with purple you will have peace of mind. Purple is a good color to use in meditation.
Purple has been used to symbolize magic and mystery, as well as royalty. Being the combination of red and blue, the warmest and coolest colors, purple is believed to be the ideal color. Most children love the color purple. Purple is the color most favored by artists. Thursday's color is purple.
Hari Khamis merupakan hari untuk warna ungu.. indahkan hari mu dengan warna-warna ungu bagi meningkatkan semangat dan spritiual..
Tak sempat untuk melukis.. maka aku edit guna photoshop sahajalah.. lama sudah tidak mengedit gambar menggunakan photoshop.. :)
Apakah warna kegemaran anda? Ungu.. biru.. merah jambu.. biji kundang.. jingga.. merah atau hitam putih :)
Nukilan Rasa:
iina
at
14:07
4
sedang senyum-senyum
Wednesday, 6 August 2008
Tanaman3
Lagi cerita pokok-pokok yang aku tanam.. sajalah nak tunjuk sebab dah makin rimbun pulak rasanya..
Pokok mint aku dah merimbun boleh jadi hutan rumah aku nie.. tapi nak masak apa ekk.. ada cadangan tak?? sebenarnya tanam saja-saja sebab nak bagi hijaukan rumah dan sejuk mata memandang.. tapi tengok gayanya.. daunnya dah menjalar tak tentu arah.. dah hutan pun.. agak-agak apa yang patut dibuat?? sos mint?? hehehe aku tak makan.. atau apa ekk.. nanti leh bg cadangan apa nak guna.. leh aku potong daun-daun tu sebelum penuh tingkap rumah aku tu..
Pokok daun kesum... makin merimbun.. hari tu dah guna daunnya... aku cucuk balik batang pokok kesum lepas diambil daunnya.. dah nak keluar daun dah.. seronok juga sebab makin merimbun.. pakwe pulak hari-hari tanya dah siram ke pokoknya.. amboi cam ada warning signal je.. pantang je cakap tak siram.. sure kena bebel..
Daun Kunyit.. sehelai daunnya dah nak kuning.. tapi daun lain lak yang naik.. selalu guna pun bila nak masak rendang je.. ehh cam kena masak je nie kan.. sayang nak guna sebab baru sangat tumbuhnya.. tapi tetap seronok sebab experimen berjaya.. alhamdullilah..
Memandangkan pokok-pokok ini diletakkan di tepi tingkap berhampiran tv dan sofa maka hari-hari adalah wajib mengadapnya dulu.. balik rumah hari-hari dari kerja dan universiti.. dari tepi jalan aku dah nampak pokok-pokok aku dari celah tingkap rumah.. dari jauh boleh nampak bayang pokok hijau dari turun bas.. wah bangga hehehe.. sebab rasanya dalam banyak-banyak tingkap kat deret rumah aku tu.. hanya rumah aku je yang ada pokok hijau tepi tingkap hehehe.. eksennya.. ;)
Lepas nie nak tanam serai pulak.. ada gak plan nak tanam pokok cili padi.. tapi tak tau menjadi atau tidak.. yang pasti serai dah tumbuh akar.. kena pindah masuk pasu.. lepas nie tak yah dah beli serai ambik je dalam pasu.. Kalau berjayalah eksperimen pokok cili aku tu.. wah bagus juga.. seronok sebab pakwe pun join tanam pokok.. sebenonya dia yang suka menanam-nanam pokok daun.. tapi aku suka tanam pokok bunga.. Ada beli benih bunga. tapi rasa cam tak muat tingkap je dah hehehhe.. lebih baik tanam pokok yang boleh buat masak ada gak faedahnya.. pokok bunga hehhee.. tahun depan ye summer time ye plan... kot-kot leh buat flower basket ke ;).. aku nak tunggu eksperimen seterusnya.. serai dan cili :)
Nukilan Rasa:
iina
at
19:55
8
sedang senyum-senyum

