Tuesday, 21 October 2014

Aku mahu menulis semula

Salam

Blog ini telah ditinggalkan hampir setahun lama ye... Ye.. secara tiba-tiba aku kembali ke sini..dan hari ini hati tergerak untuk menulis semula..

Tidak pasti sama ada masih adakah yang mahu membaca coretan di sini..

Bila baca semula entri yang dulu-dulu.. aku senyum.. aku gelak.. aku ketawa.. seorang diri...

Ini pun kerana ada kunjungan misteri seseorang ke blog ini dan dari situ membawa pertemuan kami di Tanjong Malim...

Hingga kini rasa terkejut dan terkedu itu masih tebal dalam jiwa...

Aku rindu blog ini.. sebab banyak kisah telah aku kongsikan di sini...

Harapnya aku akan rajin semula menulis di sini... nak tulis tentang apa ye??


Mount Fuji, Japan
08 May 2014
Kembara dengan Kanako & Nuch..

Tuesday, 3 December 2013

I miss this place..







Paling aku rindu..
Meja ini..

Friday, 22 November 2013

Blog.. Sorry saya terlupa..

Assalamualaikum..

Lama juga blog ini sepi.. Nyaris terlupa password nak masuk ke sini tadi ;)

Tadi masa masuk blog ini.. ambil masa juga tengok semula blog list yang ada dalam senarai.. ada yang dah 3 tahun tak pernah update.. infact.. blog link tuh pun dah takde.. nak remove.. entah mengapa rasa sayang pulak (walhal blog link dah terminate).. Mungkin sebab blog itu suatu ketika dulu tempat kami pernah bertanya khabar dan baca kisah masing-masing..

Kini sejak facebook lebih mendapat perhatian.. Banyak blog yang semakin sepi.. Update pun kdg kala sekerap sebulan sekali.. kadang terlupa terus berbulan-bulan..

Minta Maaf ye.. saya memang terlupa blog ini.. Rindu untuk menulis seperti dulu.. tapi apakan daya.. hobi dulu yang suka mengambil gambar kini terkubur sekejap... Mungkin sebab musim kini hanya panas dan hujan sepanjang tahun..

Dulu.. 4 musim berganti sepanjang tahun.. rasa teruja untuk mengambil gambar setiap musim memang super duper hiper speed..

InsyAllah jika ada kesempatan terambil gambar.. pasti akan aku kongsikan di sini

Wednesday, 14 August 2013

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak update blog.. sudah hampir 4 bulan rasanya.. maaf blog sudah lama menyepi.. Tak banyak cerita menarik yang dapat dikongsikan..

Apapun.. Singgah sekejap untuk mengucapkan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin 

Terjumpa pensel nie setelah sekian lama
Beli tahun 2002 dulu..

Friday, 26 April 2013

Warna Senja di Borneo

Senja di Pantai Damai, Santubong Sarawak..




Warm Effect

Effect Polarized


Thursday, 28 February 2013

Hitam, Putih & Warna 4

Salam semua..

Lama sungguh tak update blog ;)

Cuti CNY hari tuh.. sempat ke 'Blue Wedding' di Felda Palong di Negeri Sembilan.. anak Pak Ngah sebelah   hubby...

Lama tak ambil gambar dengan effect black and white.. but I choose the Black and Blue Effect ;)

Camera : Mobile Samsung Galaxy S3





Tuesday, 30 October 2012

Warna & Cahaya 26

Di sekitar Kuala Lumpur

'Warna & Cahaya' waktu malam di Kuala Lumpur..


Wednesday, 19 September 2012

Warna & Cahaya 25

Bila hati digamit rasa rindu

Venice Italy

Pergunungan Switzerland
Lauterbrunen, Switzerland

Thursday, 9 August 2012

Hitam, Putih & Warna 3











Warna Hitam, Putih, Sephia
Location : Pantai Cahaya Negeri & Pulau Burung, Port Dickson

Dulu Blog ini mencoretkan pelbagai kisah, nukilan dan coretan idea..
Kini suara berbicara semakin berkurang, bukan kerna aku ketiadaan idea untuk menulis tetapi lebih selesa meletakkan tafsiran warna & cahaya dalam bentuk photo..

Oleh itu secara rasminya..
Blog ini menjadi tempat untuk aku coretkan lukisan alam yang aku rakamkan dari lensa kameraku..
Semoga anda semua nikmati apa yang aku pandang dan rakamkan..

Thursday, 26 July 2012

Warna & Cahaya 24

Langit Biru di Kuala Lumpur

Jalan Duta



Jalan Ampang

Dulu selama 5 tahun aku puas memandang langit biru di rantau orang yang seluas mata memandang..
Musim Sejuk, Bunga, Panas dan Luruh..
Menyaksikan indahnya langit biru di negara orang..
Kini..
Akhirnya aku temui langit biru di tanahair tercinta..
Seindah Alam ciptaan Allah s.w.t

Nikmati apa yang aku lihat..
Menjelang senja sebelum waktu berbuka aku menyusuri Bandaraya Kuala Lumpur..
Seawal tiba di Jalan Duta dari lebuhraya Utara-Selatan..
Langit biru di KL menyambut aku..

Friday, 13 July 2012

Rindu di hari lahir...

Ayah after 40 days..
We finally set up the 'batu nisan'..
2012..
A year that I'll never forget..

Sudah sebulan lebih Ayahanda pergi..
Namun Allah berikan nikmat bertemu dia 2 kali dalam mimpi..
Benarlah hubungan itu tidak terhenti semasa hayatnya..

Dia masih berpesan dan menasihati seperti dulu..
Dia masih tersenyum manis seperti mana tiap kali berbicara..
Adakala terlupa melaksanakan rutin Yassin untuk dia..
dan dia datang tersenyum seolah mengingatkan..

Benarlah 'life never be the same again'
Namun hidup harus diteruskan.. 
Kini hari ini..
Genaplah setahun lagi Allah berikan pertambahan usia..
Tahun ini buat pertama kalinya..
Sambut hari lahir tanpa ayah di sisi..

Tidak ada yang aku mahukan sebagai hadiah fizikal dari sesiapa..
Hanya aku doakan Ayahanda sejahtera di sana..
Allah ampunkan dosa-dosa Ayahanda..
Allah rahmati dan pelihara Ayahanda..

Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan lahir ke dunia pada tarikh hari ini..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mengenal dunia dan mencapai impian seperti hari ini..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mengenal baca, kira, tulis hasil dari didikan seorang cikgu bernama Ayahanda..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan tahu erti berdikari dan tanggungjawab seawal usia anakanda dewasa
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mampu pergi jauh merantau dan mencari ilmu hingga keluar negara
Anakanda turut nasihat Ayahanda pada 12 tahun yang lalu..
'Engkau diberikan peluang untuk ke sana.. kenapa kau tak mahu pergi'

Adakalanya bila kita mempunyai sesuatu atau masih bersama seseorang..
Kadangkala kita terlupa dan terleka menghargai masa yang kita pernah ada bersama mereka..
Hanya tatkala kita kehilangannya..
Barulah kita mengerti erti kepunyaan dan ruang masa yang telah diberikan itu..

13 July 2012..
Selepas 5 tahun..
Kini aku sambut hari lahir ini di tanahair tercinta..

Semoga Allah permudahkan urusan dan perjuangan seterusnya..
InsyAllah..

p/s Maaf andai gambar pusara di atas mengganggu emosi atau rasa sesiapa.. 

Thursday, 28 June 2012

Warna & Cahaya 23

Twilight..
Location : Pullman Lakeside, Putrajaya

Air, Tasik dan Lautan..
Mengingatkan aku pada Tanah Tinggi Scotland..

Monday, 4 June 2012

Ayahanda.. Anakanda masih rindu..

28 Mei 2012..
Ayahanda pergi tinggalkan kami semua..
Hari ini.. Genaplah seminggu ayahanda pergi..
Waktu ini.. Jam ini.. Pada hari Isnin yang lalu..
Ayahanda disemadikan..
Airmata tidak dapat ditahan lagi..
Anakanda tangisi pemergian Ayahanda..
Doa anakanda sentiasa ada untuk Ayahanda
Semoga Ayahanda sejahtera di sana..

Anakanda akan sentiasa rindukan Ayahanda..
Hingga ke akhir hayat anakanda..
Al-Fatihah..

Wednesday, 25 April 2012

Aku & Glasgow 5

Sepintas lalu kenangan..

Tingkap dapur yang mula dibuka pada musim panas

Musim untuk ke Carbot Lanark
:)


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin