Thursday, 30 September 2010

Demam raya atau demam rindu??

Salam..

Semenjak tiba dari tanahair.. Suhu di Glasgow yang cukup sejuk menyambut aku.. Beberapa hari yang lepas suhu mula jatuh di bawah takat beku di awal pagi.. Badan dah mula mengigil-gigil menahan kesejukan.. Jaket kalis hujan yang nipis terpaksa aku simpan buat masa ini.. dan mulalah operasi mengeluarkan semua jaket tebal 'winter' yang sudah mula berabuk di dalam almari..

Bila dek kerap kena sejuk dan panas silih berganti badan pun mula rasa tak enak.. Apatah lagi rutin makan yang tak menentu juga.. kejap makan kerepek.. kejap makan kuih tat.. kejap makan almond london.. dek kerna semua kuih-muih itu bekalan dari kampung dan juga buah tangan dari sahabat-sahabat di tanahair.. tiap kali mengunyah kuih-kuih itu pastinya aku akan teringatkan mereka yang sudi mengirimkannya untuk aku.. Terima kasih kembali ye... Aku gagahkan juga memakannya.. tanpa segan silu.. cuma masih lagi diambil secara sopan santun.. ;)

Sudah beberapa hari ini aku demam dan ceret-beret.. Demam sudah agak kebah.. perut sahaja masih belum sepenuhnya baik.. buat masa ini aku masih menghadkan makanan yang aku nak makan.. sekadar makan buah.. nasi.. roti dan susu.. Cuma hari ini barulah ada selera sedikit.. itupun aku sudah mula menjerang bubur nasi.. setidak-tidaknya laju sikit aku nak menelannya..

Aku rasa bukan aku sahaja yang demam.. Ramai juga di kalangan sahabat aku yang aku dapat tahu terkena penyakit yang sama.. Mungkin juga dek kerna bulan puasa perut sudah terbiasa menahan lapar selama lebih 16jam.. Bila masuk bulan raya.. perut mula diisi semahu-mahunya.. Apatah lagi ketika berada di tanahair.. makan usah dikatalah.. Mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat handai.. Termasuklah kedai makan di 'kg baru' (ini idea bernas juliet dan KTS).. Itu belum lagi kes openhouse yang mula aku terima pada hujung minggu yang lepas.. Maka perut pun mula meragam..


Buah rambutan dan deretan kuih raya di rumah mak di Kampung..
Aku nikmatinya pada petang terakhir di tanahair

Demam raya atau demam rindu???

Aku rasa..

Aku demam kedua-duanya..

Friday, 24 September 2010

Harta.. Pangkat.. Darjat.. Itukah ukuran peribadi??

Aku belajar banyak perkara dalam masa 2 minggu yang lalu.. Pada petang hari raya pertama.. Aku dikurniakan oleh Allah s.w.t satu kurniaan rasa yang tidak pernah aku terfikir akan aku alami.. Tidak pernah aku mimpi akan dipersembahkan pada aku.. Malah tidak pernah juga aku sangka akan aku dengar dengan telinga ku sendiri.. Malah tidak pernah juga aku duga akan aku lihat dengan mata dan kepala aku sendiri..

Harta.. Pangkat.. Darjat.. itu semua diungkit di depan aku.. Buat pertama kalinya aku bangkit bersuara lantang menegur yang benar.. Aku juga bangkit berkata berhenti.. Tidak usah diteruskan kata nesta dan cerca.. Aku juga bangkit mengatakan sesiapa pun tidak ada hak untuk menghina sesama manusia.. Tidak kira apa juga usianya.. pangkat.. atau darjatnya.. Namun aku masih bersyukur.. selantang suara aku berkata.. aku masih belum sampai pada tahap aku melewati batasan kurang ajar.. Kata-kata yang keluar dari mulut aku hanya sekadar mengatakan aku tidak mahu dengar semua yang tidak elok.. walaupun hakikatnya.. boleh sahaja aku bidas dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lantang.. Dek kerna menghormati usia dan pangkat.. Aku akur merendah diri dengan cara terhormat..

Petang itu hingga membawa ke lewat malam.. Mengalirlah airmataku.. Malam itu juga aku sujud solat hajat pada tuhan yang maha esa.. Kini aku mengertikan segala rasa.. Segala fikiran yang selama ini tidak pernah aku lihat dan rasa sepenuhnya.. Kini aku mengerti bagaimana rasanya.. Cuma kini rasa-rasa sedih itu sudah lama aku buang jauh-jauh.. Yang tinggal pada aku.. hanya sekadar kenangan rasa.. Yang tidak akan aku lupa buat selamanya..

Pagi raya kedua.. Aku singgah menziarahi kuburan arwah tok dan nenek.. Di kuburan arwah nenek akhirnya airmataku tewas menahan tangisan.. Aku pegang nisan arwah nenek dengan pelbagai rasa.. Terasa baru sahaja kenangan bersama arwah nenek masih segar dalam ingatan aku.. Seolah baru semalam sahaja aku mandikan jenazahnya.. Serasa baru semalam sahaja aku berbual mesra mendengarkan ceritera kisah silamnya.. Seolah baru semalam juga aku ketawa ria dan senyum riang bergurau senda bersama dia.. Seolah baru semalam juga aku melihat jenazahnya ditalkinkan di halaman rumah itu.. Aku usap batu nisan dengan airmata kenangan.. Mata aku terus memandang kuburan arwah nenek yang bersih.. cuma ada sedikit dedaunan kering di sana sini.. Aku kutip satu persatu dan aku buang ke tepi..

Aku berlalu dengan satu keazaman.. Peristiwa itu cukup mengajar aku tentang harga diri.. Peristiwa itu juga cukup mengajar aku akan maruah diri.. Cukuplah pada aku kenangan indah yang pernah dicipta antara aku dan mereka yang telah tiada.. Petang itu aku nekad.. Mulai saat itu.. Tidak ada sesiapa boleh sewenang-wenangnya berkata apa sahaja bila melibatkan maruah keluarga.. Sanggupkah kita membiarkan diri dicerca dan dihina kerana harta.. Sanggupkah kita setuju bila bangsa dijadikan kayu pengukur pada martabat diri.. Sanggupkah kita mendiamkan diri bila nilai keluarga dituduh dan dihina sesuka hati..

Petang itu aku katakan cukup pada semua itu.. Harta.. Pangkat.. Darjat.. Tidak cukup sebagai nilai peribadi andai semua itu dijadikan sebab musabab untuk merendahkah maruah diri..

Sebuah coretan rasa.. 
Satu pengertian.. Satu kenangan.. Satu nekad..
Satu kisah benar.. benar dan tidak ada yang tidak benar..
Kisah aku.. kisah dia.. kisah mereka dan kisah sesiapa sahaja..

Thursday, 23 September 2010

Dari kejauhan

Salam aidilfitri.. Maaf agak terlewat mengucapkan salam lebaran buat semua sahabat..

Hampir 3 minggu menyepikan diri.. Diri terbang jauh pulang ke tanahair di saat-saat akhir...

Alhamdullilah.. tahun ini aku merasa berhari raya bersama keluarga di kampung..

Maaf juga dipinta pada semua sahabat.. Andai tidak berkesempatan untuk bertemu dan bersua muka..

Kesempatan pulang ke tanahair pun di saat akhir keputusannya..

Salam lebaran.. InsyAllah.. kita bertemu lagi ye..


Pada semua yang bagi kuih raya terima kasih banyak2 ye...

To Tiny, KTS & Juliet, Yyh dan Kak Erna

Terima kasih daun keladi..

Ada peluang boleh bagi lagi ;)

Saturday, 4 September 2010

4 Ramadhan

Ramadhan Tahun 2007

Tahun pertama berpuasa di Glasgow..

Rutin bersahur dan berbuka di penghujung musim gugur..

Sedih sudah tentunya kerana berpuasa di perantauan..

Namun itu bukan pengalaman pertama kami..

Tahun itu kami bersahur bersama 2 keluarga pada minggu pertama Ramadhan..

Mereka baru tiba di Glasgow pada bulan puasa..

Hampir 2 minggu kami bersahur dan berbuka bersama..

Bila bersahur ada tukang kejut..

Bila berbuka ada pula jadi tukang masak..

Puan rumah goyang kaki sikit hehehehe...

Bersahur dan berbuka cukup meriah sekali..


Ramadhan tahun 2008

Kami berpuasa dan berbuka seisi keluarga kami sahaja..

Tiada yang menemani kami seperti tahun sebelumnya..

Alhamdullilah ibadah puasa dijalani dengan sempurna..



Ramadhan tahun 2009

Berpuasa kali ketiga di Glasgow..

Ramadhan kali ini kami turut menerima tetamu lagi..

Kami bersahur bersama satu keluarga yang rapat dengan kami..

Seminggu mereka tinggal bersama kami..

Berbuka dan bersahur bersama..

Kali ini juga ada tukang masak dan tukang kejut sekali..

Puan rumah goyang kaki sekali lagi.. hehehehe

Alhamdullilah.. walaupun jauh dari keluarga..

Masih ada sahabat handai pengubat duka..


Ramadahan tahun 2010

Malam semalam..

Tidur hampir ke pukul 1 pagi..

Perut sebu dan tak selesa.. pusing kanan.. pusing kiri.. pusing kanan..

Akhirnya terlelap juga..

Tet.. tet.. tet.. jam berbunyi pukul 3 pagi..

Bangun..

Basuh muka.. ke dapur..

Minum secawan air kosong..

Mula panaskan lauk pauk baki  berbuka semalam..

Panaskan air dalam cerek elektrik..

Tekan suis pemanas periuk nasi elektrik..

Masukkan lauk pauk dalam mangkuk.. hidangkan di atas meja..

Senduk nasi dalam pinggan..

Mula mengejutkan isi rumah dan mula bersahur sebelum tamat waktu..

Sekali lagi rumah ini menerima tetamu lagi..

Satu keluarga yang cukup rapat dengan kami pada minggu kedua ramadhan ini..

InsyAllah.. 2 minggu mereka bersama kami..

Alhamdullilah tahun ini kami sekali lagi berpeluang bersahur dan berpuasa bersama di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Sekali lagi sahabat handailah pengubat suka duka kami..

Hari ini dia pulang ke tanahair.. untuk berhari raya bersama keluarga..

Ramadhan tahun 2011

InsyAllah... Jika ada hayat dan umur yang panjang..

Harapnya kami dapat berpuasa dan bersahur sebulan bersama keluarga di kampung..


p/s Pesanan penaja.. Jangan lupa bangun sahur ok..

Friday, 3 September 2010

Pelbagai cerita

Maaf dah lama tak update blog...

Agak sibuk sejak kebelakangan ini.. Mood untuk menulis kejap ada kejap takde.. Macam biasalah bila kepala dah mula berserabut nie.. Mood nak menulis memang takde.. Hampir 2 minggu ini Alhamdullilah sibuk juga memenuhi undangan berbuka puasa dari rakan-rakan sekampung.. di samping memenuhi malam-malam Ramadhan dengan solat terawih.. kadangkala diselitkan juga solat hajat semoga segala urusan pengajian dan kehidupan dipermudahkan Allah s.w.t.

Tahun ini Alhamdullilah.. Ramadhan dilalui lagi.. Dari hari pertama berpuasa.. kini dah menghampiri hari ke 24.. Tinggal minggu depan sahaja semakin hampir menginjak ke bulan Syawal.. menyambut Aidilfitri yang mulia bersama sanak saudara.. Aku pasti juga ramai sahabat handai dah mula mengira kuih raya.. baju raya.. kasut raya.. duit raya.. kereta raya.. dan juga paling utama shopping raya.. jangan lupa juga bayar zakat fitrah dan bersedekah sesama kita.. Semoga rezeki kita semakin murah.. tidak sekadar dihabiskan dengan membeli barang-barang baru untuk persiapan raya.. tapi kita juga berkesempatan untuk bersedekah dan mencari pahala mudah pada bulan Ramadhan ini.

Alhamdullilah berpuasa di perantauan walaupun jauh dari sanak saudara.. sahabat handai yang ada sudah sebati menjadi penganti keluarga yang jauh.. Berbuka dan berterawih bersama.. Saling mengunjung dan berkongsi resepi serta juadah berbuka sudah sebati dengan kami di sini.. Bermula dengan minggu pertama berpuasa.. sudah mula ada jemputan berbuka puasa di rumah sahabat handai.. Alhamdullilah.. sejak 2 minggu ini.. boleh dikira berapa kali sangat kami berbuka puasa di rumah sendiri.. Apatah lagi aku ada tetamu istimewa dari tanahair yang datang tinggal sementara di rumah aku..

Sempena hari merdeka yang lalu.. Salam merdeka buat semua.. maaf kerana terlewat memberikan ucapan.. Sahabat baik aku (Kak Izan) berjaya merdeka dan berjaya memperolehi Ijazah kedoktoran selepas sesi viva selama 2 jam. Alhamdullilah.. Seronok dan gembira.. kerana selama hampir 4 tahun bersama memerah otak menyelesaikan urusan pengajian Phd kami di sini.. Dia kini dapat pulang ke tanahair dengan kejayaan yang cemerlang.. InsyAllah selepas ini giliran kami pula...

Alhamdullilah juga sudah 2 tahun ulang tahun perkahwinan kami di sambut pada bulan Ramadhan.. Terima kasih pada semua ucapan yang ditinggalkan di Facebook.. Setiap doa kalian aku balasan dengan ucapan Amin.. dan semoga yang baik-baik itu juga diberikan pada semua sahabat-sahabat yang lain.. bagi yang belum ditemukan jodohnya.. InsyAllah.. Aku doakan semoga cepat dipertemukan jodoh.. Yang telah ada jodohnya.. InsyAllah.. kekal bahagia hingga ke akhir hayat bersama.. Yang sukar dan susah.. Dipermudahkan urusan dan penyelesaiannya.. Yang seronok.. suka dan gembira di kongsi bersama semoga menjadi pegangan motivasi untuk meneruskan perjuangan..

InsyAllah.. Semoga kita masih mampu meneruskan perjuangan.. Berjaya dalam apa juga yang kita usahakan.. dan sentiasa kuat dan tabah menempoh segala dugaan..

Terima kasih pada Kak Izan & Suami..
Bunga ini hadiah darinya.. sempena ulang tahun perkahwinan kami ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin